Nuffnang

Followers

Thursday, June 30, 2011

Ah! Letih.... (dengan nada keluhan)

Aku rasa tak berbaloi merungut sebab kerja yang aku lakukan benda kesukaan aku. Kecualilah aku bekerja luar bidang kegemaran aku kan.  Macam profesion guru. Bukan aku benci kerjaya tu, cumanya aku tahu, aku bukan spesis manusia sesuai jadi seorang pendidik. Walaupun mak aku memang teringin benar nak tengok salah sorang dari 5 anaknya bergelar cikgu hohoho....

Aku kalau jadi cikgu. Confirm jadi cikgu yang paling dibenci sebab cengil benar. Mungkin jadi cikgu mak lawak sebab cepat panik dan gugup. Atau segala kemungkinan lain. Pendek kata aku tak boleh jadi pendidik. Sebab aku tahu, aku tak tahan mengajar orang. Tak sabar. Cepat rasa nak marah. Silap-silap aku mengamuk je dalam kelas. Haruuuuu anak murid aku!

Aku seorang pereka grafik. Bukan wartawan seperti yang disangka! Hahahah... Ye... aku pernah disalahtafsirkan sebagai wartawan satu ketika dulu. Keluar air mata aku sebab ketawa berlebihan! Tak boleh bayangkan hidup aku jadi wartawan. Tentu selebet dengan spek besar, bawa buku nota tebal alam dan beg sandang. Itu imaginasi aku kalau aku jadi sorang wartawan kui3... Hakikatnya aku memang selebet!

Kerja design ni tak berat sebenarnya. Bukan kena bancuh semen, kena angkut kelapa sawit yang berat berkilogram tu. Tapi tak dapat disangkal lagi ia boleh jadi rumit, nak-nak kalau bebanan kerja tu bertimbun banyaknya. Kerja ni menuntut kerahan otak dan masa. Kalau design tak cantik, prepare la kena balun! Perlu sedar, kata-kata yang pahit lebih sakit dari serangan fizikal tau. Silap-silap boleh ingat sampai mati! kehkehkeh... Cumanya tak tahan tu bila kita bertangguh. Siapkan pelan-pelan... lama-lama kerja sefile jadi berfile-file, berfolder-folder sampai aku hidapi serangan panik! hhahahah.... 

Ketawa bagi kurangkan gelabah itu... Saja tulis benda tak berfaedah kurangkan stress ini. Sebab tu dua tiga hari ni selowwww je aku nak berfacebook dan berblog. Rasa malassss selagi kepala rasa terik dek tension.

Kopi... mana kopi...! Addict to coffee... Ya, keterlaluan ketagih :P

Won Green Lantern Ticket

Dah lama nak ceritakan tentang kemenangan kecil ni. Tapi asyik lupa nak masukkan dalam blog. Bukan lupa, tapi tak sempat. Nak kena ambil gambar, edit dan bina entry baru. Jujurnya kadang-kadang bila serabut dengan pelbagai kerja. Mulalah entry yang ringkas pun rasa rumit nak buat huhu...


Terima kasih pada warga Tupai.com kerana memilih slogan aku kalangan pemenang. Walaupun saguhati saja dengan besar hati aku terimanya sementelah sekarang ni makin ramai pesaing. Dan peluang untuk menang mudah tu agak sukar memandangkan Tupai.com anjurkan contest base slogan kreatif. Trimas Tupai!

Wednesday, June 29, 2011

Terima Kad jemputan Disney Junior Ahoy to Never Land

Kiriman kad jemputan ke Majlis ekslusif Disney Junior Ahoy to Never Land selamat diterima semalam. Risau jugak tak sampai sebab tanpa kad ni, memang pemenang tak dapat join. Harapan aku, dapatlah pergi majlis ni sebab Damia memang suka rancangan Disney. Suka sangat kat Mickey Mouse dan lain-lain. Yang penting, terima kasih warga Disney Malaysia beri peluang padaku menang contest besh ni!

