Nuffnang
Followers
Wednesday, June 30, 2010
KFC Colonel's Latest
Sketch Hawaian dolly

Award Pink dari Momma Mia!

1. Link kepada orang yang bagi award ni: http://alinalan.blogspot.com/
2. Nyatakan sebab musabab anda minat kaler PINK : Nak cerita panjang menjela. Tapi kalau sudi jengahlah entry ni: "Warna kegemaranku (Contest KhazisBoutique)" Disebabkan contest aku kerah ingatan aku tentang kisah silam hahaa... Kelakar... kelakar... Enjoy je aku join contest Wilda ni. Walaupun tak menang, tapi ingatan join contest ni memang best sebab aku enjoy bikin entrynya.
3. Sejak bila suka kaler PINK: Sejak kecik.
4. Nyatakan 5 barang yang anda paling sayang yang kaler nya PINK:
Buku nota aku segalanya tentang perincian contest dll hahaha
Set sarung bantal english deco kaler pink
Cermin berhias pink
Baju nikah pink
5. Snap gambar anda dengan salah satu barang kaler PINK:
Pink ni. Nampak cam purple pun ada, haih...6. Tag 5 kawan anda yang minat kaler PINK : Ada yang aku nak letak linknya, dah terima kot tag ni dari blogger lain. Tapi senarai berikutnya aku pasti suka PINK!
Izza (izza suka pink kan kan...)
Gambar selitan: kalau aku ada kucing, kucing aku pasti berhias begini miaahaha...
Gambar selitan: aku memang suka pink. Tapi belum capai tahap budak perempuan ini. Kes jeles dah ni hahaha.... Bestnya seluruh bahagian warna pink. Segala harta warna pink. Tapi bila semuanya pink... pink... pink.... agak pening! wakakaka... (bukan lagu waka waka ~shakira) Tuesday, June 29, 2010
Kemaskini bloglist
sketch
Dolly ni dah lama aku bikin tapi sampai sekarang belum siap-siap lagi. Ini sebahagain dari rekabentuknya. Ikutkan rekabentuk sebenar skecthes ini dilukis penuh seluruh badan. Tapi aku tak habis inking. Besok-besoklah kalau ada masa.Kejadian handbag kena CURI dalam SURAU
Monday, June 28, 2010
Give Away - Just For Fun
Tengok koleksi hadiahnya, best-best belaka!Arol DSHW
Trimas kepada Arol kerana sudi perkenalkan hakak
dengan giveaway best ni. Jasamu hakak kenang!
Tarikh tutup giveaway pada 31 Julai 2010
CUTEST BABY IN PURPLE By Mama
Topi sejuk ini jadi pilihanku. Berwarna ungu dan jarang sekali diperagakan oleh Damia. Dikenakan ketika bercuti di Genting Highland. Itulah satu-satunya waktu Damia tak menolak pakai topi ni. Sekarang.... dia dah tak nak pakai topi ni... huhu... sayang je! Aku punyalah sukakan topi ni... Contest ni wujudkan kenangan Damia memakai topi sejuk ni. Trimas Mama kerana sudi anjurkan contest best sebegini!NAMA ANAK:
Aliya Damia binti Azmi
UMUR ANAK:
2 tahun
TARIKH LAHIR ANAK:
24 mac 2008
EMAIL:
washifalo@yahoo.com
Klik gambar untuk terus ke entry contest ini!
Jemput klik banner untuk terus ke blogshoppe tersebut.
Apple Of Mom's Eye
Wansteddy Giveaway update
Nak rileks kan hati dengan cerita pasal Giveaway Wansteddy. Aku belum beli hadiahnya. Tapi dah ushar yang best-best! Dolly ada yang aku dah prepare raw design. Tunggu pemenangnya bagi contoh baju je. Barulah aku siapkan full design. Seronok gak sambil-sambil layan kerja pening ni aku melukis dolly. Dolly untuk customer pun masih dalam pembikinan. Aku tak nak paparkan design yang belum siap. Biar dah siap sepenuhnya baru puas hati nak papar.Emosi
Kalau pun aku buat kerja tambahan pun... jangan risaulah.... Aku takkan kaya dengan kerja tambahan ni. Bukan masyuk ratus-ratus, riban-riban macam sesetengah orang beb. Sampai cuti bagai sebab kejarkan duit tambahan tu. Duit masyuk pun takkan sampai ke tahap boleh timbulkan dengki dalam hati orang pun. Al kisahnya.... Malas aku nak kisah. Cuma terasa la jugak beb. Bukan aku bengap sangat sampai tak reti nak beza antara berlawak dengan menyindir. Tricycle My Dear to my Dear Damia
Quata membebl bagi seorang wanita 30'000 patah perkataan sehari. Tak cukup quota perempuan akan membebel dalam tidurnya. Tak percaya? para lelaki boleh tungguh isteri amsing-masing tidur lena malam karang. Tengok sendiri betul tak. tapi pastikan korang tak bagi isteri korang bercakap banyak hari ni. Barulah petua nak tengok isteri mengigau, menjadi. Heh!
Soheh malam karang aku mengigau.
Sebab tak cukup quota perkataan dapat aku luahkan hari ini.
Saturday, June 26, 2010
My first giveaway * Phone Case *
Dengan menjelajah blog milik pereka barang-barang kraf yakni Cik Izyan Nadiah, kita temui rahsianya! Cik Teddy dengan penuh rasa hormatnya menjemput kalian meneroka blog milik Izyan Nadiah. Di sana kalian akan menerui rahsia sebenar bagaimana untuk mendapatkan phone case tersebut dengan cara mudah tapi penuh gaya! Mahukan satu lagi tips kejayaan rahsia? Klik saja setiap link yang terpapar nama Izyan Nadiah. Dijamin anda akan teruja seperti Cik Teddy. 
'Lovelygift Giveaway Contest'

