Nuffnang
Followers
Saturday, July 30, 2011
Makan angin di Ipoh
Kalau saja-saja mustahil aku nak sewa hotel kat sini. Sebabkan ada agendalah baru ada kesempatan dan keinginan nak lepakian di Ipoh. Lepas balik kerja tadi, terus hala ke Perak. Itu pun dah masuk jam 6 petang. Memanglah rasa sedikit ralat, sebab kalau turun awal sikit, boleh lepak lama-lama kat pelbagai tempat kat Bandar Ipoh ni. Ini dah melewati jam 12 malam barulah tiba di hotel Syuen. Itu pun selepas berpusing beberapa kali gara-gara kelembaban GPS yang menjengkelkan. Tapi okeylah, sampai juga. Alhamdulillah...
Teruja aku dan Damia bila check in Hotel Syuen, Ipoh. Aku sangkakan hotel biasa-biasa saja. Tapi selayaknya macam hotel 5star! Macam-macam kemudahan ada. Ruang bilik dan interior design pun besh juga. Berialah dua beranak ini berjoget sakan posing sana sini. Sekali lagi ralatnya, kamera aku tak cukup bateri. Kabel kamera tertinggal kat rumah! Memang tak patut... Grrr... Harapkan kamera iPhone je la huhu...
Gambar-gambar baru sampai kat hotel. Beria Cik Damia tak tidur lagi tika ini merayap keliling bilik. Orang tu dah cukup rehat, tidur lama dalam perjalanan. Aku dalam misi nak meng'iron baju dan rehat. Besok nak ke majlis tersebut.
Ada beberapa nama familiar. Tapi takut takut silap orang. Justeru rasa tak patut nak maklumkan kat sini. Dan ya, ini hadiah anjuran Fomca. Nantikan dalam masa terdekat, aku update cerita sekitar majlis pula. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar :)
Gambar-gambar baru sampai kat hotel. Beria Cik Damia tak tidur lagi tika ini merayap keliling bilik. Orang tu dah cukup rehat, tidur lama dalam perjalanan. Aku dalam misi nak meng'iron baju dan rehat. Besok nak ke majlis tersebut.
Ada beberapa nama familiar. Tapi takut takut silap orang. Justeru rasa tak patut nak maklumkan kat sini. Dan ya, ini hadiah anjuran Fomca. Nantikan dalam masa terdekat, aku update cerita sekitar majlis pula. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar :)
Thursday, July 28, 2011
Won Grand Prize Mr. Poppers Contest!
Alhamdulillah... hadiah ini milik anak daraku Aliya Damia, sebab memang gunapakai nama beliau hohoho... Tak sangka bertuah juga nama anak mummy. Tahniah baby... Contest ini dianjurkan oleh Disney Princess Magazine. Hadiah utama yang diberikan ialah: 1x6" Penguin Plush, sehelai t.shirt kanak-kanak, sebuah alat tulis, sehelai sticker Mr. Poppers dan 4 pas wayang Mr. Popper's penguin.
4 keping tiket yang dah selamat digunakan. Plan nak tengok wayang dengan adik-adik. Sekali sorang ke barat, sorang ke selatan kitorang kat timur. 2 kerusi kosong. Damia memang kalau tengok movie nak duduk atas riba. Tapi okeylah, banyak seat kosong leh letak beg-beg segala! hahhaha.... Movie Mr. Poppers Penguin memang besh!
Smart design! Suka tengok kualiti kain ni. Pakaging yang membalut t.shirt ni pun besh sangat.
Tak dapat elak dari rasa sukaaaa sangat kat Plush penguin ni. Cute dan punya kualiti. Kat bontot dia ada batu pemberat yang bila kita letak saja penguin ni memang elok terletak. Cute dan sedap dipeluk hahhaa...
Set stationary dan sticker Mr. Poppers Penguin yang besh. Ada buku nota. Yang kini penuh dengan 'sketches' Damia. Pensil, pembaris, pengasah pensil dan pemadam. Pakej lengkap yang digemari Damia tentunya. Sticker? selamat ditampal disudut-sudut dinding. Macam taska dah rumah aku hahhaa...
"Mia punyeee..." Dia kata. Nak ambil gambar hadiah-hadiah ni pun kemain seksa dan puas berkepung baru dia nak bagi. Apa pun enjoy hadiah-hadiah ni anak mummy.... T.Shirt tak sesuai pula untuk Damia. Besar sangat. Macam biasa, bakal dihadiahkan pula kat sepupu-sepupu Damia, macam selalu :D
Wednesday, July 27, 2011
Won Wood's Lucky Draw!
Dah lama nak paparkan kisah ni. Tapi beberapa hari ni aku sibuk ke sana sini. Terutamanya bab nak menguruskan pasal kuarters kat Putrajaya. Semoga segalanya berjalan dengan lancar, amin...
Aku menang hadiah lucky draw anjuran Woods Malaysia Facebook. Alhamdulillah selamat terima sebuah beg komputer ekslusif Woods yang comel dan smart design! Sekarang beg komputer ni hubby yang pakai. Sebab beg mac dia dah lama berambu ramba berkalih benang. Dan semacam kena-kena pula dengan situasi bila menangi hadiah ini.
