Nuffnang

Followers

Saturday, October 30, 2010

Hari minggu bukan masa untuk bersantai

Mood aku kembali dalam standby mode. Tengok-tengok blog aku, tengok pengunjung pun suam-suam kuku je nak singgah, malas nak menulis. Aku tutup blog. Malas nak buat entry baru. Nak-nak pulak internet bermalasah. Dan bila server kong gini mulalah nak terbit kata-kata sakti dari mulut ini. Dari aku panas-panas hati baiklah aku jadi mak yang baik layan anak sehari suntuk. Ambil masa terluang buat design, kemas seluruh rumah, layan Mek Damia dan baca manga. Dah lama aku tinggalkan hobi membaca mangaku itu. Rasa dah tua sangat dah ni.... huhu....

Friday, October 29, 2010

Contest CANON POWERSHOT SHOOTOUT

PHOTO CONTEST
Join contest ni bertemakan ciri kelajuan, cahaya dan fokus. Aku takde kamera canggih tapi dengan sukacita nak jemput para fotografer berbakat sertai contest ni. Sila klik sini untuk maklumat lanjut :)




HOW TO PARTICIPATE
Capture a great picture intepreting any one of the following themes: LIGHT; SPEED; or FOCUS. You may interprete each theme in any way you wish. Let your creative juices flow and your photography skills take control. Participants may submit up to three pictures, each interpreting any one of the three theme category.

Tarikh tutup pada:
28 Disember 2010

Storytellers Wanted! MAYBANK CONTEST


Pupuk minat dan keyakinan anak anda dengan sertai contest mari bercerita anjuran Maybank. Hadiah lumayan menanti pemenang yang kreatif. Terbuka pada kanak-kanak berusia dari 7 - 12 tahun sahaja dengan dua kategori berbeza. Untuk maklumat lanjut sila rujuk syarat pertandingan seperti dibawah.

http://www.maybank2u.com.my/WebBank/SFOF111010_details.pdf




Pureen Stock Clearance Promotion

Wa.... mungkin tak dapat pergi sebab nak balik Sabah waktu tu. Adeh... Memang dah lama tunggu warehouse baju kanak-kanak. Baju Damia dah banyak yang singkat-singakt nampak perut. huhu....

13-14 november 2010

My Dear Warehouse Sale


28 October to 7 November 2010


Baby & Children Products

Products Offered
High Chair
Bouncer
Stroller
Walker
Carseat
and more

Terms:
Cash and Credit Cards

Time: 9am – 7pm


Location:
34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Tel:
603 8060 0093/95

Ginvera & Bio-Essence Warehouse Sale

Sejak terima hadiah hamper Tanaka dulu, aku jatuh cinta dengan produk Bio-Essence. Bolehlah cuci-cuci mata sambil sental duit poket beli apa yang patut kat warehouse ni nanti! Tapi jauhnya makkkkk.... Kajang nun! Tah leh pergi ke idak ni. Kalau susah-susah aku kim pos je dari saudara sedari blogger yang tinggal berdekatan dengan tapak warehouse ni hehe...


Ginvera & Bio-Essence Warehouse Sale
From RM1

2 Days Only!
30 – 31 October 2010

Products Offered
Shampoo
Bodycare
Skincare
Toiletries
Detergent
Accessories
and more

Brands Offered

Ginvera
Bio-Essence
Ebene
Syahirah
Pro-Kleen Home Care
Green Tea Series
Bio-Ray Motor Care
Sofkin Personal Care

Time: 10am – 5pm

Location
Lot 2297 Bukit Angkat
Sg. Chua 43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan Malaysia

Thursday, October 28, 2010

Blog aku tak berat dah kan kan....

Best heh dapat komputer gini. Boleh buat set antik!

Kawan aku komplen: Kenapa ko buat entry ko satu entry per paparan? Menyusahkan aku nak klik banyak-banyak kali blog ko. Nak-nak kalau ko buat entry banyak-banyak haritu!

Wa.... Aku sebenarnya blur campur terharu jugak dengan kenyataan kawan aku itu. Sebabnya? Ada jugak ke pembaca yang sudi baca entry aku yang merepek meraban ni? Aku sangka dorang masuk tulis kat chat box pastu tutup huhu.... Tapi andai ada yang sudi baca aku ucapkan terima kasih banyak-banyak. Ikhlas dari hati nurani ini. Minta maaflah kalau kadang-kadang penulisan aku macam kasar dan kurang asam. Ada unsur-unsur perlian dan sindiran tajam. Semuanya rempah ratus hidupkan. Kalau aku tulis mendatar lagilah takde orang sudi baca entry aku. Yakin sekali hehe...

