Nuffnang

Followers

Wednesday, April 23, 2014

Kacap Terlabik

Kadang-kadang hujahan kata-kata atau karangan panjang pun tak dapat menerangkan segala-galanya. Kita tutur sepatah, dipatahkan dengan hujah panjang lebar. Bak kata my current officemate "Kalau sepuluh dia kata, sebelas pun tak boleh percaya lagi!" Maknanya kata-kata dalam hatinya yang belum diluahkan pun belum tentu sohih dan betul hahah... Aku pun malaslah nak explain panjang lebar. Cuba hayati lirik lagu ni. Pandai-pandailah nak fikir-fikirkan. 

Lirik Kacap Terlabik - Spider

Kucing Siam
Kucing Parsi
Kucing mana-mana pun bulat mata
Nampak ikan
Lupa segala

Kutu buntil
Kutu butik
Kutu mana-mana pun jadi goyah
Nampak gincu
Mula tergoda

Jangan engkau kata
Engkau tak serupa

Amalak kacap terlabik
Kau gempak
Kacap terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Suling Timah
Suling Emas
Suling mana-mana pun sama rasa
Tembak Asap
Kapal berlayar

Butang salut
Butang Plastik
Butang mana-man pun sauk saja
Janji lekat
Baju seluar

Jangan engkau kata
Engkau tak bahagia

Amalak
Kacap Terlabik
Kau gempak
Kacap Terlabik
Apa kau fikir kau cerdik kau boleh naik
Kacap Terlabik

Lepas engkau makan
Engkau cungkil gigi
Tengok cermin dan suluh diri.


Tuesday, April 22, 2014

Rahmat Kata-kata jadi titipan Doa~ Sapa tak nak menang GP anak oiiii...


Contest ni anjuran AEON bersama Korea Strawberry. Nak join kena beli 2 bungkus Strawberry Korea kat mana-mana AEON, pastu lengkapkan slogan dalam bahasa inggeris. Cakap homputeh hakak kau. Speaking London berterabur, sangkut jugak menang, tak sangka, sengih. Alhamdulillah...


Salah faham semalam. Aku pun tak menyempat pulak nak respon balik penangan sibuk bershopping kat Alamanda semalam. Tup-tup dapat wish tahniah menang p Korea. Kepala dok toing toing memikir... ada ke join contest menang trip p Korea pulak? Rupa-rupanya pasal semalam bagi maklumat kat facebook tak cukup nota. Ok takpe, amik kisah ni ke arah positif. Kata orang tua-tua,  kata-kata suatu doa. Manalah tahu... dek kerana ucapan berbilang tahniah dan penghargaan ni dapat mengundang rezeki baru betul-betul p Korea free! Wuhoooo.... Amin....  

Nota Berkaki Ayam: Antara Korea dan Jepun, aku amat kepinginnnn nak ke negara matahari terbit tu. Antara destinasi travel dalam wishlist aku. Namun apa kan daya, nyarissss lagi nak dapat Japan Disneyland. Sikittt lagi. Sikittttttt lagi. Tapi dapat kembali bercuti kat Disneyland Hong Kong. Ah, info pasal tu nanti-nanti saja akan aku maklumkan kembali. Rasa berdebar nak tunggu surat hadiah. Selagi tak nampak hitam putih depan mata, selagi tu rasa was-was. Cerita bercuti ke Disneyland Hong Kong tahun lepas pun aku tak sempat nak mengarang lagi kan. Ah, besok-besoklah. 

Apa pun daku bersyukur jua seadanya. Apa pun rezeki yang Allah kurniakan, kusyukuri penuh redha dan keseronokan, Alhamdulillah...


Friday, April 18, 2014

Melukis~ Carilah sumber inspirasi


Bakat seseorang tidak mengenal usia. Contohnya bagi pemenang Pertandingan Seni Texaco Kanak-kanak, Ireland, Shania McDonagh yang baru berusia 16 tahun! Tengok pada efek garis dan bayang dalam lukisan ni menampakkan ketelitian penuh dalam hasilkan lukisan ni. Aku sendiri pun tak rajin nak buat full drawing macam ni. Kalau pun ada, mungkin makan masa lama nak siap. Tapi remaja ni siapkan drawing ni dalam masa sebulan. 

Waktu sekolah rendah dulu, ada budak sekelas dengan aku yang sangat berbakat dalam bidang lukisan. Seingat aku, namanya Rafati Andriani. Mudah ingat nama penuhnya sebab lain dari yang lain. Betul salah ejaannya belasah jelah, aku pun ingat-ingat lupa. Cikgu-cikgu pun suka sangat kat lukisannya. Kalau ada pertandingan melukis, tak payah beranganlah nak menang top prize kalau dia join bertanding. Mesti nama dialah di mana-mana. 

Kagum dan jeles dengan bakat yang dia ada, aku try polish lagi minat dalam bidang lukisan. Nak-nak bila diapi-apikan dek kawan 1 geng dengan aku. Dorang tahu, aku suka melukis. Nah... sapa kata sikap cemburu tu tak bagus? Kalau kita takde rasa cemburu, takdelah hasrat nak pertingkatkan diri sendiri. Dan sememangnya kita kan kekal di takuk lama. 

