Nuffnang

Followers

Friday, December 31, 2010

Melukis itu hobi, pendapatan tambahan & kerjayaku


Terlalu asyik dengan lukisan vector. Aku rasa skill melukis tanganku dah semakin jauh. Bila pegang pensil warna baru-baru ni. Rasa gayat-gayat je nak mainkan stroke. Oh ye... bagi yang belum tahu. Aku suka melukis. Aku punya himpunan sketches yang banyak. Sekarang bertabur sana sini. Malangnya jadi aku. Suka kumpul lukisan sampah juga. Hatta stroke hancus pun aku simpan. Tapi tak pernah dijilidkan dalam satu folder.

Buku sketches aku yang pertama aku hasilkan. Hanya menggunakan kertas A4 biasa. Tapi itulah satu-satunya buku skecth yang belum terabur setakat ini. Ada masa aku akan kongsikan sedikit lukisan tangan aku pulak.

Kerja tempahan banyak belum siap. Penat sebenarnya bermain dengan vector drawing ni. Walaupun orang kata boleh copy paste je sebenarnya ia tak semudah petik jari je. Sementelah aku pulak sukakan ketelitian dalam art. Cerewet pun ia. Puncanya kenapa kerja aku lambat siap.

Kalau putus asa. Dah lama aku tinggalkan kerja ni. Dek kerana minat yang mendalam saja masih kekalkan aku begini. Tanpa minat tak menjadi. Takde idea karya kan jadi bosan. Takde mood kerja tak jalan.

Thursday, December 30, 2010

Pengumuman CONTEST

Tak lama lagi nak umumkan pasal contest melalui blog ini. Hehe... tapi penganjur bersama tak benarkan umum ketika cuti weekend. Pada mulanya aku rancang nak maklumkan pada 1 Januari 2011. Cun je nombornya kan. So... diharapkan kalian sudilah bagi masa aku paparkan berkenaan entry tersebut. Tak lama... Dalam minggu depan aku umumkan yeh!
Tajuk dah ada. Konsep dan idea contest pun dah ada. Aku harap tak bertembung dengan mana-mana penganjur sebab aku memang suka reka benda pelik-pelik sikit. Tapi jangan khuatir... contestnya tak menyusahkan sangat. Kalian hanya perlu jadi.... diri sendiri. Dan kreatif! Selebihnya bacalah syarat penyertaan nanti ye!
Part Besh? Mesti korang nak tahu kan... Hadiah dah dirancang. Penganjur bersama dah setuju nak taja grand prize yang menguntungkan pemenang. Kalian mesti suka punya!
Seperti biasa... Surprise.... :D

Zee Avi - I am me once more



Buat masa ini. Lagu ni terasa dapat ungkapkan perasaan aku secara halus. Kalau menulis karangan panjang menjela tak boleh huraikan kekusutan juga. Aku sampaikan melalui lagu Zee Avi. Superb Song!

3 Buffered Earnings... Walla!

Sebenarnya aku tak tahu apakah menulis tentang Buffered Earnings ini memberi faedah atau tujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sebabkan aku masih tak berapa faham istilah duit masuk keluar dari mana aku ikut je la blogger lain. Ye... masih buta Nuffnang walaupun aku dah terima selama beberapa bulan beberapa BE. Ketika yang lainnya mencapai cash ratusan ringgit. Cash aku dalam akaun Nuffnang naik berdikit-dikit. Seminggu RM2 sekurang-kurangnya.


Aku nak komplen? Tidak... Pertama kerana aku akui, aku jarang blogwalking sekarang. Urusan di pejabat sahaja menuntut seluruh waktu kerjaku. Urusan kerja tempahan pulak mengendeng waktu rehatku. Di rumah pulak aku asyik melayan game! Jarang sekali aku blogwalking sekarang sedangkan itulah bonus tarikan para pengunjung blog sebenarnya. Kesedaran ada, tapi keinginan tu tak kesampaian. Nantilah bila aku punya lebih masa lebih mood barulah aku buat gerak gempur semula. Setakat ni. Aku rajin singgah-singgah manja blog kawan-kawan je. Tak pun blog yang menarik perhatian. Entry yang ku cari. Entry yang beshhh dan lain-lain.

BE aku walau tidak banyak. Namun berikan aku sedikit kegembiraan. Siapa je nak bagi kita duit hatta singgit pun kan. Suka-suka? Takdelah. Tapi kalau kita menghulur tu mungkin. Pada yang memerlukan. Atau pada toilet berbayar. Justeru duit sebanyak RM0.50 pun sudah memberi makna besar buat aku. Syukurlah :D

Berterima kasih pada iklan Olay LB. Dia setia dengan blog aku sejak berbulan lalu. Sungguh suka. Tiap kali buka blog disambut si cantik dari iklan Olay tu tersipu-sipu aku malu. Eh eh... gitu lak sikap aku ni hahahah... Tersipu bukan segan kat model tu tapi tersipu-sipu sebab happy sayang jugak iklan Olay ni kat aku. hehe... Apa pun trimas pada Nuffnang! Aku banyak ni miss contest-contest terkini Nuffnang. Kejarkan deadline kerja dan contest punya pasal. Banyak dikejar banyak juga keciciran. Adeh la...

