Nuffnang

Followers

Friday, August 30, 2013

WON “Great Shape with Style” Contest


Bulan Jun lepas menang peraduan Great Shape with Style anjuran Kellog's. Alhamdulillah sangkut hadiah saguhati. Nak menang peraduan ni memang susah walaupun pemilihan berdasarkan lucky draw. Terpilih sebagai salah seorang pemenang, terasa besar sungguh rahmatNYA.

Kebetulan minggu tu dapat dugaan pahit. Kehilangan wallet secara misteri. Yang nasip baiknya butiran penting tak hilang. Macam ic dan beberapa item lain. Total cash dalam wallet tu lebih kurang RM600! Yang sayang tu duit sedekah dari mak. Memang aku simpan je dalam wallet tak guna-guna sebab sayang. Desperate macam mana pun aku tak kan guna. Duit tu kira duit tetaplah dalam wallet tu. Dan lagi kehilangan sekali thumb drive 32GB milik Damia. Thumbdrive tu penuh dengan filem-filem animasi untuk Damia. Sedih part tu je. Selebihnya aku redha, nak kata apa. Bukan rezeki. Ujian kali tu mungkin ada hikmahnya. Dan DIA tak tunggu lama nak bagi, dalam beberapa hari lepas kejadian tu dapat panggilan dari PIC contest Kellog's ni. Nak jadi rezeki la tu dapat pula Coach Wristlet bernilai RM300! Alhamdulillah...

Memang aku jenis tak suka wallet besar-besar standart wanita bergaya tu. Sebab aku suka yang comel-comel asal muat henset je. Tak nak kecik sangat juga. Dan kemenangan yang ini memang rasa berkatnya. 

So far wristlet ni la aku guna sekarang. Alang-alang dah ada kan. Lagi pun memang aku jenis tak beli dompet mahal-mahal. Untuk diri sendiri memang berkira sangat. Harapkan menang contest la nak merasa pakai barang berjenama. Syukur...

Entry ini dibuat apabila ada member bertanya, "Bila nak update entry menang contest Kellog's dulu?". Memang dah lama rancang nak menulis, tapi selalulah sangat bertangguh. 

Bertangguh amalan tak bagus. 
Impak untuk ruang waktu contest dan kerja.


Won AIR WICK “GIANT SHOPPING SWEEP” CONTEST


Pertama kali dan yang terakhirnya aku menang hadiah shopping spree adalah di bawah anjuran Cosmoderm pada tahun lepas. Aku share cerita dalam entry bertajuk:  Shopping Spree with Cosmoderm! Won 1st prize peraduan Sunny Shopaholicdan beberapa entry lanjutan berkaitan lainnya. Korang taip je Cosmoderm kat ruangan searh dalam blog ni, insya'allah keluarlah link yang berkenaan.

Perasaan aku? Wallllla! (panjangkan sikit maghrad L tu) hahhaha... Jakun deh sebab pertama kali la katakan. Ko bayangkan macam menari balet sambil capai-capai je apa yang ko suka tanpa rasa bersalah. Gitulah daya imaginasi aku kala terlebih gembira. Dan aku mengharap jua kemenangan berikutnya untuk kedua, ketiga, keempat dan ke seratus kalinya untuk menang dan menang lagi contest dengan hadiah berunsurkan shopping spree ni. Sebab besh kot. Lari-lari usung troli sambil capai je apa yang kita hajati secara percuma!  Kalau hari biasa, masuklah seberapa banyak mana yang kita nak pun, bahananya duit dalam dompet boleh susut ATAU kad ATM terasa lebih nipis dari kebiasaan harinya. 

So! Apa aku nak rembat nanti ye....? 
Mood angan tak sudah.

