Nuffnang

Followers

Friday, October 28, 2011

My new workstation!

Dah lama aku tak update blog kan. Bukan tak rindu, cumanya aku malasss.... Harini secara rasminya bersiaran dari pejabat baru di Putrajaya. Belum masuk kerja secara rasmi lagi di sini. Saja datang tengok-tengok tempat kerja. Komputer kerja aku dah sampai. Syukurlah... dengan muka gumbira aku joget-joget online. Masakan tak, line superb laju. Ni kalau download lagu dan manga, lajuuuuuu je full loading! hahaha... Nanti dah masuk budak-budak pakar download, habislah... takde can nak berjoget-joget lambak lagi! ahaha....

Inilah meja kerja aku ya. Belum makeover lagi. Baru masuk komputer saja. Kotak-kotak barang semua masih di pejabat lama. Tah apa masalahnya, patutnya 25hb lepas kami dah mula packing barang ke sini. Tapi sampai sekarang masih belum ada tanda-tanda barang nak sampai sini. Risau gak. Benda benda yang dirancang terbengkalai. 

Target utama aku. Bila barang-barang dah sampai nanti nak ubahsuai tempat ni jadi lebih 'selesa' buat pandangan mata aku. Theme pink atau dekorasi english jadi idaman kukuku... Nantikan... Ada mood aku update dalam entry baru, ewah!

Monday, October 24, 2011

Siapalah pereka grafik tanpa komputernya...

Bukan malas, takde kesempatan. Lima hari aku mengasuh anak sorang-sorang sepenuh masa. Layankan karenah si kecik lagi. Buat kerja design lagi. Jadi surirumah lagi semua tu buatkan aku malas nak online. Nak buka blog dan facebook pun malas :P

Dalam seminggu ni bakal sepilah blog aku. Kalau rajin, aku update malam hari. Sebabnya? Komputer pejabat dah kena packing nak hantar ke pejabat baru di Putrajaya. Gila aku histeria masuk kerja tadi, tengok-tengok komputer aku habis tercabut sana-sini. Wayar bersepai... Adudu.... Punah misi kemanusiaan aku nak aktif berblog dan melukis dalam minggu ini huhuhu....

Aku dah semak-semak email lama. Dan putuskan dengan sebulat suara. Takkan amik lagi kerja design blog. Aku dah malas nak ambil tempahan baru. Tiada lagi. Banyak puncanya. Tapi asasnya biarlah aku katakan, aku dah fedap. 

Misi aku tetap nak usahakan kerja-kerja design tempahan pelanggan terdahulu. Yang order sejak 2010 pun ramai tau. Berpinar kepala aku pikir nak setelkan semua design tu. Dalam masa yang sama aku ada projek design penting yang kena dilaksanakan. Lepas ni biarlah aku pelan-pelan siapkan mana yang harus diberikan keutamaan. 

Maaf sangat-sangat kalau keputusan ni boleh timbulkan kekecewaan. Ramai lagi designer blog lain yang kalian boleh rujuk. Bila aku undur diri ni sekurang-kurangnya, kuranglah sedikit persaingankan. Tindakan aku ni mungkin dapat menyenangkan hati pihak-pihak tertentu hehe... 

Sampai sini saja. Aku nak kembali buat kerja design mana-mana yang sempat. Sebelum komputer lab ni pun dorang bungkus! Arghhhh... siapalah pereka grafik tanpa komputernya huhuhu....

Friday, October 21, 2011

Won Twister 7-Eleven Contest!

Alhamdulillah... sempena sertai Peraduan Twister 7-Eleven  lepas, aku menangi hadiah iPod Shuffle. Hadiah tempat saguhati saja. Tapi cukup berbaloi dengan dua penyertaan semata. Sememangnya tak jangka akan dapat sebarang hadiah sebab join dengan penyertaan yang kecil sangat.

Terima kasih pada penganjur, Permanis Sandilands Sdn Bhd. Semoga ada tuah lagi dengan group Permanis ;) Amin...

