Nuffnang

Followers

Thursday, September 30, 2010

DiGi iPhone 4 Me

Kisah bersiri Kak Wan dan DIGI iPhone 4:

Babak PERTAMA: DiGi iPhone 4 Me
Babak KEDUA: DiGi iPhone 4 Play
Babak KETIGA: DiGi iPhone 4 Real
Babak KEEMPAT: DiGi iPhone 4 Life

Panggil saya.... Kak Wan. Bolehlah panggil Kak Wan Becok ke Kak Wan Bebel ke sebab K. Wan memang suka membebel. Baik alam maya mahupun alam nyata. Kalau dulu suka bebel kat suami dan anak je. Sekarang suka membebel dalam blog dan facebook. Apa kena mengena kisah K. Wan dengan tajuk di atas? Teruskanlah membaca kisah tentang K. Wan dengan DiGi iPhone 4 ye... Banyak kupasan menarik ada di dalam entry ini.
Sekarang ni teknologi semakin canggih. Kalau dulu kita berutus surat melalui surat letak bawah tempayan atau berutus surat melalui posmen, sekarang orang dah guna sms dan email untuk bertanya khabar. Kalau dulu orang guna komputer nak hantar isi email, sekarang tak perlu usung lappy ke mana-mana (takut kena ragut). Memadai bawa iphone sahaja. Dengan aplikasi pelbagai gunanya akak bukan saja boleh berhubung dengan semua kenalan melalui pelbagai cara, malah tampil bergaya vouge gitu! Jangan jeles makcik ini boleh tampil lebih anggun hanya kerana iphone 4 ini!

Puuuuuuunyalah canggihnya! Sekali pandang K. Wan dah tahu dah benda ni lebih berharga dari gelang emas 360 karat K.Wan ni. K. Wan teruja betul nak dapatkan DiGi iPhone 4 ni. Banyak kelebihannya berbanding gunakan telifon jenis kena putar-putar versi lama tu. Memang sekali pandang K. Wan dah tahu inilah telifon idaman kalbu yang kena benar dengan selera K.Wan. Ia canggih, ia moden dan paling best... banyak kelebihan lain yang panjang lebar K.Wan nak kupaskan disini.

Antara kelebihan iPhone 4 ni ialah:

1) iPhone 4 ni memiliki ukuran diagonal sekitar 3,5 inci, ini bermakna perangka itu dapat menampilkan 4 kali lebih banyak dari piksel dibandingan layar sebelumnya . Hal itu membuat gambar semakin tajam.

2) Skrin dan belakang panel yang tidak mudah calar. Kalau K.Wan hentak kat batu pasti takde kesan. Hebat sungguhnya iPhone ni, tak payah bayanglah. Beli je terus...

3) Saiz memori iPhone 4 sangat besar. Korang tak payah gunakan memori kad. Boleh pilih antara 16gb atau 32gb. Nak simpan gambar, video, lagu dan macam-macam lagi memang kacang!

4) Paling best, iPhone 4 ada kamera hadapan dan belakang sehingga 5MP dilengkapi dengan Autofokus dan LED flash. Pastinya kualiti gambar yang diambil lebih superb, jadi tak perlulah nak gunakan kamera lain lagi. K.Wan dah tak larat nak usung kamera filem lama tu ke mana-mana. Buat berat handbag je.

5) Terbaru akak dapat tahu yang iPhone 4 ada perkhidmatan merakam video. Bolehlah K. Wan berblog kat mana-mana, bila-bila masa sahaja. Lagi panjang langkah K. Wan lepas ni. Tak perlulah nak hadap lappy kat rumah tu je kan.

Banyak lagi kisah yang K. Wan nak kongsi ni. Mahu tak mahu korang kena paksa baca jugaklah nanti. Untuk seketika K. Wan nak buat entry baru dulu. Nak update blog... Dah ada iPhone ni, mestilah bergaya!



Bersambung pada babak kedua:
DiGi iPhone 4 Play

Samsung U-nivez CONTEST!

Perasan tak badge kat sidebar atas kiri anda? Cuma klik like anda secara automatik boleh join contest ni. Mudah sangat, cuma perlu cari banyakkkkk kawan untuk ikut like facebook anda. Pastu korang boleh semak ranking korang ditangga ke berapa. Seterusnya boleh memenagi hadiah-hadiah anjuran Samsung yang superb best! Tak nak percaya? Semak hadiahnya di bawah... Bestttt!

Proses nak join contest ni mudah je. Kang mulakan dengan step berikut (cara aku):

1) Like kawan korang kat facebook yang join contest ni. Secara automatik korang ditarik masuk dalam ranking contest ni.