Teen Girl memang akan suka mereka!

Entah kemana sesatnya aku semalam. Tiba-tiba terterjah blog si manis 13. Tak kenal pun. Tapi entry beliau buat aku tersipu-sipu sendiri. Alahai... terkenanglah pulak saat-saat berusia remaja lalala yang penuh dengan idola ceruk rantau dunia. Si Manis tu aku dah lupa nak detectk semula link beliau kat mana. Peminat besar Robert Pattison dan Justin Bieber. Oh... yalah... Zaman sekarang kan orang lelaki berdua ni yang sedang femes... sebenarnya kalau tanya kat aku. Serius aku tak tahu siapa lebih femes. Apa kisah terkini dan segalanya yang terperinci pasal dorang. Padahal klik je hunjung jari semua kisah ada. Bahkan warna spender kegemaran pun boleh dikongsikan dengan peminat kot. Nak atau tak nak je ambil tahu hahahha....

Bukanlah bermakna aku menyampah tengok anak-anak muda minat golongan artis ni. Waktu aku muda remaja dulu pun aku ada kumpulan yang aku suka jugak. Kalau cerita memang pecah tembelanglah aku. Pernah ke tahap aku beli dua majalah yang sama sebab satu sayang nak potong artikelnya. Satu lagi boleh dipotong buat koleksi. Banyak giler poster-poster aku kumpul. Siap apek jual buku kat Chong Brothers, Gerik pun dah cam sangat muka aku. Asal masuk je kedai buku dia, nak cari pasal info Backstreet Boys, Gil Ofarim dan lain-lain lagi. Ikutkan banyak lagi aku suka. Tapi aku ni kira kipas susah mati utama BBS la. Sadisnya. Lepas masuk asrama tahun 1999. Abah aku senyap-senyap ambil meja belajar dari dalam bilik aku. Kendian faham-fahamlah. Bila abah jumpa je koleksi poster anak omputeh dalam meja tu habis licin abah buang dan bakar!

Aku tengok bekas abu majalah terbakar tu 2 minggu lepas insiden tu. Sedih wooo... Nak-nak aku memang super fan boy band masa tu. Tapi lepas tu aku berazam baru. Malas dah nak kumpul majalah artis. Sebaliknya aku mula kumpul manga pulak! hahhaha... Sejak tu minat nak kumpul manga dah jadi kegilaan baru buat aku. Di lain waktu aku akan kongsikan kisah aku dengan manga pulak.

Ini Justin Bieber. Siapa suka kat dia? Tangan tangan! Aku suka dengar suara dia je. Lemak merdu disukai ramai. Bajet sebab dia comel, sebab tu ramai suka dia kan... kan.... Budak-budak perempuan mesti mengaku punya hahahha... Sampai sekarang aku dok pikir kalau dah pecah suara kanak-kanak Bieber ni camne lah gamaknya bunyi lagu Baby tu hahahha.... Tapi En. Bieber tak risau. Sebab pelatih suara ada untuk membantu beliau atasi masalah peti suara tu. Macam yang dilalui oleh mentor en.Bieber sendiri, Mr.Usher.


Siapa tak kenal dia memang peliklah. Tahap mak budak macam aku pun kenal. hahahha.... Hero Twiligth ni asalnya femes sejak join Harry Potter with the Goblet Fire. Pas femes tu macam-macam la khabar angin pasal aura en.Robert ni. Kekonon beliau ni ada keturunan drakula sebelah pak mak dia la. Entahlah... Bila dah kuar fakta bukan-bukan ni bukan timbul rasa kagum dah. Pelik2 pun ada. Gasaklah asalkan en.Pattison ni berlakon besh2.


Inilah hero hakak ketika muda dulu! hahhaha... Malu nak ngaku. Tapi alang-alang biarlah aku cerita. Kalau adik-adik tak kenal. Beliau ni femes dengan lagu If You Only Knew. Mamat ni bernama Gil Ofarim. Sangat berbakat. Suara pun merdu. Dia ni kalau sekarang kita kata Bieber la. Muka comel, suara merdu dan yang besh tu ada gaya tersendiri. Trademark Gil ni, rambut lurus panjang dan gitar kopak mesti di tangan. Sampaikan masa video klip lagu femes Gil ni terpapar di TV ramai fan (natik) perempuan macam hakak ini komplen, Gil tu nampak lebih perempuan dari model VC tu hahhaha... Sangat kelakar bila kenang-kenang. Padahal dalam hati nak ngaku dorang lebih sesuai jadi model VC tu la kekunun... muahahahha....