Aku menangi jemputan ni atas contest base slogan anjuran Disney.  Ada aku kisahkan dalam entry Won Disney Junior "Ahoy to Never Land" Event. Majlis ni berlangsung kat Bukit Kiara Equestrian & Country Resort. Satu jemputan boleh membawa 4 peserta. Ada 1 tempat kosong. Tak tahulah adik aku nak join ke tak. Sebab keduanya sibuk kerja dan praktikal.

Tak pasti sebenarnya dapat pergi ke tidak. Sebab sabtu tu hubby pulak outstation. Kalau jadi pergi pun terpaksa bergegas ke lokasi sebab pameran biasanya habis tengahari atau petang huhu... Kalau ada kesempatan ke sana bolehlah jumpa blogger yang turut menang contest yang sama seperti Kak Ayu Arjuna dan Kak Suziey aka mama Zharfan. Insya'allah...

Tuesday, June 28, 2011

Won 2nd runner up Chupa Chups Contest!

Hadiah sempena sertai Coloring contest Chupa Chups. Anak kakak berjaya mendapat tempat second runner up! Dan hadiah yang diterima sangatlah menariknya.  Antara yang besh iPod Touch 8GB, cenderahati Rio, 4 pas wayang TGV dan hamper Chupa Chups. Trimas pada penganjur, Chupa Chups!
Damia la yang paling excited tengokkan hamper Chupa Chups ni. Damia memang suka makan Chupa Chups. Ajak bergambar, laju je posing dengan sporting sekali. Biasa tu kalau suruh posing, gambar tak pernahnya nak menjadi sebab cepat sangat tukar pose! Aku pakai digital kamera je, tak guna pun DSLR, sebab tu gambar selalu blur kalau pergerakan tu cepat sangat. hehe...
Hadiah yang sangat besh... iPod Touch 8GB! Spek design sebijik cam iPhone. Tapi iPod Touch ni lebih nipis dan ringan, tapi takde fungsi macam telifon. Boleh dengar lagu, download, tengok video, internet dan lain-lain fungsi menarik macam iPhone. Masih tersimpan kukuh dalam kotaknya, belum buka :)
 
Hamper Chupa Chups pelbagai perisa. Beserta Smint segar dua perisa. Semua stok belum rasa walaupun pakaging awal-awal dah buka dek Damia  :)
4 pas wayang TGV dengan tarikh luput 30 september 2011. Memang besh.... sebab boleh ambil masa nak pilih filem kegemaran nanti.
Cenderahati koleksi Rio. Sebuah cooler bag Rio edisi terhad. Ini bekas kedua yang diterima selepas aku menang contest Rio anjuran Tupai tahun ini juga. Ada aku ceritakan kisahnya dalam entry bertajuk: Won Rio merchandise. 

Terima pada penganjur, Chupa Chups!

Sunday, June 26, 2011

IKEA pilihan besh sebab...

Ini bukan contest slogan anjuran IKEA. Saja menggatal buat tajuk menduga nafsu shopping korang! hahhaha... Bila tanya... beli kat mana dotdot ni... Kita jawab "IKEA..." dengan muka takde perasaan, tapi hati kembang kuncop bangga tak pasal-pasal. Manusia kan suka benda berjenama. Padahal nilai jenama apalah sangat. Yang penting tahan lama, sesuai dengan selera dan keadaan semasa. Itu dah memadai. Aku cakap bagi sebelah-sebelah pihak. Setuju dan tidak. Kerana aku pun  bermasalah, memang mudah terpengaruh dengan barang IKEA.  hahahaha...

Niat aku nak ke IKEA, beli kerusi untuk meja komputer saja. Tapi terbeli benda-benda lain yang pada masa kejadian aku pikirkan barang keperluan. Balik rumah, belek resit... bengkek sekali! Buat apa aku beli benda alah itu dan ini? Menyesal pun tak guna... Habis duit, resit dibuang. Jangan pandang-pandang lagi angka di resit kalau tak nak kumpul rasa berbulu itu hahhaha...