Masuk zaman belajar dalam bidang Seni Lukis kat UiTM dulu, aku jadikan emak kepada rakan sebilik aku sebagai sumber inspirasi. Kagum dengan bakat melukis permandangan dan potretnya. Sebidang kanvas boleh dipenuhkan dalam masa yang singkat. Sebuah lukisan dihidupkan bagai foto realiti. Itulah bakat pada emak Enie. Sampai sekarang aku rasa bertuah dapat kenal keluarga seni Enie. Bakat seni menurun dari ibu bapa kepada anak-anak. Bahkan aku sendiri cemburu tengok Enie yang gigih. Kemahiran dan konsep ideanya sentiasa segar dan menarik. 

Inilah rupa aku zaman belajar. Memang tak lawa. Sedang kawan-kawan lain belajar bermain make up, dressing macam model, peraga kasut dan baju berjenama. Aku lebih gemar duduk dalam bilik hostel, baca manga Dragon Ball dan Dr. Slump. Sambil membaca tu aku suka tiru stroke lukisan Akira Toriyama. Sebab tu sampai sekarang aku masih suka lukis kartun, terpengaruh haha... Sedang kawan-kawan lain berseronok pergi trip berkumpulan, aku terperuk dalm bilik fikirkan projek yang bertindan. Live sebagai happy student memang ke laut. Too stressfull jadi aku. Gloomy... Moody. Ya, itulah dia Wan Hairulshifah, yang semua kenalan aku kenal.

Kadang-kadang bila aku down belajar sorang-sorang,  jauh dari keluarga. Nak-nak masa tu susah nak telefon ke kampung. Henpon mahal zaman tu. Walaupun jenama Nokia cokia second hand, mak oi mahal. Jadi aku takde famili dan kawan tempat mengadu stress (bila kerja melambak-lambak) dan sedih (bila rasa keseorangan) dan down (bila kena marah dek lecturer atau dapat markah rendah). Aku jadikan rasa cemburu aku pada Enie sebagai pembakar semangat.

Aku fikir, aku kena struggle walaupun aku susah. Aku tahu, aku ada banyak kelemahan dalam bidang ni. Pendedahan aku kurang. Dengan takde internet di hujung jari macam zaman sekarang. Pastu, aku takde transport kalau nak ke mana-mana, cari bahan. Aku takde keluarga terdekat kalau nak adu masalah. Dan kawan-kawan sekelas pula tak semua faham kepala aku. Dorang disogokkan dengan kenyataan yang aku ni kaki moody sebab susah nak senyum dan jarang nak sosial (bersembang kosong atau ajak lepak di mana-mana). Sebab masa belajar dulu, kepala aku sarat dengan keinginan nak habiskan study dengan pencapaian markah yang baik dan lebih baik. Justeru, aku sendiri bataskan segala keinginan nak bermain-main zaman belajar. Impaknya, takde kawanlah. Kekuatan aku sebenarnya lahir dari keinginan nak cabar diri sendiri. Maka aku perbanyakkan sumber persaingan. Orang ni yang ada bakat bidang ni. Orang tu yang ada kemahiran bidang tu. Aku tak bergaul pun dengan dorang. Sebaliknya aku observe. Tapi yelah, kita manusia ada batas tersendiri. Sebanyak mana kita usaha, kalau setakat itu kemampuan kita. Terimalah seadanya.

Api cemburu biarlah bertempat. Kena tahu duduk kita di mana. Level kemampuan kita. Jika tak mampu nak ikut saing, tak berjaya, bertambah-tambah rasa cemburu meningkat pula jadi dengki. Kan dah tak elok tu. Ambil yang negatif jadikan positif. Nescaya kita sendiri akan rasa tenang dan happy dengan penerimaan tentang diri kita sendiri. Motivasikan diri kalau rasa ego + malas nak minta pandangan orang lain.

Kalaupun tak tercapai standart brilliant macam sumber inspirasi kita, sekurang-kurangnya kita dah USAHA. Kemahiran bukan datang ibarat petik jari. Tapi dari pengalaman dan usaha gigih. Dan jangan  sesekali merendah-rendahkan diri sendiri jika tak mampu. Dalam bidang lukisan, semua karya adalah istimewa. Hatta secalit pensil. Setitik noktah di atas kanvas kosong. Itulah seni. Ada pelbagai teknik yang boleh kita aplikasikan. 

Bila aku tengok lukisan aku zaman sekolah dulu pun, aku sendiri dok perleceh. "Owh, patutlah cikgu tak pandang pun hasil drawing aku dulu. Macam ni je standart lukisan zaman sekolah rendah aku." Tapi aku bangga dengan hasil karya sendiri. Bangga bukan bermakna riak ye. Bangga sebab  aku jenis ada sentimental value pada setiap hasil karyaku. Sekurang-kurangnya aku mencuba. Walaupun orang lain tak suka, kutuk huduh, tak menepati citarasanya. Biarlah. Setiap orang ada pandangan dan selera masing-masing. Yang penting kita sendiri hargai setiap apa yang telah kita usahakan.

Setiap orang bermula dengan 1 titik pada 1 kertas lukisan kosong. Macam mana cara kita nak melukis, menghiasnya, terpulang pada daya kreativiti masing-masing. Berinspirasi: usah henti.

Thursday, April 17, 2014

Logo Halal JAKIM

Kalau pergi kedai, supermarket atau hypermarket, mesti banyak terpampang logo Halal JAKIM di mana-mana. Tapi kalau nak membeli produk makanan tu pastikan tanda halalnya bukan tiruan seperti di atas. Sama tapi tak serupa. Sebab sememangnya ada sebahagian tokey kedai yang buat printing sendiri logo halal ciplak. Sebab tu tak semena-mena je kedai kena tutup sebab pakai tanda halal palsu tapi hakikatnya tak daftar pun sijil halal dengan JAKIM.