2) Klik kat icon pink: Broadcast Yourself Now! Mungkin ambil masa sikit nak loading. So korang pergi makan kopok dulu, jangan tutup link tu nanti rugiiii xdapat join contest ni.

3) Follow je step mudah seterusnya.

4) Pastu korang boleh promote diri korang melalui badge like kat blogspot. Nak tarik lebih kenalan, buatlah entry. Dorang tak cadangkan pun, aku yang mengatal nak buat hehe...

5) Seterusnya gunakanlah usaha gigih anda tarik seramai mungkin rakan anda untuk menge'like diri anda. Siap....

Walla! Kalau menang jangan segan beri 10% hadiah kat aku hahahaa... Tak dapat laptop pinknya dapat iphone jadilah.... wahahahaa.... Bajet menang besar!

Jangan berlengah lagi. Jom join contest ni. Ingat... Lagi ramai kawan anda lagi hebat rank anda! Pastikan anda seorang popular untuk sertai contest ni. Aku tahu aku tak popular, demi support member gigih join jugak kui3...

Nak join langsung tak susah, klik like kat sidebar atas kiri tu yep. Jom support kawan-kawan kita!

Guocera 'Modern Styling' Contest


Untuk meredakan amarah tadi aku nak share info contest. Nak sambung kerja dah habis mood. Dah masuk waktu balik dah pun. Sebelum sign out ni meh tengok contest terkini ni. Best-best belaka hadiahnya. Siapa-siapa yang nak renovate rumah boleh buat dua kerja dalam satu masa. Sambil mencantikkan rumah boleh join contest ni!

Participate in the Guocera 'Modern Styling' Contest and stand a chance to win an all new Nissan X-Trail and other prizes worth over RM200,000.

Here's what you have to do to take part in the contest:

1) Purchase RM2,000 or more worth of Goucera tiles and beautify your home or office.
2) Snap a full colour 4R photo of your renovation.
3) Send in your photo by completing the contest entry form.

Winners will be chosen based on the most creative and modern designs.

The prizes on offer:

Grand Prize: 1 x Nissan X-Trail

First Prize: 1 x Samsung 63'' 3D Plasma TV and BluRay Home Theatre System

Second Prize: 1 x Ora-Kit German Kitchen Design SetMonthly Prizes: 5 x Sony 32''' LCD TV

For further information, please visit the contest's official site.
Contest ends: 31 January 2011

Jaga bahasa kamu!


Okey lanjutan edisi berang kat facebook hari ni. Aku malas nak ulas lanjut.... Tak payah tanya detail la ek. Ini edisi luahan perasaan je. Korang tahu isi hati aku sudahlah kot.

Kalau pertama kali kita bersua tak kisahlah alam maya ke versi hidup ke... bertemu dengan manusia yang baik pada rupa dan nama semata-mata... Tapi hatinya busuk lebih sikit dari belacan, memang rasa macam nak piat-piat je telinga encik kurang asam itu.
Nilai pengalamannya mungkin banyak sebab tu boleh kena darah tinggi. Tapi adabnya kurang yaaaaa amat... Kesiannnn... ada jugak manusia rendah kuasa siviknya. Setahu aku subjek budi bahasa ni proses belajar yang paling mudah dan tak perlu nak belajar tinggi pun hingga ke tahap PHD. Ini ada juga manusia perasan hebat tapi....

Balik sekolah sila buka buku Pendidikan Moral. Orang melayu ke, cina ke, india ke, apa bangsa pun, buka je buku tu. Sama-sama kita belajar adab budi bahasa. Dari kecil di didik jadi insan berbudi, habis sekolah ko jadi manusia sengal pulak ek. Sesuka hati melabel orang macam tu macam ini. Bah.... Kalau kau hebat sangat kau tak bersikap macam orang sengal tahu. Setahu aku orang yang hebat pun tak pernah pandang rendah pada orang lain hatta pengemis sekalipun! Ini baru bernama sikitttttt je dah nak berlagak. Pooodah! Ha... semua kata baik-baik aku tertulis ni. Marah punya pasal.

Moral yang aku belajar hari ini. Orang yang hebat tak semestinya hebat isi hatinya. titik.

Say NO to click Fraud ~ Nuffnang

Rasanya ramai dah tahu tentang perkara ini. Bagaimanapun sejak pesanan dari Nuffnang ini berlangsung hingga kini. Masih berleluasa perkara yang tidak dibenarkan oleh pihak Nuffnang ni di kalangan blogger. Ada juga blogger yang sudah lama berkecimpung dalam dunia blog yang masih tidak prihatin dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak Nuffnang sendiri demi mengaut keuntungan dalam blog masing-masing. Kalau kena caranya tak salah. Tapi kalau berlebih-lebih jangan sedih kalau blog kita akan diambil tindakan oleh pihak Nuffnang.

