Nuffnang

Followers

Tuesday, November 30, 2010

Won "CAPTURE & WIN: AN ADVENTURE WITH REEPICHEEP"


Okey aku menang saguhati (Je) untuk contest "CAPTURE & WIN: AN ADVENTURE WITH REEPICHEEP" anjuran The Ultimate Movie Card's. Syukur la..... Komen aku? lalala.... ho lalala... (not so happy :P)

Nak tengok full result? Klik sini

OCTOBER TOP WINNER
Prize: Sony Ericsson Vivaz mobile phone
VICTOR WONG WAI TSUNG

OCTOBER conso WINNERS
Prize: 2 GSC in-season movie passes to The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
1. HIMMAT SINGH
2. HONG LEONG
3. HASRUL HASSAN
4. HEX REX
5. TAN JIA JUAN
6. CALVIN LOH KIAN CHUANG
7. CIK YAYA ODETTE
8. CK SOON
9. RAASI UREEYA
10. SYLVIA WONG
11. SUDU BESI
12. KIRAN KUMAR
13. MOHAMAD FAIZ
14. SHUEILI TAN
15. FSSIX TAKUYA
16. EE RICK CHAN
17. ROBIN BRIAN VANDER SLOTT
18. WEE THAI CHONG
19. KOON




NOVEMBER TOP WINNER
Prize: Sony Ericsson Xperia X2mobile phone
YIN TE-QUIERO

OCTOBER conso WINNERS
(aku rasa dorg nak tulis november)
Prize: 2 GSC in-season movie passes to The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader
1. NURUL AINA ADNAN
2. AZMAN SHAHARUDDIN
3. YAN MIE
4. MILA SAHAK
5. SUGITRA PURIN
6. ICKES ANGELO
7. PERKASH DEVI
8. WAN HAIRULSHIFAH WAN ZAHARI
9. ZATA SABRINA
10. MAY YENN
11. XENO LEONG
12. YIGIIN LEE
13. PRINCE KEN
14. CECILE YEOH
15. JAMESBOND BEST
16. LIM TIAN JUN
17. MIKIMOTO LOOI
18. SONNY SAN


CONGRATULATIONS ALL!!!


Aku rasa aku tak upaya dapat henpon free sebab takde orang tolong like entry aku hahahhaa.... sementelah entry aku memang tak best dan aku pun malas nak promote :P

Nak tengok hasil kerja aku terjah dalam FB tu. Nanti-nantilah aku paparkan dalam blog ni. Takde mood :P

Aku sakit GIGI

Aku sakit gigi. Gigi aku sakit. Dua kenyataan yang sama beza sebutan. Mana yang lebih nampak derita? sebab memang aku rasa sakit amat gigi ni. Rasa nak amik tukul ke spannar ke pastu cabut sendiri gigi ni. Adeh seksanya....!
Tingat la orang dulu-dulu ikat tali kat gigi. Pastu sambung hujung yang satu lagi kat pintu. Pastu jauhkan diri dari pintu dan hempas pintu kuat-kuat. Kalau bernasip baik gigi yang rosak tu boleh tercabut dari akarnya. Sakit tak sakit tak tahulah. Tapi setahu aku kalau gigi rosak tu dah takde memang rasa seakan hilang azab sepanjang masa.

Nak menaip ni pun dengan mood yang berkecamuk. Hari ni projek mewarna aku dah menampakkan hasilnya. Harap-harap menepati kehendak penganjur. Sambung kerja. Banyak sangat pending job sampai buat kepala aku rasa krem. Beban sakit gigi ni sekali. Adeh!

Top 20 for the Blog & Win Contest Chronicles of Narnia @ Nuffnang

Happynya....! Aku nak buat kerja lain sebenarnya hari ni. Tapi email yang aku terima dari pihak Nuffnang ni betul-betul buat aku teruja gembira sampai tak boleh jalan kerja aku. Kena jugak luahkan dalam blog lepaskan sikit rasa terlebih happy ni.

Alhamdulillah aku tersenarai dalam TOP 20 sempena sertai contest Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader by GSC EonBank Card. Apakah hadiahnya? Tiket tayangan filem Narnia 3D! Wa... wa... wa.... Happy! Happy! Pertama kerana ia free. Kedua kerana ia 3D. Ketiga kerana aku penggemar Narnia! Itu yang buatkan aku terlebih sudah berjoget sakan kat meja ni.


Walaupun hadiahnya hanyalah tiket wayang, dah buat aku sangat teruja. Sebabnya? Inilah pertama kali menang contest anjuran Nuffnang. Terasa dihargai juga wuwu.... Macam teks ucapan pemenang anugerah lak hahah... Sekali lagi, Trimas Nuffnang!