Mula-mula aku cadang nak beli kerusi sesimple yang mungkin. Yang paling murah. Dapat yang sepongget (RM10) pun jadilah... Janji kukuh. Yang pasti tak menjatuhkan tuannya macam kerusi IKEA jugak yang selamat kena buang. Sebab apa? Beberapa kali kerusi itu menghumbankan aku ke lantai. Kira-kira adalah dalam 5,6 kali! Cizzz... Be'bedah betul! Maaf, mencarut  di blog, amalan yang kurang sesuai. Jadi ayat mencarut itu kita twist pada sesuatu yang lebih comel. Hahahaha... 

Kejadian dijatuhkan kerusi tu, memang menyakitkan hati. Ikut baran ini, naaaaaaak je aku baling kerusi tu  keluar tingkap! Nasip baik ada gril kat tingkap ni menghalang hakak dari jadi ms.Hulk. Eleh, macam berani! hahhaha... Sudahnya, selepas selamat tukar kerusi baru. Kerusi yang makan tuan tu selamat dinyahkan dari rumahku! Padan muka kao! Pergilah ke tong sampah. Tak hingin aku memandang kao lagi hoooohohoooo... Gelak ngilai paling mencabar hari ini.

MOSES Swivel chair, black Width: 59 cm Depth: 58 cm Min. height: 87 cm Max. height: 98 cm Seat width: 47 cm Seat depth: 38 cm Min. seat height: 42 cm Max. seat height: 53 cm
Kerusi idaman aku... Standart la perempuan... Bila pandang yang lain mula berangan nak yang lebih.  Nak-nak mata hakak, mata mahal. Yang cantik-cantik merelip dipandangan tu, semuanya kategori teguk air liur berkali-kali kalau nak beli! hahhaha... Tergoda giler tengokkan MOSES Swivel chair, black.  Aku siap duduk nak test keempukkan kerusi ni. Duduk je rasa macam masuk berkepuk idea dalam kepala nak buat kerja. Dia punya 'kuasa' tu hahhaha... Tapi... nilainya menakutkan, yakni RM149! Aku pandang hubby dengan wajah minta simpati. Jawapan diplomasi yang dia bagi. "Ikutlah... " Kalau dah gitu, tak payahla.... Sah-sah kena kuar duit poket sendiri kan huhu...
SNILLE Swivel chair, black Width: 67 cm Depth: 67 cm Min. height: 71 cm Max. height: 83 cm Seat width: 45 cm Seat depth: 39 cm Min. seat height: 39 cm Max. seat height: 51 cm
Akhirnya pujuk diri berpuas hati dengan SNILLE Swivel chair, warna hitam yang berharga RM47. Ada dalam warna hitam, putih, pink dan merah. Kenapa aku ambil hitam tidak pink warna kegemaranku itu? Sebab meja dan komputer serba hitam. Nak bagi match la kekonon. Padahal dalam hati berkobar-kobar nak yang kaler pink tu. Tapi stok takde kot. Yang tinggal rata-rata hitam putih semata. Okeylah.... hakak bersyukur. Kaler pun dah kena-kena dengan meja dan komputer. Takde sebab nak nyesal kendian hari dan kata... "Alah... kenapa aku amik kaler pink... kan tak matching..." Pujuk hatiku lagi...

Sekurang-kurangnya hitam itu ada gaya, mutu dan keunggulan... setuju? Anggukkan saja... :D

Friday, June 24, 2011

Sambut Hari Bapa di KLCC

Ahad lepas barulah kami keluar ke KLCC. Biasanya kami keluar hari sabtu. Hari ahad, berehat dan uruskan kerja-kerja rumah. Tapi dek kerana sabtu lepas, kereta masuk bengkel. Terpaksalah tunda sambut hari bapa. Apa pun walaupun dah nak masuk seminggu berlalu. Tak salah aku ucapkan. Selamat hari bapa buat abah, my laling, abang dan abang iparku serta kaum lelaki berstatus bapa.

