Nuffnang

Followers

Sunday, January 31, 2010

...

Aih... Aku dah takde mood nak join contest design-design. Rasa putus asa je sebab tak pernah lekat menang huhu.... Tapi bila tengok contest-contest macam best aku tak serik jugak nak cuba. Tapi tu la, bila dah diumumkan tak menang sedihhhhh je. Jatuh meter semangat aku nak join contest2 jenis ni lagi huhukkk...

..................................sambung cerita..................................

Mood aku sangat teruk harini. Rancangnya nak keluar awal pag tadi tersasar ke lewat pagi aku baru terjaga. Bila aku dah bersiap hb lak xde mood nak keluar. Aku memang tension je sebab nak bagi senang hati berjalan. Sebab bangun tido je dapat khabar buruk tu pasal aku rasa harini hari yang teruk. Tah la kenapa aku moody sangat. Semua perkara serba tak kena ni. Bencilah.

Saturday, January 30, 2010

Without Borders Contest

Contest dianjurkan oleh Edriena Hazelina dari blog si gadis edriena. Tarikh tutup contest pada 31 Januari 2010. Jemput sertai contest ini kawan-kawan :)

Part 1A

Gambar asal

Latar belakang gambar ni aku lukis guna Adobe Illustrator dan dicantumkan dengan gambar Damia melalui Adobe Photoshop. Ibaratkan Damia in wonderland la kui3... ps: Hakak pemalu orangnya, ciput je la ku expose diri ngahahhaaa...

Part 1B
Satu lagi yang sempat design harini.



Part 2
Ini merupakan gambar kenangan pertemuan empat mata dengan bakal besanku Puan Ratu yang manis jelita. Gambar anak-anak kami aku satukan dalam gambar. Pertemuan di Putrajaya ni sangat manis dikenang kerana tu aku abadikan dalam satu design kenangan.


Klik Banner untuk join diz contest


Friday, January 29, 2010

Karikatur Wira & Nurull

Selamat Melangsungkan Majlis Perkahwinan kepada en.wira dan cik Nurull. Teman sepejabat yang bertemu jodoh sama sepertiku dan en. hb. Karikatur mereka berdua ni dah lama aku lukis. Mungkin tak sepenuhnya mengikut muka sebab aku pun bukan pakar lukis karikatur. Amatur macam aku ni camni je la boleh kulakukan. Harap-harap teman berdua ni berpuas hati seadanya.

Aku memang tak warnakan karikatur ni. Terpulang pada empunya tuan nak warnakan bagaimana. Ia dijadikan bahan untuk kad kahwin mereka. Tema hitam merah yang sangat menarik dan elegan.

Diharapkan perkahwinan ini kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin...

ps: aku tak mintak izin nak upload karikatur ni dari dorang. Jangan marah aar bakal pengantin. Darah tengah manis-manis tu kui3...

Thursday, January 28, 2010

Myself Papercraft


Aku lupa nak catatkan azam aku untuk tahun 2010. Salah satu azam tergedik-gedik aku nak pulun tahun ini ialah meningkatkan lagi kualiti design dan kuantitinya. Antara produk yang masih dalam proses dan kebanyakkannya masih takde mood aku nak upload dalam blog ialah, poskad, papercraft, header dan sebagainya.

Kegemaran aku sekarang merekabentuk papercraft. Sekarang aku tengah bereksperimen dengan bentuk papercraft yang paling senang nak buat dan paling praktikal.

DIY (do it yourself) papercraft memerlukan bentuk yang mudah. Andaikata nak diberikan kepada jiran tetangga, papercraft jenis ini paling mudah nak dibentuk. Cuma cantum-cantumkan bahagian sisipan. Kalau papercraft jenis berbelit aku tak jamin mudah. Aku sendiri menyediakan bakul-bakul sumpahan bila nak lekat-lekatkan bahagian cantuman asyik gagal je. Nak-nak bila gam asyik tertanggal atau bahagian tampalan tersasar ke tempat tak sepatutnya. Rugi kertas nak kena cetak semula. huhu...

Perasan tak muka my papercraft tu ada iras-iras muka sape? kui3... bajet muka sendiri la. Mata cepet hidung tak mancung bibir tak seseksi angelina jolie. Aku le tu. Design Papercraft 'aku' pertama yang aku dah print dempak dan menampakkan kegemukkan aku. Tak jadi aku nak upload yang sudah siap tu sebab aku nak teruskan baki-baki eksperimen dulu. Bila dah puas hati dan siap dipasang nanti aku tunjukkan hasilkan. wah3...

ps: muka yang takde ekspresi sebab aku belum pelbagaikan lagi muka 'aku' tu kohkohkoh...

menerima komen yang berbau busuk

Pernah tak korang (penulis blogger terutamanya) menerima komen-komen negatif berunsurkan provokasi dari sesiapa sahaja. Tak kisahlah yang komen itu manusia yang dikenali mahupun penyamar melalui nama samaran anon user?

Aku ibaratkan saja komen-komen busuk berunsurkan makian dari anon user penyamar seperti begini. Bayangkan kita masuk dan terhimpit dalam puluhan manusia di dalam lif. Nak naik ke tingkat yang tinggi kena bersabar dengan bau hapak manusia keliling lif dan ruang berdiri yang sempit. Tiba-tiba terbau pulak kentut busuk telur tembelang. Dan malangnya takde seorang pun akan sudi mengaku siapakah yang sumbangkan bau btengik tersebut. ngahahahaa...

Aku pernah terima komen berunsurkan makian. Suatu ketika dahulu di dalam blog lamaku yang penuh kenangan. Kata-kata anon user tu aku simpan dalam sebuah folder khas . Untuk titipan masa datang. Kenangan tu. Tak semestinya kenangan manis-manis je aku simpan kui3...

Dah lama aku nak bina satu entry khas tentang komen anon user tu. Tambah-tambah apabila hatiku ketika itu sedang dilanda amarah yang tinggi. Kalau tengok meter mood imaginasi aku ketika itu, tentu mencecah line merah menyala sebab emosi marah menggila. Rasa meluap-luap nak luahkan rasa bengang gara-gara tulisan dari anon user tu. Tapi aku tunggu hingga marahku susut. Tunggu hingga aku berfikir ke arah lebih positif dan tunggu hingga aku lupa tentang tulisan tu..

Lupa tapi bukan tak ingat baik-bait tulisannya. Aku rasa lebih baik aku tak menulis tentang komen itu di kala hati sedang berasap dengan marah. Sebab aku yakin, bila aku menulis dengan hati terbuku geram, patah-patah perkataan yang keluar bukanlah penulisan yang baik-baik. Sebaliknya mungkin aku menulis tanpa berfikir terlebih dahulu. Dan itulah yang paling aku takutkan. Kerana apabila aku menulis dengan hati yang sedang marah, pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan dengan rasa marah aku itu. Mungkin tulisan aku itu akan dijadikan bahan lawak jenaka. Mungkin dijadikan bahan untuk tujuan provokasi dan sebagainya.