Yang akhir tapi tak boleh dicicirkan. Inilah geng mamat lorong belakang yang hakak suka DULU. Sekarang satu khabar berita dorang pun aku tak amik port. kalau dulu segala info pasal BBS ni aku nak amik tahu dulu. Kendian bergosip sakan dengan kawan-kawan sekolah macam wartawan hiburan sensasi. Kalau sembang pasal dorang ni tak habis. Tapi cukuplah hakak mengaku sekurang-kurangnya hakak kumpul lebih 100 artikel pasal BBS dan 45 poster pelbagai saiz BBS. Kemaruk punya pasal. Selepas insiden poster jadi abu dulu. Tinggallah BBS. Takde makna dah aku nak terkejar-kejar info pasal dorang lagi dah hahhaha.... Lagu BBS yang tak boleh lupa. Sebab aku memang hafal siap translate lirik lagunya. Punya kemaruk. As Long As You Love Me.

Optical Illusion

Tengok gambar pertama dan kedua. Apakah perbezaannya? Tak perasan ye... Gambar pertama menunjukkan imej seorang lelaki dan teman wanitanya yang bertubuh kenit. Badannya sangat kecil berbanding wanita dewasa biasa. Bagaimanapun gambar kedua menerangkan situasi sebenar. Ia hanyalah imej ilusi menggunakan teknik fotografi hebat!
Hanya dengan mengubah perspektif kita dapat melihat perubahan yang ketara. Hebat kan! Teruja aku tengok gambar ni. Kreatif betul. Bolehlah kalau kita nak praktikkan untuk contest creative bergambar pulak lepas ni. Konsep boleh sama. Tiru idea jangan sekali. Be Creative!

Sumber dari Reddit.com

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Semalam sedang orang lain fokus tengok bola. Aku dengar je orang bersorak untuk bola sambil main game! hahaha... Tapi sekejap-sekejap aku jeling jugaklah nak tengok score terkini. Memang bikin gempak bola sepak Malaysia lawan Indonesia semalam. Beshhhh!


Bagi yang belum tahu. Mustahillah tak tahu. Esok 1Malaysia cuti sempena meraikan kejayaan pasukan bola sepak negara! Adakah itu khabar gembira buat anda? Yeahhhhh....! Minggu ni dua hari je aku bekerja nampaknya. Isnin Selasa aku MC tak sihat. Semalam harini bekerja. Esok cuti lagi! Yahooooo... Memang beshhhhh! 3 Hari cuti sambil merehatkan badan. Sungguh suka okey!

Wednesday, December 29, 2010

BERAHSIA lebih baik?


Mood berblog aku agak menurun baru-baru ni. Maka tak hairanlah kalau pengunjung pun kian suram. Banyak sangat cerita yang aku tak tulis sedangkan dah berbakul karangan dalam kepala ni. Tapi kalau hal peribadi kita pun orang boleh buat jalan cerita di belakang... Fedap jugak aku! So... mood ini menurun pun gara-gara malas nak tambah kontroversi.

Kadang tu aku sampai rasa malas nak update segala cerita pasal menang contest, join contest baik dalam blog mahupun dalam facebook kalau itu lebih buatkan orang lain selesa. Tapi aku lebih suka karangkan kisah kemenangan tu. Bukan nak menunjuk sama sekali tidak untuk riak. Sebaliknya untuk kenangan seumur hidup.

Pernah suatu ketika aku berhenti sementara update kisah-kisah menang contest. Banyak jugaklah hadiah yang tak dipaparkan dalam blog. Semuanya gara-gara terima satu mesej 'dengki' dari anon yang entah dari mana. Aku cakap dengkilah sebab aku tak suka cakap berlapik dengan orag yang suka membuat onar di sana sini. Pandai menyamar tak reti beradab, selarkan kemenangan kecil aku tu tak perlulah diwar-warkan. Heh! Kecil ke besar ke. Mahal murah hadiahnya bukan isunya. Tapi yang penting ingatan kita pada hadiah tu. Penghargaan kita pada penganjurnya. Kadang tu sekali je gunapakai hadiah tu, tah kemana kita taruk pastu lupa terus. Kadang hilang. Sayang je tak simpan sebagai kenangan dalam blog kan.

Yang penting apa sebenarnya niat kita berblog ni? Untuk bermegah-megah dengan harta yang kita perolehi? Untuk menunjukkan betapa gahnya kita di kalangan blogger? Atau untuk kepuasan diri sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.

Ada kalangan blogger mula menulis dengan niat mengasah bakat menulis. Ada yang ingin abadikan kisah peribadi dalam diari harian dan kongsikan bersama pembaca yang lain. Ada yang dengan niat sertai pelbagai contest giveaway tak kira mahal murah hadiahnya. Ada yang menulis untuk tujuan hiburan dan nasihat. Ada yang ingin majukan perniagaan cara online dan sebagainya. Kalau aku huraikan lebih lanjut aku juga yang pening. Soalnya isu ini hanya blogger-blogger boleh menjawabnya jujur pada hati sendiri. Kerana kalau jujur menjawab pada orang lain, mereka boleh kena hentam pulak. Nak-nak kalau niat tu boleh disalahertikan. Jadi kita berbloglah secara aman. Apa yang susah sebenarnya? Pemahaman pembaca sekalian. Kadang kala lain maksud kita, lain pulak cara pembacaan dan pemahaman mereka. Kemudian mulalah berlaku salah sangka dan bermasam muka. Susah nak fahamkan semua pihak. Lebih baik berdiam je kalau itu boleh elakkan kontroversi.