Trimas pada penganjur yang besh! Part paling besh, urusan menghubungi pemenang dan penghantaran hadiah dilakukan dengan cepat dan lancar. Sepupu aku menangi hadiah jam tangan Woods. Tahniah kat Mira! Jangan kata Kak Epa yang paksa kamu join contest yeh. Terjebak saja kan kan... hahahha...
Tuesday, July 26, 2011
Won 4 tix Mr.Popper's Penguin!
Alhamdulillah... menangi hadiah sempena sertai contest VisionKL. Hadiahnya 4 pas wayang Mr. Poppers Penguin yang sedang giat ditayangkan sekarang kat pawagam. Belum punya kesempatan nak tonton. Tapi memang akan jengah juga pawagam berhampiran. Bagi Damia layan penguin-penguin comel tu hohoho...
Monday, July 25, 2011
Won Urban Essential Lucky Draw!
Hadiah ini sempena sertai Urban Essential Facebook lucky draw. Hadiah keseluruhan bernilai RM550. Terpilih di kalangan 100 pemenang. Hadiah yang ditawarkan sangat besh dan tidak disangka-sangka. Biasanya hadiah lucky draw simple saja. Tapi tawaran dari Urban Essential sangatlah lumayan dan menarik. Alhamdulillah...
Voucher Urban Essential bernilai RM500. Voucher terbahagi kepada beberapa jenis rawatan. Antaranya: Repair and Restructure RM80. Ultra-Oxygenating treatment RM200. Vitamin C Infusion treatment RM120 dan Scalp treatment RM100. Hanya boleh digunakan untuk seorang pelanggan.
Hadiah berikutnya voucher Blush! bernilai RM50. Tak pernah pakai produk Blush! tapi bila google namanya memang tawaran yang menarik. Pelbagai jenis lingerie dan pakaian dalam yang seksi dan cantik. Boleh tengok antara informasinya di laman ini: http://www.blush.com.my/
Yang besh dan perlu segera digunakan. Pas wayang percuma dari Cathy Cinemas untuk seorang penonton. Jimat belanja nak tonton filem dengan tiket camni.
Trimas tak terhingga pada penganjur. Tak lupa pada kawan comper yang besh Che Wan, yang dengan murah hati berikan pada aku voucher semahal ini pada aku. Kebetulan nak ambil hadiah sendiri, bolehlah ambilkan hadiah Che Wan sekali. Sayangnya voucher-voucher ni cuma dapat ditunaikan di Kuala Lumpur. Che Wan pula berada di Pulau Pinang. Che Wan dengan murah hati tawarkan hadiahnya pada aku. Trimas Wan... mudah-mudahan murah rezeki buat Wan sekeluarga, amin...
Jumlah hadiah keseluruhan diterima: RM1,100! Alhamdulillah...
I.Style Camera Strap Design Competition
Maaf sangat-sangat lewat maklumkan pasal contest besh ni. Aku sendiri terlupa dan belum join. Tengoklah kalau berkesempatan. Contest ni dianjurkan oleh CUTOUT Magazine Malaysia. Duedate pada 31 Julai 2011. Untuk maklumat lanjut boleh jengah laman ini kat sini: I.Style Camera Straps.
Hadiah yang besh untuk pemenang:
1st Prize – 3 units of I.Style Camera Straps worth RM210 + Viewnet Computers RM300 Shopping Voucher + Certificate
2nd Prize – 2 units of I.Style Camera Straps worth RM140 + Viewnet Computers RM200 Shopping Voucher + Certificate
3rd Prize – 2 units of I.Style Camera Straps worth RM140 + Viewnet Computers RM100 Shopping Voucher + Certificate
Top 20 Finalists will receive 1 unit of I.Style Camera Strap + Certificate of Participation
Sila klik paparan di atas untuk bacaan lebih jelas. Tema design terbahagi kepada dua jenis:
1) We love Eco
2) Save the animals
Gunakan template yang disediakan untuk muatkan design korang. Pastu email je design tu kat sini: cutoutcomp@gmail.com. Pastikan karya korang asli dan tidak ada unsur-unsur ciplak. Kalau tidak, sia-sia je kena rejek! Apa pun selamat berjaya pada yang berminat untuk menyertai. Caiyo2!
Sunday, July 24, 2011
Stuck!
Sebenarnya aku sedang mencari idea design wallpaper. Tapi......... bila asyik menggoogle idea, melangut kat design orang kemain lama. Bahan untuk kerja sendiri tak siap-siap! Dah 4 jam aku blur tak reti nak mulakan kerja ni.
"Stuck! Stuck! Stuck! Stuck! Stuuuuuuuuck!" Jerit aku dalam hati. Kalau boleh dengar, gemaannya boleh pecah 7 tingkat! Muka aku saja dah terlebih ketat. Mula-mula boleh rilex-rilex lagi.... Lama-lama kening kian bercantum rapat. Sudut bibir kiri dan kanan makin ke bawah. Rasa tegang urat leher tak payah cakap. Mulalah rasa nak membebel bahasa Jerman ni....