Thursday, October 20, 2011

Munchys's Gores dan Menang

Entry menutup entry panas pagi tadi. Tiap kali refresh blog, tiap kali tu la  hati jadi tak tenteram. Betullah, kalau kita mulakan hari dengan mood tak baik, sepanjang hari jadi tak stabil. Mari mulakan hari dengan lebih gembira! 

Ada entry hadiah nak share, tapi maklumatnya dah termasuk dalam kotak pindah-pindah ni. Jadinya tak dapatlah kongsi harini. Info contest terkini di pasaran. Kalau jumpa pakaging ni, belilah. Manatau rezeki anda dapat set cawan Vantage yang anggun ni. Besh tuuuuu...! Sambil-sambil makan biskut ye hehe...

Harga biskut ni tak sampai RM4.00 rasanya. Okey sangatlah tu! selamat berjaya!

Ape Kessss???!

 Luahkan sedikit. Sedang buntu. Tak faham peel orang ni. 
Kita tak kacau dia, kena ke nak provoke-provoke orang? 
Apa kessss?

Jadilah blogger yang aman.
Bukan blogger yang mengkucar kacirkan keamanan orang lain.
Sendiri mau fikirlah!

Wednesday, October 19, 2011

Won Safi Balqis ACP promo

Hadiah ni sempena sertai contest Majalah Cosmopolitan Malaysia. Hadiahnya kena ambil di pejabat Mobile Touchetek di Menara Citibank, Jalan Ampang. Tak pasti pula jumlah keseluruhan hadiah ni. Anggaran dalam RM100 lebih rasanya. Alhamdulillah... Terima kasih Cosmo!

Tuesday, October 18, 2011

Won Horrible Bosses Goodies

Bos korang teruk tak??? Ada rasa-rasa nak bagi pelempang tak kat dorang? hahaha... Aku dapat hadiah sempena join contest Majalah Galaxie ni. Ini hadiah kedua aku menang anjuran Galaxie magazine. Pertama dulu menang tiket masuk konsert 3D Glee. Tapi tak pergi. Takdelah entry pasal hadiah tu. Hadiah ni promo filem Horrible Bosses. Bukan lighter ya. Ini kipas bateri tu. Siap ada tempat simpan air lagi. Kalau nak efek lebih sejuk boleh percikkan air kat muka sendiri! hahah...

Mood aku sangat tak stabil harini. Dan kena-kena pulak hadiah yang ini pun belum publish. Maka bolehlah selitkan luahan perasaan sama. Hahaha...


Monday, October 17, 2011

Result Win n' Ride Contest

Sape join contest anjuran 7 Eleven Win n' Ride Contest? Result dah keluar ye tapi aku tak menang dengan bergaya hahaha.... Nama-nama pemenang pun aku tak kenal. Mungkin ada terselit nama kawan-kawan comper di sini tapi aku tak perasan. Kalau guna nama sebenar memang susah sikit nak cam. Apa lagi kalau guna nama proxy haha... Jom tengok result di sini:

Tahniah para pemenang. Aku target yang DSLR tuuuuu... wuwuuuu... Bila la nak menang DSLR ni. Nak beli guna duit sendiri, tak rajin aka kedekut! ahahhaha....

 

Sunday, October 16, 2011

Kerja takkan habis

Badan rasa lemah longlai. Banyaknya benda nak urus sepanjang minggu ni. Pendek kata selagi belum pindah betul-betul. Selagi tu la kepala aku dok pusing. Dalam perjalanan balik ke rumah Selayang ni. Aku sebenarnya penat dan mengantuk sangat. Tapi bila stress tal jadi nak lelap. Sudahnya aku putuskan nak membebel sekejap.

Jap lagi sampai rumah seluruh rumah aku kena kerjakan. Bersihkan sampai kilat. Tadi pagi kemas-kemas barang pindah, tak sempat dah nak besihkan habuk segala. Keluar je setelkan urusan untuk ke Putrajaya. Balik ni aku la yang kena kemas segala.

Mengantuknyaaa...

Friday, October 14, 2011

Mencari 5 huruf SEMBONIA Majalah EH!