Nak baca entry contest ni? Jemput baca entry ni: “My Magical Journey”. Design, manipulasi foto, dan rangka karangan ketika sedang bercuti di Sandakan, Sabah. Berlapis-lapis sketches aku lukis untuk dapatkan cerita menarik. Tapi sebabkan kejar masa dan ketika menulis tu aku demam, Damia pun tak sihat, karangan entry ni tak menepati kehendak aku sepenuhnya. Apa pun masih buat aku happy sebab hasil kerja ni dengan usaha gak. Bila terpilih antara TOP 20 satu bonus untuk aku semestinya! Harap-harap kalian terhibur :)




Monday, November 29, 2010

Wansteddy Giveaway season 2 ~ stickey mode ^.^

Jom join Wansteddy Giveaway. Sebenarnya dah musim ke-4 aku anjurkan giveaway. Tapi disebabkan aku baru nak guna icon badge GA ni maka secara rasminya ini musim kedua Giveaway anjuranku.

Syarat penyertaan mudah je:

1) Senyum dan taruk nama panggilan anda
2) Taruk email sekali ~ siap

Terbuka pada sesiapa sahaja yang berminat. Tak kisahlah ada blog atau takde blog. Tak perlu buat entry. Tak perlu follow. Tapi kalau nak follow lagi buat aku happy. Hati berbunga-bunga riang dan ria hahahah...

Hadiahnya:
Belum pikir lagi. Tapi sesuatu yang best. hehe... Lepas aku balik dari Sabah, barulah aku update pasal hadiah dan bilangan pemenangnya yep.

Tarikh tutup:
30 november 2010
jam 11.59 malam

Tarikh pengumuman:
1 disember 2010

Tarikh kirim barang:
Lagi cepat lagi bagos hahahha
(ikut pada kerjasama pemenang)

Jadi kepada semua peserta, pastikan bersedia pada 1 disember 2010. Kalau dapat semua alamat pemenang dapatlah kirimkan hadiah dalam minggu tu jugak. Insya'allah... Akhir kata, Selamat menyertai dan Semoga Bertuah!

Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1

Sabtu lepas kitorang tonton filem Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1 kat TGV, KLCC. Tiket jam 11 malam habis nak dekat pukul 2 jugaklah. Gah.... Bagi yang meminati siri Harry Potter jangan lepaskan peluang saksikan tayangan filem ni. Walaupun tak serupa sebijik dalam novelnya tapi memang akan rasa lebih lengkap kalau dapat saksikan magik Harry Potter versi real pulak. Kalau nak bayangkan ikut imaginasi je mungkin tak tercapai akal kan kan... Berikut aku kongsikan petikan filem. Semua picca aku Google je. Yang penting semua kandungan picca ni spoiler sepenuhnya sebab aku sediakan dengan penerangan sedikit sebanyak. Jom tinjau kisah filem HP yang terkini!


Ini Lord Voldemort si penjahat. Tengok muka pun dah tau jahat kan. Dia jadi gini sebab dia pisahkan nyawa dia jadi horcrux kepada 7 bahagian. Sebab tu jasad dia pun jadi semakin tak serupa manusia. Dah bentuk ular dah. Masa dia muda dia dia ni hensem tapi sebabkan tamak dengan kuasa ilmu hitam dia jadi makin tak betul dan cuba menakluk dunia sihir sepenuhnya.

Voldemort makes his move in Harry Potter and the Deathly Hallows

Adegan awal filem. Waktu ni Voldermort komplen tongkat sakti dia dan Harry Potter seakan ada hubungan antara satu sama lain. Sebabkan berkongsi teras yang sama, tongkat tu macam kembarlah pulak. Jadi dorang boleh cederakan satu sama lain, tapi tak boleh berbunuhan sebab tongkat tu sendiri. Jadi Voldemort sengaja mintak tongkat sihir Lucius Malfoy, bapak si Draco Malfoy sebab dia berdendam dengan keluarga tu dalam filem yang lepas.

Masa ni Harry dijelmakan kepada 7 orang diwakilkan kawan-kawan dia gak sebab nak kelirukan pihak musuh yang cuba tangkap Rubeus Hagrid. Hagrid jadi pemandu Harry dalam perjalanan ke rumah keluarga Ron Weasley. Motor yang dipandu Hagrid, kenderaan yang sama dia pandu ketika bawa Harry ke rumah makcik Petunia, adik mak Harry. Kali ni Harry kena duduk dalam tempat duduk tu pulak sebab badan Hagrid besar, tak muat nak duduk belakang. Kalau tak silap, pelakon lagak ngeri Harry untuk babak ni jatuh dan lumpuh. Tak ingat aku baca sumber ni dari mana. Korang google je la info pasal filem Harry Potter ni. Sonang kerja aku hahah...