Mak pesan amik semua yang terlintas di depan mata. Wah kau... lebih hebat dari keinginan aku hahaha... Siap offer diri nak ikut shopping spree sekali! Masalahnya cuma seorang pemenang boleh masuk acara tu. Tak boleh ada pembantu. Kalau boleh ada pembantu bolehlah aku set, sorang duduk kat bahagian makanan, set alat tulis, pakaian, mainan dan lain-lain lagi. Nah ko... TAMAK punya elemen. Kepala aku pikir nak amik beras je paling besar 2 kampit! Boleh bantu ringankan beban duit kenduri adik aku nanti. Tapi mak kata rugirugirugi (sila gunakan ritma pantas dan bertali arus untuk sebutan tadi~ ayat fav my X-boss!), sementelah sorang pemenang boleh bawak 1 troli je huhu.... Kalau boleh amik seberapa banyak mana troli yang kita nak memang bagus. Boleh la aku sumbat beras 7 kampit, gula 3 guni, pekakas-pekakas dapur dan rempah ratus dalam beberapa kilo. 

Angan tak sudah lagi.

Mood berdebar, sebab situasi shopping spree kali ni jauh berbeza dari suasana santai bersama Cosmoderm dulu. Takde limit masa. Cuma ada limit harga. Kot ada banyak masa, banyak troli, banyak duit. Ui.... ko bayangkan betapa makcik kayo! 

Iye. Berangan tak salah.
Hahaha...

Deko-deko Hari Raya. Phew~!

Semalam aku ada cerita buat dekorasi raya untuk majlis jamuan raya Bahagian. Harini nak kongsikan perjalanan kerja dan hasilnya. Peh, kalau jiwa tak kental memang aku drop je kerja tu. Semua kerja last minit. Letih giler kot buat sorang-sorang dalam pada kerja-kerja lain pun perlu dibereskan sama. So aku cuma berharap geng-geng wanita lain tak kecik hati la aku tak membantu sangat kat dapur. Kerja mak-mak, anak-anak dara tu serah kat merekalah yang ramai tu. Sementelah aku sorang je kena tackle kerja buruh paksa ni hahha... Paksa rela juga sebenarnya. Sebab memang rasa puas hati bila tengok hasil kerja siap dipamerkan. 

Semalam sampai jam mencecah pukul 7 petang baru bergerak balik. Kena siapkan backdrop dan poster pula. Itu pun nyaris tinggal aku sorang kat pejabat. Sempat aku jerit kat PA kat opis minta jangan tutup lampu dan tolong aku bereskan backdrop raya. Boleh tengok design tu kat gambar no.3 dalam entry ni. Sorry tak clear sangat. Lupa nak amik gambar jarak dekat. Bila nak balik baru aku perasan kat Dolly female ada bunga di tangan. Hehe... romantika gitu auranya.

Pagi ni aku cepat-cepat on komputer nak print dolly male ni. Seperti yang kujanjikan. Dolly lelaki berbaju melayu. Sempat siapkan sebelum jam 11 pagi tadi. Gigih buat sorang-sorang kat bilik grafik dalam pada geng-geng sekerja wanita lain pakat-pakat sibuk di dapur. Aku terkebil-kebil menempek dan memotong foam board demi nak realisasikan idea couple standee ni. Kali ni rasa lebih lancar sebab dah faham kaedahnya. Dan sebelum melangkah ke bahagian depan, member minta buatkan menu makanan. Pantas patah balik ke bilik dan copy paste lukisan terdahulu, ubah sana sini sikit dan print. Hasilnya... walla! Pameran makanan pun tersedia sudah. 

Hasilnya kat gambar atas. Couple penyambut tetamu. Mula-mula letak bingkai standee pennant macam dolly female kat atas sekali tu. Tup-tup tah sapa punya idea, lekat saja kat pintu pejabat. Hmmm... ok lah, janji bendanya siap dipamerkan. Baru dapat snap-snap gambar lewat petang sikit sementelah waktu pagi dan tengah hari tadi orang sibuk berkerumun juadah raya yang gila-gila banyak dan sedapnya. 