Hai korang, mood agak tak stabil sekarang. Pertama nak urus perpindahan rumah kat Selayang ke Putrajaya. Kedua nak urus perpindaha pejabat dari Jln Raja Laut ke Putrajaya. Ketiga misi mencari taska dan tadika Damia baru nak mula padahal nak kena masuk pejabat baru hujung bulan ni. Gila! Dengan banyak design belum usik. Banyak kerja nak dibereskan. Semua ni gila. Hahahah...

Ok, harini nak share pasal contest Sembonia Majalah EH! keluaran oktober.Ramai yang keliru dengan soalan dan jawapan. Soalannya kita kena cari 5 perkataan tersembunyi Sembonia. Tapi setelah ditelek-telek, ditafsir-tafsir. Jawapan yang ada hanyalah 4 sembonia yang jelas dan tepat hurufnya. Ada perkataan pertama tapi mungkin masalah teknikal M dengan S tu. Maka aku terpaksa buat pilihan nak gariskan jugak atau biarkan saja. Dalam ura-ura nak memikir tu. Rupanya aku dah terpos sekali poskad contest tu dengan yang lainnya. Ah sudah.... Nak beli satu lagi, maleh la pulak. Dengan banyak benda nak urus ni. Tak terkejar bab contest lagi. 

Okeylah, harini jom kita main teka-teka sama. Sapa dapat perkataan Sembonia kelima sila share dalam entry ni yeh ;D

Thursday, October 13, 2011

Won L'Occitane April Promotion

Sudah terima hadiah sempena sertai contest majalah InTrend ni. Promosi  untuk bulan April. Hadiah ni bernilai RM148. Menariknya disediakan dengan pakaging yang sangat cantik.  Sebelumnya aku pernah menangi hamper L'Occitane juga, tapi tanpa kotak cun ni. Boleh jengah entry bertajuk: Won L'occitane hamper.
 
Terima kasih banyak pada InTrend,
majalah “Inspirasi Gaya Hidup Anda”.


Wednesday, October 12, 2011

Won Cadbury Ceria Zip Contest

Menangi hadiah saguhati sempena sertai contest Cadbury Ceria ZIP anjuran Kraft Foods. Alhamdulillah... dapatlah cash RM100. Berbaloilah dengan pelaburan sedikit yang aku gunakan. Itu pun sumbangan hubby belikan coklat untuk famili kat Sabah beberapa bulan lepas. Alhamdulillah... berkat pemberian tu dapat pula rezeki yang ini. 
 
Senang je contest ni. Isi form sediakan bukti pembelian, luar sampul ZIP Cadbury dan resit. Tak pasti base lucky draw atau high purchase. Hadiah ni dah lama dapat, lepas raya lepas. Tapi... baru minggu lepas aku cash out kan cek ni. Baguslah sebab pada waktu terdesakan ini, cash RM100 pun rasa macam RM1000! hahaha... Trimas Cadbury Malaysia dan penaja, Kraft Foods!
 

Tuesday, October 11, 2011

BAHAGIA ke dengan SKIM MENIPU??!!!

Aku jadi geram baru-baru ni bila dapat tau kenalan rapat aku kena tipu hidup-hidup dengan skim  MLM untuk cepat kaya! Pertama aku jadi geram kat dia la, menggatal sangat cuba-cuba skim  gila ni. Kengkonon boleh hidup senang dengan pelaburan sikit. Boleh jadi jutawan dengan ribuan RM je. Haih... Keduanya dan yang paling utama. Aku sangat-sangat sangat geram dengan pencinta MLM penipu yang gunakan kaedah pujuk dan paksa ni.

Jujurnya dalam hidup ni takde benda boleh dapat dengan mudah. Join contest pun ada cabarannya. Kena isi form, cari idea slogan, design dan lain-lain. Lepas tu tunggulah kalau bernasip baik, bolehlah menang. Kalau kalah, cuba dan cuba lagi, usah mengalah. Yang penting usaha, doa dan tawakal tak luntur. Sama macam kerja hakiki. Dan kerja tambahan. Istikamah dalam urusan kerja demi sesuap nasi. Kalau nak pakai handbag Gucci, usaha lebih lagi cari pendapatan lain. Harta tak kan turun dari langit macam-macam tu je. Duit tak boleh kita kepak-kepakkan macam kipas dengan pelaburan sikit.  Dan mustahil masuk duit ribu-ribu hanya dengan menghadap facebook 24jam! Silap haluan, duit pelaburan kita tu penipu ngap, kita yang melopong sakan! Manusia tamak ni boleh buat macam-macam cara nak menipu. Pujuk rayu, paksa dan lain-lain lagi.