Melepak di pejabat
Friday, June 25, 2010
warehouse My dear


Products Offered
High Chair
Bouncer
Stroller
Walker
Carseat
and more
Terms
Cash and Credit Cards
Time: 9am – 7pm
Location (Tel: 603 8060 0093/95)
34 Jalan Meranti Jaya 10
Meranti Jaya Industrial Park
47120 Puchong
Selangor Darul Ehsan Malaysia
Kos kad kraf
Thursday, June 24, 2010
Penat lelah bekerja takkan berhenti
Call card wansteddy~ yang segera dan simple

Tengah ura-ura nak turun lagi harga.
Makanan yang memudaratkan kesihatan
Header Wansteddy Studio

Wednesday, June 23, 2010
Berblog itu wajib
kerja
Tuesday, June 22, 2010
Rasa macam nak cari pengasuh lain tau

Ha.... macam pekena terapi pulak dapat jengah balik blog ni. Seronok je rasa. Aman damai tenteram dan sebagainya. Sebelum jengah sini sempat aku design gambar keamanan aku ni. Alangkah bestnya kalau dapat lepak-lepak kat taman sambil hirup udara segar macam ni kan.
Kerja penting tadi dah selesai. Tapi kerja lain masih tertunggak. Jangan mimpi nak senang lenang lagi. Kerja ini kena diutamakan. Target harini, nak balik cepat. Gasaklah dengan kerja. Karang terabai anak aku ada orang lain nak kisah?
Semalam kami lambat ambil Damia Sekitar jam 9malam baru sampai rumah tau. Mula-mula ambil Damia aku tak perasan apa-apa perubahan pada Damia. Selesai makan dan mandi barulah aku perasan, dahi Damia penuh kesan luka dan merah-merah lebam. Kenapa agaknya boleh jadi macam tu?
Jujurnya aku agak marah kat pengasuh dia semalam. Kalau pun memang bukan salah dia. Kalau pun Damia menggaru. Kalaupun Damia terjatuh. Bagilah tahu kat aku. Biar aku tahu. Ni diamkan je. Siap jatuhkan rambut depan Damia. Memang masa ambil Damia tu aku tak perasan sebab tu la. Rambut lindung dahi. Haih....
Aku ni bukan jenis mak leter yang kuat komplen. Aku jenis tak sampai hati nak marah-marah depan muka pengasuh. Aku tak nak Damia dapat layanan buruk lepas aku komplen. Aku jaga je hubungan baik dengan pengasuh. Kadang-kadang bila dia perlukan duit. Dia nak cepatkan waktu bayar upah jaga Damia, aku ikut juga. Aku fikir... keluarganya susah. Cubalah tolong sedaya yang boleh. Tak pernah aku persoal macam-macam kat dia. Tapi bila aku dah jaga hati dia macam tu, janganlah pulak pijak kepala kan. Jagalah amanah yang orang bagi tu baik-baik.
Seingat aku. Ketika mula-mula letak Damia bawah jagaan dia. Ketika tu dia mengandung. Dah sarat. Aku memang tak harap sebab nanti lepas dia bersalin nak kena cari pengasuh lain. Tapi agaknya sebab perlukan duit. Pengasuh Damia beria-ia nak jugak jaga Damia. Segalanya tentang Damia elok terjaga. Yang buat aku puas hati. Kulit Damia makin baik selepas duduk dengan dia.
Tapi lepas bersalin, aku cari pegasuh lain takde pulak yang sanggup jaga. Sampaikan aku kena bawa Damia ke pejabat. Sampaikan aku kena tegur dalam pejabat. Sampaikan aku teramat sedih dengan kes anak ni. Aku sanggup ambil cuti jaga Damia sendiri sementara nak cari pengasuh baru.