Dan betullah aku rasa, berahsia lebih baik. Kalau itu buatkan kisah aku tak akan diprovokasikan.

Tuesday, December 28, 2010

MC

Sakit tekak
Kepala asyik pening
Hingus laju meleleh
Aku demam mula dari isnin lepas
Harini aku MC
Esok kena kerja...
Dalam keadaan masih tak sihat begini
Resah betul aku kenangkan kerja-kerja menimbun belum siap
MC itu indah
Lebih indah kalau takde bebanan kerja menanti

Sunday, December 26, 2010

Cuti hari ini NAK KEMANA KITA?

Famili kakak bercuti di KL. Tapi aku masih tak blank nak ajak bercuti ke mana. Yang penting dapat seronokkan anak-anak. Anak saudara, anak aku juga. Pastu rancang nak cari stok barang persekolahan aak-anak saudara pulak.

Ada tempat menarik tak untuk dikunjungi?

Friday, December 24, 2010

Restart...

Harini terpaksa berehat dari berblog dan facebook. Banyak sangat kerja kena diselesaikan segera. Komputer ni dah dijangkiti virus yang menggila. Sudahnya kerja yang aku siapkan rabu lepas lesap gitu je. Huhu.... Takpe takpe.. Hadapinya dengan tabah. Mulakan yang baru.

Thursday, December 23, 2010

Beralah tak bermakna kalah. Beralah untuk jiwa sejahtera.


Kemarahan akan buat kita sanggup lakukan suatu perkara yang tak terfikir akan kita lakukan. Perkara yang tak sanggup kita lakukan. Bila kita sudah tenang, datang pula manusia memujuk kita bersemuka. Semuka ketika tidak bersedia, buatkan amarah kita kembali. Hubungan yang sepatutnya longgar jadi terurai terus. Ketika itulah 'penasihat' berpaling dari kita. Segalanya seolah-olah meletakkan kita pulak di tempat yang salah. Alangkah ruginya....

Minta nasihat kawan baik... mereka suruh bersabar. Minta nasihat kawan tak jujur.... mereka suruh marah. Minta nasihat keluarga... insya'allah kemarahan kita kan lebur. Hilang rasa marah, sedih dan kecewa yang terkumpul. Namun... berdoalah pada ALLAH... hati kita lebih tenang. Jiwa tenteram.

Beralah tak bermakna kita kalah. Beralah untuk jiwa sejahtera. Kalau persabahatan boleh kembali bertaut, itu suatu kemanisan. Namun mungkin persahabatan kan kembali terjalin dengan batasan.

Iktibar disebalik kejadian. Berhati-hatilah apabila kita berkawan. Bukan sahaja di dunia nyata hatta di dunia maya seperti kita.

Wednesday, December 22, 2010

Won 4 tix film Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader

Sempena sertai contest anjuran Eon Bank dan GSC melalui facebook lalu, aku memenangi dua kemenangan. Hadiah saguhati menerima 2 tiket tayangan filem Narnia. Alhamdulillah... tapi dek kerana dah menontonnya melalui menang contest Nuffnang lalu, aku rasa mungkin aku tak kan guna tiket ni.
Surat dari Eon Bank. Satu atas namaku dan satu lagi atas nama adikku. Kerana nama adik aku yang naik. Salah satunya aku bagi kat adik bongsuku. Dan satu lagi untuk adik di bawah aku. Sekali sekala belanja adik-adik tiket free pe salahnya kan. Problemnya sorang adik aku sangkut kat UIA susah nak datang rumah dengan masalah transport. Sorang lagi masih bercuti kat kampung. Harap-harap sempatlah korang tonton filem ni k.

Trimas Eon Bank dan GSC!



I Hate CopyCat! FREE BADGE for all of you!

Baiklah hari ini setelah aku memikirkan idea baru. Terpanggil untuk design badge khas ini. I Hate CopyCat! Bagde ini dihasilkan sempena kempen besar-besaran membanteras aktiviti menciplak dan menyalahgunakan idea serta konsep semua bentuk hasil kreatif.

Copycat atau ciplak merangkumi hasil kreatif berikut: sebarang rekabentuk kreatif, karangan kreatif, foto kreatif, contest atau giveaway entry atau foto kreatif.

Anda dibenarkan untuk memikirkan faktor-faktor berkaitan dengan isu copycat ini mengikut tafsiran masing-masing. Digalakkan simpan dan masukkan badge ini ke dalam blog anda. Untuk tujuan peringatan kepada para CopyCatter. Bahawasanya anda penyokong kuat ANTI COPYCAT!


Design badge ini adalah percuma.
Sekiranya anda penyokong kempen Anti Copycat sila copy dan tampal di blog anda.


Aku designnya khas untuk tujuan peringatan. Seandainya isu copycat ini masih tidak dibendung, maka industri kreatif kita terus disogokkan dengan individu kreatif palsu! Menciplak sewenang-wenang. Mengaku hasil ciplak sebagai hasil sendiri. Dan menyalahkan pemikir kreatif asal sebagai peng'copy hasil kerja mereka pula.


Sama-samalah kita membanterasnya.