Harry Potter and the Deathly Hallows part 1

Profesor Lupin sedang bersoal jawab dengan Harry. Sebab dalam perjalanan ke rumah emak Ron, dorang diserang hendap kroni Voldemort. Yang mati dalam serangan tu Prof Alastor 'Mad-Eye' Moody dan burung hantu Harry. Fred abang kembar Ron pulak cedera kat telinga. Ikut novel, serangan dari Prof Snape.

'Harry

Babak ketika Rufus Scrimgeour, Ketua Menteri Magik datang sampaikan wasiat Prof Dumbledore pada Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger. Satu amanat yang tak disampaikan pedang Griffindor sebab Rufus kata pedang tu tak boleh jadi hak perseorangan Harry.

Sempat menggatal hahhaa... Babak sebelum majlis perkahwinan abang Ron, Bill Weasley dan Fleur Delacour. Watak peserta dalam HP Goblet of Fire. Tapi sedang elok dorang bersukaria masuk patronus amaran yang maklumkan pihak kementerian dah dicerobohi orang-orang Voldermote.

Luna Lovegood. Belakang tu bapaknya. Keluarga ni sering dipandang serong oleh masyarakat sebab punya fahaman berbeza dengan orang lain tentang ilmu sihir. Tapi Luna ni antara kawan yang setia dan baik.

Sempat larikan diri dengan penjelmaan sejenak. Hermoine sempat usung semua barang-barang dorang untuk pengembaraan terdesak dalam sebuah kantung kecil.

'Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1' Review ( Harry Potter And The Deathly Hallows Part 1 Movie Still)

Babak ketika dorang tangkap Mundungus Fletcher yang curi harta keluarga Black. Harry bengang sebab semua tu harta milik bapak angkat dia Sirius Black. Yang penting loket Slyterin dijual pulak kat perempuan muka kodok, Dolores Umbridge.

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Babak ketika dorang sedang cari kakitangan Kementerian Sihir untuk menyamar. Dorang gunakan cecair polyjus yang boleh merubah bentuk rupa dan badan dorang menyerupai orang lain.

'Harry
Babak ketika Harry, Ron dan Hermoine menyamar sebagai kakitangan Wizrad Ministry untuk cari Horcrux loket Slyterin. Belakang Harry dari kiri Hermoine, wife 'Ron' dan Ron. Menjadi jugak karektor Harry, Ron dan Hermoine yang dilakonkan 3 watak baru tu.

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Babak ketika dorang lepas larikan diri dari Kementerian Sihir. Masa ni Ron cedera parah ketika lakukan penjelmaan. Nasip naik ada cecair Dittany yang boleh segera sembuhkan luka. Hermoine sedang buat jampi mantera perlindungan. So bila dorang duduk dalam, orang kat luar tak boleh nampak dorang. Kira jadi halimunan dalam ruang lingkup jampi la.

Harry Potter and the Deathly Hallows Part 1

Ron dah jadi tak stabil. Loket Slyterin tu dorang pakai secara bergilir-gilir supaya tak dipengaruhi oleh kuasa jahat dalam loket tu. Tapi disebabkan Ron ni jenis kawan yang paling lemah semangat, risau kat keluarga dia lagi. Tu pasal dia jadi cepat melenting dan curiga nak-nak sebab jeles tengok Harry macam rapat dengan Hermoine. Pas gaduh besar dengan Harry, Ron hilangkan diri. Tinggallah Harry dengan Hermoine je teruskan usaha cari baki horcrux yang masih tinggal.

Harry Potter and the Deathly Hallows cast

Ron kembali kepada pasukan lepas selamatkan Harry dari lemas dalam kolam ais. Waktu tu Harry nak amik pedang Griffindor yang terbenam dalam kolam. Tapi sebabkan Harry pakai loket masa nak menyelam tu, loket tu cuba lemaskan Harry. Nasip baik Ron ada dan selamatkan Harry. Sebenarnya Ron dapat kembali pun sebab dia gunakanalat deluminator yang diwasiatkan Prof Dumbledore kat dia. Memang berguna alat tu untuk Ron sebab Prof tu seakan tahu Ron ni mesti akan tinggalkan kumpulan jap pastu nak datang balik. Haih...
Xenophilius Lovegood bapak Luna. Dia jadi cam tak betul sebab Luna kena tangkap dengan kumpulan Death Eater. Sebabkan Xenophilius ni terbitkan majalan the Quibler yang sokong Harry 100%, jadi Death Eater jadikan Luna sebagai umpan untuk tangkap Harry melalui Xenophilius.
Harry Potter and the Deathly Hallows - Part 1 Movie Still
Babak ketika Harry cuba selamatkan diri dari dibelasah Nandini Ular Sawa Voldermote yang menyamar sebagai Bathilda Bagshot, penulis buku sejarah Hogwarts. Sebenarnya Bathilda dan lama mati.