Sekarang apabila aku sudah tenang dan dapat menulis dengan positif tanpa didorong rasa marah meluap-luap, aku rasa terpanggil untuk meneruskan niat asal menulis tentang komen negatif tersebut. Bayangkan perasaan apabila menerima komen seperti ini:

"U ni pekerja kerajaan kan? Patutlah, shallow!"

Untuk makluman kalian, ye aku seorang pekerja kerajaan. Aku tak malu menulis yang aku seorang pereka grafik kerajaan. Dan gajiku dibayar sepenuhnya oleh kerajaan. Aku punya semangat patriotik yang tinggi. Aku tak mungkin berpaling kepada pihak2 atau puak2 penghasut jalanan. Gasaklah yang lain. Ops, kata-kata berunsurkan politik ini tak sesuai untuk aku.

Isunya disini. Aku berasa hairan dengan anon user yang berikan komen negatif tersebut. Pertama kerana, entry yang aku paparkan hingga menaikkan rasa marah beliau tak berkait langsung dengan aktiviti pekerjaan kerajaan mahupun swasta. Pada aku tak adil kalau marahkan sekor lalat, satu rumah ko bakar. Lagipun yang ko bakar tu bukan nyamuk, tapi lalat. Faham tak kata-kata sinikal ni?

Kedua kerana, kalau benarlah ramai pekerja-pekerja swasta di luar sana suka melabelkan pekerja kerajaan begitu dan begini, aku tertanya-tanya adakah si anon ini dan seluruh kaum kerabat keluarganya, sahabat handainya terdiri dari orang-orang kaya bekerja di syarikat swasta? Pada aku, kalau dia berani melabelkan aku seorang mungkin dia akan kata aku seorang saja. Tapi dari bait2 katanya aku dapat fahamkan dia maklumkan SELURUH KAKITANGAN KERJAAN mempunyai sikap yang dibalik bayang? Aku garapkan dari tulisan shallow dialah. Tak tahulah kalau shallow dimaksudkan oleh manusia ini tadi lain maknanya.

Aku tak tahu apa perasaan anon user ini menulis begitu pada aku seandainya dia mempunyai ahli keluarga yang juga staff kerajaan. Kalau bukan suaminya mungkin bapaknya atau mungkin adik beradiknya atau mungkin pakcik makciknya atau mungkin bakal anaknya?

Aku tak tahu dan tak ingin nak tahu status penulis tu. Kalaupun dia anak orang kata atau seorang yang kaya harta benda, aku tetap kasihankannya kerana miskin budi bahasa. Taraf muflislah aku rasa.

Sebab apa aku kata dia takde adab? Pernah baca atau terdengar tak kata-kata pepatah gubahan sendiri. Ibarat masuk bertandang ke rumah orang terberak-berak tak reti nak cuci. Itulah andaian aku pada penulis tersebut.

Ada jugak anon user yang baik. Aku tak mintak anon user mahupun sahabat handai melalui blog mencipta hubungan dengan perlu menulis perkara indah-indah mahupun puji memuji yang menjengkelkan. Tidak. Tapi apabila orang memuji itu suatu bonus. Dan kita kan rasa dihargai. Aku pernah jugak menerima komen-komen dari anon user. Tapi kata-katanya sopan belaka. Takdelah meraban tak tentu pasal marah-marah kat aku, kemudian dengan seluruh warga kerajaan dia nak hamun. Problem tu. Dan ada juga anon user yang menulis nama pena mereka sekadar untuk memberitahu siapakah mereka. Tak bagitahu nama betul pun aku hargai tanda mereka bersikap jujur dalam memberi komen. Yelah, letak nama pena pun belum tentu aku kenalkan. Tapi aku hargailah budi bahasa mereka tinggalkan nama.

Aku kurang sikit rasa hormat pada anon user penyamar. Bukanlah kerana aku benci mereka. Tidak. Sebab anon user ni kemungkinnanya terdiri dari pembaca yang tak memiliki blog. Yang itu aku fahami. Tapi yang menyamar dibalik nama anon user itu yang aku kesali. Pandai takut blognya dimasuk, menyamar pulak jadi anon user. Owh, mungkin dia sangka kalau dia menyamar jadi anon user aku tak dapat kesan siapakah dalang berbudi bahasa rendah ini. Pity...

Sekali lagi aku maklumkan, komen busuk di atas aku terima melalui blog lamaku yang terkubur kerana di hack seekor beruk busuk. Walaupun aku memaafkannya, mustahil untuk aku lupa perbuatan terkutuknya itu. Dan semoga suatu hari si anon penyamar ini akan meletakkan ego tingginya ke paras yang lebih rendah supaya tidak dibenci masyarakat.

ps; salah seorang komentor tu sangat aku kenali. Pernah bekerja di jabatan kerajaan. Berpaling ke pekerjaan swasta. Kelakarnya sibuk-sibuk mengata staff kerajaan ni suka busybody sedangkan diri dia sendiri memang spesis busybody + hipokrasi + provokasi.

Manusia.... suka menuding jadi ke arah orang lain sedangkan 4 jari sendiri tudingkan kebodohan diri.

Sekian.

Lepak saja di Melaka

Semalam dah masuk tengah malam barulah berkesempatan bukak blog. Aku jenguk2 je siapa yang sudi menjengah blog aku ni. Tak sempat nak menulis entry baru sebab dah penat nak tidur.

Selasa lalu kami gerak ke Melaka pukul 12malam. Sebelum tu sempat jugak ke ATM mesin. Nasip baik belum tutup lagi. Rancangnya nak keluarkan duit diATM stesen minyak. Baik Shell mahupun Petronas di Jalan Kuching dua2 tutup pintu awal. 11.30 dah tutup. Mintak nak keluarkan duit saja pun tak dibenarkan. Melilau cari Maybank terdekat sebab kami dah lepasi Maybank kawasan rumah tu. Alhamdulillah jumpa dan dapat keluarkan duit. Itu pun tinggal satu-satunya mesin ATM yang beroperasi. huhu...

Kalau takde jugak ATM mesin memang kami nekad patah balik ke rumah je. Mana tahu kalau halangan begini bawa petanda tak baik. Esh... bukan pemikiran ala2 khurafat ye. Kalau dah banyak sangat halangan tu jangan nak redah-redah jugakkan. Manalah tahu kalau nak redah jugak timbul sebarang masalah dalam perjalanan. Malamlah pulak. Kalau siang takpe. Mudaratnya masih dalam kawalan. Mana tahu kereta rosak ke, dan paling mohon dijauhkan dari kemalanganlah.