Tuesday, December 21, 2010

Won Sembonia Handbag & Voucher RM100 SakaeSushi!

Semalam aku terima dua khabar gembira. Aku menerima dua hadiah dari BluInc! Alhamdulillah... keduanya selamat tiba ke tanganku. Hadiah pertama... aku terima suratnya pada 17 disember lepas... melihatkan hadiahnya yang beshhhh... Maka aku tak sabar-sabar nak ambilnya isnin lalu. Sayang sekali hubby sibuk maka aku pulak terpaksalah menunggu. Tapi semalam sebelum balik ke rumah hubby sampaikan hadiah yang diambilnya di BluInc, petaling Jaya.

Kali ini menang hadiah handbag Sembonia bernilai RM280! Wohoooo! Aku memang jarang beli handbag. Harga handbag standart kalau aku dengan duit sendiri paling mahal pun RM50 saja. Kohkohkoh... Kedekut! ahhahaa.... Yang ini pula sedap disendeng... Besh kerana empuknya dan freenya Walla!
Handbag pun ada nombor siri? Handbag ini bernombor 19. Sama nombor dengan my besday! Adakah suratan atau kebetulan? Sungguh lucky nombor 19!
Surat pengesahan dari BluInc! Tengok surat saja hati aku dah happy. Tapi dapat handbagnya lebih-lebih lagi...
Muka pucat saja. Aku sebenarnya berperang dengan perasaan sedih, kecewa, marah kerana dua kes bertindih. Satu dunia hidup satu dunia nyata. Kenapalah terjadi pada masa serentak. Kecewa berganda okey. Namun yang pasti setelah menjadi penuntut ilmu dan pemberi ilmu aku sangat pasti. Kita harus hormati guru kita hatta beliau hanya curahkan setitik ilmu semata-mata. Betul tak kawan-kawan.... Besar jugak handbag ni. Kalih cerita! hahahah....
Sesampai saja di rumah semalam, aku takde perasaan nak ambil surat. Sebab selalunya posmen suka masukkan surat aku pada hari Selasa dan Jumaat sahaja. Tapi hati yang takde selera ini pergi jugak dengan harapan yang kurang. Dan tak sangka Tuhan tu nak ceriakn lagi hari aku yang dirundung duka tu. Surat ini juga dari BluInc. Alhamdulillah... sukanya....!
Voucher RM100 dari SakaeSushi! Nyum-nyum...
Open table Jom! hahahha....

Semoga kita hidup aman

Dugaan itu bila diharungi dengan baik
Kita kan temui kemanisannya
Biarlah hilang kawan andai itu yang dia inginkan
Aku tak betah nak bersandarkan harapan
Semoga hidup kita aman

Monday, December 20, 2010

December Holiday Giveaway!

Admin say: This time of the year, we are giving away fabulous gifts for Christmas. You could win one of the three items you’ll sure to love. Just in time to pamper yourself for the holidays!

Gift:
Limited Edition Estee Lauder Pure Lip Gloss Set

Limited Edition Bobbi Brown Crystal Eye Palette

Crabtree & Evelyn Lavender Duo Gift Set


This is how to enter folks:
1. A MUST – become a follower of Diva Darling (if you are already a follower, you qualify!)
2. Blog, Tweet, or Facebook about the giveaway and provide us your link or post.

**The giveaway starts now and ends December 31st! The winners will be chosen by random.org and announce on January 1st. Lucky winners will have 48 hours to respond to our email, or another winner will be chosen. **

My Contest PENDING MODE


Oh ya... aku tak lupa pasal contest yang aku nak anjurkan dulu. Tapi terpaksa ditangguh dulu sampai aku bersedia. Hey... aku belum umum pun nak mulakan bila kan huahhuahua... Dan aku punya seorang juri undangan yang dah setuju untuk jadi juri umum. Buat masa sekarang belum masa untuk anjurkan contest itu.

Sekarang yang buat kusut komputer aku bermasalah. Tak dapat buat kerja art. Aku tengah banyak kerja menanti. Kerja pejabat. Kerja order lagi. Kerja pemenang my design lagi. Semua tu kerja. Dan menuntut masa agak lama nak disiapkan. Pereka yang pentingkan kesempurnaan akan ambil masa yang lama untuk siapkan masterpiecenya. Biarlah pelanggan berbulu dengan aku. Yang penting kepuasan mereka di akhir pilihan nanti.

Kalau diberi pilihan hasil kerja cepat tapi tak memuaskan. Dengan hasil kerja lambat tapi menarik, oh ya... termasuk pakej harga murah semestinya. Mana satu idaman kalbu. Fikirkanlah sendiri. Dong!

Komputer aku BUAT HAL!

Untuk hari kedua kerja aku tak jalan. Bukan aku buat kerja sambil berjalan okey. Komputer aku pulak bermasalah yang bakal kena hempuk! Aku dah standby barang dua tiga buku tebal. Agak-agak dia hang lagi, aku katok! Gasaklah Jabatan punya ke nenek aku punya ke. Dah membuang masa separuh hari aku menggodeknya sampai naik angin ini. Dah la isu lain pun menghangatkan hati.