Lepas kena tangkap dengan geng Death Eater, Harry dan kawan-kawan kena tawan di rumah agam Malfoy. Dorang ni tengah stress sebab Voldermort dah tak percaya kat dorang lagi. Terdesak nak dapatkan Harry, Lucius cuba paksa Malfoy yakinkan Voldermort yang dorang tangkap tu Harry Potter. Malfoy lak sebabkan ada rasa bersalah kat Harry sebab bunuh Prof Dumbledore dalam filem lepas, cuba lengahkan masa. Masa ni Hermoine kenakan sumpahan muka bengkak kat muka Harry, jadi dorang susah nak cam parut panah petir kat dahi Harry yang kabur dek bengkak teruk tu.

Ollivander si pembuat tongkat sakti dan Luna diselamatkan oleh Dobby. Sebabkan Dobby ni elf rumah, dia boleh sesuka hati keluar masuk rumah secara penjelmaan sebab keluarga Malfoy ni dulu bekas majikan dia.

Bellatrix Lestrange terdesak betul nak ambil hati Voldermort. Dia ni semacam fanatik Voldermort la. Perasan dialah orang paling diperlukan Voldermort heh. Bellatrix tengah terkejut gaban tengok pedang griffindor dipegang geng Death Eater. Dia sangka geng Harry curi masuk dalam bilik kebal harta dia kat Bang Gringot curi pedang tu.

Adegan ketika Dobby selamatkan semua orang.

Harry Potter and The Deathly Hallows Dobby Close 15 10 10 kc1 Harry Potter Posters: Dobby and Bellatrix

Dobby dalam kenangan. Dobby mati sebab ditikam pisau yang Bellatrix baling masa dorang lakukan penjelmaan.
Harry sedih giler masa ni sebab Dobby mati. kawan-kawan tak dapat buat apa.

Harry Potter and the Deathly Hallows closes

Last scene. Voldermort pecah masuk makam Dumbledore sebab nak rampas tongkat sakti Dumbledore. Dia ingatkan tongkat tu tongkat yang paling berkuasa di dunia sihir. Tapi.... Ah! Nantikan filem lanjutannya untuk tahu maklumat sebenar. Kalau tak sabar, boleh baca novel Harry Potter And The Deathly Hallows.
Kesimpulannya, filem ni memang yang ditunggu-tunggu peminat HP. Kalau kureng minat tu tentu kata filem ni boringlah, slowlah... Memang gitulah untuk awal cerita. Dalam novel pun macam ni. Tapi nantikan filem kedua nanti. Lebih banyak aksi yang mendebarkan. Spoiler sikit, libatkan naga libatkan peperangan besar-besaran dekat istana Hogwart! Nantikan.....
Ps: Sorry entry ni sedikit berkecamuk

Friday, November 26, 2010

Mamypoko Contest Result ~ Kenangan Indah Keluarga Bersama MamyPoko dan Pa&Ma Contest

Keputusan peraduan anjuran bersama Mamypoko dan Pa&Ma dah dikeluarkan. Tahniah kepada semua pemenang yang terpilih! Terima kasih kepada pihak penganjur yang turut menyenaraikan namaku dikalangan pemenang. Rasa bersyukur dan seronok sangat. Tak sabar nak sertai perjumpaan beramai-ramai sambil bercuti 2hari 1 malam di Bukit Merah. Yang paling best cash RM500 & 3 bulan langganan percuma majalan Pa&Ma dan prosuk mamypoko. Trimas para penganjur. Mudah-mudahan tiada aral yang akan halang pertemuan kita nanti :)

Berikut adalah senarai pemenang:
Yushaida Binti Mohd Yusof
Junaidah Bt Sabran
Fazlinda Binti Zainal
Latifah Bt Che Mat
Norsalinda Binti Ahmadan@Madan
Norliza Bt Mokhtar
Nurfatimah Bt Ahmad Shamsudin
Rodiah Bt Mohamad Salleh @ Abdul Mokti
Azni Idayu Binti Azmin
Noor Azira Binti Muhammad Yusof
Siti Haniza binti Mohd Ghaus
Neena Suliana Mat Nanyan
Intan Rahimah Binti Ab Halil
Nurul Ezwa Binti Mohamed
Rohaizaliza Bte Mansor
Nurul Haslinda Binti Aliasak
Nor Sazawati Mohd Azha
Norbaizura Binti Sani
Siti Mariam binti Yaacob
Norhayani bt Sajat
Farah Bt Ishak
Eileen Hana Bt Hasan
Zuhaireen Amimi Bte. Mohd Salleh
Yuzi Binti Yaacob
Azizah Binti Osman
Nor Yanni Bt Adam
Norhaini bte Musa
Nik Zainab Sumaiyyah bt Nik Mohd Kamel
Suzieanna Bt Ghozali
Wan Hairulshifah Bt Wan Zahari
Juliana Bte Mohd Zin
Nor Hartini Hashim
Anar Ruhayi Binti Zainudin
Mohammed Isnafleenor B Md Kamal Ghazalee
Shazalina bt Shamsudin
Nor Zakila Bt. Mohd Idris
Fairuza Binti Mohd Nadzeri
Azuin Bt Tukiran
Ayu Rafikah Mohd Ami
Zaini Bt Jusoh
Chang Ai Ling
Chong Chin Chooi
Liza Ling Ping
Lim Ai Ling
Chong Sze Mei
Vasantha Priya A/P Batumalai
Mathavan A/L Nadarajah
Kausaliya A/P Kalimuthu
Subathira Paramasivam
Bavany a/p Supramaniam