Alasan kenapa aku paparkan satu entry je sebab aku nak ringankan kapasiti keberatan blog aku. Dan setelah aku buat survey jalanan. Rata-rata komen blog aku kurang lembab dibandingkan sebelum ni yang dipenuhi gadget-gadget kegemaran aku. Hey, gugurkan widget bling-bling my doter ketika berumur 4bulan tu amat menyedihkan aku tau. Aku hampir tersedu. uhuk!

Tapi demi memenuhi kehendak pembaca (perasannya!) aku pun terpaksalah akur pada situasi.... Aku harap K. Ayu tak sempat lagi minum teh panas sambil cicah biskut ye K. Ayu! hahaha.... Paling-paling pun sempat hembus cawan sekali pehtu hirup seteguk. Okeylah tu. Kira lancar sikitlah tu....

Tapi atas fahaman apakah dengan mengurangkan paparan blog boleh ringankan berat blog? Aw... jangan tanya banyak-banyaklah... Aku pun tak tau sebenarnya. Baik korang tanya otai blog. Mereka lebih arif. Aku malas nak jawab. Berat pemikiran aku nanti hahahaha... Ini kenyataan orang yang tidak bertanggungjawab hohoho...

Contest pun ada COPYRITE'nyer

Mood ke laut tadi tenggelam timbul. Dan rasanya aku nak bebel kosong pasal contest sementelah lebih ramai suka isu pasal contest dari cerita kisah aku yang kuat membebel ni kan hohoho...

Sibuk benar aku blogwalking tadi. Sambil singgah-singgah blogger punya contest. Memang makin menarik. Tapi aku asyik bertangguh nak join sampai lebih tarikh tutup. Alangkah ruginya.... Tapi kisah yang aku nak kongsi ni pasal blogger yang menyamar dan terjah masuk blog blogger lain dan beri kata-kata 'baik punya' demi nak jatuhkan semangat meng'ontest beliau.

Dowh... Kalau orang lemah semangat mungkinlah boleh jatuh sakit hati dengan perbuatan mereka-mereka ini yang kurang didikan moralnya. Tapi aku percaya blogger yang dikritik baik punya ini mesti dah terbiasa dengan kata-kata jelesan sedemikian. Paling-paling tidak pun beliau mengeluh je dalam blognya. Itu suatu tindakan yang bijak. Malah aku percaya beliau memang kuat semangat.

Pendapat akulah. Tak boleh ke kita ceburkan diri dalam dunia contest ni dengan cara sihat? Tak main tipu tu satu hal la. Tapi kalau dah tak menang, korang nak kondem pulak pemenang dengan alasan muka-muka diaaaaaaa je menang. Apa kes kan. Sudah namanya rezeki. Terima jelah. Dah tahu orang tu pakar contest kenapa tak belajar dan contohi semangat juang mereka? Ini usaha pun separuh hati, ada hati nak maki hamun orang sebab dorang menang. Adowh... Sila berfikiran luas terbentang disukai ramailah kawan.... Sama-sama mau makan tapi jangan sampai makan kawanlah....

Satu lagi aku nak bagitahulah. Dan aku maklumkan juga, ini hanya pendapat aku. Tak salah kita mencontohi cara dan teknik yang digunakan pemenang. Asal jangan kita copy bulat-bulat apa yang dilakukan oleh beliau. Itu yang timbul isu besar-besaran copycat la segalanyalah. Tak salah kita mengubahsuai tapi bila kita ambil bulat-bulat.... dan menang pulak.... memang cari nahaslah. Dalam satu huruf kita copy dan ubahsuai 20 patah perkataan dengannya dah cukup baik. Tapi copy semua slogan? Menjawablah dengan pemilik asal slogan tu kan. Orang jerih perih perah otak bikin slogan cari idea kreatif melukis, kita sedap-sedap tiru dan akui itu hak milik asal kita... Dowh... Kalau pemenang asal tu tak kisah. Okey. Tapi kalau dia bengang apa nak dikata? Sengih je la.... Untunglah kalau tak kena saman kan. Sekarang ni pasal hak cipta terpelihara heboh dijaja sana sini so jangan ingat berkenaan contest pun kita boleh suka suki.

Pereka yang bertaraf antarabangsa pun meniru hasil rekaan pereka amatur. TAPI diolahkan dengan gaya tersendiri. Ilham tu tak semestinya sekelepuk dari kepala sendirikan. Kadang-kadang diubahsuai dari ilham orang lain. Tapi pandai-pandailah bikin ubahnya..... :)

Dan aku juga berkawan dengan beberapa pengontest tegar. Mereka terdiri dari kaki contest online sahaja atau jenis terbuka atau jenis kreatif atau jenis lukisan sahaja. Kadang-kadang kami berkongsi tips kemenangan. Taktik untuk menang. Dan berkongsi link contest yang pelbagai. Ada sesetengah contest memang susah nak tahu. Nak-nak jenis yang hadiahnya superb best atau conetstnya senang mak enon nak menang. Yang ini dapat kawan kaki contest bagus, dorang kasilah ko link. Kalau dapat kaki comper kedekut tahik idung masin tanyalah berjuta kali pun mana2 link. Tinggal janjilah kata nak kongsi. Esok nak tamat tarikh contest, baru nak kongsi. Walhal nak bikin itu slogan atau lukisan kemain susahnya nak perah otak makan masa. Sah-sahlah tak sempat nak join kan... Lain kali Melah.... ko jujur je cakap gini kat aku.... "aku taknak kasi ko link, nanti ko menang, aku jeles!" Habis cerita... hohoho.... Spesis camni kita kena bawak bersabar banyak-banyak hahahah.....