Dan kini terus tertekan. Jangan sarankanlah aku pergi tidur atau rehat. Memang tak jalan idea tu. Lagi buatkan aku panik lepas bangun nanti sebab projek tertangguh. Lagi satu saranan tak berasas, jangan suruhlah aku tak payah pikirkan sangat benda alah ni semua. Dah memang sikap aku suka mencelarukan masalah. Benda kecik pun aku rasa leh jadi besar. Nak-nak dengan serangan panik melata ini.
Jam 3.59 pagi. Aku masih terkial-kial...
Friday, July 22, 2011
Bebelan penuh jiwa raga!
Akhirnya tamat sudah filem Harry Potter.... Bagi yang belum maklum. Aku ni termasuk dalam kroni kipas susah mati Harry Potter. Kegilaan ini bermula sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Kalau matematik aku betul. Al maklum hakak fobia subjek mengira! Pernah berazam ketika zaman gadis sunti dulu. Kalau berkahwin, biarlah laki aku sorang yang teror atau koman-koman minat matematik. Sebab nak perturun zuriat yang gunakan otak belah kiri dan kanan secara seimbang. Tidak sepertiku yang suka guna otak belah kanan je hahahah!
Dan semalam aku tengok filem akhirnya di TGV, KLCC. Selalunya kalau filem Harry Potter nak keluar, akulah yang tergedix buat banyak-banyak entry pasal HP ni. Siap bagi spoiler lagi sampai men'jengkelkan pembaca secara maksima! hahhaha.... Tapi aku rasa sibuk sikit sekarang sampaikan nak google pun rasa malassss..... nampak double triple huruf 's' tu? Aku kan jujur, itulah kata hati aku.
Adik aku yang bawa aku dan Damia. Hubby kerja kat Kedah. Sian tengok Damia dok merindu ayahnya. Dia tak nangis cari ayahnya. Tapi tiap kali nampak gambar ayah, dia pegang dan usap muka. Jelas rindu sesangat. Sayu lak aku tengok. Yang bagusnya, masa tonton HP, diam je layan story. Langsung tak buat peel. Bagus anak mummy! Biasa tu terpaksalah ayahnya maraton dengan anak kat tangga dewan. Sengaja dia mengusik ayah kalau boring tak nak menonton wayang.
Gerak ke KLCC jam 8malam lebih. Bayangkan... Tak pasal-pasal aku rasa lemak aku keciciran barang 100 - 200 gram sebab giler marathon semalam! Aku memang punya banyak agenda pada haritu. Kalau kuar rumah jangan plan satu-satu benda je... rugi! Rancang buat banyak benda berfaedah. Masa itu sangat pantas berlalu, rugi kalau lepaskan walau secebis peluang pun, setuju?
Kegiatan aku semalam... Mula-mula pergi pos surat kat pejabat pos KLCC, berlarian dua beranak ke Cold Storage cari form contest baru (dasar gila contest :P). Berpusing 1 Cold Storage tak jumpa 1 form baru pun... hampeh! Pastu berlarian ke Kinokuniya, cari majalah keluaran Ogos, jumpa InTrend dan Cosmopolitan baru....Yeah! Pastu ke Watson beli beberapa barang dan jumpa form contest baru... yeah! Sempat kau nak keluar tu alarm berbunyi , dalam hati berbakul ayat magik keluar. Sempat tu aku gunakan tarian hentak kaki sebab bengkek giler. Kalaulah korang scan barang betul-betul, tak menyusahkan aku nak kena patah balik dan tanggung malu dalam masa yang sama! Pastu berlarian lagi ke TGV beli popcorn dan segala jajan sebab tak makan lagi haritu... yeah! Dan masuk ke panggung 11... movie dah start! cissss....
Benda aku nak kongsi pasal mamat serba tahu. Ye... kalau ada filem base dari novel. Pastikan korang duduk jauh-kauh dari penonton lain. Sebab kes-kes penglipur lara memang banyak berlaku. Kita dok sedap layan story kat skrin, telinga terganggu dek spoiler-spoiler penonton kat sebelah... "Owh... lepas ni jadi gini... lepas ni jadi gitu...." Owh... kepala hotak! Nak je aku bawa kesemua novel Harry Potter aku dan hempok atas kepala kau! "Nah... baca dari mula sampai akhir sekarang" Nak sangat bercerita kan... Masuk panggung bukan tempat nak berborak, apa lagi nak berdiskusi pasal jalan cerita. Cukuplah mata kau je bergerak tengok cerita dan sarikata kat bawah kalau mata ko macam super sonic lajunya. Lazimnya aku kalau tengok movie kat wayang, aku peratikan betul-betul efek CGI. Superb weh! So takde masa sangat nak perati sarikata hahhaa... Pesanan aku pada mamat penglipur lara tersebut.... Nak borak-borak, pas habis cerita, kat kedai mamak! Agar telinga aku tak berasa semak!
Tapi kegunaan spesis penglipur lara ni berguna bila kita bawa anak yang kuat meragam. Sekurang-kurangnya, penonton lain tak bengkek kat anak kita yang mengamuk je. Sebaliknya akan rasa nak tendang orang yang terer bercerita tu lagi! hahhahah.... Tengoklah, sepatutnya hari ni aku bagi lebih banyak spoiler cerita, tapi aku dok kisahkan pasal benda tak penting pula. Apa pun, selamat menonton pada yang belum tengok filem ni.