Seperti biasa, iPhone mummy iPhone ayah... Damia punya! hahaha... Dalam perjalanan, hiburan Damia melayan game. Ada car seat kat belakang, tak nak duduk. Lagipun tak harap dia duduk sorang. Karang ada yang beria nak buka belt. Nak berjoget kat belakang. huhu...

Kebetulan waktu nak cari parking, hubby berhenti  kat signage ni. Ngam2 dengan Damia. Aku pula secara tak sengaja terambil gambar ni. Sebenarnya nak fokus kat Damia saja. Tapi besh gak kan gambar ni. Spontan je. hohoho... 

Yang diraikan. My laling hubby. Makan-makan kat Kenny Rogers saja :)

Makanan dan minuman yang diorder. Sayangnya Damia memang tak boleh makan sebarang. Banyak alahan kat telur, mayonis, coklat dan lain-lain. Sudahnya hidangan Damia tapau dari cafe luar. 

Lepas makan-makan bawa Damia tengok ikan kat akuarium percuma Akuaria. Walaupun akuarium dalam ni tak sebanyak di dalam. Cukup menghiburkan Damia. Kalau masuk dalam. Memang tak sempat nak teliti semua jenis ikan. Banyak sangat hehe...

Salah satu ikan seksi yang aku suka tengok!

Pertama kali berjalan kat sini. Biasa tu ambil gambar kat dataran depan KLCC tu je. Haritu kami berjalan kat kaki lima air pancut KLCC. Memang santai nak lepak-lepak dan bergambar. Damia beria nak dibawa ke taman. Tapi minta ayahnya dukung. huhu...

Yeahaa.... masanya bergumbira. Habis dibulinya ayah ke sana sini. Masa ni yang berpeluh sakan, bukan anaknya, tapi ayahnya! hahhaha... sekali sekala begini bagus juga. Berhibur sambil bersenam :D

Nak bawa Damia masuk balik ke dalam kemain seksa. Dari taman sampailah ke Lower Ground, melalak mek kecik ni tak rela tinggalkan taman! Mujurlah ada kereta ni yang boleh mengubati lara anak daraku itu huhu.... Macam-macamlah Damia. Sambut hari bapa, yang berianya untuk anak juga. hahah... Malamnya kami tonton Hoodwinked! kat TGV, KLCC. Waktu ni Damia dah letih nak tidur, tapi demi filem kartun, gigihkan juga celikkan mata. hahha... Selamat berkenalan dengan peel anak daraku ye hohoho....

Thursday, June 23, 2011

OMG! Won 3rd place Beautymate Luxury Designer Bag Contest Exclusive 7-11!

Hadiah yang sangat bermakna tahun ini. Terpilih sebagai pemenang ketiga Beautymate Luxury Designer Bag Contest Exclusive 7-11. Hadiah yang dimenangi sebuah beg GUCCI bernilai RM2500! Alhamdulillah... Rezeki tahun ini. Bersama hubby, aku ambil hadiah ini di pejabat Tongee kat Segambut selasa lepas.

Bersama pengurus dan admin yang sangat mesra dan baik, Cik Yen (berdiri kanan sekali). Seingat aku  CikYen hubungi aku pada jumaat dua minggu lepas. Pada mulanya aku boleh jawab biasa lagi bila Cik Yen perkenalkan diri dan maklumkan aku pemenang tempat ketiga. Tapi bila Cik Yen bagitahu hadiahnya merupakan sebuah beg GUCCI... bernilai RM2500 pulak tu... Tergamam aku beberapa saat! Memang tak tahu nak jawab apa, okey... rasa penuh terharu. Gembira. Terkejut. Semua dalam pakej waktu tu. Tapi bagusnya Cik Yen ni, sabar je layan ke'blur'an aku waktu tu. Tak lupa waktu kami nak ke pejabat Tongee, Cik Yen sudi jemput kami di persimpangan jalan, tunjukkan arahnya. Superb!  Trimas Cik Yen dan semua admin yang terlibat. Kalian memang terbaik!