Akhir kata bersama-samalah kita berkawan secara mesra alam dalam dunia contest ini Tak kiralah dunia luar mahupun dunia dalam internet. Jangan cari musuh lebih-lebih lagi dengan comper dahsyat hebatnya. Sebab sekali ko lawan maki hamun dengan kaki comper yang bagus, kita kerugian banyakkkkkkkkk peluang untuk menimba ilmu contest. Dan berkongsi itu lebih baik dari makan sorang-sorang. Perut kembung xlarat nak usung! buehehehhh....

Mood ke laut

Minta maaf.... mood berblog aku ke laut dalam hari ni. Puas sudah aku godek-godek kepala otak pikirkan karangan baru. Tapi tiap kali menulis idea aku terhenti kat situ pastu aku save jadikan draf dan keluar blog. Aku takde mood nak berborak hari ni. Banyak tugasan nak diselesaikan sampai rasa rungsing ni. Adeh... rajin sikit aku upload je la Youtube banyak-banyak untuk hiburan mata dan halwa telinga untuk korang nanti. Tu pun kalau aku rajin nak surf internet lagi hehe

Dato' Siti Nurhaliza - Cinta Ini (Lentera Timur)

Hari ini lagu Siti! Owh... Suka giles aku dengan lagu ni. Nampak tak aku tengah berjoget-joget ala Timur kat sini? Ngahahahhaa.... Banyak-banyak lagu Siti yang inilah paling aku suka. Suka jugak ketika Hafiz AF7 dendangkan lagu ni masa konsert AF dulu. Serius best! Lirik lagu ini:

Cinta Ini

Betapa Engkau Menyintai

Agungkan Aku Bagai Seorang Puteri

Selalu Kau Puja Diriku Ini

Melayang Aku Tak Memijak Bumi

Namun Terkadang Ku Rasakan

Apakah Sikapmu Tak Berlebihan

Aku Wanita Tak Sempurna

Bukan Sekilaunya Batu Permata

Marilah Bersama Jalani Cinta Kita Apa Adanya

Saling Mengerti Dan Sudi Menerima

Kita Manusia Biasa

Marilah Menjaga Kesucian Cinta Rahmat Yang Kuasa

Saling Berpadu Hati Untuk Berdua

Dalam Dakapan Mesra

Nikmati Suka Berbagi Duka

Seiring Denganmu Aku Bahagia

Genggam Jemari Dan Berjanji

Setia Selamanya Sampai Akhir Nanti

Wednesday, October 27, 2010

Kerja kerja kerja

Aku tak larat nak berblog hari ni. Banyak sangat kerja yang serabut nak diberesi. Hari ni aku kena semak kad perakam waktu opis. Kerja ni melecehkan dan dijengkelkan oleh semua staf. Barang siapa yang buat kerja ni selalu kena kecam sebab dikira sebagai busybody! hahahaa... Ye la catakan waktu masuk lewat kerja orang, kira macam busybodylah jugak. Kerja yang merimaskan!

Tak selesai lagi tugas ni sebab microsoft word kat komputer aku bermasalah. Boleh buka file tapi tak boleh edit karangan. Sudahnya aku kena guna cara manual. Copypaste isi karangan pastu masuk dalam adobe illustrator je! Gila! hahahha...

Kerja design banyak tak buat lagi. Harini fokus sangat kat masalah dengan word ni sampai tak terlayan kerja lain haih....

Tuesday, October 26, 2010

Ragam Damia terkini


Sekarang ni kalau nak pergi kerja selalu buat aku serba salah. Seawal jam 5 pagi Damia dah bangun dan melangut tengok TV sorang-sorang. Bila tengok aku dan hubby bersiap nak ke tempat kerja dia boleh tahan lagi bersabar. Tapi kalau nampak aku pakai baju kurung/ baju kerja. Damia dah mula menangis.

Samalah macam tadi pagi. Dia nangis bila tengok aku salin pakai baju kurung. Siap dia ambil seluar ronggeng aku untuk pakai kat rumah, hulur kat aku suruh pakai! Nak tergelak pun ada, sayu pun ada. Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku full housewive mungkin bonding dengan Damia lebih kuat dan rapat. Tapi kalau dah bekerja, kenalah tahan hati.