Kata-kata dari pihak penganjur:
Hello all! The Hari Raya campaign result is out! Congratulations to all the winners.We will see you soon at Bukit Merah Laketown Resort!
Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk disini:

Contest yang dirangka

Cetusan kreativiti. Aku sedang merangka contest pulak. Tajuk contest pun dah ada. Tema dan Konsep pun dah ada. Hadiah pun dah ada dalam kepala. Juri sedang diaturkan. Ketua jurinya aku! hehe... Kali ni biar gila-gila sikit. Dan aku nak semua peserta pun cetuskan kreativiti masing-masing secara gila dan meriah! miahahaha... Tapi belum masanya nak umumkan keseluruhan entry contest. Tunggu eh!

Majlis penyampaian hadiah Bakat Seni Kartun MERDEKA 2010

Inilah berita yang menggembirakan hatiku balik saja dari bercuti lepas. Masa tengah bercuti tu, sempat mak telifon dan maklumkan pasal surat menang contest ni. Mulanya aku tak sangka menang sebab dah lama betul takde sebarang info. Lagipun kawan aku yang menang hadiah utama awal-awal lagi dah dimaklumkan pasal kemenangan beliau. Lepas dapat surat jemputan ke majlis penyampaian hadiah lagilah buat hati aku lebur... Tak taruh harapan menang apa pun. Tak sangka rupanya sudah tersurat jadi rezeki jugak. Naik nama adik aku. Budak ni memang ada ong! Rezeki beraweks baru jugaklah gamaknya hehe....


Bersama lukisan yang dihasilkan. Aku lukis tangan, edit dalam adobe photoshop, print hantar by hand. Memang tak taruh harapan menang sebab aku lukis saat akhir. Idea berkepuk yang aku peram berbulan sebelumnya lebur macam tu je bila buat kerja di saat-saat akhir. Nasihatku pada adik-adik... jangan contohi perangai menangguh hakak sorang ini. Kelak menyusahkan diri. huhu

Hubby sanggup datang temani aku. Aku takde kawan nak diajak ke majlis tu. Hubby pulak sebenarnya on duty jaga pameran di Bukit Jalil. Sudahnya aku paksa juga hubby datang jemput dan temani aku.

Ini bahagian lukisan pemenang kategori 18 tahun ke bawah. Aku tak ambil kat bahagian 18 tahun ke atas. Malas nak interprem heheh... Kalau aku menang moleklah nak bergedik kat situ huhu...

Sedang mengatur barisan. Tunggang langgang sebab masing-masing asal redah je hehe...

Barisan para pemenang. Ramai yang hantar wakil sebab budak-budak SPM sedang duduki peperiksaan kot. Aku dengan ayu dan gemalainya duduk nun dihujung heheh... ayulah kunon.... hohoho...

Makan time. Aku sempat melantak sepiring spagetti, tat ayam dan koktel. Sedap juga. Malah layanan kakitangan semua mesra-mesra belaka. Trimas atas jemputan kalian :)

Hadiah yang diberikan kepada pemenang saguhati. Tote bag, sijil penyertaan, buku aturcara yang best!, mug, buku nota dan cek CIMB.


Cash RM300. Alhamdulillah... berkat rezeki dari Allah...

Kesimpulannya walaupun majlis simple tapi agak meriah. Entry ini masih hangat kerana aku baru balik dari Balai Seni Lukis Negara sedangkan orang lain sibuk melantak juadah petang. Gambar selebihnya aku upload dalam facebook. Malas nak taruk semua kat sini hehe...


Berita bestnya. Balai Seni Lukis Negara bakal anjurkan lagi contest-contest sebegini pada tahun-tahun akan datang. Bolahlah perah otak dan cuba nasip lagi!