Kendian pengasuh Damia bagitahu dia nak jugak jaga Damia. Sedangkan masa tu dia belum pun habis pantang. Dia bagi harapan yang adiknya ada boleh tolong tengok-tengokkan Damia. Legalah jugak walaupun rasa berat hati.
Makin lama aku tengok keadaan Damia makin terabai. Selekeh je macam tak mandi. Sampai saja di rumah kalau nampak bekas makanan dia merengek mintak makan macam lapar benar. Makan pulak dengan lahapnya. Sedih aku tengok tau. Kat situ je aku dah rasa tak best. Kendian kulit Damia jadi semula macam dulu. Paling teruk dalam 2 minggu lepas la. Gara-gara tak mandi, Damia gatal dan garu kat pelipat kakinya. Habis berdarah-darah sampai nampak isi kulit kaki. Aku punyalah sedih.
Tapi aku sabar lagi. Aku pesan suruh bawak Damia mandi dan makan awal. Jangan paksa tidur siang awal-awal lama-lama.
Sekarang aku asyik terfikir nak cari pengasuh lain. Aku dah agak jelak hari-hari nak kena pesan benda yang sama kat pengasuh ni. Dan aku kadang-kadang rasa bengang bila tengok keadaan Damia yang makin tak terurus.
Sebenarnya nak tulis sikit-sikit je tapi dah terlebih panjang pulak.
Tidakkkk....!!!
Monday, June 21, 2010
Vandalisme kat kawasan kejiranan aku ~ perkara biasa
Bz tahap cipan ~ Bukan cipan je sibuk
Kerja rekabentuk yang sedang kuusahakan. Curi-curi pandang dah ler. hehe...
Penyertaan GA Wansteddy kian bertambah. Terima aksih kepada yang sudi sertainya. Lebih buat terharu kepada yang sudi jugak buat entry walaupun tiada dalam syarat. Untuk tidak berat sebelah harus ditegaskan di sini. Tiada extra markah. Maaf sangat-sangat. Prinsip aku keadilan tu penting hehe.
Kredit buat aku dengan entry dari para peserta ini. Aku baca dengan perasaan penuh terharu. Sungguh! Aku seorang perempuan yang super sensitif. Walaupun mukaku nampak ganas dan ekspresi wajah macam nak telan orang, aku sebenarnya cepat tersentuh. Dalam hati ada taman. Makanya terharu itu lumrah pada sifatku haha...
Penutup apa aku nak nak tulis ni yea? Nanti karang-karang kalau dan aku menulis lagi.
Friday, June 18, 2010
Selamat Hari Bapa untuk my ABAH
Rileks dulu

Manwha & Drama ~ Goong
Pernah baca manwha Goong? Kalau tidak pun pernah tengok Korea Drama bertajuk Goong? Kalau belum, korang kena pastikan siri drama atau manwha ni antara koleksi peribadi korang sebab jalan ceritanya memang best!
Aku nak ceritakan pasal Korea Dramanya dahulu. Terbahagi kepada dua siri sebab dihasilkan oleh dua produksi berbeza. Tapi aku nak review drama Goong siri pertama sebab siri pertama ni lebih best. Pelakon-pelakonnya lebih mesra watak. Serta kerana s iri ini telah menjadi fenomena untuk siri-siri Drama Korea. Setahu aku, puncanya kenapa produksi ini diubah kerana drama ni jadi rebutan. Berlaku perpecahan dalam produksi kendian masing-masing nak tubuhkan kumpulan produksi masing-masing. Akhirnya produksi kedua terpilih dan semua barisan pelakon asal digantikan dengan pelakon baru.
Watak-watak utama siri Goong pertama. Dua pelakon dari sudut kiri watak antagonis manakala kanannya watak hero dan heroin.