Ikut perasaan memanglah rasa nak duduk di rumah temankan Damia je. Tapi 9bulan aku dah lalui hidup sebagai surirumah penuh masa sebab ambil cuti tanpa gaji waktu Damia derita eczema yang agak teruk dulu. Waktu tu perasaan nak kembali bekerja sekali sekala datang juga. Rasa tak boleh bertugas sebagai suri rumah sahaja sepenuh masa.

Tabik pada mereka-mereka yang dapat bahagikan masa sebagai suri rumah dan bekerja secara sambilan sama ada melalui online shop atau jualan langsung. Hanya usaha dan tawakal yang mendorong kejayaan kita :)

DiGi iPhone 4 finalist

Contest DiGi iPhone 4 anjuran Nuffnang dah lama berakhir. Setelah makan masa agak lama penganjur nak umumkan senarai bakal pemenang. Baru-baru ni top 5 finalist dah diumumkan. Antara yang bertuah ialah:




Siapakah bakal dinobatkan sebagai pemenang utama? Nantikan keputusannya pada tarikh dan tempat berikut:

Tarikh: 29 October 2010 (jumaat)
Masa: 7 pm – 10 pm
Tempat: Grand Modesto’s, Jalan P. Ramlee

Monday, October 25, 2010

Contest Mari mencipta Header

Contest ini dianjurkan oleh maszlavista. Jemput bertandang ke blog beliau untuk menyertai contest ini. Contest terbuka hingga 4 november 2010. Jom join untuk memeriahkan contest ini!
Header yang dihasilkan untuk blog Zone Chanteq Shoppe. Aku memilih tema merah samar untuk dipadankan dengan tema layout blog shoppe Masz. Diharapkan menepati kehendak penganjur :)

Pelbagai produk sedia terjual di dalam blog Zone Chanteq Shoppe. Jemput singgah untuk window shopping! Harga yang ditawarkan pun sangat berpatutan. Semoga perniagaan online Masz berjalan lancar dan maju jaya :)



Pertandingan Header Tercantik!!!

Klik gambar untuk direct ke blog penganjur
Jom join contest ni. Syarat contest:

....Header blog siapa paling cantik, dialah yang dapat hadiah....
Aku tag:
Acurose
Momma Mia
K.Yantz
Tarikh tutup penyertaan: 6/11/2010

Read & Win The Star CONTEST!


Lagi menggila aku update contest hari ni. Contest ini khas untuk Sarawakian! Okes, bagi sesiapa yang suka beli surat khabar The Star, jangan buang headernya okey. Simpan dan anda layak untuk menyertai contest anjuran The Star! Kalau tak minat nak join simpan keratan header tu pos kat aku. Untung2 aku menang aku bahagi hadiah dengan korang. Confirm! hahhaa.... Sedihnya aku tak dapat joinnn.... wuwuw.... Tapi bestnya cuba tengok tarikh tutup contest tu. Pada 19hb! Masa dan ketika besday aku, ko.... tumpang jakun jap hehe....

Grand Prize: Sebijik kereta yang sedap diduduki dan dipandu kemana2 sahaja. Jenis kereta, sila rujuk gambar hahhaha....


Tempat pertama: RM3000
Tempat kedua: RM2000
Tempat ketiga: RM1000
Saguhati (7): RM500


Sila rujuk sini untuk maklumat lanjut:

Haier Uniquely You Winners

Dah lama nak update keputusan contest anjuran Haier Malaysia ni, tapi asyik bertangguh dan lupa. Kepada yang menyertai contest ni, bolehlah semak andai nama anda tersenarai. Aku tak sempat join sebab terlepas duedate huhu....



15 consolation winners of July

Tan Cheng Leng
Tan Cheng Chuan
Lee Yong Yuan
Nur Adrina Binti Ariffin
Looi Siew Ying
Liew Seok Hoon
Andryansyah Alrazak Bin Abdullah
Suharyani Bt Supriady
Jamaliah
Tay Peck Chyn
Muhamad Azlin Bin Ismail
Tan Swee Peng
Ionik Bin Karatim
Zaiton Bt Bilal
Saw Lee Yen



15 consolation winners of August

Tan Swee Ling
Yeoh Mei Jin
Henry Lau Hui Chuan
Himmat Singh
Annie Liang
Ng Moi Chen
Norzalina Binti Mohd Yusoff
Pua Su Leng
Lonik Bin Karatim
Tan Lay Ean
Chew Quin Shen
Chan Seet Heng
Law Kok Peng
Sew Toh Peck Yen
Leong Kong Wai

20 consolation winners of September

Peremawathy A / P Arjunan
Chan Sin Hui
Jong Kwong Chi
Jong Kwong Chi
Mah Hiong Lan
Liew Seok Hoon
Lew Soon Thow
Liang Keng Sai
Emily
Francis Lai Yew Guan
Lisa Tan Siew Huei
Nur Farhana
Iris Sern Chine Lin
Low Kok Wee
Sern Yi Shan
Kiran Kumar
Soo Siew Fang
Suharyani Bt Supriady
Andryansyah Alrazak Bin Abdullah
Long Shet Ling

SNAPTOONS contest!