Aku jadi geram nak masukkan gambar penipu tu dalam blog ni. Sebab gambar, nama dan nombor telifonnya terpapar dalam majalah terkenal. Kalau aku sebut, semua pasti tahu. Malah tiap-tiap bulan ada-ada je testimonial baru yang dipaparkan. CEH! Kengkonon dah berjaya gondol wang ribuan ringgit. Mewah dan sebagainya. Yeeee... mewah dengan hasil duit MENIPU! Tapi aku bimbang dorang ni guna gambar orang lain. Kes-kes menipu ni kan macam-macam. Boleh je taruk gambar tah minah mamat mana, mengaku itu dia. Tak pasal-pasal dorang tu pula jadi mangsa penipuan dorang ni. No kontek dorang? Bagi 3 nombor. Ketiga-tiganya dah tak wujud lagi macam dulu. Kalau dulu, sebelum dapat duit. Beria hubungi hari-hari. Yakinkan mangsa, nombor tu nombor yang asli. Hakikatnya? Dah dapat duit, nak buat apa pakai lagi? Beli saja nombor lain. Cari lagi mangsa baru. Tipu tipu dan tipu lagi sampai puas!

Biar buncit busunglah perut kau makan duit haram. Mangsa-mangsa kau dok menyumpah hari-hari. Kaya harta benda pun tak guna kalau hati gundah gulana. Jangan nak tipulah korang happy sebab dah kaya-raya. Manusia tamak dan hati keji ni ALLAH tarik nikmat darinya. Di dunia saja bolehlah berlakon gembira, esok kat akhirat menjawaplah macam mana.

Aku emosi bukan kerana aku yang terkena. Aku sendiri beli produk MLM. Tak semua berunsurkan scam macam ni. Tapi korang pandai pikirlah nak sertai yang mana. Jujurnya aku join Premium beautiful pun sebab nak beli produk dengan harga ahli. Siap pulang balik rebet/bonus untuk diri sendiri. Orang lain dok cerita produk ni scam la apa la. Gasaklah! Yang penting aku dah dapat harta PB aku sendiri. Soal aku nak berniaga atau tidak, lain cerita. Yang pasti kalau aku jual, bukan atas dasar menipu macam skim cepat kaya  aku sebutkan di atas. Dan ya, aku tak jual PB. Aku bukan agen PB. Terlibat dengan MLM? Tidak sesekali.

Harap maklum :)

Won early bird MARIGOLD Contest

Menang tempat terawal contest Marigold. Sempat gunakan nama sendiri dan hubby. Alhamdulillah keduanya lekat sama. Dapatlah hadiah bernilai RM200. Contest ni senang je. Cuma perlu beli produk Marigold dan sertakan resit sebagai bukti pembelian. Aku dah target penyertaan terawal saja. Tak gigih untuk target belian terbanyak. Dapat cash RM100 sorang pun dah lebih dari berbaloi, syukur... Terima kasih  banyak pada penganjur!

Monday, October 10, 2011

Won ADIDAS contest

Menangi hadiah sempena sertai contest Adidas. Cuma beli sebarang produk Adidas (perfume, deodoren etc) pada harga RM20, layak sertai contest ni. Cuma SMS seberapa yang kita mahu, tapi kena simpan resit sebagai bukti pembelian. Alhamdulillah aku menang hadiah sebuah beg sandang ADIDAS. Kecil comel je sesuai untuk aktiviti bersukan. 

Setakat ni aku menangi dua hadiah. Keduanya beg ADIDAS. Tapi baru berkesempatan ambil hadiah yang ini saja. Untuk maklumat lanjut dan cara-cara nak sertai contest ni boleh lawati website ni:

Contest berakhir pada 13 oktober 2011.