Mujurlah lepas tu perjalanan berjalan lancar. Tak lancarnya hanya di KFC RnR. Terpaksa tunggu makanan lambat siap. Sepatutnya 5minit je boleh selesai tapi kami kena tunggu lebih 1/2 jam untuk hidangan kami je. Benganglah jugak. Kenangkan Damia belum makan malam terpaksalah jugak tunggu.

Perjalanan KL - Melaka bukannya jauh sangat. Tapi bila berhenti-berhenti cari hotel yang sesuai makan masa sedikit. Mulanya en.hb nak kami menetap di Hotel berdekatan MiTC, dekat dengan tempat urusan kerjanya. Tapi aku sendiri menolak sebab aku tak suka tempat yang jarang-jarang aku pergi. Cadangnya nak ke King's Hotel. Tapi bila layanan pelayan kaunternya alalaaa je aku mintak cari hotel lain. Banyak songeh pulak aku huhu....

Akhirnya aku putuskan menetap di Hotel yang kami pernah tinggal dulu. Hotel Melaka apa tah. Bagusnya hotel ni siap ada kolam renang, spa, kabel tenet dan lain-lain. Cadangnya nak bawa Damia main-main kat kolam renang waktu ayahnya kerja pagi esoknya. Lupa nak maklumkan. Pukul 3pagi barulah kami check in. huu...

Damia masuk je bilik hotel dah terus mewarisi sikap jakun aku. ngahahahaa.. Habis seluruh inci bilik dia meronda macam mak guard. Pagi-pagi buta terpekik seronok. Nak tidurnya macam biasa amik masa sedikit. Tapi pukul 9.30pagi Damia dah bangun. Tak macam hari-hari biasa lewat sungguh anak dara ni bangun. Tapi semalam beria pulak dia bangun awal. Aku tak bawa pun Damia turun makan di kantin hotel. Tak sempat kot. Pukul 10 dah tutup. Malaslah nak bawak budak belum mandi keluar bilik. Order je dari bilik. Senang citer. Rancangan nak bawa damia jalan-jalan kat kolam renang pun tak berjaya sebab dia sambung tidur. Penat gamaknya berjaga awal.

Dah petang barulah ayahnya balik dari kerja. sekitar 6petang kami keluar dari Hotel dan singgah ke Dataran Hang Tuah. Cadangnya aku nak bawa Damia berjalan di A famosa. Tapi kejarkan masa nak balik KL, tak jadi jugak. Berjalan-jalan dalam mall je la.

Sebenarnya aku tak tahu nak ceritakan apalah sangat. Sekadar nak isi cerita kosong semalam. Nak cari kata penutup entry ni pun termangu aku sekejap, kui3...

Tuesday, January 26, 2010

Damia Stay up sampai subuh

Ada jugak cerita yang aku nak bebelkan petang-petang ni. Sambil bukak file kerja sempat aku berblog kui3... Petang ni lepas waktu kerja, aku dan en.hb akan balik ke rumah rushing packing baju-baju. Lepas tu kami akan zoom ke Melaka. Bukan nak cuti-cuti. Sempena kerja urgent en. hb la tu. Walaupun tak perlukan khidmat aku untuk membantu, nak atau tidak, aku dan Damia perlu ikut. Sebabnya satu-satunya saudara terdekat kami iaitu adikku dah balik kampung. Kalau dia ada mungkin dia boleh temani aku dan damia di rumah. Bukan lama. Semalaman sahaja. Tapi nampaknya kali ni en.hb kena angkut aku dan Damia sekali.

Borang cuti dan diisi. Tengah fikirkan baju apa nak bawa nanti. Sambil-sambil tu tengah serabut buat rekabentuk poster. Aku tak taruh harapan tinggi pun pada rekabentuk poster ni sebab aku buat pun dalam keadaan tergesa-gesa dan tak bersemangat sebab mengantuk. Tadi pun waktu rehat, elok aku dah landingkan kepala kat bantal seminit datang en.hb bawak khabar perlu ke Melaka. Potong stim nak berehat betul la huhu....

Lupa aku nak bagitahu dalam entry sebelum ni. Semalam suntuk Damia tak tidur! Sebenarnya tidurlah jugak sekitar jam 10 malam ke 12 malam. Elok aku pulak nak landing, dia pulak bangun mintak makan. Siannya.... laparlah tu. Dah disuap makan ajak ayahnya bermain sepahkan rumah pulak. Sudah.... Aku dah pening tambah penat, tinggalkan je dua beranak tu berhuha dalam rumah. Aku sambung zzzzz....

Pukul 3 aku terjaga mek Damia dok sengih-sengih lagi dengan aktifnya ajak aku pulak bermain. Ayahnya dah lelap tak sedar apa dah. Rupa-rupanya Damia stay up malam sengsorang memunggah mainan sambil tengok TV. Aku pusing kiri kanan depan belakang fuhh.... penuh mainan dia saja. Ado la.... Pastu aku terlelap balik. Bangun lagi pukul 5 dia dok celik mata lagi dengan bersinarnya. Kendian macam biasa guna strategi politiknya suruh aku temani dia dengan taktik menggaru. Sampai subuh aku tertido on off saja. Dia tetap cergas dan berjoget-joget bila ada cerita kanak-kanak berlagu.

Biasanya kami hantar Damia yang masih tidur ke rumah nanny. Tukar pampers baru dulu tak basuh muka. Sedang tidurkan, takkan nak basuh muka. Tapi harini disebabkan si kecik ni langsung tak tidur kami ambil kesempatan mandikan dia dulu sebelum pergi kerja. Agak ambil masa sedikitlah kami bersiap dari hari-hari yang biasa sebab nak urus mek kecik tu sekali. Dia tengok mummy dan ayah dah bersiap-siap, senyum-senyum gembira je. Siap main cak-cak dengan aku. Jelas happy mood. Agaknya dia sangka kami nak bawa dia berjalan sebab siap mandikan dia dulu. Tapi mukanya dah berubah bila aku pergi ke lorong rumah nanny. Alahai anakku... Kesian pulak. Nampak saja adik nanny Ma yang tolong mengasuh Ma sementara dalam pantang ni, dia monyok je. Tapi hulur jugak tangan bila nak didukung. Aku tegur dan cakap "byebye" pun dia tak palingkan muka pada aku macam biasa. Frust agaknya. Sian pulak, hurm...

Sekarang macam hari-hari biasa, aku pening-pening lalat. huhu....

Nak sambung kerja dulu. Esok katakan saja berjalan jauh, tapi tak boleh kemana-mana pun. Urusan kerja perlu diutamakan. Harap-harap Damia suka dibawa berjalan keluar dari rumah.

Harap-harap tempat penginapan kami nanti ada wireless. Gila aku kalau tak boleh berblog kui3... Dasar kemaruk blog punya diriku!