Bergambar kenangan bersama pengurus Tongee. Terima kasih banyak sebab sudi luangkan masa melayan kami :D

Pakaging Gucci beg. Nampak je kecik kan. Tapi beg Gucci ni sebenarnya bersaiz besar. Boleh muatkan banyak barang dalamnya. Alangkan paperbag dan beg simpanan pun cantik, smart dan kemas begini. Bayangkan isi dalamnya :)

Inilah rupa Bag Gucci bernilai RM2500! Memang sedap dipegang, dipeluk dan ditelek sesungguhnya. Sampaikan nak pegang pun main hujung-hujung jari je sebab sayang hehe... Aura Gucci ni buatkan aku rasa mewah dan cantik serta merta! hahahha... Patutlah orang perempuan high fesyen sanggup ikat perut demi handbag mahal-mahalkan... Kepuasan memilikinya tu... memang tak terkata!

Isi dalamnya. Terdapat sebuah poket besar. Jujurnya handbag aku yang paling mahal pun leader bag berjenama Armani Exchange bernilai RM1330.00. Ada aku ceritakan dalam entry bertajuk: Armani Exchange. Itupun redeem voucher Club 21 hadiah tempat kedua sempena sertai contest Häagen-Dazs tahun lepas. Kisahnya dalam entry bertajuk: Häagen-Dazs contest.  Menangi beg Gucci ni bagaikan mimpi jadi kenyataan. Dan sejujurnya aku tak pernah terfikir dapat sentuh apa lagi memiliki sendiri beg Gucci! Bersyukur sangat atas kemenangan ini.

Sebelum balik, Cik Yen temankan kami keluar. Sempat Cik Yen maklumkan, slogan yang aku berikan memang bagus. Bagi comper yang tahu kelemahan diri. Contest slogan kreatif aku memang tak yakin dapat raih sebarang hadiah. Tapi bila admin sendiri katakan demikian, memang jadi pemangkin dan kuatkan semangat aku untuk berusaha lagi! 

Menyebut dengan yakin ungkapan pelakon cantik, Fazura... 
"OMG! Oh my gucci! Oh my gucci!"

Wednesday, June 22, 2011

Apa pun TAK BOLEH!

Banyak benda nak dikongsikan harini. Nak berceloteh kisah baru. Tapi malas nak ambil gambar. Malas nak upload gambar. Malas nak edit gambar. Malas nak menaip pun! Apaaaaa pun tak boleh! Apa pun tak boleh! Malassss....
Bukan nak story pasal Kumpulan Jambu, Maharaja Lawak. Aku cuma nak dapatkan satu keyword yang membina akal sikit pagi-pagi ni sementelah takde moooooood nak menulis macam hari-hari biasa. Nantilah petang-petang sikit kalau mood dah kembali. Aku bina entry baru harini. Buat sementara, off dulu :P

APA pun TAK BOLEH!

Tuesday, June 21, 2011

Won MAMYPOKO 50th Anniversary Grand Giveaway

Selamat terima hadiah sempena menyertai MAMYPOKO 50th Anniversary Grand Giveaway. Terpilih sebagai pemenang saguhati saja. Namun syukur alhamdulillah... masuk rezeki bernilai RM500. Terima kasih pada penganjur yang sangat mesra dan baik hati.