Bagi kipas susah mati Harry Potter... marilah kita berpelukan... Habis sudah derita kita nak tunggu filem ni tamat. Yup! Memang menyayat hati tengok pengakhiran kisah ni. Aku rasa cam tak cukup je. Harap-harap lepas ni JK Rowling leh buat buku HP berikutnya pasal Hagrid! ahhahaha....
Wednesday, July 20, 2011
Won Lady Gaga merchandise
Selamat terima hadiah penyertaan Contest Lady Gaga anjuran Ntv7 The Breakfast Show. Hadiahnya sebuah CD album Lady Gaga; Born This Way dan sehelai T.shirt ekslusif Lady Gaga! Hubby yang tolong redeem hadiahnya di Seri Pentas.
Inilah dolly rekaan aku. Trimas pada penganjur. Rasa berbaloilah berjaga malam pikirkan idea nak hasilkan dolly Lady Gaga ni. Cumanya yang aku kesalkan, aku terlalu mengawal design. Fikirkan logik design sangat sampai aku lupa, seharusnya design costume untuk Lady Gaga mestilah supreme mengarut agar terserlah keunikannya! Apa pun takpe, setiap kemenangan dan kekalahan tu mengajar kita ilmu baru. Cuba lagi di lain waktu. Lebih unik, lebih drastik!
Tuesday, July 19, 2011
Won 1st Prize Yeo's "Lead a Joyful Life" Contest!
Alhamdulillah... menangi tempat pertama sempena menyertai Yeo's Lead a Joyful Life Contest. Hadiahnya sebuah TV LCD 32" berjenama Philips! Terima kasih banyak pada penganjur, Yeo's dan Mr. Derek yang memberikan layanan terbaik! Ini adalah kemenangan kedua sempena sertai contest Yeo's. Contest yang lepas, aku memenangi tempat saguhati. Ada kisahnya melalui entry: Won Yeo's "Lead a Joyful Life" Contest.
Pada mulanya memang tak jangka menang melalui contest ni. Sebab tu bila Mr. Derek hubungi aku minggu lepas, bersorak sakan aku happy! Sempat aku bertanya, siapa pemenang grand prize yang dapat TV LCD 42". Mr. Derek sporting je maklumkan, pemenangnya orang Terengganu. Tahniah kepada semua pemenang!
Damialah paling enjoy semalam. Siap selamba nak pakai pas pelawat. Sporting. Dan opis Yeo's dah jadi macam rumah dia. Sesuka hati je buat lawatan sana sini, hahhaha...
Inilah hadiahnya... Jujurnya, aku memang pernah tanam azam nak menangi sebuah TV sepanjang aktif join contest. Dan tak disangka juga, cepat juga doa itu dimakbulkan. Syukur alhamdulillah... Semoga dimurahkan rezeki selalu, amin...
Kehilangan
Perasaan itu hanya Tuhan yang tahu. Sebahagian besar dalam diri terasa hilang. Tunggak segala hubungan yang pergi, ibarat membawa sekali hati kami pergi. Inilah rasa kehilangan yang nyata.
Bangkit dari tidur, rasa macam arwah nenek masih hidup. Kat kampung, dek terpandang katil nenek selalu tidur, sofa yang nenek selalu duduk, ruang-ruang dalam rumah yang dulu terasa penuh. Harini rasa kosong. Walaupun masih terasa kelibat nenek duduk dengan gaya biasanya. Itu hanyalah bayangan kerinduan. Dan ada ketikanya aku berharap ia bukan sekadar bayangan. Rasa nak je panggil nama penuh nenek macam selalu, dan tengok reaksi spontan nenek yang tersipu-sipu dari lamunannya...
Topik yang dibualkan sepanjang di kampung sama saja. Kisah nenek. Tentunya rasa hiba masih kuat terasa. Bak kata mak, kalau nenek merajuk, bolehlah lagi pujuk-pujuk ajak balik... Sekarang dah pergi, takkan boleh kembali.P
Bersemadilah dengan aman nendaku tercinta. 82 tahun usianya... Al fatihah untukmu Wan Fatimah Wan Ngah...
Bangkit dari tidur, rasa macam arwah nenek masih hidup. Kat kampung, dek terpandang katil nenek selalu tidur, sofa yang nenek selalu duduk, ruang-ruang dalam rumah yang dulu terasa penuh. Harini rasa kosong. Walaupun masih terasa kelibat nenek duduk dengan gaya biasanya. Itu hanyalah bayangan kerinduan. Dan ada ketikanya aku berharap ia bukan sekadar bayangan. Rasa nak je panggil nama penuh nenek macam selalu, dan tengok reaksi spontan nenek yang tersipu-sipu dari lamunannya...
Topik yang dibualkan sepanjang di kampung sama saja. Kisah nenek. Tentunya rasa hiba masih kuat terasa. Bak kata mak, kalau nenek merajuk, bolehlah lagi pujuk-pujuk ajak balik... Sekarang dah pergi, takkan boleh kembali.P
Bersemadilah dengan aman nendaku tercinta. 82 tahun usianya... Al fatihah untukmu Wan Fatimah Wan Ngah...