Uh.... ideaku tergantung saja

Wah... Tolonglah.....!! Hati aku melonjak2 nak karang satu entry. Masalahnya bila aku dah menaip separuh jalan, aku save dan aku tutup entry tu. Belum sedia nak publishkan karangan yang belum siap. Memikirkan beberapa ayat saja aku dah terkaku-kaku harini. Tengoklah petang-petang sikit. Cubaan lain buat entry tambahan.

Harini cuma sempat jelajah beberapa blog. Ada yang sempat bagi komen ada yang tak tahu nak komen apa. Mana-mana yang sempat aku klik nuffnang tu baguslah. Mana-mana yang iklannya suka tidur tu aku mintak maaf la. Ada kesempatan nanti aku klik nuffnang korang yeks.

Monday, January 25, 2010

MALAYSIA Giveaway first Giveaway


Contest ini dianjurkan oleh MALAYSIA Giveaway. Berminat sertainya? klik sini. Rasa macam tak puas hati dengan design ni. Kalau terpilih dan nak adakan pindaan, (kohkohkoh... pengharapan nan tipis) saya boleh redesign balik ye puan penaja :)

ps: Cadangnya, kalau sempat nak design lagi. Maybe boleh buat logo sekali. Tapi cakap awal-awallah aku memang fail bab-bab buat logo huhu...

Damia mintak nenek

Salam pagi

Keinginan yang meluap-luap nak update blog cerita malam tadi. Ye, seperti yang aku beritahu malam tadi (sempat blogging waktu gosok baju :P). Damia pasti bangun dan susah nak tidur malam semula. Tepat sungguh jangkaan aku. Sedang elok aku posting entry semalam, mek Damia dah mula "ek...ek..." merengek mintak perhatian. Sudahnya malam tu pukul berapa pagi dia tidur aku tak tahu. Aku dah penat sehari suntuk, tidur dulu.

Sebelum tidur, Damia datang mengendeng sambil sengih-sengih kat aku. Membebel tah menda kat aku sebab aku dok baring-baring. Tiba-tiba Damia sebut "Nak nenek... nek nenek...." Untuk makluman, permintaan Damia bukanlah nak nenek baru mahupun nenek muda. Kalaulah abah aku dengar, mahunya berjoget-joget dia dengar permintaan cucu bertuah ni. Dan aku tak hairan kalau opahnya Damia tarik muncung dengar kata-kata sokongan pada atoknya itu hohoho....

Sebenarnya aku sendiri tak faham apa permintaan Damia sehinggalah dia selak-selak baju aku. Rupanya nak nenen.... Fahaman manalah Damia belajar, nenen pergi ke nenek kui3.... Mula-mula aku usik Damia tak bagi selak baju. Punyalah marah terjerit-jerit dia bebelkan aku tau. Bila dah bagi dia pulak malu-malu. Bukan nak menyusu pun sebabnya susu badan memang dah kering. Dah lama kering sejak Damia berhenti terus dari menyusu dulu. Sambil masuk mulut tu mata dok jeling-jeling kat aku. Tersipu-sipu, tersengih-sengih macam kerang busuk. Senyum selebar-lebarnya. Mungkin kerana keinginan terlaksana.

Aku rasa Damia jadi teringin ni bila tengok baby nanny Ma yang baru lahir tu menyusu kot. Sebelum baby lahir takde pulak dia minta-minta. Aku yang beria-ia paksa dia menyusu ditolak mentah-mentah pulak.

Sayang je. Memang aku dah cadang nak susukan Damia hingga dia cecah usia 2 tahun ke atas. Kalau lebih tahun pun takpe sebabnya Damia memang tak minum susu tepung lain. Dia tak suka dan dia ada alahan. Kesian anakku... mungkin setakat 1 tahun 6 bulan saja rezekinya minum susu ibu.

Kisah lain, Damia dalam proses mengajuk kata-kata orang. Baru-baru ni, budak ni buat kejutan hebat kat aku bila dengan jelasnya menyebut "Abe!" Bagi yang masih tak tahu, pengasuh Damia orang Kelantan. So faham-fahamlah makna kata-kata Damia tu. Aih... alamatnya berbahasa kelantan la Damia dengan aku lepas ni huhu....

Sebelum aku menutup kata dalam entry ini. Maaflah kalau ada-ada yang segan-segan dan termalu baca entry harini. Aku rasa kisah-kisah penyusuan ibu ni tak perlu malu-malu disebut. Ia bukan suatu taboo yang perlu diselindung lagi. Bukankah susu ibu itu sesuatu yang baik. Padaku apa sahaja maklumat tentang susu ibu aku baca dan ambil jadikan panduan. Kalau berkesempatan aku kongsikan bersama dalam blog. Dan berkongsi itu tandanya kita menghargai, kan.

Sunday, January 24, 2010

Gunting rambut

Sabtu lewat petang barulah kami sekeluarga keluar ambil angin. Masa ni Damia baru bangun tidur. Rutin yang tak menyenangkan sebab Damia dah cas bateri nak berjaga ke pagi. Kalau hari minggu aku tak rasa susah hati sangat. Tapi waktu aku menaip ni Damia dah awal-awal tidur. Jadinya korang mesti fahamkan... Jap lagi dekat-dekat tengah malam dia bangun dan mintak ditemani ke pagi. Adu la....

Cerita semula kisah semalam. Aku asyik kusut kepala dan rasa gatak-gatal di kulit kepala. Dah lama pun rasa macam ni. Mungkin kerana lepas mandi aku tak keringkan betul-betul kulit kepala. Walalupun rambut tak dibasahkan waktu pagi, tempias air mandian tu punca kuyup kulit kepala hehe... Kerana terlalu lama memendam hasrat nak cuci rambut, semalam aku utarakan jugak permintaan aku tu pada en.hb. Mujurlah en.hb tak kisah walaupun dah masuk malam masa tu. Ikutkan aku sendiri tak nak pergi salon waktu malam sebab nak pergi beli barang dapur stok seminggu ini dulu.

Masuk saja salon, miss tukang gunting rambut tu dah cakap rambut aku kering. Disebabkan aku ni sangat kurang arif soal penjagaan diri (bah....) maka aku terima je bulat-bulat kata amoi tu. Aku mintak rambut dicuci dan potong layer pendek sekali. Adalah paras bahu. Bila tengok hasilnya di rumah barulah aku perasan lebih kurang je panjang rambut aku sebelum dan selepas gunting tu huhu....

Sekarang aku bergantung sepenuhnya pada ikat rambut nipis dan cekak. Aku tak suka lepas rambut. Rimas. Aku rasa soal nak nampak cantik tu kena ketepikan dulu sebab keselesaan lebih diutamakan. Sebab tu bila tengok mak-mak muda dan tua sibuk meluruskan rambut di salon aku jadi teruja. Sungguh sabar bila rambut hingga ke kulit kepala ditarik-tarik. Muka pun dah makin penyet-penyet menahan sakit. Nak cantik punya pasal. Lagi kesian bila dua staff luruskan rambut sekaligus. Adu... tak dapat aku nak bersabar macam tu.