Jujurnya aku sendiri pun jenis klik iklan sendiri. Tapi tidaklah klik berpuluh kali sehari. Cukup sekadar nak tahu jenis iklan yang dipaparkan. Ada iklan jenis contest, produk dan lain-lain. Kadang-kadang iklan ni macam singgahan pantas supaya kita tak perlu cari website di google kan. Tapi kalau sehari klik berpuluh-puluh iklan sendiri itu memang cari nahas la dik... Sendiri boleh fikirlah yang....

Di sini aku petik entry yang ditulis oleh pihak Nuffnang. Maaf aku tak translate sebab nanti keluar bahasa Jerman pulak:

We take a break from our regular programming to bring you a community service message about something that is rather worrying to us lately.


As you might already know, there are 2 types of Nuffnang campaigns that bloggers may earn from: Metered Cost per Impression (mCPM) Campaigns, which pay according to the number of blog visitors who view the ads running on blogs; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.


We’ve noticed that certain groups have been engaging in click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog’s owner. We understand that some of you may just be anxious about earning some side income from displaying the banner ads, but do note that this is in fact a violation of our Terms & Conditions under Section 6.

Among some of the actions which constitute click fraud are;

- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back

- asking for blog visitors’ help to click on the ads

- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them

- repeatedly switching to a different IP to click on own ads


Banner ads spaces are bought by advertisers to promote their advertising campaign. Ads are are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, not for the intention of earning extra money. Merely clicking on banner ads for the intention of earning extra money would jeopardize the effectiveness of a campaign. It may seem harmless, but click fraud benefits no one in the long run because should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as advertisers will be selective to only advertise on blogs with no records of click fraud, reducing the number of ad space available to advertisers.


Our system is capable of tracking these actions mentioned above, which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for involved with this offence. However, as the number of bloggers who engage in click fraud has been growing in an alarming rate within our community, we are forced to be more vigilant to bring this to an end. We would take the necessary action to preserve the quality of blogs and ad space available to advertisers so other members of the community are not affected by those who engage in click fraud.


We realize that many Nuffnangers may not be aware that they might unintentionally be involved with click fraud, therefore we ask that you please help us spread the word. If you are aware of any of your friends or other Nuffnangers who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly educate them on the harms of engaging in click fraud activities.


Thank you for your attention.
Say NO to click Fraud.

Tajuk entry perlu kreatif


Semalam aku dah menulis panjang menjela, tapi bila nak paparkan tak jadi pulak. Sebab aku rasa entry yang merepek ni amat rugi ditayangkan. Orang pandang sipi je. Nak baca malas, baca tajuk entry lepas tu komen macam dorang baca keseluruhan entry hahaha...

Jujurnya kadang-kadang aku buat gini jugak kat blog lain. Nak-nak blog yang tak pernah masuk. Komen kat chat box beliau tentang tajuk entry beliau. Tapi bila dah paparkan komen tu serius rasa bersalah, memang kategori menipulah pulak. Tapi nak komen tu kena berpada-pada jugaklah, kalau salah komen kantoi! Buat malu je... Selalunya rasa bersalah tu buatkan aku berkunjung 2 kali ke empunya blog. Kalai pertama baca tajuk tinggal komen. Kali kedua baca keseluruhan entry. Kes terbalik. Orang baca keseluruhan entry dulu kan.

Sesetengah pembaca tak suka entry menjela. Kalau boleh nak jengah blog untuk tengok gambar semata-mata. Tak pun untuk tinggalkan jejak dengan harapan pemilik blog tersebut buat kunjungan balas. Kat sini ramai yang pertikai. Di mana keikhlasan kita.

Babe, ikhlas tak ikhlas lain cerita yang. Ada orang sudi singgah dan jengah blog kita barang sesaat pun jadilah. Kurang-kurangnya kita dapatlah rasa dihargai. Ada jugak insan yang sudi jengah kita. Sudi masuk blog kita. Ni kalau nak pandang nama blog pun rasa... malaslah nak singgah. Blog budak ni boring. Takde pape nak tengok. Takde cerita yang bagus. Sudahnya janganlah komplen kalau blog kita kurang kunjungan blogger lain. Nak-nak kalau kita ni spesis blogger tegar tapi suam-suam kuku. Kategori ini dimasukkan dalam kalangan blogger kurang popular. Lagi nak best dah la kurang popular nak blogwalking pun malas. Nak titipkan komen dalam blog orang pun malas. Tapi teringin amat orang ramai datang blog kita. Mahu sangat duit nuffnang masuk mencanak-canak hasil kunjungan ramai. Salah siapakah andai tiada pembaca yang sudi melawat? Salah siapa? Mereka? Tuding diri kita dulu yang. Aku pun banyak buat silap. Tak bermakna kita kan kekal silap. Belajar dan perbaiki. Itu yang terbaik.