Friday, July 15, 2011
Takde tajuk
Harini rasa letih betul. Aku tak tahulah apa yang aku terkial-kial tadi sampai petang rasa tak habis-habis kerja aku. Menulis apa yang patut dan moderate komen. Tapi tak tau nak balas apa dan macam mana. Seolah-olah kepala aku tepu sangat sampai nak menulis benda ringkas pun rasa tertekan.
Jujurnya aku nak tidur ala panda penyet lupakan semua benda yang serabut. Tapi dalam masa yang sama rasa panik. Sehari, nak tenangkan fikiran....
Jujurnya aku nak tidur ala panda penyet lupakan semua benda yang serabut. Tapi dalam masa yang sama rasa panik. Sehari, nak tenangkan fikiran....
Melawat nenek di Hospital Ipoh
Dalam sejam lebih dah sampai di rumah. Lewat jam 1. Tapi aku tak dapat nak lelapkan mata semula. Mungkin sebab dah tertidur dalam kereta sepanjang perjalanan Ipoh - KL. Atau mungkin sebab masih hiba kenangkan nasip nenek...
Kami sampai di Hospital Ipoh lewat. Waktu melawat dah habis. Sudahnya kami terpaksa bergilir naik ke atas jengah nenek. Dek terpandang kelibat mak dan abah dalam wad. Aku tak perasan sungguh yang terlantar atas katil hospital tu nenda yang dicintai! Berlainan sungguh susuk dan wajah nenek. Susut berat badan. Muka sembab dan penuh birat lebam kesan cucukan jarum, untuk masukkan air dalam badan. Kulit dah lembik dan berwarna kuning. Sekian lama terkedang sakit, tidak dirawat. Ramai yang sangka nenek sakit-sakit biasa. Siapa sangka sebenarnya nenek dijangkiti penyakit Hepatitis A!
Sebelum lawat nenek, aku kuatkan semangat tak tunjukkan wajah sugul depan nenek. Aku tak nak menangis sebab aku tak nak nenek rasa lebih sedih dan putus asa. Walaupun nampak kakak terus berjuraian air mata. Walaupun mata mak kian merah. Dan walaupun abah kerap palingkan wajah ke arah lain, sembunyikan rasa sedihnya. Aku tetap dengan keputusan, tak berserah pada emosi yang kian goyah.
Nenek.... kalaulah tahu begini keadaannya, memang aku paksa nenek dihantar ke hospital lebih awal. Tapi apa kan daya. Aku kira, inilah suratannya. Agar kita yang masih sihat ini, sedar dan lebih berjaga. Supaya kita tidak mengabaikan orang tua kita. Supaya kita wajib sentiasa ambil berat pasal orang tua kita....
Nenek.... kalaulah tahu begini keadaannya, memang aku paksa nenek dihantar ke hospital lebih awal. Tapi apa kan daya. Aku kira, inilah suratannya. Agar kita yang masih sihat ini, sedar dan lebih berjaga. Supaya kita tidak mengabaikan orang tua kita. Supaya kita wajib sentiasa ambil berat pasal orang tua kita....
Thursday, July 14, 2011
Won Crabtree & Evelyn Hamper worth RM250!
Dah lama tak update pasal hadiah. Baru-baru ni rasa kurang bersemangat nak cerita pasal hadiah ni. Tapi cerita ini memang tak boleh tidak, kena masukkan juga dalam blog. Perlu dimuatkan untuk diabadikan sebagai kenangan. Sempena sertai contest In Trend, aku memenangi hamper Crabtree & Evelyn bernilai RM250! Alhamdulillah... Terima kasih InTrend!
Penggemar produk Crabtree & Evelyn sedia maklum dengan harumannya. Bahan-bahan terdiri dari pelbagai ramuan aromaterapi yang bukan sekadar mengharumkan, malah baik untuk kesihatan bagi setiap satu jenisnya.
Jujurnya belum buka satu balutan pun. Rasa sayang nak pakai. Memang besh Crabtree & Evelyn ni. Ambil bau saja dah beri rasa segar dan tenang. Sekali lagi. Terima kasih banyak pada majalah berinfo InTrend!
Wednesday, July 13, 2011
Nenek
Wan Fatimah namanya. Kadang kala kalau aku nak mengusik nenek, aku panggil nama penuhnya... "Ala Wan Fatimah...blablabla..." Lepas tu boleh tengok reaksi spontan nenek. Tersipu-sipu sebab segan dipanggil namanya. Lebih menarik tengok sengih panjang tunjukkan baris gigi palsunya.
Sekarang hati aku sedang rungsing kenangkan nenek yang terlantar di Hospital Ipoh. Nenek dah uzur. Mak kata, nenek dah tak nak makan. Badan dah kurus benar. Makan tak lalu, nak bercakap pun tak mahu. Agaknya terlalu letih sebab tak cukup makan. Takde tenaga. Apa yang pasti nenek dah tak sesihat dulu.