Ye, seumur hidup ini, sekali je aku luruskan rambut. Tu pun sebelum hari perkahwinanku. Lepas tu aku serik dan tak sanggup nak cuba lagi. Pertama kerana masa nak tunggu siap rambut tu punyalah lama. Kedua kerana aku serik sakit masa kena tarik-tarik rambut nak bagi lurus tu. Berlayer-layer okey. Dan aku bukanlah orangnya yang boleh tahan sabar masa dan sakit sangat. Gasaklah rambut aku berupa sabut kelapa sekalipun. Belum terbuka lagi hatiku nak cuba-cuba luruskan rambut semula. Lagipun aku memang jenis tak suka lepas rambut. buat rugi duit beratus je bayar kalau tak manfaatkan rambut lurus tu huhu....

Apa faedahnya aku menceceh soal rambut ni? aku hanya nak luangkan masa menulis. Aku takde idea sangat nak bercerita harini. Sebenarnya aku dalam proses mengosok baju untuk diri sendiri dan en.hb selama seminggu. Bila tengok komputer dah free (tadi adik aku guna), terjoget-joget aku nak buka blog, rindu! huhu... Memang aku gian memblog!

En.hb hantar adikku tadi ke Hentian Duta. Aku pun baru diberitahunya nak balik kampung harini. Selalu dia pesan awal-awal kalau nak balik kampung. Sudahnya aku rasa kesian pulak tak sajikan nasi sebab harini aku masak simple-simple saja untuk Damia. Tak larat la rasa. Sebabnya pagi-pagi en.hb bertugas di Segambut, ada pameran. Dan tinggal aku jaga Damia. Aku kejar masa nak memasak sementara tunggu dia tidur. Sebab aku yakin kalau dia dah mula berjaga susah aku nak buat kerja. Nak kena mengadap dia sepanjang hari. Kalau tidak, dia sekali masuk dapur mengacau :P

Aku tengah ushar-ushar pagar baby untuk letak kat pintu dapur. Dah tengok kat Sogo, mahallah pulak. Fungsinya sama saja tapi bentuknya saja lain. Aku bukan pentingkan rupanya sangat. Dapat yang simple-simple pun jadilah. Sudahnya aku putuskan nak cari yang second hand. Survey-survey dalam blog yang jual barangan second hand harganya cam tak berbaloi pulak nak dibeli. Mahal jugak.

Ada pagar baby my dear yang kalau dibeli di warehouse dengan harga rm130++ dijual dengan harga rm100++. Itu yang second hand. Jadinya aku rasa baik aku beli yang baru. Sah-sah barang baru. Tapi disebabkan warehouse mydear masih belum buat promosinya aku tercari-cari lagi pagar murah yang lain. Sesiapa yang ada temui blog atau pagar second hand dengan harga murah, maklumkan pada aku yep. Nak survey-survey dulu :)

Aih... okeylah nak sambung gosok baju.

Friday, January 22, 2010

Sepoi-sepoi angin malam

Aku tengok berasap-asap contest dan giveaway tersenarai dalam blog. Aku pulak dalam mood tipis nak sertai mana-mana contest. Mana taknye, asik kalahhhhhhh je. hehehee... Kata-kata macam orang putus asa pulak. Tidak, tidak, tidak.... aku tak putus asa langsung nak sertai mana-mana contest. Cumanya sekarang mood aku agak mendung sedikit. Sindrom (M) yakni malas aku ni agak berkulat dihati. Jadinya kena tunggu mood giler contest aku kembali.

Aku dalam proses mengumpul senarai alamat peserta conway SuRPRISE tajaan aku. Tak ramai yang sertainya tapi aku nak kumpul semua alamat dulu barulah pos sekaligus. Setakat ni aku baru kirim guna tangan je pada k.yantz sebab dia member blog merangkap member opisku. Cepat je la aku kirimkan padanya. Satu je lagi surprisenya aku tak bagi lagi pada beliau. Kena tunggu semua alamat sampai dululah. Aku malas nak buat kerja dua tiga kali. Ah, malas lagi. Teruk betul mood aku harini. ngahahahaaa....

Aku sempat singgah blog kawan-kawan dan blogger kenalan baru yang lain. Nuffnang masing-masing tengah lena beradu. Susah nak klik iklan kat nuff-nuff tu. Sudahnya cuma 3 blogger je menerima sumbangan kecil dariku. Kalau sesiapa ada klik nuffnang aku sila tinggalkan jejak yep. Aku akan buat kunjungan balas. Wajib balas.

ps: aku baru tahu kita kena tunggu add nuffnang tu habis loading baru klik tutup. Kalau tak habis loading sumbangan tak masyuk... Betapa jakunnya aku tentang nuffnang ini. Tapi aku memang jenis lambat nak ambil masa tutup ad nuffnang tu harap2lah sempat loading semua hasil sumbangan kecil dariku itu huhu....

Orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita balas jasa.

Pantun skema baru :)

Rutin tidur Damia yang merungsingkan

Serba salah nak bercerita pasal ni sebabnya aku tak nak bila aku menulis orang beranggapan aku nak raih simpati. Korang anggaplah ia sebagai luahan perasaan je ye. Aku rasa perlu jugak aku luahkan dalam blog ini. Sekurang-kurangnya aku tinggalkan kenangan kisah-kisah terkini.

Sebenarnya ada sebab kenapa aku tulis orang beranggapan aku nak raih simpati. Dalam blog lamaku pernah seorang anon user yang aku tahu siapa gerangannya menulis dengan kata-kata penuh kurang ajarannya. Kata si mek anon ni "Janganlah menulis dalam blog semata-mata nak raih simpati". Ketika itu aku menulis tentang kesedihan aku ketika Damia mengidap eczema. Aku berasakan mungkin mek anon ni ada masalah mental sebab rasa prihatinnya sangat tipis. Atau mungkin hatinya sekeras batu kerikil yang tak terkesan dek rasa kepayahan orang. Atau mungkin itu sifat beliau kerana belum dikurniakan anak. Atau memang mek anon tu tiada sifat-sifat keibuan. Wallahualam... Kalau pun rasa tak suka dengan bahan bacaan tu sekurang-kurangnya janganlah sampai tergamak tinggalkan komen yang menyakitkan hati. Jadinya aku anggap kata-kata kosong makcik ni ibarat mencurah air ke daun keladi. Cakap tin kosong.

Berbalik pada tajuk di atas. Nak mulakan macam mana ye, aku dah kaku berdetik-detik depan pc ni ha. Terkedu jap fikirkan ayat selanjutnya.