Thursday, November 25, 2010

Respon yang POSITIF ~ aku hargainya

Alhamdulillah reaksi yang diberikan oleh blogger semalam, positif. Seperti yang aku janjikan. Kalau respon yang diberi munasabah aku tak kan dedahkan namanya, blognya dan lain-lain. Bagi yang dah ketahui, sama-samalah kita diam diri. Menjaga hati, maruah insan lain samalah seperti kita menjaga maruah kita sendirikan...
Aku tak marah sebenarnya. Cumanya dah jadi tanggungjawab aku pelihara design yang dah dijual pada pelanggan aku. Rasanya tak berbaloi dorang curahkan duit tapi design tu boleh digunapakai individu lain jugak. Ini soal hak. Diharapkan ramai yang fahami istilah tersebut.

Bukanlah isu berbangkit sampai boleh jadi gaduh mulut, karangan dan sebagainya. Sementelah adik tu pun mengaku dia tak sengaja terambil design tu dari google. Dan beliau tak tahu pun aku yang rekacipta dolly tu. Jadinya itu bukan isu besar yang dihebohkan lagi. Pada adik tu, aku ucapkan terima kasih kerana memahami. Mujurlah beliau tak melatah dan marah-marahkan aku pulak kan. Itu dah cukup bagus :)

Semoga perkara ini beri iktibar kepada semua rakan blogger, para peniaga, designer dan untuk aku juga.

Nampaknya mahu atau tidak terpaksalah semua hasil kerja aku diwatermarkkan sesimple mungkin. Walaupun aku tak suka, heh!


Hadiah dari MAY 100 Q&A Challenge

Sebenarnya selagi belum disahkan status kemenangan. Hadiah belum sampai. Malas aku nak update cerita pasal entry hadiah. Bagi korang surprise dululah hehe....

Jadinya aku kongsikan hadiah yang selamat aku terima baru-baru ni je lah ye. 3 buah losyen tangan dan badan rich moisture MAY. Harum sangat. Malah dengan sentuhan dikulit terus meresap dan melembutkan kulit. Selesa dan wangi. Bestnya dapat 3 botol. Salah satunya aku bawa ke pejabat. Boleh pakai kalau bau badan dah kepam masuk waktu petang. Semacam pengganti pewangi dah losyen ni. Memang tak rugi kalau nak beli pakai :)

Sempena sertai contest anjuran Facebook MAY 100 Q&A Challenge yang lalu, aku berjaya menjawap 3 soalan kreatif. Aku gebang je dengan hati yang takde perasaan nak menang sebab peserta lain memang hebat-hebat belaka. Tapi Pemenang utamanya bukanlah aku. Bagaimanapun hati tetap bersukaria. Nah satu botol dah terhias atas meja. Memang best...! Sekali lagi trimas MAY!

Wednesday, November 24, 2010

Hasil Kerjaku DICIPLAK!

Sebenarnya dah banyak kali aku terima makluman dari rakan blogger berkenaan hal ini. Ada juga dari kawan-kawan rapat yang tiada blog, tapi selalu mengunjungi blog aku dan lain-lain blogger untuk bacaan umum. Beberapa kali hasil kerja aku dikesan berada di dalam blog lain dengan atau tanpa izin.


Contoh ciplak sensasi semata-mata.
Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati.

Dengan izinnya kerana mereka yang minta aku design secara percuma atau hadiah dariku untuk mereka. Tanpa izin.... Kebanyakkannya hasil kerja yang aku buat dengan susah payah perah otak untuk pelanggan blog Wansteddy Tales & Studio. Hasilnya mungkin tak sama dengan yang asal. Mungkin ada sedikit sebanyak pindaan. Tapi kalau dah namanya copypaste memang tak dapat nak lari dari karya asal aku kan.

Ada yang boleh nampak ciplak. Ubahsuai nama, warna dan data design. Tapi kita boleh kesan. Ada yang secara lebih bijak. Menampal hasil kerjaku ke dalam design mereka. Yang ini agak parah. Nak tegur serba salah. Aku bukanlah jenis orang yang serba kisah. Tapi kalau selalu buat aku yang dapat susah.

Mungkin kerana aku lembut hati. Tak sampai hati nak berterus terang menegur secara dua hala. Aku tengok masalah ini kian bermaharajalela. Tidaklah aku marah macam nak ledakkan bom. Malah aku rasa seronok tengok hasil kerja aku disukai orang. Tapi kalau mereka minta dengan cara baik, lebih buat aku senang hati. Siapa suka hasil kerja kita diciplak orang kan...

Kalau beli je kan lagi bagus. Bukan mahal pun. Sebuah dolly aku tawarkan harga RM10. Kadang-kadang ada yang beli dengan harga RM5. Ada jugak aku bagi free sebagai hadiah. Malah pelanggan boleh request redesign berulang kali tanpa aku kenakan hidden charges. Mahal ke?