Harini segala kerja yang aku sentuh tak menjadi. Aku asyik teringatkan nenek. Seolah-olah terdengar suara nenek panggil nama aku. Terbayang-bayang kelibat nenek mengisi beras dalam buluh. Lazimnya kalau nak dekat raya, neneklah paling rajin bantu abah sediakan bahan lemang. Nenek sediakan bahan-bahan dan abah yang bakar lemang. Kalau nenek dah mula kerja. Tekunnya bukan main. Bersungguh-sungguh nenek usahakan. "Nak bagi anak cucu makan..." katanya...
Biasanya masa kecik-kecik dulu. Nenek suka tidur berderet dengan cucu-cucunya. Kalau tidur di sebelah aku. Nenek suka ulit-ulit kepala dan bersenandung syair-syair lama. Lagu lama ni kita yang muda tak kan tahu rangkapnya. Orang lama pun banya dah lupa lirik asal. Kadang-kadang nenek bantai je mana-mana lirik yang dia ingat. Asal lepas iramanya, jadilah. Walaupun suara nenek tidaklah merdu, tapi mengulit mimpi juga.
Kalau mengulit baby tidur, lagu itulah juga nenek senandungkan. Kadang-kadang timbul rasa jengkel juga sebab lagu lama ni agak pelik didengari. Kadang-kadang rasa lucu pun ada. Selalunya, aku dan adik beradik lain sukalah mengusik nenek tiap kali dia nyanyikan syair lama tu. Tapi harini, aku rasa teringin sangat nak dengar suara nenek senandungkan lagu tu lagi. Rasa teringin nak rasa jari-jari nenek pegang dan usap kepala aku macam masa kecik dulu. Syahdu sangat.
Sebak sangat. Sesungguhnya rasa rindu teramat kat nenek. Ya Allah... Lanjutkanlah usia nenek. Berikanlah kesihatan yang baik pada nenek. Berilah masa buat kami hargai detik-detik bersama nenek.... amin...
Tuesday, July 12, 2011
Giant Kids Run 2011
Jom join acara sukan untuk kanak-kanak seawal 4 hingga 12 tahun. Untuk menyertai kena bayar yuran sebanyak RM15. Goodies disediakan bagi setiap peserta!
Maklumat lanjut acra tersebut:
16 Spetember 2011
7.30 pagi hingga 11 pagi
Taman Metropolitan Kepong
Terbahagi kepada 3 kategori:
4 hingga 6 tahun
Hanya salah seorang dari ibu bapa diizinkan menemani peserta. Wajib memakai Bib acara bersama peserta.
Juara: Hamper RM800
Kedua: Hamper RM500
Ketiga: Hamper RM300
7 hingga 8 tahun
Juara: RM1500 & piala
Kedua: RM1000 & piala
Ketiga: RM500 & piala
9 hingga 10 tahun 11 hingga 12 tahun
Juara: RM3000 & piala
Kedua: RM2000 & piala
Ketiga: RM1000 & piala
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Giant. Selamat berjaya! Tahun ni tak dapatlah nak bagi Damia join. Dak kecik itu tak cukup umur! hahhaha.... Mesti besh dapat tengok dak-dak kecik berlumba sakan. Dalam keluarga aku.... Abang dan kakak aku memang jaguh lumba lari masa kecik. Selalu dapat nombor satu atau dua saja. Saguhati-saguhati tak pernah dapat. Teror eh! Aku? hahahhaa.... Korang pikirlah sendiri :P
Monday, July 11, 2011
TOP 40 Shortlisted Winners!
Sempena Design-A-Character Contest by THE WELD Shopping Centre. Dua design aku terpilih di kalangan 40 peserta. Top3 winner akan diumumkan pada 17 Julai 2011 jam 2 pm. Majlis pengumuman dan penyampaian hadiah akan diadakan di The Weld Shopping Centre.
Jujurnya berbelah bagi nak pergi. Sebab design peserta lain lebih menarik. Dan aku kurang keyakinan dapat raih Top 3. Masuk dalam Top 40 pun dah rasa puas hati. Dapat hadiah penyertaan. Kalau minggu depan tak tau lagi nak ke mana, bolehlah rancang ke The Weld. Doakan aku berjaya :)
Saturday, July 9, 2011
Contest Pos Kad Hari Jadi PM ke-58
Jom join contest Poskad untuk PM. Caranya ada dua. Berikan ucapan Hari Jadi yang menarik kepada PM. Atau design poskad istimewa untuk PM sempena hari lahir beliau yang ke-58 tahun. Sebarang maklumat boleh jengah laman ini: http://www.poskaduntukpm.com.my/. Selamat Berjaya!
Cara upload design poskad
Ucapan Hari Jadi
Friday, July 8, 2011
Transformers: The Battle of Creations Contest ~ Transformers 3
Jom join contest drawing Transfomers anjuran laman facebook United International Pictures Malaysia. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik.