Baru-baru ini aku rasa keletihan sangat mental dan fizikal. Letihnya kerana tiap-tiap malam Damia susah nak tidur malam. Tidurnya bermula dalam pukul 3 ke 4 pagi. Bayangkan betapa peningnya kepala aku dan ayahnya perlu berjaga temankan dia bermain-main sebelum dia masuk tidur. Esoknya kami nak bekerja. Walaupun ambil p3 iaitu masuk kerja jam 8.30pagi. Masih aku rasakan waktu tu terlalu singkat.

Kadang-kadang kami terlelap dulu tinggalkan dia bermain sorang-sorang. Sebenarnya aku tak risaukan dari segi keselamatan Damia sebab kami tak tidur di atas katil tinggi. Dan aku tak risau kalau mainan Damia bersepah seluruh rumah sebab aku tahu Damia memang tak bermain dengan cara berbahaya.

Masalahnya bila dia nak tidur, Damia tak boleh tidur sendiri. Tidurnya perlu digaru seluruh badan. Aku faham kalau waktu malam rasa gatal kerana eczemanya tu menjadi-jadi. Kenapa aku tahu? sebab aku sendiri kalau makan makanan yang aku alergik, malam2 naiklah rasa gatal kat jari jemari ni. Damia memang tak lena tidur kerana gangguan eczema ni. Kalau dia mula menggaru habis seluruh badan calar balar. Kadang-kadang berdarah luka disebabkan kuku yang panjang. Nak potong kukunya punyalah susah. Macam nak ambil harta penting dari dia pulak. Aku faham itulah 'aset' untuk dia menggaru dengan penuh nikmatnya.

Sebagai menggantikan kuku yang boleh bawa luka yang dalam dan kemungkinan jangkitan melalui kukunya, kami gunakan sikat untuk tolong Damia menggaru. Sikat kesayangan aku habis patah bilah-bilahnya. Rompong bagaikan gigi nenek tua yang lopong tercabut. Sudahnya sikat tu aku campak je ke tong sampah. Masuk sikat kedua pun dah mula tercabut satu bilah sikatnya.

Hurm... tengok-tengok macam tu hati aku mulalah runtun. Sampai bila Damia nak tidur dengan cara macam ni? budak-budak lain tidur aman sepanjang malam. Bermula pukul 10malam hingga ke subuh. Tapi Damia? Pukul 3-4pagi baru mula nak tidur tengahari baru nak jaga. Memang aku tahu dia tidur hingga pukul 12 tengahari atau 1 petang sebab kalau hari cuti aku tengok sendiri gelagatnya. Memang susah nak bangun pagi. Kalau aku kejut pun dia marah nak sambung tidur semula. Lepas bangun, mandi, makan dan main-main, Damia nak tidur semula lewat petang. Kadang-kadang masuk pukul 7malam dia nak tidur. Aku faham itulah puncanya kenapa dia susah nak mengantuk waktu malam.

Macam mana aku nak ubah tabiat tidur Damia? Aku nak cakap je pada nanny Damia jangan bagi dia tidur sampai ke tengahari. Tapi aku rasa nanny ma sendiri jenis tidurnya macam tu. Mungkin disebabkan dia surirumah sepenuh masa, ruang rehatnya banyak. Kalau dia terpaksa ubah rutinnya macam sekat ruang rehat dia pulak. Jadinya aku tak sampai hati.

Aku nak juga pesan jangan bagi Damia tidur petang. Tapi aku rasa korang yang hantar anak pada pengasuh-pengasuh pun mungkin faham. Kadang-kadang dorang ni depan kita ye setuju belakang mungkin tidak. Kesimpulannya aku tahu cara nak didik Damia tidur pada waktu yang sepatutnya, susah. Kalau aku ajarpun kalau dirumah nannynya kembali tidur dengan tabiat yang sama masalah ni takkan boleh selesai.

Sebab itulah apabila hal anak dibangkitkan dalam mesyuarat baru-baru ini aku jadi tersentuh. Aku rasa bagaikan orang nak serang bertubi-tubi. Perlukah aku menjaja cerita tentang Damia barulah nak tingkatkan rasa prihatin. Kalau tak bercerita pun aku tahu mereka-mereka ini ada 'sumber' yang sukahati menyampaikan berita tentang Damia. Kalau tak disampaikan dengan cara prihatin lebih kepada gaya nak mencari kelemahan kami suami isteri pulak. Dan ye, aku tahu si anu-anu ini pun suka curi-curi baca blog aku. Aku tak kisah... blog aku untuk tatapan umum. Tapi tolonglah jangan jadikannya isu sensasi untuk dimuatkan dalam bahan umpatan dikalangan rakan sekerja ye. Buatlah kerja yang lebih berfaedah dari teruskan amalan mengumpat tu.

Sedang menaip ni pun aku pening-pening kepala. Manalah tidaknya, tidur aku memang tak cukup. Aku yakin en.hb pun lebih pening lagi sebab dengan ayahlah Damia lebih berpaut. Sikit-sikit ayah. Kalau nak bergaru pun dia ambil sikat dari tangan aku dan bagi pada ayahnya mintak digaru.

Aku yakin memanglah ini dugaan dari Allah. Nak uji tahap kesabaran kami menjaga anak kami ni. Walaupun aku redha dengan eczema Damia, tapi aku terganggu dengan rutin tidurnya yang tak betul. Bukan saja beri kesan pada Damia, malah pada aku dan en.hb jugak. Bayangkan sehari tidur 2-3 jam je.

Aku penat sangat-sangat.
Sekali lagi aku nak ingatkan... aku bukan raih simpati.

Wednesday, January 20, 2010

Keputusan ConWay SURPRISE wansteddy :)

Okes, seperti yang kujanjikan conway (contest+giveaway) SURPRISE aku tutup harini jam 4.22 petang. Terlewat 22minit dari janji asal sebab aku leka buat kerja lain tadi ngahahhahaa....

Sambutan yang diterima untuk conway ini kurang memberangsangkan. Aku yakin disebabkan aku sengaja tak bagi promosi seperti contest atau giveaway yang aku anjurkan yang lain. Sengaja sebab aku kira ini boleh dianggap macam contest jugak. Peserta kena mencari entry tersembunyi. Dan giveaway sebab aku memang nak bagi semua peserta hadiah. Walaupun kosnya tak seberapa aku harapkan setiap peserta berpuas hati dengan sumbangan kecil dariku. Kenangan menyertai conway dari Wansteddy. Dan sumbangan kecil ini tanda penghargaan kepada korang yang sudi jadi pembaca blogku... (uhuk2! walaupun untuk baca teks tajuk je kui3). Aku sangat2 hargai!