Cartoon Network sedang mencari generasi kartun baru untuk memeriahkan rancangan kartun mereka. Bagi yang berminat join contest create cartoon jangan lepaskan peluang bina karektor kartun anda! Mana tahu kartun anda terpilih dan akan jadi kartun kekal dalam Cartoon Network!

Untuk maklumat lamnjut lawati laman web mereka:

Borangnya disini:
Tarikh tutup penyertaan:
31 December 2010 at 23:59:59

Terapi kurangkan stress aku CABUT RAMBUT!

Owh... dalam aku dok komplen takde mood. Dah publish entry baru barulah timbul satu idea nak karang entry. Kali ni pasal rambut. Itu pun kebetulan aku buka make up case aku tadi nampak helaian rambut sendiri bersepah sana sini.

Untuk pengetahuan korang, rambut aku seumur hiudp ini paling panjang pun setakat paras bawah bahu je. Tak pernah lagi lebih panjang dari itu. Kalau panjang, aku rimas. Cepat panas kepala. Cepat naik stress. Dan lagi kelumumur dan rasa gatal-gatal kepala menular sana sini. Puas cuba macam-macam syampu dan perapi rambut pun tak jalan jugak. Sekarang rambut aku dah melebihi paras panjang aku yang dulu. Jadinya inilah situasi yang menyebabkan aku cepat sangat tension ok. Boleh lak nak menyalahkan rambut! hahahha...

Kalau rambut panjang aku suka cabut-cabut rambut. Konon-konon tarik rambut gatal. Tapi bila dah ada kesedaran diri lepas nikmat mencabut rambut tu..... Nah! Macam kedai gunting rambut dah rumah aku jadinya. Siap boleh buat rambut palsu baru! Giler banyak dan bersepah tau. Kendian aku cuba kontrol nafsu mencabut rambut. Tak lama. Elok landing baring-baring sambil tengok TV, aktiviti tersebut kembali semula. Nak bestnya bangun pagi esoknya penuh lantai dengan rambut aku! Yang sadisnya rambut yang okey-okey pun aku cabut sekali! Sayang betul.... sayang...

Pernah melalui waktu kritikal zaman remaja dan ketika berjinak-jinak cabut rambut ni. Rambut aku tipis benar sampai nampak kulit kepala! Abang aku siap sindir kepala aku dah botak! wuwuuuuu.... Sedih okey. Lepas kejadian tu aku ambil inisiatif, Rambut aku tak boleh lebih panjang dari paras bahu. Sebab kalau lebihi tahap tu memang buat aku tak senang duduk.

Cabut rambut ni pada aku semacam satu terapi pada aku. Boleh hilangkan rungsing kononnya. Tapi hakikatnya bukan masalah boleh setel sebaliknya timbul masalah baru. Giler lama nak tunggu rambut tumbuh segar bugar semula. Haih....

Baru-baru ni aku dapat rasakan tabiat mencabut rambut aku kembali bermaharajalela. Sampaikan Damia pun komplen. Nampak saja rambut aku bersepah dia jerit panggil aku dan tunjuk... "Mi...Mi... (mummy) but.... but! (rambut)" Anak sendiri pun dah komplen, so pandai-pandailah fikirkan. Memang aku kena gunting rambut untuk legakan segala kekusutan kat kepala ini. Haih....

Sumber picca: aku GooGle


Contest oh contest


Banyak benda aku nak menulis tapi aku takde mood langsung nak mengarang. Sejak sabtu lepas aku asyik biarkan je blog ni bersawang. Mood berblog aku agak suram baru-baru ni. Nantilah ada mood sikit aku update contest-contest baru.

Pastu aku terfikir. Apalah aku ni asyik update pasal contest je. Dah macam blog promote contest jadinya. Tapi kenang balik okeylah juga. Sedikit berbakti pada kawan-kawan yang jarang online surf apasal contest ni kan. Sambil-sambil aku join tu bolehlah ajak kawan-kawan blog join sekaki. Berkongsi itu lebih baik dari makan sorang-sorang. kohkohkoh...

Friday, October 22, 2010

GET-A-FRIEND CONTEST

HOW TO JOIN

1. Send FREN followed by your friend’s number e.g. FREN 012XXXXXXX to 60007
2. Your friend will receive an invitation to join
3. Earn 1 Get-a-Friend Point when he/she joins
4. Collect the most Get-a-Friend points to win

SMS to and from 60007 is free

It’s that simple! Prizes are given out monthly for 4 months from 1 September to 31 December 2010, so what are you waiting for? Get a friend now!