Aliya Damia jadi model, terpaksa mommy bawa Mia ke pejabat harini. Pertama: sebab Damia demam, aku tak sampai hati nak tinggalkan kat taska dia yang sejuk sangat tu. Kedua: kerana ayahnya berkursus. Meskipun dekat je tapi takkan nak bawa anak pergi kursus kan. Ketiganya: babysitter Damia selama 2 hari lepas yakni adik aku pergi interview. Semoga berjaya Teng! Kesimpulannya memang berbaloi bawa budak demam ni. Sebab puas dia menggodeh bilik kerja mommy macam sarang hamster jadinya. Tq Mia huhuhu... Siap jumpa BFF baru lagi aka anak opismate hehe...



Selamat Hari Jadi ke~21 Elly!

Hari ini 30 Ogos 2013 adalah hari ulang tahun kelahiran ke 21 bagi adik bongsuku. Bulan Ogos memang penuh dengan tarikh hari-hari lahir dalam ahli keluarga kami. Dari adik di bawahku pada 23 Ogos lalu, abah pada 24 Ogos lalu, anak-anak saudara dan terakhirnya adik bongsuku ini. 

Alhamdulillah dalam usia muda adik aku sudah bergelar suami orang. Kiranya inilah hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Syukur majlis pernikahannya lancar dan selamat seperti dalam perancangan keluarga. Meskipun sudah beberapa minggu berlalu, masih rasa tak percaya yang adik yang dulunya selalu aku buli-buli manja (heheh) dah jadi suami orang. Alhamdulillah... Kakak kau memang touching giler k.

Semoga perjalanan hidupmu lebih bermakna. Dikurniakan kesihatan baik serta berpanjangan. Ditinggikan darjat, dimurahkan rezeki dan diberikan keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Doa kakakmu, semoga rumah tanggamu yang dibina dengan kasih sayang utuh bahagia selamanya hingga ke anak cucu, amin...

Kasih sayang keluarga kekal selamanya.

Thursday, August 29, 2013

Dolly Standee ie POP UP


Tengah buat design dekorasi raya untuk event Bahagian. Ini baru permulaan. Pop up dolly/kartun raya. Dolly ni nanti akan diletakkan di muka pintu sebagai penyambut tetamu. So kalau tetamu jemputan datang tak payah dah nak dijemput-jemput, dolly ni sebagai pengganti diri. Hahahha... Lepas ni boleh terfikir nak buat idea macam ni untuk majlis kenduri kawin pulak kot haha... Kiranya idea dekorasi raya ni pertama kali dorang laksanakan di sini. Saja aku cadangkan buat deko-deko raya, nak kasi meriah dan ceria. Apa guna ada pereka kalau hiasan pejabat dull saja kan. Sebenarnya sendiri bagi cadangan, sendiri yang buat tekanan. 

Mula-mula aku dah cadangkan tema pink/purple. So warna berry purple ni kira match la dengan tema. Sekali dorang buat perbincangan, takde tema pula. Buat warna rampai yakni warna warni aidilfitri. huhuhu... Takpelah, warna-warni pun bagus juga. Baru ada aura ceria.

Rasa tertekan jugak sebab semua benda sekelepuk kena handle sendiri. Bab-bab design la khususnya. Tapi yang rasa beshnya, aku memang suka lukis dolly/kartun ni. Puas hati dapat godek-godek. Part seksanya, aku memang spesis tak suka lukis lelaki. Ishkk... Rasa macam banyak tak kena je dolly lelaki aku ni. Desperado punya kes, proceed sajalah. Sendiri buat sendiri proceed. 

Boss ok, bagi kepercayaan penuh aku uruskan semua sendiri. Myb sebab dia pun tahu yang aku ni memang jenis cerewet bab-bab perfectionist ni ~ Letih sikit kenangkan banyak lagi projek kerja ongoing ni. 

Wednesday, August 28, 2013

Lukisan terlaris!