Sebelum lupa nak memaklumkan, kredit kepada Cik Anin yang mencadangkan nama conway ini. Gabungan Contest dan giveaway. Cik Anin kita memang kreatif! Mungkin dengan cadangan nama conway ini akan membuka lembaran baru dalam dunia contest+giveaway. Insya'allah...

Keputusannya seperti berikut:

Setelah aku kocak2 bekas porcelin seperti diatas, aku dapat keluarkan tiga nama tanpa perlu cabut dengan menggunakan tangan. Aku rasa dah adil sungguh ni. Malangnya takde saksi yang boleh mengaku yang aku berlaku adil, huhu...

2 cabutan ini akan menerima sebuah
bekas kotak barang kemas seperti di atas.

Tahniah3!


Hadiah utama dimenangi oleh......

Tahniah3!
Harap2 Puan Oniey sukakan
hadiah berupa plate Welcome
dari koleksi Romantika Home Deco ini :)



Kepada yang tak dapat hadiah utama jangan kecewa. Korang masih menerima hadiah berupa sebuah kotak barang kemas seperti dibawah. Pastikan korang emailkan kepada aku alamat rumah atau pejabat untuk mendapatkan saguhati ini yep!

Setiap email akan aku sediakan satu lagi SURPRISE! Korang nak tahu kena bagi alamat dulu melalui email. Aku akan attachkan surprise tu dalam email2 korang nanti. Nak tahu jugak ke??? Surprise..... kui3....

Entry tentang kiriman hadiah dan item surprise itu akan aku buat bila aku dah terima semua alamat rumah dari para peserta okey! Terima Kasih dengan kerjasama dari korang semua.

Korang memang BESTTTT!!!!

PERHATIAN:
sila emailkan alamat rumah @ pejabat korang ke washifalo@yahoo.com

Tuesday, January 19, 2010

Hasil lukisan Damia

Damia memang suka melukis. Kalau nampak aku pegang pen atau pensil, tentu nak mintak-mintak. Siap order nak kertas. Sebab tu sessi mewarna untuk contest sebelum ni lambat nak siap. Asyik bertekak dengan dia yang sibuk mengacau. Selalunya aku bagi dia segenggam pensil warna dan dia mula conteng-conteng atas kertas.

Kadang-kadang lukisannya berbentuk jugak. Sampaikan aku terfikir. Wa... hebat jugak imaginasi baby ni! ngahhahaaaa....

Selain kertas lukisan Damia memang suka conteng lantai dan meja belajar dia. Haduhhhh.... puaslah aku mengelap lantai sental hasil kreativiti anak aku ni. Mujurlah anak aku tak menconteng dinding. Aku rasa dia belum terfikir nak conteng dinding lagi kot sebab aku awal-awal dah ajar dia melukis pada kertas. Jadinya tiap kali nak melukis dia cari pengalas. Kat lantai tu dia mula conteng bila dah terkeluar dari kertas lukisannya.

Alat melukis ni ayahnya yang beli. Diusungnya keliling rumah nak melukis. Tahu pulak bila lepas melukis simpan pen dibekasnya semula. Owh, lupa nak bagitahu kadang-kadang Damia ni melukis sambil duduk bersimpuh ye. Memang anak dara melayu sejati. Yang omaknya melukis ikut hati je nak duduk baring ngahahhaaa...

Hasil lukisan beliau. Aku tanya apa ni.... dia jawap "Ba.... Ba..." Lembu kot. muahahhaaa... Kadang-kadang dia pulak yang mengajar aku melukis. Sambil lukis-lukis ni dia bebel-bebelkan aku. Bertuah punya anak hohoho....

Lepakian hujung minggu

Hujung minggu lepas kami ke Sogo buat kali ketiga! Tiga hari berturut-turut bermula jumaat petang lagi ke Sogo sebab ada Scard members. Sales untuk pemegang card Sogo. Hari ketiga ke sana sebab nak hantar pertandingan mewarna dari Dunkin Donuts. Tarikh tutupnya pada 17hb Jan 2010. Sempat jugaklah mewarnakan satu lukisan.

Inilah hasilnya.... Sebelum hantar aku sempat ambil gambar kenangan dulu. Sebenarnya aku dapat tahu tentang contest ini pun last minit. Kawan sekerja yang bagitahu. Aku sebenarnya dah malas nak join sebab risau tak sempat nak mewarna. Aku pulak jenis lambat jugak nak lengkapkan satu lukisan. Tapi untuk pertandingan ini sempat jugaklah aku sertainya. Nasip baik saiz A4 kalau saiz A3 berjoget aku nak siapkan semua. huhu....

Sementara bergilir dengan en.hb solat, aku bawa Damia ke ting.4 bahagian pakaian dan permainan kanak-kanak. Damia dah mintak-mintak nak naik dolphin ni.

Memang Damia nak mintak permainan ni berpusing-pusing. Aku juz letak je dia tak bagi pusing2 pun sebab risau dia tak pegang kuat. Terpelanting anak aku jadi kes pulak kat Sogo haritu kui3...

Percutian di Genting Highlands


Disebabkan gambar-gambar dalam simpananku disimpan dalam komputer di rumah. Memang berkesempatan nak update kisah-kisah bergambar. Thumb drive aku pulak diganggu masalah virus. Kadang-kadang boleh copy gambar, selalunya susaaaaahhhhh nak copy. Bengang okey.

Kisah bergambar kali ini tentang lepakian di Genting Highland pada hujung beberapa minggu yang lalu. Ketika ni adik bongsu aku datang ke Kuala Lumpur. Budak ni baru habis SPM. Jadinya aku suruh datang KL untuk rehatkan minda (cey ceyyy) selepas menduduki peperiksaan besar. Seronok juga lepak2 di Genting Highlands. Ini kali ke 3 aku ke Genting. Kali pertama dulu bawa dua adik-adikku ini jugak. Masa tu tengah mengandungkan Damia. Sedih je tak dapat sertai banyak permainan outdoor. Tengok je la dua beradik tu termasuk en.hb bermain-main. huuhu.....

Sebenarnya jarak rumah ke GH ni bukanlah jauh sangat. Tak sampai sejam dah sampai ke puncak. Tapi kitorang memang tak ambil kesempatan langsung nak bercuti ke sana. Kalaulah kena pindah kerja ke Putrajaya barulah rasa nyesal kot tak hargai peluang bercuti di sekitar Kuala Lumpur dengan lebih baik. Dekat-dekat tak nak pergi. Dah jauh baru terhegeh-hegeh nak pergi ngahaahhahahaa....

Jalan naik ke Genting Highlands. Seronok sangat sebab cuaca baik. Tak hujan tak panas tentunya. Tapi pengakuan aku, aku suka jalan naik je jalan turun aku tension sebab tekanan udara buat telinga aku hampir tak dengar apa-apa dalam tempoh lebih seminggu selepas turun dari Genting ini. Rasanya sama seperti tekanan ketika kapal terbang turun nak mendarat. Sampai sekarang aku tak suka naik kapal terbang biarpun tiap-tipa tahun wajib balik kampung naik kapal terbang huhu....