1. Monthly 1st Prize x 1 Samsung Galaxy Tab
2. Monthly 2nd Prize x 2 HTC Desire
3. Monthly 3rd Prize x 3 HTC Wildfire
4. Monthly Consolation Prize x 5 shopping vouchers worth RM300 each

Contest period: 1 September – 31 December 2010

Nuffnang new icon!


Jumaat. Aku tak berkesempatan pegang kerja tempahan dari pagi. Ini petang baru nak mula semula. Banyak sangat kerja nak buat. Pertama sekali tentulah kerja kat pejabat ni. Tapi buka saja laman nuffnang tadi, aku dikejutkan dengan satu icon comel yang baru! Churp Churp. Icon anak burung biru ni memang tarik perhatian. Cute-cute je. Satu peningkatan baru dari Nuffnang. Tinjau-tinjaulah apa yang ada dalam Churp Churp tu. Enjoy!

iSelection's CONTEST

Cuba dapatkan sekurang-kurangnya 20 like untuk peluang memenangi iPad case dengan warna variasi pilihan anda. Tips: highest voting. Lebih cepat anda hantar lebih cerah peluang tarik ramai voters untuk anda. Selamat berjaya!
1) Take a picture of your iPad and post the picture to our wall.
2) Get at least 20 likes in your post to eligible for random draw.
3) Three lucky winners will be drawn at 27th Oct 2010.
4) Results will be posted by noon 28th Oct 2010!

AFC Asian Cup Qatar 2011™ Team Bus Slogan Contest


Win exciting AFC Asian Cup Qatar 2011™ prizes.

Slogan contest

Klik sini segera untuk join!

The Chicken Rice Shop "Peel, Collect & Win" Contest


Sambil makan nasi ayam dengan Grilled Butter Chicken boleh join "Peel, Collect & Win" Contest. Hadiah menarik yang ditawarkan:


Grand Prize x 5: 40" LCD TV

2nd Prize x 10: Apple iPad

3rd Prize x 10: Digital Camera



Klik sini untuk maklumat lanjut:

Website:

More Traveling with Poise Products Contest



Participate in the More Traveling with Poise Products Contest and stand a chance to win:

1st Prize: Family Trip for 4 persons to Gold Coast, Australia

2nd Prize: Trip for 2 persons to Gold Coast, Australia

3rd Prize: Return Flight Tickets for 2 persons to Gold Coast, Australia

Consolation Prize x 5: Travel Trolley Bag worth RM750



Terms and conditions apply. Visit website for participation details. Call 1 800 821 188 for enquiries.


Tips: highest purchase



Terlajak perahu boleh diundur, Telajak kata buruk padahnya

Kawan lama kawan baharu,
Bila bertutur berbudilah bahasa,
Kawan senang usah cemburu,
Sama-sama bertimbang rasa.

Bila bergosip kawallah diri,
Jangan sampai terlanjur kata,
Kita mengata orang mengeji,
Adat dunia hukumnya karma.

Takde copypaste dari mana-mana sumber. Hasil nukilan diriku sendiri. Apa kes aku bermadah seloka pagi remang begini. Ianya luahan hati separa kecewa. Kadang-kadang bila kita berkawan kita lupa batas yang dibolehkan waktu bergurau senda, perli memerli atau tegur menegur. Tak kisahlah kawan di dunia nyata atau dunia maya macam kita sekarang ni.

Kalau kita dah kenal lama mungkin lain kisahnya. Dah lama kenal hati budi, dah tahu kat mana boleh cuit, kat mana boleh 'sentuh'. Kalau perli pun kita tak ambil hati sebab tahu kawan bergurau. Tapi walau lama mana sekalipun berkawan, batas tetap batas. Kalau terlangkau lebih dari yang sepatutnya haruslah wujud insiden terasa hati dan sebagainya.

Kalau baru berkenalan, hubungan masih diparas suam-suam kuku mesranya, janganlah sesuka hati tuturkan atau tuliskan bait kata yang boleh mengguriskan hati. Kata-kata macam dah tak hormat pada orang lain. Walaupun dengan atau tanpa niat. Walaupun kita sedang marah. Sedang emosi perihal sesuatu. Atau kalau kita tak puas hati. Kelak orang akan hilang kepercayaan pada kita. Hubungan boleh jadi hambar dan layanan pun dah tak akan semesra dulu. Yang pastinya kata pepatah lama banyak benarnya:


Terlajak perahu boleh diundur,
Telajak kata buruk padahnya

Mungkin kata-kata itu tanpa niat. Aku positifkan fikiran yang demikian. Tapi kata-kata yang lainnya menguriskan hati. Percayalah, bila kita bergosip dan mengata orang lain. Akan ada mata-mata lain yang menyampaikan pada mangsa yang kita gosipkan itu. Kalau dah gosip tentulah ada tokok tambahkan.