Setiap hari akan masuk email permintaan atas lukisan ni. Kalau ada yang terlewat balas harap maaf sangat-sangat. Wan walaupun boleh online waktu kerja, tapi kena fokus urusan kerja dulu. Kalau ada kesempatan akan balas sesegera yang boleh. Cilok-cilok je masa buka FB dan blog heheeh... Pekerja cemerlanglah sangat, pui~!

Terima kasih kerana sudi gunakan lukisan ni dalam pertandingan kalian. Besar hati dapat membantu. Pada yang berminat wan galakkan buat permohonan melalui email. Sebab kalau guna blog ni jarang sangat wan bukak. Datang mood malas tu, memang tak rajin pun singgah blog sendiri haha...
Boleh email wan guna alamat email ni:
wansteddy@gmail.com

Monday, August 26, 2013

PENGHASUT

Pernah berdepan dengan situasi macam kartun ni? 

Si A serkap jarang pada si B.
Pada si C si A putar belit cerita.
Kesannya si B jadi mangsa.

Kadang-kadang kita beranggapan bahawa kitalah mangsa keadaan macam situasi si C tu. Tanpa sedar hakikatnya kitalah pencetus masalah berlarutan. Apa-apa salah faham perlu diselesaikan dengan cara perbincangan. Bukan mengharapkan masa menenangkan keadaan. Sebab esok lusa manalah tahu wujud lagi dalang macam si A, yang tak boleh tengok orang lain aman, gembira dan bahagia. Ada-ada saja cara nak pecah belahkan silaturrahim. Justeru luka lama berdarah kembali, permusuhan berlarutan. Hanya kerana tidak mahu mendengarkan penjelasan.

Mohon dijauhkan dari mara bahaya di dunia dan akhirat.
Amin...

Sorry kartun ni 'kartun' sangat. Aku tak inking molek-molek. Lukis tak berapa minit je sebab idea datang spontan. Rasa nak lampiaskan terus atas kertas, tak perlu simpan-simpan dalam kepala. Sebab lambat laun aku mesti terlupa adegan ni kikiki...

Friday, August 23, 2013

Selamat Hari Lahir ke 25 tahun Teng

Sempat buat lukisan potret adik sendiri masa dalam meeting pengurusan tadi. Aku memang dah hilang fokus dah sebab apa yang dibincangkan sebab topik perbincangan langsung takde kena mengena dengan kerja aku. So, dari mengantuk tahap gaban, aku pun buatlah contengan demi contengan. Hinggalah ke saat aku tulis tarikh harini, baru tersedar, aku lupa nak wish happy birthday kat adik aku. 

Harini hari lahirnya yang ke-25.  Alhamdulillah... Semoga adikku dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki, dipermudahkan jalan dalam setiap urusan dan diberkati Allah swt. Amin...


Thursday, August 22, 2013

Pray For Egypt

Tiada kata sehalus bicara. 
Hanya doa mengiringi rakan-rakan islam seagama kita. 
Semoga Allah melindungi hamba-hambaNYA. 
Amin...

~Lukisan pensil~

Wednesday, August 21, 2013

Lawan nafsu AMARAH

Bila terlalu marah pada orang, perbanyakkan istighfar. 

KENANG SEBANYAK MUNGKIN KEBAIKAN ORANG TU PADA KITA. 

Hatta kebaikannya yang sekelumit habuk pun cuba kita kenang. Apatah lagi orang yang telah banyak berkorban masa, wang dan tenaga demi kita. Agar kita dapat kekang nafsu amarah. Sebab sekali terbit marah, 1000 kali syaitan menghasut kita agar lebih membenci. Wallahualam.


Bukan semua orang boleh faham dan terima karenah kita. 
Segala tuduhan aku telan. Segala silap dan salah aku maafkan.
Semoga ALLAH berikan petunjuk dan hidayah...
Amin....