Damia memang tak tahan kulit dengan jenama lain, walaupun berjenama dan mahal. Tetap tak sesuai dengan kulit Damia. Hanya produk Mamypoko yang beri keselesaan penuh buat Damia. Walaupun harganya boleh tahan tinggi. Namun kualiti produk yang diperakui selamat ni yang  aku utamakan. Yang penting, Damia selesa memakainya. Sebab tu bila aku menang melalui contest Mamypoko, rasa berbaloi  sangat setia dengan jenama Mamypoko sejak Damia lahir hingga kini :)

Inilah cek yang diterima dari pihak penganjur. Ini adalah kemenangan ketiga sepanjang aku sertai contest anjuran Mamypoko. Kemenangan pertama aku tak buat entry. Kemenangan kedua ada aku kisahkan dalam beberapa entry bersiri seperti berikut:


Alhamdulillah... Terima kasih Mamypoko dan UniCharm!


Monday, June 20, 2011

Won 88 PANASONIC Contest!

Selamat terima sebuah mesin basuh Panasonic 14kg Inverter Top Load Washing Machine. Model NA-FS14X1 bernilai RM2099.00! Mesin basuh ni aku menangi sempena sertai contest WIN 88 PANASONIC WASHING MACHINE campaign. Untuk sertai contest ni, peserta perlu beli produk Dynomo bernilai RM38 ke atas dan lengkapkan slogan kreatif. 

Jujurnya aku agak kurang keyakinan contest jenis slogan ni. Namun terpilih di kalangan 88 pemenang untuk contest ini, cukup mengujakan. Antara kenalan comper yang memenangi contest yang sama ialah  Kak Ayu. Tahniah buat Kak Ayu! Berjoget gabanlah kita dengan mesin basuh besar dabak ni kak... hehe...

Mesin basuh ni dua kali ganda lebih besar dari mesin basuh aku sekarang. Yang aku guna Panasonic auto 7kg je. Cukuplah untuk tiga beranak. Tapi dapat yang 14kg ni memang agak peningkan kepala. Buat masa sekarang, mesin basuh ni elok tersimpan berbungkus dalam bilik kedua. Itu pun dah makan banyak ruang dalam bilik tu. haha... Terima kasih banyak pada penganjur, Sara Lee dan auntie yang sudi luangkan masa hantar mesin basuh ni ke rumah kami. Syukurlah tak perlu sewa lori. Memang beshlah contest ni :D

Tenangkan perasaan dengan ketawa

Malam-malam masih belum tidur. Aku tengah tunggu masa nak iron baju kerja esok. Dalam masa sama tengah kalut kenangkan kerja aku yang belum siap. Dan kerja finishing yang nak di'email. 

Muka bahagia sebab kerja dah separuh jalan. Tapi stress kembali kenangkan duedate banyak benda yang tak terbuat. Kadang-kadang aku dapat rasakan muka aku dari coklat jadi merah, tukar ke biru seterusnya warna hijau. Kendian coklat dan begitulah mengikut turutan. Kalau ikutkan stress ini aku dah tak berupa orang dah. Mungkin tak perlu kenakan sebarang make up pun sebab rona warna semulajadi panik dah sedia ada terpapar di muka! hahahha... 

Gelak-gelak ni sebenarnya gelak panik ni. Dan benarlah kata orang. Tah siapa orangnya yang berkata demikian, lantaklah... Ketawa itu penawar duka. Orang menangis pun nampak bahagia bila gelak kan. Jadi marilah kita buat-buat gelak. Selindungkan perasaan. Tenangkan perasaan.

Saturday, June 18, 2011

Won Henry$ Crime ticket!

Memang tajuknya macam tu. Ada icon ringgit kat huruf S. Boleh menangkap mata kan. Aku tak berapa tahu pasal filem ni. Tak pernah baca info detail. Tapi lepas menang tiket ni. Gigih kejap cari info. Kisahnya pasal Henry Torne lakonan abang hensom Keanu Reeves yang baru lepas keluar dari penjara. Dia kena masuk penjara tu bukan atas salah dia. Tapi lepas keluar penjara timbul lak idea nak rompak bank! Nak tau kisah lanjut. Jom lah join tengok filem ni.
 