Kat luar negara, kebanyakkan makanan khabarnya takde pula disertakan dengan label HALAL. Dan jika ada pun label halal memang kena baca isi kandungan. Sebab kebanyakan bahan campurannya agak meragukan. Moga terhindar dari termakan makanan syubhah dan haram. Amin...

Aku kongsi kat sini laman web Syubhah untuk kepastian status halal produk dalam Malaysia.

------------------------ RALAT ------------------------ 

Terima kasih pada en. Far-Red yang membuat teguran berkenaan info laman web Syubhah yang aku sharing sebelum ni. Sebenarnya aku dah buat hyperlink laman web JAKIM kat kenyataan di atas. Mungkin tak termuatkan, bila publish tak terlink pula alamat laman web JAKIM tu. Untuk Direktori Halal sila klik link yang disertakan yeh. 

PRIZE~ Fly Me To KOREA Contest



Yea yeaaaah... Voucher Secret Recipe selamat diterima. Valid sampai bulan Oktober 2014. Boleh redeem sebiji kek Secret Recipe (kecuali jenis premium). Oklah sangatkan. Sebiji kek pun sekitar RM82. Dengan menghantar 3 penyertaan. Pada hari terakhir. Dengan harapan tipis boleh menang. Sangkut juga 3 nama. Alhamdulillah... Salah satu voucher dah terima. Nak tunggu voucher yang dikurier ke Kuala Lumpur dan Perak pula. Dah ada kawan-kawan yang bertanya nak jual ke. Rasanya tidaklah kot. Kebetulan bulan Jun, Julai dan Ogos ni sarat dengan tarikh hari lahir ahli keluarga. Maka jimat sudah cash membeli kek dengan voucher ni. Sayang sekali tak valid sampai tahun depan. kot tak boleh simpan untuk birthday sendiri bulan Disember nanti, birthday suami Februari tahun depan dan birthday Mia juga Mac tahun depan. Takpelah... yang pasti masih boleh raikan birthday-birthday yang tersayang sekitar bulan terdekat nanti.

Whole Cake. Boleh pilih mana-mana saja resipi pilihan seperti gambar di atas. Antara perisa kegemaran aku semestinya Chocolate Indulgence, Black Forest Cheese dan Classix Cheese. Stok menambahkan lelemak di bahagian 3P yakni perut, peha dan pinggul.

Yang tak boleh ditebus meskipun teringin. Nasip baik aku tidaklah terlalu 'into keinginan'. Maka dapat kekang nafsu nak redeem Fruiticious dan Strawberry Vanilla.


Senarai pemenang peraduan Fly Me To KOREA Contest. Belum berpeluang lagi nak merasa jejak tanah Korea. Takpe, belum rezeki ke sana secara percuma. Semoga ada rezeki-rezeki akan datang dengan peraduan seumpama ni. 

Wednesday, April 16, 2014

Lost Password

Gahhh!!!! Banyak kali terkena. Nak-nak bila dah lama tak sign in sign out, pastu link kena kembali sign in. Blog ni pun maunya setengah jam digodek-godek nak ingat-ingat balik passwordnya. Apatah lagi kalau web-web yang dah lama register tapi langsung tak pernah log in. Bila tergedix nak guna laman web tu, barulah nyesal. TAK SAVE PASSWORD di mana-mana. 

Pendek kata: 
CUAI

Anti KUTU

"Wan, jom main kutu" Ajak si polan kelmarin. 

Aku sengih je sambil tergaru-garu kepala yang rasa tak gatal. Bukan sebab ada kutu atas kepala. Tapi dek kerana rasa serba salah nak jawab lagu mana. Pelan-pelan akal bijak aku menjawab. Susun ayat cantik-cantik agar kata hati aku tidak terjeluak. Sebab apa? Sat-sat nanti aku story. Ni dengar dulu jawapan baik dari aku kat kakak tu. "Ah, tak minatlah kak. Saya jenis menyimpan terus dalam Tabung Haji." Tak banyak pun tolak gajinya, tapi logik akal juga jawapan selamat tadi. Maka si polan pun bergegas pergi mencari mangsa baru yang boleh dimakan pujuk join kroni kutunya.

Jawapan muktahir dari hati aku?

SORRY!

Aku memang tak suka join kutu. Atau terlibat dengan skim-skim peningkatan duit tanpa usaha. Atau buat pinjaman kat keluarga atau kawan-kawan. Rasa tertekan hidup dibayangi duit nak kena ansur bayar tiap-tiap bulan. Cukuplah sekadar nu hutang Angkasa yang lebih 1K ditolak gaji, saban bulan.  Hutang PTPTN tinggal lagi RM2000 lebih nak habis langsai. 

Kenapa aku tak suka kutu? Bukan kerana dek lecehnya kena bayar duit tiap-tiap bulan. Bukan kerana nanti bila sampai masa aku dah terima duit. Pastu kena sambung bayar lagi untuk cover habuan Kutuan orang lain. 
Quick Sketch. Kalau buruk jangan komplen bwehehehh...