Tuesday, August 20, 2013

Permintaan buat lukisan baru


Terima email mohon lukisan baru. Hm... Kalaulah aku rajin dan banyak kesempatan masa mesti nak buat juga. Tapi aku selalu rasa kesuntukan masa. Nak uruskan bab kerja lagi, contest lagi, bisnes lagi, famili lagi. Kadang-kadang aku betul-betul kena bahagikan masa. Siang selesaikan urusan kerja di pejabat. Malamnya pula berselang seli bahagi masa selesaikan kerja-kerja hobi pula. Jarang-jarang dapat uruskan bab hobi di pejabat sementelah kat pejabat baru ni kerja memang jenis banyak dan berterusan.


Insya'allah... jika ada kesempatan, aku akan buat lukisan baru. Dan jika ada yang berminat aku akan buka lagi untuk kegunaan orang ramai. Macam biasa, nak dapatkan salinan lukisan dengan kualiti yang  lebih baik, mestilah hubungi aku dulu. Tak kisahlah nak komen melalui blog atau email je. Lebih elok email la. Aku ni bila malas nak buka blog, maunya berminggu gak blog ni bersawang. Sejak bila keinginan nak menulis blog ni kian menipis tak taulah...


Buat sementara hanya lukisan  Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna   ini sajalah mampu aku sediakan. Maaf ye pada yang mohon lukisan baru tadi. Saya harap lukisan yang sedia ada ni boleh digunakan untuk pertandingan mewarna di tempat cik ;) 

Nantikan lukisan dari aku akan datang. 
Tu pun kalau sindrom M (malas) ni berjaya diatasi.
Berangan-angan dulu, tak salah...kan? 
Kikiki....

Monday, August 19, 2013

Lukisan lamaku ~ Elemen 1malaysia


Terima email dari kawan yang prihatin. Katanya ada terjumpa sebuah lukisan yang sebijik stroke lukisan aku. Dia syak ada orang copycat gaya lukisan aku tu. Bila aku tengok gambar tu, la..... rupa-rupanya lukisan aku sendiri la. Hahhaah... Aku lukis lukisan ni untuk terbitan buku mewarna Jabatan Penerangan Malaysia. Dah bertahun dulu lamanya. Sampai aku pun dah lupa pasal lukisan tu. 

Memang lukisan ni boleh di google. Kalau kita taip pertandingan mewarna memang sedia terpampang imej lukisan ni. Dalam pada tu aku rasa terharu juga. Sebab memang aku sendiri jenis sayang apa saja koleksi lukisan sendiri. Nak-nak jumpa pula lukisan yang tah pergi ke mana lukisan asalnya. Kena selongkar almari dan folder-folder lama.

Nampak juga beberapa keping lukisan aku yang lain diupload sama. Ada kemungkinan cikgu-cikgu yang dapat buku tu dari pertandingan mewarna anjuran Jabatan Penerangan, scan dan terbitkan dalam laman web, blog atau mana-mana saluran online lain. Sebab tu kita boleh tengok lukisan-lukisan lama aku tu. Aku sendiri bila tengok balik, rasa segan pula. Nampak sangat banyak bezanya stroke lukisan lama dan sekarang ni. 

Ada juga lukisan kanak-kanak yang cuba tiru stroke lukisan aku. Aku tak kisah pun. Sebab masa aku kecik dulu pun aku selalu rujuk lukisan kartun-kartun dalam majalah dan surat khabar jadi rujukan cara melukis. Makin kita lukis, makin berbeza cara lukisan kita. Yang penting kerap berlatih. Sebab dari latihan la kita boleh perkembangkan bakat, minat dan kemahiran kita. Masa kecik-kecik dulu aku suka tiru gaya lukisan mangaka Jepun yang popular dengan manga Dragon Ball. Akira Toriyama. Tapi aku lebih suka tiru lukisan dalam manga Dr. Slump hasil lukisan beliau. Lebih comel. Lukisan Dragon Ball tu ada jugak scene yang comel. Cuma banyakkan elemen ganas la. So kalau nak senang aku rujuk lukisan dalam manga Dr. Slump je. 
Semua koleksi dia aku simpan tau. Pastu bila dah kerja kat Kuala Lumpur dulu, mak tengok buku tu menyemakkan almari buku dia. Dengan suka hatinya beliau membakar SEMUA koleksi buku yang bersusah payah giler aku dok kumpul keluaran demi keluaran tu.... Sob sob sob.... Mak kata buku komik tu takde faedah. Tapi pada aku, dari buku-buku komik, manga, anime, lukisan dan lain-lain subjek lukisan ni la yang boleh mengembangkan idea kita. Nak-nak zaman tu kita jarang online. Susah nak online pun benarnya. Zaman sekarang senang. Google je kat iPhone, iPad, Samsung tab blablabla pum keluarlah segala bentuk rujukan lukisan yang kita nak. Rajin atau Malas je.... 