Jangan kata aku malas buat kerja. Dengan kerja pejabat, tempahan semua tak boleh dilangsungkan. Giler tak! Nak marah sungguh ni. Besarnya dugaan masa aku tengah kelam kelibut ni! Nampaknya seharian masa yang ada ni aku akan buat kerja lain je la SELAIN hadap kerja-kerjaku.

Sementara nak tunggu hubby balik dari Shah alam dan tolong pomen my komputer. Sementara hati ini boleh bersabar dari teruskan niat.... Hempuk Komputer ni sepenuh jiwa dan raga!

Kataku dalam dari HATI INI

Bila kamu terus cuba mengekori
aku tetapkan satu fasa lebih tinggi
Tak hadap hidup dibayangi
Kejarlah kalau boleh

Sunday, December 19, 2010

Selamat Hari Lahir... untukKU

Sehari ke usia baru. 28 tahun sudah. Banyak yang aku nak coretkan berkenaan hari lahir aku ni. Tapi idea mencanak hilang. Mungkin sebab penat dan dah lewat malam (pagi buta sebenarnya).

Aku suka usia 27 tahun. Banyak kenangan manis tercipta. Ada masa aku rungkaikan segala yang aku nak luahkan dalam hati ini :D

Untuk pengetahuan kalian.... Perempuan ini, yakni aku... lahir pada jam 4petang lebih, pada tanggal 19 disember 1982... warga Sagitarius.

Friday, December 17, 2010

Bengkek BETUL!!! Adobe Illustrator bermasalah!

Ralat betul. Sepanjang pagi kerja-kerja tak sempat nak disiapkan. Masuk semula ke pejabat tengahari tadi, buka adobe illustrator CS3 tiba-tiba ada masalah pulak. Untuk pengetahuan kalian. Aku rekacipta dolly gunakan software ini saja. Tak suka dengan yang lain. Setia aku dengan ai dari mula kerja hingga kini. Tapi.... harini timbul masalah yang ini pulak. Keluar error seperti gambar di bawah: Yang malang tu, kat komputer ni aku tak install sekali adobe illustrator 10. Kat rumah tu adalah. Bengkek betul. Semalam masa tengah design-design kat software ni dah rasa ada tak kena dah. Kejap-kejap macam hang. Mungkin kerana komputer dah kian nak kiok. Geram tau. Banyak kerja aku tertangguh hari ini gara-gara sibuk menggodek komputer sepanjang petang! Cukup berbulu kalau tiba-tiba timbul masalah macam ni. Haih...

Kenangan Terindah Bersama Mamypoko dan Pa&Ma

Hari Kedua di Bukit Merah. Kerana perlu daftar keluar bilik penginapan jam 12 tengahari, agak lambat kami keluar dari bilik. Nak kemas-kemaskan segala barang dulu. Lepas tu daftar keluar. Nanti dah masuk taman tema takdelah nak kena keluar masuk angkut barang-barangnya.


Bergambar di depan pintu gerbang Taman Tema Bukit Merah. Inilah satu-satunya gambar keluarga kami di Bukit Merah. Itu pun jauh je. Mulanya aku ingatkan adik yang tolong ambil gambar ni ambil banyak-banyak gambar. Rupanya sekeping je terselit. Penat aku sengih lama-lama tengah panas tau hahhaa...


Masuk saja, sempatlah juga kami bersarapan pagi. Sangkakan kami yang terakhir. Rupanya ada juga 2, 3 keluarga lain yang lebih lewat. Makanan di sini sedap-sedap belaka. Aku tak kisah pun tentang kualitinya sebab segalanya lazat untuk dijamu.

Lepas makan, Dua beranak ni lepak-lepak di bahagian Jeti. Nun di seberang, Pulau Orang Utan. Lain kali saja kami ke sana. Haritu nak kejar masa ke taman air dan balik KL semula.

Tempat wajib pergi. Taman tema air Bukit Merah. Dapat dua tiket percuma. Damia awal-awal dah tak nak lepaskan pelampung dan safe jacket dia tu. Siap meraung bila ayahnya nak tolong pegangkan. Tak tukar baju renang lagi la Damia, camne nak pakai tu... hahahha

Damialah yang paling merasai nikmat bermandi manda. Ayahnya kena jadi full time guard. Aku pulak kena pegang plastik berisi kamera dan wallet. Sudahnya tak puas nak bermain air hehe...

Oh... gambar ni Damia sangka pasir kat pantai. Sebenarnya simen je. Nasip baik... Kalau sesiapa pernah baca kisah percutian kami kat Kota Kinabalu tahun lalu... Tahulah bahawasanya Damia ini suka makan.... pasir! haih...

Cubaan tangkap air!

Damia & ayah

Damia & Mommy

Hiasan Taman Tema Bukit Merah. Damia takut-takut je nak dekat tu, dia ingatkan gajah tu hidup! hahahha

Tempat ni best untuk budak-budak macam Damia bereksplorasi. Siap ada air pancut, gelungsur dan lain-lain. Menarik jugak!