Dua pas wayang Henry Crime ni aku terima sempena sertai contest sms dari Utopia. Trimas Gempakstarz!

Friday, June 17, 2011

Goodies Nano White

Semalam dalam peti surat ada bungkusan Nano White ni. Hadiah dari facebook Nano White. Suka dengan pakaging dia. Comel je Diana Danielle ni kan. Banyak kisah nak dikongsikan dalam blog. Tapi nanti-nantilah bila tak sibuk. Kejarkan banyak benda nak buat, tak terbuat dalam minggu ni. Adudu...

Won Disney Junior "Ahoy to Never Land" Event

Semalam terima email dari Walt Disney Television memaklumkan aku terpilih sebagai salah seorang pemenang contest  Disney Junior "Ahoy to Never Land". Jujurnya aku tak ingat contest ni nak kena buat apa. Jawab soalan kreatif agaknya. Dan tak sangka terpilih! Happy mood hari ini. 
Majlis akan berlangsung pada 2 Julai 2011.
Sabtu 230 petang
Bertempat di Bukit Kiara Equestrian & Country Resort

Aku tanya hubby, nak join tak event ni. Dengarkan tempat majlis berlangsung, tak fikir dua kali terus hubby setuju nak pergi. Bolehlah bawa Damia jalan-jalan sambil hiburkan anak dara sorang tu. Mungkin boleh jumpa mana-mana blogger yang turut serta :)


Facebook di BLOCK!

Berita tak baik hari ini. Aku dengan separuh kepastian. Laman facebook dan youtube di block pada waktu kerja. Semalam lepas jam 5.30 petang. Boleh pula laman facebook dibuka. Bagus bagus bagus... Tingkatkan waktu kerja dengan penuh saksama lepas ni. Jangan sibuk nak bergosip je hahhaha... Mode: frust :(

Taylor Swift - Mean

Thursday, June 16, 2011

Facebook kena block atau hack???

Untuk pengetahuan kalian. Laman facebook tak dapat dibuka melalui opis ni. Jadi kalau ada kawan-kawan yang kirim mesej atau komen tak berbalas, minta maaf sangat-sangat. Tak mampu nak buat apa. 

Banyak rumors sekarang ni. Ada yang kata memang opis sengaja block laman facebook. Ada yang kata gara-gara hack yang melibatkan banyak laman jabatan kerajaan dan lain-lain lagi. 

Apa yang boleh aku katakan. Sabo je la... Nak marah-marah pun tak guna. Buat naik darah tinggi je hahaha... Gelak-gelak juga. Tapi hati terus mengelegak! hahhaah...

Won second prize X-MEN!

Sekitar minggu lepas aku terima kiriman sms daripada Cosmopolitan Malaysia. Alhamdulillah terpilih sebagai pemenang tempat kedua Contest X-Men. Hadiah yang diterima sangat menarik. Yang lebih besh, ia kategori limited edition. Susah nak diperolehi dimana-mana. Trimas pada majalah kesayanganku Cosmopolitan!

Antara hadiah yang diberikan, 4 pas tayangan filem X-Men! Boleh ditonton dimana-mana panggung kesukaan kita.

Sehelai T-shirt khas siap dengan pakaging gempak! Boleh rujuk kat gambar atas, dalam kotak berhias X-Men tu terkandung T-shirt berwarna kelabu ni. Cun kan :D

Cuba tengok lapisan dalam kotak. Smart betul dia punya design kan. Kerana T-shirt ini patern lelaki, eloklah hubby je pakai. Aku dapat kotak dah cukup happy! Cumanya T-shirt kelabu ni agak besar sikit untuk hubby. Tapi beliau belum test, kita tak tau. Ngam tak ngam kan ahahaha...