Aku akan cuba cari lukisan-lukisan lama aku. KALAU rajin. Sebab nak scan balik satu persatu macam la rajin sangat kan haha... 

Kalau ada geng yang terjumpa lukisan stroke mata bulat-bulat, shining-shining macam kat atas tu, yep, myb tu lukisan aku. Aku suka je kalau orang bagitau, at least boleh membangkitkan memori lama buat lukisan tu. Dan memang ada lukisan lama aku yang dah takde dalam simpanan lagi sobsobsob... Thanx sudi inform tadi yeh ;)

Hari ni dapat 2 email wakil dari sekolah dan persatuan mohon Lukisan Wansteddy untuk pertandingan Mewarna. Nak dekat musim kemerdekaan ni memang lukisan ni sangat laris. Terima kasih pada yang sudi pm dan email mohon cara baik salinan asal lukisan tu. Insya'allah akan dibalas satu persatu sesegera yang boleh :)

Dolly Pengantin


Sebenarnya dah lama aku lukis dolly pengantin ni. Sekitar tahun ni jugak rasanya (kuat sungguh daya pelupa aku kebelakangan ni). Pemiliknya ialah Cik Lyn aka Cadlyn dari blog ItU aKu! Lyn sebenarnya nak tempah order design dolly. Tapi aku ni asyiklah bertangguh lukiskan. Due yang Lyn bagi sekian-sekian tarikh masuk bulan berikut-berikutnya baru aku siapkan. Teruk sungguh eh. Dan atas rasa bersalah itu aku niat bagi je lukisan dolly kat Lyn secara percuma. Itu sajalah sumbangan hadiah perkahwinan untuk Lyn dan suaminya. 

Lyn antara member blog yang aku lukiskan dolly untuk blog dulu. Bab touchingnya sampai sekarang Lyn guna lagi dolly yang aku lukis tu. Member blog lain memang dah lama delete dah design aku dari header memasing. Aku pun dah lama tak buat kerja design untuk blogger. Sekali sekala timbul jugak hasrat nak kembali aktif melukis. Nak-nak bila tengok member designer update story design memasing. Tapi kenangkan kekangan masa, aku tak berani langsung nak buka tempahan. Biarlah aku simpan je angan-angan tu dari menyusahkan orang lain, menanti penuh harapan. Sebab aku tau, soal masa memang aku agak bermasalah. Phew~ kesat peluh.

Bila aku belek-belek semula email antara aku dengan Lyn, baru sedar tarikh persandingan Lyn sama dengan tarikh nikah adik aku! 17 Ogos 2013. Masya'allah... kebetulan yang baik sungguh... Sayangnya tak dapat hadiri majlis perkahwinan Lyn. Pertamanya aku lupa nak bagi alamat rumah kat Lyn. Keduanya aku sendiri tak jangka tarikh nikah adik aku dalam bulan Ogos ni jatuh tarikh yang sama dengan majlis Lyn. Apa pun sebagai rakan blog, Wan ucapkan Selamat Pengantin Baru buat Lyn dan suami... Semoga perkahwinan bahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu.

Gambar kat atas ni gambar bunting yang Lyn tempah sendiri dengan syarikat printing kat luar. Simple tapi cukup istimewa :) Thanx pada Lyn sudi beri kepercayaan kat Wan buat dolly pengantin-pengantin. Lyn le pengantin pertama Wan lukis tau. Tingin lama dah lukis dolly pengantin ni, sebab suka lace-lace, gorgeous2, tapi sindrom M (malas) memang kuat sangat ahahaha...