Damia baru bangun tidur. Pelik-pelik kena turun banyak esklator. Monyok je sebab lapar.

Dalam gelung-gelung esklator jalan turun ke taman tema indoor. Untuk turun saja kena melalui banyak esklator.

Turun dari esklator inilah permandangannya. Melangkah masuk ke kawasan indoor.

Baru sampai. Nampak saja suasana happening dalam taman tema indoor ni terus jerit-jerit seronok sebab suka tengok banyak sangat mainan besar-besar berwarna warni. Seronok pulak bawa Damia berjalan ke Genting kali ni sebab dia dah besar dan lebih peka dengan persekitaran.

Sambil-sambil tunggu ayah, acik dan asu solat, aku bawa Damia meninjau-ninjau bahagian luar hotel Genting. Masih ada perhiasan berlampu musim krismas ni. Damia suka tengok lampu yang cantik-cantik ni. Waktu ni petang tapi dah macam malam sebab cuaca. Tapi kalau tak berkabus pun tempat ni memang nampak macam malam sebab di bahagian bawah bangunan.

Damia temankan ayah beli tiket. Kali kedua dulu pergi dengan famili abang, kami tumpang senang sebab harga tiket murah ikut rate tentera. Kalau ikut harga pekerja lagi murah. Ada juga kenalan dari kampung bekerja di bahagian tagging tag tu tapi seganlah pulak nak kol-kol mintak diskaun kui3....

Tengoklah Damia tak nak duduk diam. Dia memang perhatikan benda ni dari mula kami sampai. Nampak saja benda alah ni dia jerit "Yeeaaaaaayyyy...!!!" Happy mood je. Aku paksa adik-adikku naik sekali. Ikutkan dorang memang tak nak naik benda ni. Segan kot sebab mainan untuk budak-budak. Lantak koranglah asalkan semua ada dalam menan ni ngahahhahaaa... Kakak yang pendesak!

Acik Atin melayan Damia. Sibuk je Damia nak mintak lepas. Kekonon nak jelajah sendiri benda alah ni. Yang aku dok risau sebab tinggi. Gayat tu.... huhu....

Dari kiri: en.hb my laling, Damia my lovely doter, Azli aka Ely adik bongsuku (ramai peminat ngahahhahah), Azrin aka Atin adikku budak UIA giler game macam aku kui3 serta diriku yang langsung tak kontrol ayu. Masa ni tengah tunggu monorail nak keliling taman tema Genting. Kitorang penumpang terakhir. Selalunya bukak sampai pukul 8malam. Tapi haritu tutup awal. Mungkin sebab cuaca yang berkabus tebal. Tapi aku rasa naik monorail kali ni tak la sejuk sangat macam kali pertama aku naik dengan famili abangku dulu. Sejuk-sejuk kat tangan dan muka tu biasalah.

Cubaan Damia mengangkat bola boling. Jenuh kena kepung jari dia dari kena himpit bola kat sisi-sisi tu. Jari aku yang bengkak bengkil kena bola huhu... Sibuk nak angkat bola tau. Kalau ringan takpe la anakkkkk.... Sabo je la.

Azrin tengah uji bola. Bengang je dia bila adiknya naik markah dulu. Pastu aku lak TERambil satu mata kosong untuk dia. Mood dah line oren je sebab marah kat aku markah tak naik-naik, ngahhahahaa.... pastu dia cover balik potong markah aku. Ye... lupa nak mengaku akulah yang dapat markah paling corot haritu. Bukan sport lady la aku.... kantoi je bab sukan-sukan ni huhu....

Azly dengan aksinya. Pertama kali dia main 3 tahun dulu merasalah aku tengok hasil balingannya ke belakang! kui3.... sekarang dah hebat sikit. Dia yang mula-mula high score.

En.hb baling bola boling sambil dukung Damia. Hebat sungguh sampai bola masuk longkang kui3... Sebelum tu aku ada bawa Damia tolong tolakkan bola untuk aku, memang hebat Damia tolak sampai bola tersekat tengah-tengah longkang! kui3...

Tengok tebalnya kabus. Mula-mula kami ke Genting dulu kami tak tahu gambar blur-blur macam ni disebabkan kabus. Nak-nak masa tu bergambar di bahagian outdoor semua gambar jadi kelam-kelam. Bila dah masuk indoor baru tahu. Jakun sungguh masa tu. Kali ni aku ambil jugak gambar dalam berkabus ni nak uji sama ada kamera yang ini boleh tenggelamkan kabut kabus. Heh! Berangan je la.... macam power sangat kameraku ini kui3....

Monday, January 18, 2010

My very first giveaway for homeland friends..

Giveaway dianjurkan oleh Fitty dari blog fitty's pinky rose cottage.
Tarikh tutup pada 28th January 2010

blogger's famili day banner contest

Contest dianjurkan oleh Suziey dari blog something... Perkara wajib sertai contest ini, jadi follower 4 AJK gathering antara blogger-blogger ini. Antaranya Suziey, Ina, Watie dan ayu.

Tarikh tutup contest ini pada 25 Jan 2010. Sempat lagi nak design banner. Jom sertainya beramai-ramai!

Antara design banner dariku... Sempoi je sebab aku buat sekejap sangat. Tapi kalau mana-mana satu terpilih dan penganjur contest nak mintak edit aku boleh ubahsuai :)

Sila klik banner untuk besarkan

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU

Baby: Aliya Damia Azmi
DOB: 24 mac 2008
Mommy: Wan Hairulshifah

Kenapa gambar ni sweet: Muka Damia baru bangun tido. Gambar ni diambil di hentian RNR dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Perjalanan yang panjang tapi aku rasa seronok sebab dapat bawa Damia bercuti di Kuala Terengganu yang indah. Tak reti nak puji gambar sendiri . Cukuplah aku katakan aku rasa pelukan aku saja dah gambarkan kasih sayang yang menjelaskan kenapa aku suka gambar ni. Memori yang manis.

Jemput join blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET.
Tarikh tutup:
29hb Januari 2010

FreebiesJust4U : FREE AliceWonder Bag | Malaysia Freebies Just For You :)


Dianjurkan oleh FreebiesJust4U penaja bersama Sha-Sha.

Hand bagak yang mengiurkan kan.... Aku perlukan hand bag ini untuk menggantikan hand bag aku yang serba kekurangan dan lapuk dek usia tu. Teringinlah jugak melaram dengan hand bag baru. Kalau menang alangkah gumbiranya hatiku!

Tarikh tutup: 20th Jan 2010
nak join klik sini