Ada designer yang kenakan harga sampai RM50 sebuah dolly. Tapi aku kata, itu usaha beliau, rezeki dia. Tidaklah aku dengki. Malah aku berbesar hati tengok hasil karya designer yang lain dari yang lain. Kreatif dan kemas. Murah mahal itu subjektif. Bergantung pada budi bicara designer itu sendiri. Nasiplah kalau dapat designer yang kenakan harga mahal. Mungkin kualiti kerjanya lebih gojes. Dan kalau dapat designer yang kenakan bayaran murah beserta design yang superb marvelos itu lebih rezeki buat pembeli. Tidaklah ia menguntungkan dua pihak? Tepuk dada tanyalah selera!

Kawan aku cakap "Ko ni bodo, orang lain dengan redesign je dah dapat lebih income!"

Tapi kalau tanya aku.... Soal duit bukan ukuran. Aku pun bukan berniaga sebab nak untung. Sebaliknya nak seronok tengok hasil kerja dipaparkan secara umum. Sebab tu kerja aku lambat nak siap. Aku design dengan komitmen agar hasilnya tak hambar. Agar hasilnya betul-betul disukai pelanggan. Tapi kalau ada yang merungut kerja aku lambat nak siap dan menyusahkan dorang tunggu lama, aku tak kisah dorang nak beralih designer. Asalkan jangan copypaste dolly aku dan tepek mengaku itu hasil kerja mereka. Serius aku rasa terkilan.


Kenapa aku tak suka taruk watermark?
Kalau tanya pendapat ramai, mesti galakkan aku tepek watermark dalam setiap gambar dan design aku, betul tak? Tapi aku tak suka. Ia kerja remeh. Malah aku dah tak nampak keaslian dalam design aku. Aku rasa harus wujud fahaman tentang hak-hak copyright secara menyeluruh, agar semua orang faham hasil kerja individu tak boleh sewenang-wenang disalahgunakan. Lagipun aku memang tak kisah pun kalau orang setakat nak simpan hasil kerja aku. Kalau mereka suka. Tapi janganlah diabadikan sebagai hasil kerja mereka pulak. Itu suatu isu berbangkit.



Konsep design juga diciplak
Soal hasil konsep kerja ditiru pun dah banyak kali aku perasan. Nak aku sebut designernya? hehe... Malas aku nak story. Gasaklah. Orang takde identiti memang suka main ciplak-ciplak ni. So aku malas nak ulas panjang. Sendiri faham dan rasa malu pada dirilah. Tapi kalau ada kesedaran harapan aku agar designer berbakat semua pandai mengolah konsep mengikut idea dan identiti tersendiri. Usah banyak sangat ciplak. Nanti kena tegur, kita yang terasa dan susah hati. Contohilah designer freelance berbakat seperti Emila Yusuf dan AcuRose. Mereka sentiasa segar dengan identiti tersendiri. Aku kagumi bakat karyawan wanita seperti mereka. Sentiasa rendah diri dan hasilkan kerja dengan kemas dan kreatif! Inilah bakat yang harus dicontohi. Bukan didengki apatah lagi dikeji.

Harapan aku agar mereka yang diluar sana tahu hak-hak seorang designer. Mereka tak cipta karya secara suka-suka. Nak-nak kalau berkait dengan sumber pendapatan. Ada usaha disitu, maka hargailah kami. Kalau tak nak beli pun mintalah secara baik. Aku jamin takde designer yang kedekut taik idong masin bila diminta tak bagi langsung.

Tapi kalau tak diberi juga janganlah ambil hati. Mungkin design tersebut sudah di copyright reserve kepada pemiliknya. Mereka beli dengan wang. Bukan bermodalkan air liur semata-mata. Maka adalah jadi tanggungjawab kami memelihara hasil kerja itu bersama. (penjual & pembeli).

Maaflah kalau kalian baca entry ini dengan sedikit pengaruh emosi. Aku tak menulis dalam keadaan marah. Maka entry ini tidaklah hangat. Ia hanya cebisan rasa terkilan.

Tuesday, November 23, 2010

Won contest

Alhamdulillah... aku terima beberapa surat, email dan hadiah menang contest. Tapi aku takde mood nak bercerita panjang. Nanti-nantilah aku story. Kenapa tah hari ni mood aku ke laut je... Moody tak semena-mena. Buka facebook, baca entry baru, balas komen kawan pastu tutup. Adik aku banyak guna komputer main game. So aku malas kacau daun.