Tah bila la aku nak update lagi story pasal dolly-dolly ni sob3....
Bz je manjang.

Kisah nikah, baby newborn dan henna inai

Baru balik lepas melawat kawan yang bersalin 16 Ogos lepas. Tarikh yang sama dengan kelahiran anak buah, Nur Batrisyia. Tarikh yang sama kami dalam keluarga besar berkonvoi ke Johor Bahru sempena majlis pernikahan adik bongsu. Alhamdulillah... Berkat bulan Syawal yang mulia ni banyak perkara-perkara baik terbina. Ada yang sambut kelahiran anak pertama. Ada yang membina masjid. Yang pasti membahagiakan hati semua. 

Agak letih lagi sebenarnya. Nak menulis ni pun rasa macam malas je. Tapi bila tengok sawang kat blog memang macam nak kena vakum, memang terpaksalah menggagahi diri menulis apa yang patut. Cerita lanjut pasal majlis pernikahan adik akan disusuli dalam entry yang entah bila akan aku buat nanti. Gambar-gambar semua dalam mac hubby. Belum dicopy dan diedit lagi. Sindrom M (malas) kuat sangat! muahahha...

Untuk sementara aku nak share lukisan henna atas tangan sendiri ni. Sila abaikan kuku panjangku itu. Asyik lupa je nak potong. Molek sangat dah hari ni hari isnin kalau nak potong kuku. Kot tunggu lagi kena tunggu khamis/jumaat ni la baru boleh potong kuku. Tu pun confirm kuku panjang macam ke hapa. Inai ni dah makin kusam. Perasan tak yang area jam tu dah makin pudar? warna merah samar kan. Aku dah malas nak sambung tekap lukis semula sebab corak tu tak cantik pun. Jadi aku lukis semula berkali-kali atas lukisan henna yang gelap tu. Tu pasal line dia nampak lebih kemas. Kalau satu layer je memang takkan cun punya haha...

Bila dah touch up berkali-kali barulah nampak kemas dan menyerlah. Selama ni aku bayar upah je kat awek tepi jalan kat Jln Tar tu lukiskan atas tangan. Nak buat sendiri tangan tergegel-gegel. Pulak tu boleh lukis belah kiri je. Al maklum aku takde kemampuan nak melukis dan menulis guna kedua tangan. 

Bila dah rasa confident sikit, aku tambah kerawang. Lagi lama lagi banyak sampai semak. Lepas tu semua orang jadi mangsa tester aku. Paling banyak jadi model contoh, anak sendiri la. Sebab Mia pun dok minta-minta. Seronok gamaknya tengok tangan mommynya berlukis. Damia pun ada pengalaman lukis henna masa bulan puasa lepas. Tapi yang tu lawa la. Orang pro henna yang buat. Orang tak pro macam mommy ni, kira bantai je leeee... Janji terukir. Hahhaa...

Kiri kanan tangan aku conteng. Pastu anak2 saudara, kakak dan last sekali malam sebelum majlis nikah, aku lukis kat tangan pengantin perempuan merangkap bakal ipar aku (masa tu). Berdebor-debor aku nak lukis kat tangan pengantin. Dua-dua tangan pulak tu. Nak bagi balance la konon. Orang ni (sambil tuding jari ke muka sendiri) dah la BUKAN pro. Nak kata amatur pun tak sanggup. Jadilah hasil conteng-conteng je dari designer yang tak pandai lukis kerawang. Hahah... Nak tengok gambar inai pengantin, kena tunggu la next-next entry. Sengal apa tah aku ni, asik lupa je nak amik pic on d dot. Gambar barang2 hantaran yang aku usahakan tu pun aku lupa nak snap2 dgn iPhone sendiri. Sudahnya susah dah nak update segera. Kikiki...