Snow White 2011

Filem terbaru Snow White.  Kali ni filem Snow White tampil dalam jalan cerita dengan sisi gelap. Jalan citer tak pasti macam mana. Lebih kurang kisah dongeng Snow White standart pastinya. Pelakon untuk filem ni Lily Colins sebagai Snow White, Julia Roberts sebagai Evil Queen& Armie Hammer si putera raja. Jom tengok gambar-gambar petikan filem. Kredit kat Yahoo.com.




 

Friday, October 7, 2011

INGAT JANJI KITA illustration

Disebabkan Blog Wansteddy Studio kurang follower, ada yang request aku masukkan entry bertajuk INGAT JANJI KITA illustration  di sini. Jangan pelik-pelik pula. Sebab di blog sana aku bersopan-santun sikit :P Membahasakan diri dengan nama. Ok, silalah baca. Ini entry tentang keseluruhan design aku dalam trailer novel karya Murni Aqila. Khabar baiknya, hari ini Moon khabarkan novel ini diulang cetak untuk kali kedua hanya dalam tempoh 2 minggu! Syabas dan tahniah buat Moon. Nak tahu keistimewaan novel ni? Jom tengok sedikit sedutan cerita di sini:

Sebelum ni Wan ada kongsikan entry tentang preview novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila melalui blog peribadi. Entrynya bertajuk: SUPERB Trailer INGAT JANJI KITA Novel Murni Aqila. Seperti yang Wan janjikan, masanya untuk berkongsi tentang lukisan untuk trailer ni. Jom tengok apa yang menarik ;)
Pada mulanya Wan rekakan dolly lelaki disebelah kiri. Moon cadangkan upgrade dolly jadi lebih maskulin untuk watak Raimi. Kemudian timbul idea nak hasilkan dolly Raimi dengan karektor di sebelah kanan. Mata lebih besar dan tampil lebih berkeyakinan. Sesuai dengan watak Raimi dalam novel INGAT JANJI KITA, karektor ni tampil sedikit 'notty' sebab kalau baca novel karya Murni Aqila ni. Raimi memang suka mengusik  sikit wataknya haha...

Transformasi Adi. Wan agak struggle dengan watak Adi versi tomboi. Moon cadangkan karektor ala Korean boy. Jadi Wan google cari karektor perempuan berambut pendek atau lelaki berambut panjang. Dikenakan topi pula. Timbul idea  karektor Adi seperti yang sebelah kiri sekali. Sempoi, selamba dan takde make up langsung. So warna bibir Adi lebih kecoklatan macam warna kulit. Karektor kedua, watak sebenar Adi versi perempuan. Lepas tu Wan transformkan Adi lebih feminin dengan berbaju kurung. Kenapa pilih warna biru? Kenapa tidak pink warna kegemaran Wan? Ahahaha... Jangan lupa... Adi ni kan tomboi, tentu ciri maskulinnya kekal dari segi minat dia, setuju?

Scene pertama: Raimi berborak dengan mamanya. Nak tahu apa yang diborakkan? Bacalah novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila. Dalam entry ni pun dah banyak spoiler Wan bagi. Mana aci bagi dan bagi lagi kan hahaha... Baiklah, teruskan membaca, ok.

Scene kedua: Borak-borak Raimi dan Adi.

Scene ketiga: Raimi memujuk Adi jadi perempuan. Jeng jeng jeng....

Scene keempat: Raimi terkejut tengok transformasi Adi yang mendadak. Sebijik macam perempuan tulen!

Scene kelima: Raimi menguji Adi :D

Scene keenam: Raimi tunjukkan rumah orang tuanya yang mewah. Adi berasa kagum. Anak orang kaya sebenarnya En. Raimi ni... Sila tekel! hehe...

Scene ketujuh: Tiada dalam trailer ~ Kaki Adi tersadung gara-gara kasut tumit tingginya. Oh owww...!