Syarat penyertaan:
1) Lukis autobot baru
2) Berikan nama
3) Senaraikan kelebihan robot tersebut
4) Slogan: Terangkan cara anda tolong geng Transfomers tak lebih dari 20 patah perkataan
5) Emailkan kepada UIP Malaysia
Contest berlansung dari 24 Jun hingga 18 Julai 2011
Agak tertekan nak design robot. Aku sememangnya ada konflik dengan rekaan simetri dan kenderaan. Selalu rasa tak yakin dapat design sebaik mungkin. Dan ada pula kena tambah slogan. Agak banyak kerja kat sini. Tapi kalau berminat, semua benda boleh diharungi betul tak. Cumanya aku harap, pengadilan bukan berdasarkan sistem undian. Aku tak suka Vote Contest!
Selamat berjaya kepada semua peserta!
Thursday, July 7, 2011
MRT logo Contest
Bagi yang berminat dengan rekaan logo, bolehlah sertai contest ni. Hadiah utama yang ditawarkan sebanyak RM10,000! Untuk maklumat lanjut sila layari laman web My Rapid Transit.
Caranya anda perlu merekabentuk logo dengan kreatif mengggunakan pen dan kertas atau mana-mana perisian komputer yang disukai. Masukkan typo MRT serta MY Rapid Transit di dalam logo. Upload hasil kerja di dalam laman web yang diberikan. Sediakan rasional logo dan perlu raih undi/VOTE.
Hadiah yang ditawarkan:
Hadiah utama: 1 x RM10,000
Hadiah saguhati: 20 x RM2000
Contest ini berlangsung sehingga 3 Ogos 2011
Jujurnya aku kena pertimbangkan sama ada nak join atau tidak. Kan aku bab voting contest ni ada sedikit sebal nak join. Hahhaha... Aku memang banyak kelemahan bab merekabentuk logo. Takde keyakinan langsung rekaan aku akan terpilih. Bukan merendah diri, tapi itulah hakikatnya. Harap maklum.
Teringat masa aku ditugaskan merekabentuk logo Jabatan sekitar tahun 2005/2006 lepas. Aku memang takde idea. Maka rekaan aku secincai yang mungkin. Tak ingin nak kongsi dengan final design lain. Tapi didesak-desak juga kononnya nak perbanyakkan rekaan masa presentation. Akhirnya logo design salah sorang staff diguna pakai sampailah sekarang. Abang ni memang pro bab design logo. Banyak kali menangi contest rekacipta logo. Maka tak hairanlah kalau designnya yang terpilih.
Berbalik pada contest ini. Aku kena fikirkan dulu konsep yang besh. Selalunya proses berfikir tu makan masa lama... Lama sungguh! Dan akhirnya aku lupa terus nak teruskan projek bertangguh gini hahahha... Kalau, kalaulah aku terjoin, korang tolonglah vote dan doa-doakanlah aku menang. Tak dapat nombor satu, saguhati pun jadilah.... Joget setempat! Nget nget nget... Hhahhahaha.... Mode berangan :P
Design-A-Character Contest by THE WELD Shopping Centre
Aku join contest design mascot anjuran The Weld dan CutOut Magazine. Jujurnya agak sukar nak mencapai target kehendak penganjur memandangkan saingan pun handal-handal belaka. Terdiri dari pakar-pakar designer student hinggalah ke senior designer. Tapi tak salah mencuba kan.
Bagi yang berminat sertai bolehlah ke laman facebook CutOut Magazine Malaysia. Syarat penyertaan adalah seperti lampiran di bawah. Kena cepat! Tarikh tutup hari ini 7.7.2011 sebelum 12 tengah malam!
Syarat pertandingan
Wednesday, July 6, 2011
Lapar menggegeh.... Kisah hari ini
Satu hari terkejar-kejar dengan pelbagai design. Kusutnya, kalau sekali kerja tu datang, sekepuk dalam pelbagai pakej. Itu nak ini nak. Belum tang kena ubah-ubah. Kadang-kadang rasa nak muntah. Aku kalau serabut memang tak lalu makan. Bauan makanan saja buat aku rasa nak terjeluak. Itu petanda stress...
Nak buka blog pun rasa segan, ingin tapi tak mahu. Ahahah... Maaflah, hakak memang suka-suka buat peribahasa sendiri. Tapi beshnya kadang-kadang ada gak mem'follow ayat mengarut itu hohoho... Citer pasal makan. Tadi pagi, bangkit je dari tidur aku boleh duduk termenung baramg seminit dua. Bukan mamai, aku sedar situasi. Tapi sedang menikmati rasa nak makan murtabak ayam atau daging serta laksam! Nyanyuk ke hapa... Dua jenis makanan tu, kalau lalu kat pasar malam, aku pandang enteng je. Takde keinginan langsung nak membeli apa lagi nak merasa. Tapi pagi ni terkecur-kecur air liur aku hahahaha....
Nak kata aku mimpi makan benda alah tu tidak juga. Aku pun tak ingat langsung apa mimpi semalam. Nak kata ada tengok2 gambar makanan sebelum tidur pun tak juga. Tapi dek kerana serabut dek kerja. Pastu dalam jam 3 petang tadi pc aku buat hal. Semua kerja terbengkalai selama 3 jam sebab serangan virus! Geram betul... Rasa nak smash je monitor kompiter dengan penuh aksi. Haisahhh... Sep baik ada hero aka hubby aku tolong betulkan komputer. Masuk jam 6 baru boleh sambung kerja. Huhu...