Aku tak suka kutu kerana aku tak tahan dengar ayat-ayat pedih dari mulut Sang Bendaharinya. Aku memahami, tugas beliau: susah. Kena kejar orang. Kena ikut masa ditetapkan bila nak bayar cash pada pemilik bulanan. Dan segala macam penderitaan mak nenek lain yang dihadapinya. TAPI aku sangat kisah bila mana mulut ala-ala tempayan bermuka dua dihala ke sana sini. Oh tidak....!!! Marah punya pasal, habis segala isi perut, hak dalam kain, seluar orang dilaung-laungkan. Lewat sejam pun dah kena maki. Apa lagi lewat sehari? Seminggu??? Oh... Cukuplah aku jadi saksi bisu. Tengokkan gelagat si pengutip kutu memang buat aku berbulu. Kalau tak bayar, di belakang orang tu habis sumpah seranah keluar. Tak cukup dengan tu call pula pengutu-pengutu lain maklumkan kelewatan individu terbabit. Tapi, bila orang datang nak bayar... muka cerah bersinar, mulut manis umpama gula, sikap berubah ke sediakala. Semua orang jadi suka. Oh please la... Hipokrit sangat! 

So, menetapkan sasaran aku tak suka dimaki dek bendahari. Maka aku putuskan takmo main kutu. Terlibat dalam perbualan berkenaan kutu dorang pun tak nak. 

Sekali lagi aku tegaskan: Bukan isu kutu tu yang aku tak suka. Sikap pengutu-pengutu tu yang aku tak berapa nak gemar. Semoga jika ada pengutu tegar di luar sana tak terikut tabiat gemar mengata dan adu domba pengutu lain macam kesaksian aku di sini. 

Sekian dari ANTI KUTU (hidup merayap atas kepala)

Cara Memohon RUMAH MESRA RAKYAT 1Malaysia

Arwah abah pernah bantu penduduk kampung dapatkan rumah Mesra Rakyat 1Malaysia. Alhamdulillah... meskipun kecil saiznya cukup bermakna untuk sebuah keluarga.  Apa yang perlu kita sediakan hanyalah sebidang tanah sendiri sebagai tapak rumah. Berikut adalah syarat-syarat memohon:

Penduduk Semenanjung:

1. Warganegara Malaysia
2. Usia 18 - 60 tahun sahaja
3. Pendapat seisi rumah (kasar) RM750 - RM3000 sebulan
4. Tidak mempunyai rumah sendiri ATAU rumah usang ATAU tidak sempurna
5. Mempunyai tanah yang bersesuaian tanpa sekatan ATAU cagaran keatasnya
6. Minima tapak 2,800kps / 3,200kps / 3,600kps
7. Tertakluk pada kelulusan bank



Penduduk Sabah & Sarawak:

1. Warganegara Malaysia
2. Usia 18 - 60 tahun sahaja
3. Pendapat seisi rumah (kasar) RM750 - RM3000 sebulan
4. Tidak mempunyai rumah sendiri ATAU rumah usang ATAU tidak sempurna
5. Mempunyai tanah yang bersesuaian tanpa sekatan ATAU cagaran keatasnya
6. Minima tapak 2,600kps


Cara Memohon:

1. Borang melalui laman web SPNB / Pejabat Cawangan SPNB / Pejabat Wakil Rakyat
2. Serahan dokumen pada Pejabat Cawangan SPNB
3. Proses kelulusan pinjaman daripada pihak bank

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Jabatan Rumah Mesra Rakyat:

Di talian: 1-300-80-3838 ATAU 03-26185555 
Email: pr@spnb.com.my


Sila COPY/PASTE link berikut untuk edaran borang secara percuma:

http://www.spnb.com.my/forms/BORANGRMR2013.pdf

Tuesday, April 15, 2014

LOTTE Product ~ HALAL ke HARAM?

Fakta BENAR atau AUTA produk Popero, dari pengeluar Lotte tidak halal? Mungkin aku terlambat  nak update isu ni dalam blog, orang dah kecoh buka isu baru. Aku baru terfikir nak buka entry ni. Tapi di kalangan kawan-kawan, masih ada yang tertanya-tanya akan status halal produk Lotte: PEPERO.

Aku tak pernah lagi makan produk tu. Tapi mengaku dah selamat makan produk Lotte jenis Koala tu. Pepero ni antara coklat famous bagi pemborong coklat di Pulau Langkawi. Waktu shopping coklat kat kedai Haji Ismail Group (HJI) penghujung bulan mac lepas, tak nampak pula produk Lotte ni di mana-mana. Maka ketika isu halal haram dibangkitkan maunya tak senang duduk jugakkan, sebab dah termakan keluaran Koala March, Lotte dulu. So google punya google, jumpalah pula kenyataan dari isteri Ally Iskandar yakni Farah Lee.

Aku ringkaskan cerita: Pihak Halal Korea dah maklumkan pada pengeluar produk LOTTE dan sahkan semua bahan dalam produk makanan PEPERO berasaskan tumbuh-tumbuhan. Farah ada selitkan juga, kalau kita was-was, eloklah tak payah makan. 

Melayu kita ni memang ketatkan sangat isu makanan halal haram. Ada pihak lain membidas, perlukah logo JAKIM untuk mengesahkan halal haramnya sesuatu produk tu. Sesetengah bahan makanan sememangnya berasaskan tumbuh-tumbuhan semata-mata. Macam Putu Kak Mek keluaran mak aku dulu contohnya. Memang takde sijil halal pun sebab pasaran kecil-kecilan saja. Nasip baiklah takde orang pertikai masuk blog memasing segalanyalahkan. Tapi sebagai saksi utama cara pembuatan kuih putu, aku jamin Putu Kak Mek terjamin halal, bersih, selamat, bermutu tinggi dan SEDAP! Iklan sebentar. Mak pun dah lama tak teruskan projek buat putunya sejak abah dah takde huhu... Rindu pula nak tengok mak dok ketuk-ketuk acuan putu tu. Pernah gak tolong sekali-sekala. Sakit pinggang wooo duduk lama-lama hadap kuih putu tradisional ni. Nak-nak mak aku jenis buat sorang-sorang. Kesian pula bila kenang-kenang...