Pada aku, dari kita bung bang bung bang luahkan yang bukan-bukan rasa tak puas hati itu dan orang lain tokok tambah isunya, masalah takkan boleh selesai, sebaliknya akan masuk masalah baru. Itulah masalah antara kawan. Hari ini kita mengata di belakang, esok lusa orang / kawan lain pula mengata kita. Dengan atau tanpa pengetahuan kita.

Wallahualam. Tuhan itu Maha Mengetahui...

Thursday, October 21, 2010

My new workplace... Happy giler!

Hari ini dah petang sangat barulah berkesempatan nak bina entry baru. Sakit-sakit badan aku gara-gara angkut barang-barang dari meja lama ke penempatan baru. Aku katakan port habitat baru sebab ia dah lebih kurang macam bilik tido dah. Siap aku boleh bentang karpet sediakan bantal dan zzzZZZZzzzzz... Patutlah pemilik asal meja ini selalu dibuai kantuk. Memang menduga akal betul meja ni. Dia punya suasana bikin mengantuk je sebab situasi yang tenang, aman damai senantiasa ;)

Simple & indah. Aku belum kemas habis meja kerja baru ni. Banyak lagi nak susun atur. Masih rasa janggal sebab datang dari ruang kerja lingkungan kecil, tiba-tiba dapat tempat yang luas terbentang.

Di meja lama. Itulah panorama dari sudut pandangan tetamu aku. Aku sayang sangat meja ni. Meja ni bertuah tau. Kalau bangsa cina percaya pada untung nasip atau ong. Kita orang islam tak wajarlah kenangkan yang demikiankan. Tapi memang aku rasa meja ni meja bertuah. Sebab banyak faktornya. Pertama, aku jadi manusia yang riang ria mengedix. Kedua aku bergaul dengan rakan sekerja lebih mesra. Ketiga Selalu menang contest! Itu yang penting, hahhaha...

Panorama hampir penuh. Memang ruang kerja lama ni lebih bersepah. Sebabkan banyak barang nak sumbat, ruang kerja yang terhad. Maka tempat kerja aku memang selalu nampak tak kemas walaupun boleh kata saban minggu aku kemaskannya supaya nampak lebih cantik dan kemas.

Pandangan depan ruang meja aku. Banyak dolly-dolly kecil sebab aku sukakan hiasan mini macam ni. Ada juga barang-barang kraf yang aku hasilkan sendiri hiasi meja ni :) Saja-saja hias untuk hiburkan hati sendiri. Tapi aku akui ia memang jelas serabutkan ruang kerja aku! hahahha

Geng Gedix. Masa nak berkemas sibuk nak berposing juga. Aksi pun tak hingat dunia dua2 dah beranak! bahahahaa...

Janji nak kemas, tapi tolong tengok aku kemas je, cit! hahahahaha... atas sokongan moral k.Yantz dapatlah aku cekalkan hati mohon meja kerja baru ni.

Nurull yang banyak membantu angkut barang-barang dari meja lama. Puas aku nak angkut. Ingatkan sikit je. Sekali hangkut dua tiga trip jugaklah haih....

"Putu... Putu...." Dan lagi jual putu waktu genting begini. Diskaun 50% tu miahahahhaa....

Sudut belakang aku. Boleh nampak panorama kurang mesra dibelakang. Untuk cuci-cuci mata okeylah! Dolly tu aku taruk atas monitor komputer!

Selepas siap berkemas dan hadiri mini mesyuarat hari ni, aku belanja K.Yantz & Nurull kat Maju Junction sempena kejayaan punggahan barang kerja hari ini.

K.Yantz sempat ko posing dulu. Ingat nak buat candid je hehehe...

Kalaulah ada set roasted chicken untuk 3 orang mesti best kan :)

Wajah bahagiaku di meja baru? Iyaaaaaaa...... aku sungguh teruja berada di sini. Bukan partition jadi impian hanya inginkan rasa gembira bila bekerja. Harap-harap takdelah desas-desus yang membingitkan mata dan telinga harus ku alami lagi....

Belum siap susun atur. Tapi inilah my new workplace! Aku sungguh suka! Trimas my bos! Kerana kebaikan beliau, aku sudah boleh bekerja dengan lebih selesa dan aman damai.....

Wednesday, October 20, 2010

Chat Box


Aku dah kusut berkali-kali hari ni. Dari pejabat lagi aku tengok kotak chat aku bermasalah macam kat atas. Asyik server problem la blablabla.... Asalnya aku pujuk hati jugak. Mungkin kat opis je jadi gini. Balik rumah ni jadik juga! Sesiapa ada penjelasan kenapa leh jadi macam ni? Benci aku! Agenda nak blogwalking pun tergendala.