Sedang menikmati aroma roti bakar dalam kereta. Masih dalam perjalanan balik rumah. Laparrr mrngegeh! Bak kata nenek aku huhu....
Nak buka blog pun rasa segan, ingin tapi tak mahu. Ahahah... Maaflah, hakak memang suka-suka buat peribahasa sendiri. Tapi beshnya kadang-kadang ada gak mem'follow ayat mengarut itu hohoho... Citer pasal makan. Tadi pagi, bangkit je dari tidur aku boleh duduk termenung baramg seminit dua. Bukan mamai, aku sedar situasi. Tapi sedang menikmati rasa nak makan murtabak ayam atau daging serta laksam! Nyanyuk ke hapa... Dua jenis makanan tu, kalau lalu kat pasar malam, aku pandang enteng je. Takde keinginan langsung nak membeli apa lagi nak merasa. Tapi pagi ni terkecur-kecur air liur aku hahahaha....
Nak kata aku mimpi makan benda alah tu tidak juga. Aku pun tak ingat langsung apa mimpi semalam. Nak kata ada tengok2 gambar makanan sebelum tidur pun tak juga. Tapi dek kerana serabut dek kerja. Pastu dalam jam 3 petang tadi pc aku buat hal. Semua kerja terbengkalai selama 3 jam sebab serangan virus! Geram betul... Rasa nak smash je monitor kompiter dengan penuh aksi. Haisahhh... Sep baik ada hero aka hubby aku tolong betulkan komputer. Masuk jam 6 baru boleh sambung kerja. Huhu...
Sedang menikmati aroma roti bakar dalam kereta. Masih dalam perjalanan balik rumah. Laparrr mrngegeh! Bak kata nenek aku huhu....
Tuesday, July 5, 2011
Kenapa aku tak suka join VOTE contest
Pengakuan hari ini. Sebab kadang-kadang puas nak menjawab kat sorang demi sorang yang tertanya-tanya bab ni kat aku. Aku bukan benci tahap anti tak nak masuk terus contest jenis vote-vote ni. Kadang-kadang ter'join jugak sebab minat. Selalunya contest drawing atau blog kreatif. Dengan harapan penganjur beri kelonggaran pada entry yang kreatif dan menarik.
Walaupun syaratnya nak penyertaan kreatif. Kesudahannya kita dapat agak siapakah pemenangnya, bila mana syarat utama contest tu berdasarkan undian tertinggi. Jadinya harapanku punah belaka.... wuhuhuuu....
Kerana aku tidak popular. Follower aku berapa kerat saja. Makanya aku penuh percaya contest vote bukan makanan aku. Aku segan nak raih undi. Mengharapkan sokongan kawan... adalah beberapa kerat yang sudi tolong tanpa disuruh. Kawan jenis ni langsung tak berkira. Syukur sangat kenali geng-geng BESH camni. Semoga murah rezeki buat kalian juga. Tengok... orang buat baik kat kita... Kita balas la baik-baik. Tak dapat beri harta benda, kirimkan doa kesejahteraan pun dah cukup membahagiakan kawan kita balik. Betul tak?
Kawan yang disuruh pulak ada sebahagiannya liat sangat nak membantu. Tak pastilah sama ada memang malas, ada rasa iri dengan niat nak membiarkan je kawan dapat kekalahan, atau tak nak terima persaingan positif (kalau dia pun join sama). Tapi dalam masa yang sama dia minta kita vote entry dia pulak! Entry kita dia pandang sepi je... Haruuuu.... Alahai berapa berat sangat jari nak klik vote/like tu kan. Bukan kena bertukang pun nak klik button like tu.
Sebab tu aku mudah rasa sedih. Kalau aku tengok takde sokongan, buatkan aku pikir negatif je. Oooo... dorang tak nak tolong aku... Takpela... myb aku bukan kawan dorang kot... huhuhu.... Lebih baik aku tak mintak tolong dengan tag-tag kawan ni kan. Takdelah buat aku pikir yang bukan-bukan kat kawan pulak, kan kan....
Makanya aku buat entry rambang. Sapa nak tolong like/vote, aku hargai sepenuh hati. Sapa tak sudi like/vote. Hurm... ada ubi ada batas muahahahhaha.... Gelak keji hari ini :D
Dan entry ini sekadar jawapan jujur dari aku semata. Hanya menjawab pertanyaan beberapa kawan. Jawapan yang pasti. Aku kalau contest vote-vote ni kategori 50-50. Nak atau tak nak. Malas atau teruja. Bergantung pada jenis contest, mood dan minat aku sebenarnya :D
Won Utopia contest! Dylan Dog - Dead of Night
Terima pas wayang untuk dua orang. Pertama kali terima pas dengan label RAM Entertainment Sdn. Bhd. Hadiah dimenangi sempena sertai contest Dylan Dog - Dead of Night anjuran majalah Utopia!
Trimas Gempakstarz!
Subscribe to:
Comments (Atom)

















