Berikutnya satu lagi produk keluaran LOTTE, Koala March. Ada perisa coklat dan strawberry. Manissss sangat. Mia tak boleh kunyah. Geli tekak katanya. Memang ada logo Halal dikotaknya. Tapi bukan logo by JAKIM. Harap-harap tidaklah timbul isu produk ni haramlah pula. Dan berkotak-kotak masuk perut!

Perisa strawberry

Perisa coklat 

Pek kecik dari dalam kotaknya

Maskot Koala March 


Monday, April 14, 2014

PRIZE~ Won Astalift Product

Menang hadiah promo majalah. 
Produk Astalift bernilai RM500. 
Alhamdulillah...

PRIZE~ Produk Schwarzkopf

Menang produk penjagaan rambut berjenama Schwarzkopf dari peraduan majalah. 
Produk bernilai lebih RM200.


Sunday, April 13, 2014

PRIZE~ Goodies Promo OZ

T-Shirt dan pelbagai goodies OZ dari contest majalah. Casing OZ tu dipakai sampai lunyai tau. Pastu tup-tup dapat lagi bingkisan kiriman hadiah promosi OZ dari majalah lain. Dapat casing OZ tu lagi. Rezeki berganda dengan promosi OZ ni :)

Friday, April 11, 2014

Isu Ciplak Jenama FAREEDA... Nyata Jelita

Isu terkini yang paling hangat diperkatakan. Soal rampasan tudung ciplak produk Fareeda. Melihatkan kesungguhan pemiliknya buat tindakan seperti rampas dan saman barulah buka balik mata orang ramai isu ciplak dan hak cipta ni. Sebelum ni dah ramai orang berkompang pasal isu ciplak-ciplak ni. Bukan ciplak dalam bidang fesyen je. Aku yang terlibat dalam bidang grafik, buat design ke lukis kartun ke, PUN ada yang tiru. Tiru style, tiru cara drawing dan lain-lain. Dan bila kita bising menegakkan hak. Kan tampil mereka-mereka yang jenis hati kering menafikan. Dan berkat kesungguhan memasing akhirnya yang batil itu ditegakkan. Faham ke istilah halal haram? Curi kan haram. CIPLAK tu sama denganlah maksudnya dengan CURI. 

Tapi kita kata... Ah, tiru sikit je. Bukan copy semua. Bukan amik corak sama macam kain dia. Bukan guna material kain yang sama dengan dia. Bukan guna warna yang sama. Dia letak 3 layer. Lapisan satu bewarna kuning, lapisan kedua bewarna pink dan ketiga purple. Kita terbalikkanlah. Kita campur-campur warnanya. Guna je kain jenis lain. Guna span jenis lain ke.... Tambah batu.... Tambah manik dah... jadi patern kita sendiri. TAPI, bukankah kita follow idea perekanya? Bukankah kita google kat internet gambarnya. Belek-belek jenis kainnya sampai lebam. Dengan harapan kita mencipta tudung fareeda baru dengan harga lebih berpatutan. Beza RM50 ke RM170 contohnya dari harga asal tudung berjenama Fareeda. 

Fikirkan apa yang tokey Fareeda ni buat untuk melariskan produknya. Buat contest dengan hadiah lumayan. Supaya orang makin kenal jenamanya. Bina design billboard, bayar dan papar di jalan-jalan raya besar supaya orang boleh ingat produknya. Upah buat poster dan website, itu tak termasuk lagi bayaran promosi bergerak, upah model untuk shooting dan segala macam benda yang menggunakan DUIT untuk melariskan jenamanya. Tup-tup masuk di pasaran jenama Mak Bedah entah dari mana-mana, papar je iklan dengan tajuk "Tudung Ala Fareeda" dengan gambar tudung ciptaannya dan model tudung Fareeda disebelah. Terus laris beribu ringgit tanpa banyak usaha pun. Tak perlu labur ribuan ringgit nak dapatkan pelanggan. Cukup sekadar buka blog dan facebook dengan tagline "Nyata Lawa Macam Faridah" terus menangkap ramai pelanggan tetap. Untung nasip boleh buka cawangan lagi! CONTOH, contoh aku kata... Jangan dispekulasikan stetmen yang aku ada-adakan itu. Dan jika benar pun ada jenama Kak Bedah mungkin kerana klisenya nama itu dengan jenama Fareeda. Sinikal sekali sekala.

Fareeda dah kemukakan jenis rekabentuk dan material yang digunakan dalam hak cipta milik mereka. Rasanya dah bertahun dorang bagi amaran nak saman orang. Tapi makin menjadi-jadi pula kes ciplak ni. Yelah... orang lain pun nak berniaga juga. Nak kaya juga dengan jual tudung. Tapi salahguna cara. Manipulasi situasi orang lain. Pergunakan kelebihan yang ada pada pihak lain. Cari untung atas usaha-usaha orang. Salah tu. Ciplak tetap ciplak. 