Scene kelapan: Tiada dalam trailer ~ Romantika mood antara Raimi dan Adi. Adakah mereka akan bersama selamanya? Nak tau jalan cerita lebih lanjut, kenalah beli dan baca sendiri novel besh bertajuk INGAT JANJI KITA. Boleh beli online juga dengan penulisnya melalui laman Facebook beliau.

Besh tak? hehe... Yup! Wan ambil masa beberapa hari siapkan keseluruhan design ni. Nampak mudah. Tapi banyak kerja kena dilakukan. Terutama ekspresi wajah dan bahasa badan. Tak lupa perincian latar belakang. Bagi yang kenali Wan, memang tahu, Wan tak suka ambil mudah hasil kerja Wan. Sebab tu projek selalu lambat siap! hahaha... Jujurnya projek ni melonjak diri Wan berusaha lebih keras lagi dengan kerja rekabentuk. Walaupun rasa penat juga, tapi puas dan berbaloi bila tengok hasilnya. Nak tengok tak trailer ni dalam Youtube? Nah ini linknya ;D

Terima kasih kerana sudi membaca entry ni dari mula hingga akhir. Jom beli novel INGAT JANJI KITA karya Murni Aqila. Ikuti perkembangan penulis berbakat ini melalui laman blognya: Pena Bertinta.

Won Kiwi Kleen Promotion May 2011

Hadiah dari Her World bernilai Rm150! Contest majalah Her World (isi form) ni promosi bulan Mei 2011. Ini hadiah hamper Kiwi Kleen ketiga aku menangi, alhamdulillah... Terima kasih Blu Inc!

Pertama kali dapat 2 paperbag penuh dengan produk. Sebelumnya Paperbag yang sama, sebuah je. Kali ni dapat lebih banyak, kenalah dengan nilainya RM150. Syukur...

Macam biasa, Damia secara sukarela nak jadi model peraga barang. Ini gambar pertama ya. Jenuh pujuk dia beralih sikit nak fokus tang produk tu. Berkeras nak tunjuk bakat modelling dia juga haha... Kelakarnya bila tengok reaksi mak masa datang rumah baru-baru ni. Komplen panjang, pening kepala tengok bilik sebelah macam stor barang! Itu pun stok-stok Kiwi Kleen terdahulu dah bahagi-bahagi kat famili dan hantar ke rumah baru. Kalau semua dihitung-hitung, aku boleh buka meja kecil kat pasar malam dan jual! "Lelong... lelong!" hahaha... Hadiah Kiwi Kleen yang dimenangi sebelum ni dalam entry sebelumnya:


Katy Perry - Last Friday Night (T.G.I.F.)

Minat Katy Perry? Tak jugak. Tapi  layan je lagu-lagu dia dan suka tengok video klip ni. Katy Perry sebagai Kathy Beth Terry. Nerdy yang sakan berparti. Kemunculan istimewa Kumpulan Hanson, Kenny G dan ramai lagi pelakon hidupkan klip ni. Besh!

Thursday, October 6, 2011

Won CRABTREE & EVELYN PROMOTION MAY 2011

Alhamdulillah... Menangi hamper Crabtree & Evelyn bernilai RM200. Contest anjuran Marie Claire, promosi bulan Mei 2011. Produk  Crabtree & Evelyn kelima aku menangi  sepanjang bergiat sertai contest majalah ni hehe... Terima kasih Blu Inc!

Entry terdahulu hadiah Crabtree & Evelyn:

Wednesday, October 5, 2011

Won MARIE CLAIRE / AVON PROMOTION JUNE

Alhamdulillah selamat terima hadiah dari Blu Inc. Hadiahnya berupa lipstik berjenama AVON Ultra Moisture Rich. Pertama kali tengok dan kenakan lipstik jenis ni. Keistimewaan lipstik Ultra Moisture Rich, ada dwi warna dalam saduran isinya. Lebih besh, baunya pun sedap. Macam nak makan je! haha... 

Ada perisa Raspberry, Fuschia Fever dan Perfect Pink. Agak-agak mana satu pilihan aku? Yeshhhh... Perfect Pink semestinya. Warnanya tidaklah terlalu menonjol. Sedang elok je kat bibir. Yang lain-lain selamat jadi hadiah raya untuk mak dan kakak hehe...