Barisan pelakon untuk watak DiRaja. Selit sekali minah ala-ala Cinderella yang suka menyibuk tu haha..

Nama Heroin: Shin Chae Kyung. Pelakonnya: Yoon Eun Hye (Yun Eun Hye). Nama samaran: "JamGgoDae" atau "Pooh". Seorang penyanyi, pelakon dan model. Sekali pandang korang akan kata. Sengalnya watak minah ni. Pakai seragam sekolah. Skirt, di dalamnya sarung seluar track suit. Memang selalu main marathon bila jumpa cikgu sekolah sebab tak patuhi undang-undang sekolah.

Nama Hero: Lee Shin. Pelakonnya: Joo Ji Hoon. Seorang model dan pelakon. Episod pertama tengok lakonannya punyalah aku hangin. Apalah pelakon macam ni pun terpilih jadi watak utama. Kekok. Kaku. Tapi bila masuk episod-episod seterusnya aku terus suka kat mamat ni. Memang watak anak raja berlagak sombong bodoh tu sesuai sangat dengan dia hehe...

Watak: Lee Yul . Pelakonnya: Kim Jeong Hoon (Kim Jung Hoon) / John Hoon / Jin Zhen Xun. Punya banyak nama. Seorang penyanyi, pelakon dan model. Dia memang sesuai dengan watak Lee Yul. Putera yang sepatutnya dimahkotakan tapi terpaksa serahkan tahta kepada Shin sebab kemangkatan bapak dia. Selepas selesai siri drama ni John Hoon nak tarik diri dari produksi drama ni sebab tak tahan dengan tekanan watak ni. Katanya:"Nampak je simple watak ni beb, tapi seksa aku layan watak psiko macam Lee Yul ni" aku punya versi kata-kata wakili John Hoon, hahaa... Tapi akhirnya semua pelakon digantikan dengan pelakon baru. Ironi sungguh.
Semua gambar kredit kepada google & http://www.velverse.com/

Aku sukakan bahagian ni. Ketika Chae Kyung sibuk nak mengajar aktiviti-aktiviti mengarut pada Yul yang baru masuk sekolah yang sama dengan Chae Kyung dan Shin. Pada asalnya dorang ni yang dijodohkan bersama. Tapi disebabkan tahkta bakal diserahkan kepada Shin. Maka Yul terpaksa lepaskan peluang sebagai Raja seterusnya dan terpaksa lepaskan Chae Kyung. Tapi memang Yul pun ada hati kat Chae Kyung.
Bahagian ni pun kelakar ketika pakatan antara keluarga DiRaja konon-konon nak eratkan hubungan antara dorang ni. Korang jangan lepaskan episod yang ini. Memang buat aku gelak guling.

Keluarga Chae Kyung yang tak berapa nak sempurna. Terlibat dengan hutang. Mak bapak dan adik yang berperangai pelik. Termasuk perangai heroinnya jugak. Macam mana pun kasih sayang sesama dorang tetap teratas.

Keluarga DiRaja semasa muda

Keluarga Shin

Keluarga Yul masa kecik

Seterusnya layan pulak lukisan-lukisan cantik versi manwha. Pelukisnya perempuan tau. Sila kagum dengan mata bersinar-sinar bahagia. PARK So Hee berasal dari Gimhae, South Korea.

Jalan cerita manwha dan dramanya memang banyak berbeza. Manwha Goong ni masih berstatus dalam pembikinan. Aku pun dah lama tak ikuti perkembangan manwha ni sebab lama sangat nak habis. Nanti bila betul-betul siri ni dah habis barulah aku terhegeh-hegeh nak ikut balik hehe...