Ah ya, semalam masa membeli belah di NRE (Ya... terbeli dan terover budget semalam huhu...), aku perasan banyak kedai tudung tak beroperasi macam biasa. Kalau ada pun jauh terperosok nun dalam ceruk-ceruk tempat. Aku tak pastilah kalau design tudung mereka tu menyerupai design Fareeda memandangkan aku sendiri pun tak pernah ambil berat pasal produk Fareeda ni. Yang pilunya bila nak cari jenis tudung kat satu stall ni, budak yang selalu berniaga tu bagitau "Kalau akak nak beli tudung jenis tu, atau jenis ni, kena pergi ke belakang. Kami dah 5,6 kali keluar masukkan tudung ni dalam van." Mungkin sebab aku lambat pick up. Aku fikir dia simpan tudung tu sebab hari nak hujan. Memang mendung pun semalam. Hujan pun lebat waktu petangnya. Yang musykilnya banyak je lagi tudung-tudung corak lain tergantung molek kat ampaian segera dorang tu. Aku tak beli pun tudung kat dorang, sebab takde saiz besar yang aku nak hadiahkan untuk mak. Sudahnya aku beli je tudung lecra berjenama makcik seseorang di kedai lain. Harga berganda murah dari butik Fareeda tentunya.

Sejujurnya aku tak pernah lagi pakai tudung Fareeda, hatta mencuba, apatah lagi membeli mana-mana tudung berjenama Fareeda. Pada suatu ketika, bila mana aku ketagih nak pakai tudung berawning ala-ala Fareeda, aku tak pergi ke butiknya. Aku cari di pasar-pasar malam, nak merasa tudung mahal sikit, pergi la kat butik-butik. Harga dalam lingkungan RM50 ke RM80. Uiii... cukup mahal bagi aku. Dan bila kusarung, terasa bagaikan "Waaaa... besh betul pakai tudung mahal ni." Walhal selang seminggu dua, bila basuh, renyuk dalam bakul baju. Iron balik, aku tengok dah hilang seri mahalnya. Kerana itu aku tak berhajat membeli Fareeda walaupun puas direkomenkan oleh kawan-kawan gila fesyen sama ada di facebook, blog mahupun rakan sepejabat. Aku tau, kalau masuk pun butik Fareeda, aku keluar balik dengan tangan kosong. Harga dalam lingkungan RM150 DAN ke atas untuk sehelai sahaja. "Urgh... Too expensive to me." Kan hakak dah speaking London. Aku boleh beli 3 hingga ke 5 helai tudung baru dengan harga yang sama, jenamanya sebarangan saja. Sememangnya tak setanding jenama Fareeda yang bukan saja gah pada nama, bahkan pada kualitinya. Dan lagi bila berselisih dengan kaki Fareeda, mereka tahu, mereka boleh cam tudung yang aku gayakan bukan Fareeda. Kerana aura Fareeda hanya mereka-mereka yang mengumpul dan membelinya sahaja yang tahu akan kuasanya. Efek ekslusif sudah semestinya.


Beberapa kali juga bila klik website Fareeda, aku akan survey jenis-jenis tudung macam ni. Cantik ni. Boleh pakai hari Khamis sebab ada elemen batik. Orang kerja Kerajaan kan kena pakai batik setiap Khamis. Masalahnya sejak mengenal PopLook aku tak pakai dah baju kurung ke pejabat. Sampai kena perli berialah dengan warga opis yang suka bergaya tu. Tak menepati etika berpakaianlah. Blouse entah apa-apalah. Gosipkan pasal fesyen aku kat member opis lain. Senyap-senyap jumpa aku tanya brand dan website. Eh... nak survey jugak brand baju fav aku ni ke.... Sampai tak pasal-pasal website poplook pun kena block gara-gara jadi antara bahan carian tertinggi kat pejabat. Tulah... lain kali tak suka jangan kutuk sebarangan. Tah bila-bila masa Tuhan boleh ubah minat dan keinginan kita pada benda yang kita tak suka. Kan dah malu sendiri kantoi bila orang tau yang awak pun dah tergila-gila pada apa yang aku suka. Bahasa ringkasnya: Orang kalau mengata tu selalunya sebab jeles. Dia pun mau, tapi malu nak mengaku. Selingan kisah Fareeda haha...

Aku selalu berharap satu hari nanti Fareeda turunkan banyak sikit harga tudungnya. Sesak nafasku nak labur cash demi sehelai tudung je. Harga sehelai boleh kubeli 3,4 pasang baju kat PopLook. Nakkkk jugak mention website tu ahaha... Memang kadang-kadang Fareeda buat jualan borong produknya. Tapi hakak kau tak sanggup perhabis barang 3,4 jam beratur lama nak beli koleksi tudung idaman. Ramai je yang sanggup bersengkang mata dek semata-mata demi tudung berjenama tu. Tak suka boleh jual balik dengan harga asal. Masyukkk... pasti masyuk sebab brand ni antara hot item. Automatik rasa diri lawa. Nak merasa cantik jelita beli saja tudung Fareeda. Kena-kenalah sangat dengan taglinenya Fareeda... Nyata jelita. Perhabiskan duit sekali sekala, tak mengapa haha...

Kesimpulannya: hakak sokong tindakan Fareeda menegakkan hak mereka dalam isu ciplak ni. Semoga beri pedoman kepada orang ramai. Kelebihannya mungkin boleh melahirkan pencipta design tudung berjenama baru dalam pasaran. Malaysia BOLEH! (Tagline 1Malaysia).

I Hate CopyCat! FREE BADGE for all of you!