Selalunya bila kita tulis tajuk yang menarik. Ia boleh diibaratkan macam madu bunga. Harumannya menarik kedatangan banyak lebah. Kerana tajuk yang best macam ada dadah. Boleh bikin kita lagi rasa lagi mahu. Dah baca tajuk tertanya-tanya. Nak tahu isi kandungan, best tak best entry tu bacalah jugak sampai habis. Kalau entry menjela berpinar mata menghadap skrin komputer lama-lama. Berkematu jugaklah buntot duduk lama menghadap entry. hehe...

Banyak lagi sebenarnya yang aku nak rungkai tapi ingatan kian menipis. Panggilan kerja menyeruku kembali ke alam nyata. Ada masa aku merepek lagi.

Wednesday, September 29, 2010

Percaya atau tidak aku menulis panjang lebar tadi. Bila nak publish takde hati. Inilah sahaja hasil bebelan aku hari ni. babai nak balik...

Genting 45th Anniversary Video CONTEST


Join the contest now and stand a chance to win a 4D 3N Star Cruise package, 2D 1N stay at Resorts World Sentosa, or a 3D 2N stay at Resorts World Genting!

There are 3 Easy Steps to enter:

Step 1: Produce a video no longer than 3 minutes that reflects the theme of the contest, Resorts World Genting – My Best Holiday Destination. Depending on your creativity, the video can include people, facilities, environment and places of attraction at Resorts World Genting.
Step 2: Host the video up on YouTube
Step 3: Email the URL to publicrelations@rwgenting.com, complete with your particulars

Closing Date is 15 October 2010

**********

Terms and Conditions

1. Eligibility
(i) ‘GENTING 45TH ANNIVERSARY VIDEO CONTEST’ themed Resorts World Genting – My Best Holiday Destination is open to all, save and except for the employees and officers of the members of the organizing committee (consisting of Star Cruises, Genting Group (including Genting Malaysia Berhad, its substantial shareholder Genting Berhad, its subsidiaries, associated and/or related companies of Genting Malaysia Berhad and Genting Berhad ) (the “Organizing Committee” or “OC”) and their immediate family members.

2. Contest Period
(i) The contest begins at 9am on 15 September 2010 and ends at 5pm, 15 October 2010. Winners will be announced by 31 October 2010 (“Contest Period”).
(ii) All entries are to be submitted on or by 5.00 p.m. of 15 October 2010 (“Closing Date”).
(iii) Entries received after the Closing Date will be automatically disqualified.

3. How to Enter
(i) Contestants are required to upload a video of up to 3 minutes duration on http://www.youtube.com/ and to submit their entries to publicrelations@rwgenting.com complete with contestant’s name, email address and the video’s URL relating to the contest. The video will then be uploaded onto YouTube by the OC via the rwgenting account (“rwgenting Account”) for all contestants to view. Personal information such as the name, address and contact details of the contestants will not be uploaded on to the rwgenting Account for the duration of the Contest Period.
(ii) The OC is not responsible for incorrect, inaccurate or incomplete entry of information by contestants; lost entries, interrupted or unavailable network, server or other connections; scrambled transmissions or other errors or problems of any kind whether mechanical, human, or electronic, technical malfunctions or computer hardware, software or any combination thereof; or problems associated with any virus or any other damage caused to participant’s systems.
(iii) The OC reserves the right to reject the participation of any contestant at any time without having to assign any reasons whatsoever.
(iv) Subject to the other terms and conditions stipulated herein, each contestant may only submit one video for the contest.