Nampak muka cuak Damia? Sebenarnya Damia takut nak dekat. Aku duduk atas ukiran kura-kura gergasi. Pun dia ingatkan binatang hidup. Aku pujuk dan angkat naik atas kura-kura dan buaya tu pun tak nak.

Last frame dalam taman tema air. Walaupun takdelah sebesar Sunway Lagoon, tapi memadai untuk hibur-hiburkan anak-anak serta diri sendiri. Sebenarnya banyak lagi gambar percutian di Bukit Merah ni. Tapi aku banyak kongsikan dalam facebook. Jemputlah tengk. Malas nak upload banyak-banyak di sini.

Sementara tunggu ayah, Damia main game katok katak!

Permandangan di depan pintu masuk taman tema.

Last frame di dalam taman tema Bukit Merah. Ada rezeki, panjang umur bolehlah datang ke sini lagi. Bestnya kalau bawa sebuah keluarga besar lagi! Boleh enjoy beramai-ramai...

Thursday, December 16, 2010

Won Sunsilk Contest!

Contest base on creative ~ Design Tote Bag Sunsilk
Masih hangat untuk hari ini. Pagi tadi dapat panggilan dari wakil Sunsilk berkenaan hadiah yang bakal diterima. Alhamdulillah sekitar jam 4 petang tadi, sampai juga wakilnya. Trimas sebab sudi hantar wakil. Tak perlulah keluar hari ini untuk redeem hadiahnya. Contest ni dah lama dah. Sekitar bulan Ogos lalu. Memang tak sangka aku menang hadiah saguhati ni. Sebab sekitar bulan 9 dan 10, penggilan dah dibuat kepada pemenang semua. Nama kawan dan hubby naik. Tapi takde pulak panggilan untuk nama aku. Sedih jugak. Tapi nak dijadikan rezeki. Memang dah tersurat gamaknya rezeki aku, dalam bulan 11 lepas dapat pulak panggilan menang contest ni. Saguhati pun dah okey. Cukup buat aku gembira. Hadiahnya...


Voucher Watson bernilai RM50


Produk Sunsilk (besar-besar semuanya) bernilai RM50

Sabtu nanti wakil Sunsilk akan hantar hadiah untuk hubby pulak. Campur semua alhamdulillah... Voucher RM100 dan produk bernilai RM100... Part bestnya... hadiah untuk aku Sunsilk warna PINK! My Fav! Dan memang Sunsilk jenis inilah yang selalu aku pakai kalau beli Sunsilk. Sunsilk Silky Smooth & Manageable. Lembut dan mudah diurus.



Kenangan Terindah Bersama Mamypoko dan Pa&Ma

Sedia maklum hari Sabtu Ahad lepas kami sekeluarga hadiri program Kenangan Terindah Bersama Mamypoko dan Pa&Ma sempena contest dengan tajuk yang sama. Perjalanan bermula waktu pagi tapi disebabkan sedikit masalah kami lewat sampai ke Bukit Merah, destinasinya. Tapi syukurlah admin terima juga kehadiran kami. Alhamdulillah... Kalau tak terpaksalah patah balik ke Kuala Lumpur semula. Atau paling tidak pun tukar arah ke kampung pulak hahaha...

Jalan naik macam naik bukit ke Genting Highland pulak. Mujurlah bukitnya pendek je. Takdelah
tinggi mana. Best je layan permandangan yang indah menghijau. Padahal dah lewat tu! hahahha...


Sessi pendaftaran. Ketika ni aku terima surat dari Karangkraf, tag nama dan goodies pelbagai barang. Aku sangat segan okey. Keluarga terakhir yang tiba. Masa ni dah ada acara permainan dah. Nasip baik staf-staf yang menjaga kaunter mesra-mesra belaka. Respeklah!

Dapat seat kosong. Aku tak tau dah duduk sebelah siapa ke siapa punya meja. Hentam sajalah. Sambil merehatkan pinggang. Perjalanan jauh. Oh ya, yang bestnya... aku masuk kumpulan PINK! Warna kegemaranku tau. Sungguh tak sangka. Tag nama tu aku bawa je dalam handbag kerja ni. Sungguh teruja dan suka tengok tag nama PINK tu hahhaa...

Aku ingatkan giliran kumpulan PINK dah lepas. Rupanya lepas game kumpulan sebelum ni masuk lak giliran kumpulan aku. Tak boleh tidak, kena gak serah diri hohoo.... Aku peserta terakhir untuk pertandingan Funny Photo. Serius aku dan hubby tak bincang apa pun. Sudahnya bila mc sebut " Satuuuuu duaaaaa tiga!" Terus aku lompat tak hingat dunia! Bergegak gempita lah sekejap dewan haritu kerana aksi selambaland aku! ahhahah... MC gelarkan aku "Kakak yang terkangkang atas pentas!" Hebat aku dapat gelaran haritu heheh...

Abang yang sebelah hubby tu menang tempat pertama untuk contest tu. Kami dapat tempat kedua. Best juga hampernya Produk Strawberry Shortcake. Sangat cute dan harumnya. Lebih best, warna PINK semestinya! Giler aku happy lagi. Walaupun Damia tak pakai sebarang produk, mommynya ada.. Boleh aku tibai pakai sampai habis...