Stroller idaman~ QUINNY ZAPP EXTRA 2012

Dalam pencarian memilih stroller baru untuk Aliya Damia. Sebelum ni dah ada stroller dan buggy beli di ToyRus. Buggy ringan itulah kami heret sana sini sampai lari alignment dia. Al maklum anak bukan makin mengecik, makin meninggi dan memberat. Sudahnya buggy tu tak mampu dah nak menampung saiz Mia. Sekarang buggy tu dah terperuk je dalam stor tak rasa boleh guna dah.

Memang dah jadi keperluan pun stroller ni nak-nak kalau niat nak travel jauh. Jenuh Mia yang lebih 15kg tu masih nak minta berdukung dengan ayahnya. Bila letih sikit, merengeklah dia "Ayah... nak dukung!" Berat sekampit beras dah anak... Tak pasal-pasal lengan ayah besar sebelah haha... Sewaktu travel di GuangZhou tahun lepas, kami beli je buggy instant jenama BaoBaoHao (ke salah aku eja tah) kat Plaza Permainan. Walaupun takde brand, tapi sangat-sangat membantu kala kesesakan. Boleh cilok-cilok saja jalan kecik. Boleh pikul je sebab ringan. Dan tahan lasak jugak walaupun banyak kali dilanyak dek debabnya Damia hehe...

Inilah buggy BaoBaoHao. Dengan berat Damia plus barang permainan Damia di belakangnya, memang kuakui sangat tahan lasak. Mungkin sebab masih baru. Tapi sekarang ni pun kalau bawa berjalan insya'allah buggy ni tak mendatangkan masalah. Poket kecik tercicir kat mana tah. Nanti aku ceritakan kisah lanjut percutian di negara China sekitar bulan November tahun lepas (2013). Belum berkesempatan nak belek semua gambar dalam album pun. Masa bercuti ke sana, baru nak mula musim sejuk. Tengok aku, orang melayu berkulit tebal. Selambadek je pakai blouse Fify PopLook yang nipis tu tak cover jaket. Walhal kulit terasa mengigit-gigit kesejukan. Tabah je hati sebab degil tak dengar cakap suami, beli jaket winter sebelum bertolak ke China. Aku ingat sejuk air cond je. Rupanya 16 darjah celcius tu kena tolak lagi beberapa darjah. Sejuk Mak Enon. Saja je aku buat-buat tak sejuk mengambil kira tak nak bazir duit beli jaket kat negara orang. Walaupun sebenarnya harga kat sana 2 kali lebih murah dari beli di negara kita. Oh nampak bagasi purple? Mustahil pergi GuangZhou tak bertambah troli beg. Rugi tak memborong walau takde benda pun rasa nak borong haha...

Nak cari stroller sebab nak dapatkan kenderaan yang lebih selesa untuk travel Mia. Kalau buggy cuma dapat duduk je. Kalau terlelap tersengguklah kepala menyandar ke belakang. Kalau tak sedar, kaki boleh terseret kat jalan sebab ruang kaki pendek je. Sebab tu nak dapatkan stroller yang besar (boleh tampung saiz budak besar), boleh laras bahagian kepala dan ruang kaki yang lebih selesa.

Bila survey-survey kat shopping mall mata terus tertarik dengan stroller jenama Quinny ni. Macam-macam saiz dan warna ada. Dari saiz untuk newborn, kanak-kanak dah besar sampailah jeis kombo untuk kembar pun ada. Harganya boleh tahan meriah juga. Sekitar RM1000-2000 dan ke atas. KtikKtikKtik... Juling kepala hakak kau catu kalkulator! Kuikuikui...

Pilihan warnanya pun menarik. Yang nampak kat ToyRus lepas warna Purple Pace. Tapi jiwa mommy yang ini lebih tertarik dengan warna Pink Precious. Tengok kat website Quinny luar negara, yang guna kombinasi warna pun ada. 

Dalam hati terdetik nak beli kalau ada contest. Boleh dapat 2 dalam 1 keuntungan. Ada sesiapa boleh cadangkan jenis stroller bagus yang sesuai untuk kanak-kanak 5-6 tahun? Kalau ada info jemput sharing yep. 



PRIZE~ Tofu Air Passport Holder

Hadiah dari contest Majalah (rasanya).
Dapat by kurier pastu tak mention lak dari majalah mana. 
Dan hakak pun confuse. Tq, hadiah come1!


Thursday, April 10, 2014

Stetmen Pra Attention Seeker!

Kalau dulu buat 1 entry mesti mencanak komen masuk. Sekarang buat 10 entry 1 komen pun susah nak nampak batang hidung. Hakak sedih. Hakak marah. Kecewa. Frust nonggeng dan sewaktu dengannya. 

Stetmen giler glamer! ngahahahahah!

Tapi bukan nak kata aku sorang je la, aku tengok member-member blogger lain yang seangkatan waktu aktif  berblog macam aku dulu pun sama dengan jugak dah makin kurang ber'cakap' di alam maya. Kalau tak, dulu.... pantang ada masa lepa. Sekejap jek bertambah entry. Sehari boleh buat 3, 4 entrylah. Cerita entah apa-apa pun sibuk nak dikongsikan dalam blog. Eh yang musykil tu, ada pulak tu tukang baca dan komentor tegarnya! Aku pun pelik, apa femos sangat ke, banyak sangat ke aura blogger tu tulis pasal "harini i pakai baju pink, seluar yankee warna kuning striking." Tu je stetmen. Tajuk je kemain panjangnya sampai ketagih orang nak klik link blog dia. hhahahah... CONTOH! contoh aku kata... Jangan berprejudis pula pada fakta auta aku tu.