Kepada blogwalker sekalian, teruskan kunjungi chatbox aku dan tinggalkan jejak. Aku akan jejak kembali blog kalian bila masalah kotak jerit aku ni dah kembali selesai. Sambil-sambil tu sesiapa ada penjelasan pasal isu chat box aku ni jangan segan maklumkan pada aku yeh yeh!

Bersama kita jayakan blogwalking :)

Sape nak hadiah free dari Paris?

Jom join! Aku terima jemputa dari adik Syu :) Trimas Syu. Tarikh tutup GA ni pada 20.11.2010. Sila klik picca atau sini untuk join!



Aku dengan bahagianya tag:

acurose
momma mia
mama zharfan

Harap-harap dorang belum kena tag lagi hehe...


Won DUTCH LADY pledge design contest

Aku ni kalau tulis pasal entry hadiah suka buat satu persatu ikut jenis contest dan hadiah. Mahu juga buat satu entry sekelepuk macam geng comper blogger lain. Tapi aku yang.... sangat kurang hadiah kenalah bina satu entry per hadiah. Best tengok blog-blog blogger yang menulis sekali entry 5, 6 barang hadiah sekali update. Aku belum tercapai tahap itu.


recycle design
Nak join contest online ni makan masa lama jugak. Nak-nak sebab kat opis aku fokus kat berblog dan kat rumah blogwalking. Pastu link-link contest yang aku dah simpan list nak buat (suka bertangguh) terlepas tarikh tutupnya. Aku suka buat last mnt sebab nak perah otak dulu pikirkan idea. Tapi itulah... pikir punya pikir sampai lupa. Nasiplah...

Baru dapat khabar gembira dari Dutch Lady. Alhamdulillah aku menang contest rekabentuk pledge. Letak atas nama sendiri dan hubby. Keduanya dapat. Tapi tak tahulah apa hadiahnya. Rasanya cik ramah mesra wakil dari Dutch Lady tadi maklumkan produk Dutch Lady. Untuk kepastian kenalah tunggu masa nak redeem nanti dalam minggu depan.


Syukur... sedang hati ini terluka, ada juga khabar gembira memujuk lara...

Maintenance at 5PM!


Perasan apa yang ganjil di dalam blogspot hari ini? Ya.... pukul 5 petang nanti tak dapat nak upload picca ke dalam blog selama 2jam! Sebelum terlambat marilah bersama kita upload seberapa banyak gambar yang diingini hari ini. Sekian terima kasih.

Lunch at Kedai Mak!

Sebenarnya takde maknanya pun entry ni. Sengaja bikin nak hiburkan hati. Lagipun boleh santai-santai sebelum teruskan kerja jap lagi. Picca ni dah lama amik. Dalam 2 minggu lepas kot. Harini lepas digodek-godek jumpa pulak. Meh tengok aksi gedix terlampau aku dan K.Yantz ketika makan tengahari bersama di Kedai Makan Mak. Maaf tak upload picca keseluruhan kedai. Waktu nak amik picca, dorang jerit "Hey... janganlah ambil gambo! Malu ar!" Sebab dorang basah lencun dek peluh sebab seharian penat memasak hehe...

Masakan mak sempoi je. Tapi sebabkan mak masak waktu dan ketika itu juga, layan jugalah. K. Yanzt punya gambar memang banyak, tapi aksi gedixnya sama je. So tak payahlah upload yang lain-lain tu. Korang imaginelah sendiri aksi-aksi beliau seterusnya ahahhahaa...


Satu kelemahan makan kat sini. Makanan lambat siap. Kadang tu kalau pelanggan ramai setengah jam makanan tak sampai lagi hahahhaa.... Mana-mana kedai makan pun camtu. Tapi sebabkan kitorang dah biasa makan kat situ buat-buat tak kisah je la. Lagipun sabarkan separuh daripada imannnnn....

Gedix dengan makanan K.Yantz sebab makanan aku belum siap. Kenapa kitorang panggil owner kedai tu Mak? Sebab salah sorang rakan juang makan kitorang ni memang spesis ramah tamah. Selamba je panggil mak orang, Mak. Owner kedai dan anak-anak pun dah lali dah dengan peel kitorang hehe...

Air kegemaran aku. Sarapan, lunch, minum petang, dinner sama jugak. Tiada yang lain kecuali nak ubah selera. Aku ni la spesis pelanggan yang cerewet bab order air. Sampaikan kadang-kadang sesetengah kedai yang dah cam muka aku tahu dah aku nak order menda. Nescafe ais asing. Bukan pe.... kadang-kadang mintak ais kurang dorang taruk jugak banyak-banyak. Kesudahannya aku mintak ais diasingkan. Boleh ceduk letak sendiri dalam nescafe. Sambil-sambil lebihan aisnya buat air basuh sudu atau basuh tangan. Sungguh tak senonoh! hahahha....