K.Ayu dengan anak-anak daranya. Sangat comel Cik Amani. Cik Yana pulak sangat mesra okey. Aku rasa macam dah lama kenal je dengan anak-anak k.Ayu. Sebab dorang mudah mesra dengan kawan-kawan mummynya agaknya. Seronok berborak pasal contest dengan k.Ayu. Ikutkan macam-macam lagi nak disembangkan. Tapi masing-masing kena urus keluarga lagi. Terpaksalah berborak sikit-sikit je. Apa pun kalau ada jodoh leh la kita jumpa lagi kan k.Ayu... Borak-borak sesungguhnya :)

Sessi penyampaian cek Mamypoko bernilai RM500. Bergaya saja. lepas ambil gambar, sila turun tanpa membawa cek tersebut ya. Aku yang tak sempat tengok peserta sebelumnya buat. Terpinga-pinga kejap atas pentas. Boleh jadi mek lawak aku haritu hahhaha....

Sempat tau Cik Damia mengorat abang Mamypoko ni hahhaha.... Aku imagine Damia cakap ginilah kat encik ini "Abang, lebih-lebih cek tak boleh bagi free ke?" hahhaha...

Cek Maybank RM500. Alhamdulillah... rezeki... Waktu ni tengah beratur untuk ambil kunci bilik, voucher sarapan pagi dan kupon masuk taman tema Bukit Merah. Sungguh best! Kami dapat bilik duluxe bernombor 355. Nilai bilik tu RM500 semalam. Walla!

Selepas aktiviti tamat, sessi makan-makan pulak. Damia dengan aksi selambalandnya duduk gaya bebas. Maafkanlah gaya tersebut yep. Serius, aku tak pernah ajar anak dara aku duduk dengan gaya tu hohoho...

Aktiviti bebas. Kami nak pergi masuk bilik resort tapi singgah kejap bawah Dewan Kaloi. Teringin nak bagi belon berhias kat Damia. Tapi ramai sangat dah kerumun encik Badut haritu. Sudahnya Damia dapat tengok je la...

Damia memang tak kisah dengan orang. Ini salah satu aksi spontan dia bertegur sapa dengan staf Bukit Merah. Macam gaya orang besar dah. haih...

Bilik yang besar! 1 katil besar. 2 katil kecil dan sofa yang boleh buat tidur jugak. Aku ajak dah adik-adik aku datang lepak sekali. Tapi sebabkan dah lewat petang baru bagitahu masing-masing tak dapat datang. jauh juga Gerik-Taiping tu rupanya....
Nah satu lagi gambar bilik. Katil single sebelah kiri tu ada katil lagi kat bawahnya. Sofa tu pun boleh buat tidur-tidur juga. Memang bilik yang best untuk muatkan seisi keluarga.

Antara goodies yang diperolehi. Aku nak senaraikan semua tak ingatlah. Tapi antaranya... pas masuk taman air, voucher sarapan, kunci bilik, cek RM500, produk Nestle, produk wangian lelaki (Brute?) gitulah, majalah Karangkraf, losyen badan baby, hamper contest Funny Photo, cap, sapu tangan dan lain-lain.

Tag berwarna PINK kerana aku termasuk dalam kumpulan PINK. Sungguh suka!

Dinner, Lunch dan Breakfast semua ada. Makanan pun sedap-sedap. Tinggal nak atau tak nak makan je. Tapi memang puas hati bab makanannya :)

Lepas dinner bawa Damia berjalan-jalan di jeti.

Ketika saksikan acara pertunjukan api kat fountain tu, jumpa k.Ayu dengan keluarganya. Borak lagi! Comel kan Cik Amani. Baik-baik je tak buat perangai. Best dapat gomol-gomol. Tapi lupa pulak nak pinajm pegang Amani ni. Seronok berborak dengan mummynya punya pasal hahaa...

Macam-macam aksi ada...
Kat jeti ke Pulau Orang Utan. Siangnya tak pergi jugak... Kalau pergi takut ambil masa. Nanti nak lepak-lepak mandi dan balik ke KL terlewat pulak. Takpelah. Lain kali pergi. Kalau berpeluang.

MC pada hari itu. Aktiviti malam ni ada sikit contest. Kelakarnya... Peserta tanya, MC jawab. Peserta pun okeylah. Sporting jugak. Ketika ni K.ayu ajukan soalan "Apa nama maskot Mamypoko?" Jawapannya Poko Jang (betul ke aku eja?)... Hadiahnya hamper produk baby. Bestnya ada yang menang voucher hotel dan goodies bag. Aku tak join pun sebab tak target nak menang hamper hehe.... Tapi dalam kepala aku dah sediakan soalan susah-susah dah hahaha...

Lepakian dengan anak dara aku main game ni. Sibuk Cik Damia nak bergendang sekali :P

Dalam perjalana balik ke bilik, Damai terkejut terserempak dengan ulat gonggok! Memang aku gelak habis tengok aksi panik Damia ni hehe...

Strawberry Shortcake. Hadiah Funny Photo. Beshhhh....!
Bersambung hari kedua....