Disertakan sekali T-shirt berwarna hitam ni. Kain kualiti. Design gempak. Memang beshlah! Hadiah tempat kedua pun dah besh gini. Hadiah tempat pertama macam manalah pula ya. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menangi hadiah dari contest yang sama.Terutamanya rakan blog, Cik Ila kerana memenangi hadiah tempat ketiga! Jangan lupa share dalam blog ye yang! Memang beshhh :D Trimas Cosmopolitan!

Ada yang bertanya pada aku berkenaan contest Cosmopolitan ni. Ada dua kategori. Satu jenis kena pos atas poskad atau belakang sampul surat. Satu lagi jenis sms.  Satu sms bernilai RM1. Joinlah mana yang kita suka dan selesa. Tawaran hadiah banyak dan sangatlah lumayan. Selamat berjaya ya kawan-kawan!

Wednesday, June 15, 2011

Upin Ipin 80-an

Inilah rupa Upin dan Ipin masa tua nanti.... Acah je! haha... Ni projek ongoing aku sekarang.  Drawing tangan. Aku cuma tebalkan ink. Scan masuk komputer dan upgrade bagi warna. Sebenarnya aku nak lukis dua orang tua yang nampak comel. Tapi lama-lama dok tengok kartun ni macam tengok Upin Ipin versi dah tua pula. Haahaa...

Kepala rasa berat. Bahu belakang badan rasa sengal. Serius rasa tak sihat. Kembali kerja.

Kisah besh semalam

Baru selesai meeting yang panjang. Dapat tugasan segera kena siapkan beberapa design. Konsep dah ada tapi banyak idea kena ditelitikan sendiri.
Semalam dapat panggilan yang menggembirakan. Terkedu aku barang beberapa saat barulah dapat teruskan perbualan. Penganjur pun agaknya faham situasi aku. Sporting dan sabar je ajukan beberapa pertanyaan tentang detail aku. 

Aku tak dapat bercerita panjang. Hadiah pun belum dituntut. Nantilah bila segalanya dah didepan mata, aku ceritakan lebih lengkap dalam blog. Hari yang sangat sibuk.

Tuesday, June 14, 2011

Won Kiwi Kleen Consumer Contest!

Alhamdulillah jumaat lepas, hubby dah selamat ambilkan hadiah sempena sertai Kiwi Kleen Consumer Contest. Kategori bulan May 2011. Hadiah yang diperolehi sebuah  Corelle Dining set bernilai RM599! Trimas pada penganjur, Kiwi Kleen. Hadiah yang sangat mengujakan. Aku dapat kenalpasti beberapa kawan lain yang menang contest yang sama. Antaranya Kak Ayu serta hubby, Yus dan lain-lain lagi. Tahniah pada semua :D

Terdapat 16 item dalam Corelle Dining set ni. Inilah set pinggan mangkuk termahal dalam koleksi aku yeh. Yang lainnya, paling mahal pun stok IKEA je seciput. Selebihnya hadiah masa kawin dan sumbangan ehsan dari mak aku hohoho... Selalunya surirumah lain berebut nak tayang pinggan mangkuk dalam almari. Siap susun bercorak-corak lagi dalam almari berkaca. Supaya jiran  tetangga yang datang boleh jengah dan jeles. Seterusnya memaksa suami memasing berhutang belikan set pinggan lebih mahal! hahahha... 

Ini cerita dalam drama je, bukan aku nak sindir sapa-sapa. Semua pinggan mangkuk aku  pulak, aku sumbat masuk dalam almari. Idaknya aku susun molek-molek. Yang diluar, stok makan semasa. Maka dapur aku memang tak seindah mana huhu... Kerana sayang dan mahal, set Corelle Dining ni sah-sahlah berbungkus dalam kotak je la jadinya hoho... Mungkin aku akan tayang dalam lemari berkaca lepas berjaya beli satu kohkohkoh... Ada niat gak tu hahahha!