Biasanya inilah waktu happy aku nak blogwalking. Tapi sejak seminggu abaikan blog ni, aku dah kurang berazam tinggi nak menulis rancak macam dulu. Mood bercuti tu dah habis tapi sebabkan tak sihat, mulalah malas nak buat itu ini. Padahal dalam jadual kat kepala ni, macam-macam benda nak buat. Macam-macam entry nak karang. Macam-macam design nak rekabentuk. Macam-macam contest nak join. Tapi satu pun tak terbuat. Aku betul-betul takde mood nak online. Nitey nite...

Angin suam-suam kuku

Masih sakit tekak, batuk dan selsema. Demam ni pun kejap datang kejap hilang. Tak kebah betul lagi. Aku takde mood nak berblog bagai. Padahal macam-macam cerita yang aku nak karang ni.
Kadang-kadang aku rasa nak berhenti buat kerja sambilan ambil tempahan design-design ni. Betul. Bukan sebab aku fedap dengan pelbagai ragam. Tapi kerana aku dah takde motivasi nak teruskan kerja seni aku. Kadang-kadang aku rasa buat kerja design tu kerana keterpaksaan, bukan kerana kepuasan. Tapi aku sedar sebagai designer yang menjual hasil kerja, aku tak boleh tolak permintaan untuk lakukan pengubahsuaian design. Itu hak mereka.

Saturday, November 20, 2010

kini di KK ~ Kota Kinabalu, Sabah

Menulis dari Kota Kinabalu, Sabah. Lepakian kat rumah abang aku. Tak dapat bercerita panjang. Banyak benda nak buat dan yang penting tidur rehat. Kat sini waktu siang dan malamnya cepat dari Semenanjung. Jadi kalau tidur jam 12malam (macam selalu buat kat KL), dah macam tidur jam 2pagi. Sudahnya esok agenda nak kemana-mana bertangguh pulak. Nak tidur. Cerita lanjut selepas kami kembali ke semenanjung.

Thursday, November 18, 2010

“My Magical Journey”


Jemputan menonton tayangan perdana filem ketiga Narnia, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Sila kemukakan pas istimewa ini untuk mendapat tempat khas semasa tayangan perdana, terima kasih.

Kisah bermula apabila Lucy dan Edmund diserap masuk semula ke dunia magik Narnia. Kali ini lokasi dramatik luas terbentang lautan samudera dengan kapal bahtera yang indah.

Pada suatu hari, Lucy dan Aslan datang mengadu kepada Edmund supaya menukar haluan perjalanan ke destinasi yang lebih menarik. Duduk-duduk je atas kapal boring jugak kan. Dah la asyik mabuk laut je.

Edmund yang sporting tu pun bersetuju nak carikan pulau baru sebagai destinasi riadah mereka nanti. Sambil-sambil tu boleh jugak merasa lepak-lepak pekena BBQ kat mana-mana pulau sambil cari harta karun.

Di pulau pertama, Edmund menjumpai wakil penduduk yang mengejutkan. Ada iras-iras kakak beliau, Cik Susan. Tapi muka dah diupgrade lebih 'segar'. Pulau yang dimaksudkan terletak dalam filem kedua siri Narnia ketika mereka dalam misi menyelamat Putera Caspian. Lokasinya sangat strategik kerana dikelilingi dengan air. Bolehlah bahtera dorang parking kat mana-mana.


Lokasi kedua yang dilihat oleh Edmund ialah, tapak jajahan White Witch dalam filem pertama siri Narnia. Memang best sebab kelilingnya diliputi dek salji. Tapi Edmund risau pulak tempat landing bahteranya takde, jadi terpaksalah teruskan pelayaran ke destinasi lain pulak...

Destinasi ketiga yang best kat Narnia ni tempat, pulau misteri yan dijumpai oleh Lucy dari dalam kapal dorang. Walaupun belum ketahui nama tempat tu, Edmund tertarik jugak nak lepak kat situ sebab panoramanya memang indah dan sesuai untuk dijadikan tempat istirehat. Tapi peliknya ada pulak makhluk yang mengenakan pakaian perang Peter. Perkara ni menimbulkan kem

Tapi lepas difikir-fikirkan semula, Edmund tak rasa semua tempat tu strategik untuk dijadikan tempat persinggahan sebab semua penduduknya lain macam je. Dari satu pulau ke satu pulau muka penduduknya sama je.... Pengarah cerita ni tak gunapakai pelakon lain ke?

Sekian dulu kisah dari saya. Tengoklah komen dari pelakon filem ni. Tak setujulah tu dengan jalan cerita yang saya olah tu. Best apa.... Filem olahan saya ni ditaja oleh Nuffnang dan www.gsc-eonbankcard.com. Kalau nak best lagi jom lepak kat sini: “The Ultimate Movie Card”. Macam-macam contest menarik disajikan untuk peminat Filem Narnia!

poster