Entahlah, mungkin makin banyak usia, makin banyak benda nak buat. Makin kurang mood nak membebel buruk sakan macam dulu. Akulah, aku... Aku tak kata orang lain. Dan lagi, aku pun banyak komitmen. "Ceeeeeehhhh... komitmenlah sangat" aku tau... itu yang terbenak dalam kepala otak korang bila baca stetmen kemanjaan aku tadi ngahahaha.... Bila banyak benda nak fikir, nak buat. Aku kena buat pilihan. Luangkan sikit je masa kat sini, aktiviti lain mungkin terganggu. So, fikirkanlah. Projek dapat duit atau tugas meluahkan isi perut perasaan yang perlu diutamakan. Ingat apa aku tulis tadi. Faktor usia. Makin berusia, makin kehendak kita bertambah besar. Kalau ada duit, nak tambah kaya. Maknanya keinginan berblog cuma boleh capai bila ada masa dan keinginan. Kalau perasaan tu so so je nak membebel. Hm.... ke lautlah mood nak berblog tu.

Ok harini aku dapat buat 2 entry luahan perasaan. Perasaan aku? Pueh hati. Satu kes lepas geram. Satu kes lagi: entry tah apa-apa. Mesti lepas baca korang rasa nyesal sebab terklik kat link ni haaa.... Kan betul apa aku jangka!

PRIZE~ Kerastase

Menang produk penjagaan rambut jenama Kerastase.

PRIZE ~ cash RM600

Hadiah sempena sertai peraduan slogan tahun lepas. 
Alhamdulillah...

Bila tidak amanah pada tugas

"Be professional!"

Senang nak ungkapkan. Payah nak laksanakan. Dek kerana emosi memainkan peranan. Jangan tanggungjawab dibelakangkan. Karang tak pasal-pasal kerana kamu yang tak mahu berikan bekerjasama, orang lain yang kan menerima bahananya.

Agak tertekan bila bekerja dalam suasana dingin. Mesra di depan, belakang lancarkan perang. Selalunya kerja jadi tergendala dan tak terurus. Kita yang sepatutnya mendapat banyak maklumat, jadi langsung tak tahu menahu. Nak tahu info pun hasil dari penceritaan mulut ke mulut. Walhal itu kerja hakiki kita! Kerja yang perlu kita utamakan. Kalau macam nilah cara nak urus kerja, lebih baik serah saja tugasan tu pada orang lain yang lebih amanah. Supaya tak menyusahkan orang lain. 


~Mood ke laut harini~

PRIZE~ Laura Mercier

Menang hadiah Laura Mercier sempena contest Majalah.
Hadiah bernilai RM500. So far dah guna eye shadow. 
Level happy tahap~ pergh!

PRIZE~ Sofy product

Menang hadiah Sofy anjuran Facebook Sofy.
Alhamdulillah...

Wednesday, April 9, 2014

Majlis Perkahwinan EllyEkin Part II ~ Gubahan hantaran untuk Pengantin Perempuan

Sempena Majlis Perkahwinan adik bongsu, daku gubahkan hantaran buat pengantin perempuan. 9 dulang dibawa dari Gerik ke Johor. Meskipun jarak jauh, alhamdulillah... kesemua hantaran dalam kondisi yang baik dan selamat. Gubahan hantaran bertemakan floral elegant dengan gabungan warna putih tanda suci dan pink serta merah hati sebagai tanda kasih.

Jom tengok hasil gubahanku untuk hantaran Majlis Perkahwinan EllyEkin:

Gubahan pertama~ Al-Quran dan sehelai telekung putih pink untuk adik ipar. Al-Quran ni diwarisi dari emak. Dah lama mak berangan nak berikan kepada salah seorang menantunya. Alhamdulillah kini jadi milik Ekin. Semoga membawa manfaat buat pemilik barunya.

Gubahan Kedua~  Campuran coklat: ada Forrero Rocher dan Hersheys.

Gubahan Ketiga~ Bunga telur pindang.

Gubahan Keempat~ Set perfume

Gubahan Kelima~ Beg tangan dan kasut wanita

Gubahan Keenam~ Produk wajah A'Laisyah

Gubahan Ketujuh~ Sirih junjung. Gubahan tak tinggi pun sebab kalau tinggi nanti runtuh pula. Simple pun takpelah kan. Janji sirehnya teguh.

Gubahan Kelapan~ Album wang hantaran.


Gubahan Kesembilan~ Duit mas kahwin dan set barang kemas

Ini bunga tangan untuk pengantin perempuan. Dan puas membelek album, tak jumpa lagi gambar penuhnya. Nantilah kalau jumpa, akan ditempek semula di sini. Berenda-renda pastinya. 1st start buat hantaran, dimulakan dengan gubah bunga tangan ni. Pastu idea gubah hantaran datang mencurah-curah.

Kesemua hantaran di rumah penginapan.

 
Suka pula kat songok peengantin lelaki ni, siap ada kerongsang. Tampak sedondon dengan hiasan kepala pengantin perempuan. 


Semoga perkahwinan adikku Elly dan Ekin 
berkekalan bahagia hingga ke anak cucu hendaknya, amin...

Kisah lanjutan:

Majlis Perkahwinan EllyEkin Part I ~ Rekabentuk grafik dan cetakan