Tempoh perkahwinan kami baru melangkau usia lebih kurang 3 tahun. Dalam tempoh itu memanglah pelbagai ragam dan peristiwa yang bercorak dalam kehidupan kami sekeluarga. Yang manis, pahit, sedih, gembira semuanya bercampur baur. Bagaimanapun ikatan ini tetap utuh apalagi diserikan dengan 'bunga' di taman. Aliya Damia pengikat kasih. Dialah racun dialah penawar.
Kelahiran Damia membawa lebih banyak episod dalam hidup kami. Sepanjang membesarkan Damia tiada masalah besar yang kami hadapai. Sehinggalah Damia berusia 7 bulan. Ketika tu Damia baru belajar mengenal makan. Sebab sebelumnya aku berikan susu ibu secara ekslusif kepada Damia. Di sini episod duka bermula....
Ketika itu kami tak tahu Damia punya alahan pada makanan. Dan lagi Damia mengidap eczema. Kerana masalah bertindih ini, kami diuji dengan tahap kesihatan merosot Damia. Sepanjang 9 bulan aku cuti tanpa gaji. Hb pun ambil cuti jugak selama 4 bulan. Bayangkan dengan kos sara hidup yang membebankan. Walaupun gaji masih masuk. Tapi selepas tamat tempoh cuti tu kami perlu membayar semula duit yang dipakai. Ketika tu rasa dunia ni macam sempit sangat. Seolah-olah hidup dikepung kiri dan kanan. Tekanan makin bergolak dalam jiwa. Mujurlah aku punya suami yang penyabar.Sepanjang anak sakit, suamiku yang banyak berjaga waktu malam. Bayangkan esoknya nak ke tempat kerja. Selalu jugak hb tidur sejam dua je itu pun sebab terlelap. Selebihnya masa rehat beliau digunakan untuk melayan Damia.
Hubungan anak dan ayah ni memang rapat sekali. Kadang-kadang bila kenangkan keadaan Damia waktu sakit dulu bergenang air mata aku. Rasa selamat dan punya tempat bergantung kerana punya suami yang penyayang dan baik. Aku tak dapat nak luahkan dengan kata-kata.
Candid: Hb ni penggeli orangnya. Tapi dek kerana kesiankan aku penat jaga Damia seharian. HB sanggup jugak mandikan Damia dan lakukan kerja-kerja membersih lain untuk Damia. Sekarang ni kalau bab-bab suap anak makan dan mandikan anak malah siapkan anak, aku dah boleh serahkan sepenuhnya pada hb.Tarikh tutup penyertaan pada 30 julai 2010





