4. Terms and Conditions relating to the Videos submitted for the Contest:-
(i) Content of the Video has to ultimately reflect the theme of the contest, which is “Resorts World Genting – My Best Holiday Destination”.
(ii) Content of the Video may include all Resorts World Genting’s facilities and attractions save and except for the Casino premises.
(iii) The duration of the video should not exceed 3 minutes.
(iv) Only digital Videos will be considered and should be in the format supported by http://www.youtube.com/
(v) Videos that have won any other contest(s) or have been published, or that violate or infringe any copyright are not eligible.
(vi) Contestants are to credit the background music used in the Video in order not to violate the music copyrights
(vii) By their submission of the Video, the Contestant warrants, agrees, represents and undertakes with the OC that:
a) that the Video is the contestant’s original work and that the contestant is the sole copyright owner.
b) whenever a Video includes a recognizable person or people, the contestant has to ensure that permission is secured from each person (or in the case of a minor, the minor's parent or guardian) to use his/her image in the Video for the Competition and upon request, the contestant shall present such permission to the OC;
c) the Video does not infringe the copyright of any third party or any laws and is not in violation of any agreement with any third party;
d) Genting Malaysia Berhad shall have the absolute discretion whether or not to refer to the Contestant’s names and information when publishing, reproducing or otherwise using the Video as referred in the aforesaid condition.
e) All Videos received (whether before or after the Closing Date) are non-returnable and shall become and remain the property of Genting Malaysia Berhad whereby the Contestants expressly grant Genting Malaysia Berhad and/or the Genting Group a worldwide, non-exclusive, royalty-free, sub-licenseable and transferable licence to use, reproduce, distribute, prepare derivative works of, display, and perform the Videos for all related future marketing collaterals in connection with their business, including without limitation for promoting and redistributing part or all of the Videos (and derivative works thereof) in any media formats and through any media channels. The above licence granted by you is perpetual and irrevocable.


5. Judging Criteria
(i) Videos will be judged based on
a) the relevance of content in accordance with the theme,
b) Creativity and Originality, and
c) Video production (e.g. flow, continuity, timing, video and sound quality)
(ii) The judges’ decision is final and no appeal or correspondence in connection therewith will be entertained.

6. Winners and prizes
(i) The winners of the Contest will be notified by email and announced in the following websites on or before 31 October 2010 (the “Announcement Date”):
a) http://www.rwgenting.com/.
b) www.facebook.com/resortsworldgenting
c) http://www.resortsworldgenting.blogspot.com/
(ii) All winners announced on the Announcement Date (the “Original Winners”) must contact the OC within ten (10) days from the Announcement Date. Failing which, the OC shall have the sole and absolute discretion to substitute that winner without prior notice and without any liabilities to the Original Winner.
(iii) The OC reserves the right to substitute, change, amend or modify any prizes with other prizes of approximately equivalent monetary value at its sole and absolute discretion without prior notice and without having to assign any reasons therefor. Any appeal in connection with the OC’s decision to substitute any of the prizes will not be entertained.
(iv) The winners shall always accept the prizes subject to the terms and conditions that may be imposed by the OC, including but not limited to the ancillary expenses required for the winners to be the owner of the prizes, including any travel expenses not specifically provided for.
(v) All prizes are not transferable and/or exchangeable for cash.
(vi) The OC makes no representations or warranties to the safety, suitability or merchantability of the prizes and shall not be responsible or liable in the event any of the prizes are not fit for its purpose, not of merchantability quality or if the winners suffer any losses or damages in furtherance to the usage or enjoyment of the prizes.

7. General
(i) This Contest is subject to all applicable state, local laws and regulations.
(ii) The OC reserves their rights to amend, vary, delete or add to the terms and conditions at any times by placing such amended terms and conditions on the OC’s websites as below, and by submitting their Video, the contestant shall be deemed to have accepted such amended terms and conditions unconditionally.
a) http://www.rwgenting.com/
b) www.facebook.com/resortsworldgenting
c) http://www.resortsworldgenting.blogspot.com/
(iii) The contestants shall always agree to be bound by the decision of the OC to suspend, discontinue or cancel the Contest for whatever reason(s) whereby in such an event, the contestant shall not make any claim against the OC and the OC shall not be liable to the contestants for whatever losses or damages that have been incurred by or may be suffered by them arising from the suspension, discontinuance or cancellation of the Contest.
(iv) The English version of the terms and conditions shall prevail over any other versions.

BY ENTERING THIS CONTEST, THE CONTESTANT AGREES TO ALL OF THE TERMS AND CONDITIONS AND RULES OF THIS CONTEST LISTED ABOVE.


Komenku:

Rumahku dekat je dengan Genting. Dalam 45 minit dah sampai. Tapi sepanjang hayat duduk kat Selayang ni baru 4 kali ke sana. Takde mood nak join contest edit video ni, kalau contest bergambar harus jugaklah nak join hehe...

Selamat Berjaya kepada yang berminat!

Ujibakat untuk kanak-kanak berbakat - KAMILAH BINTANG!

Info dari Facebook Astro ~

Sebuah Pencarian Bintang Masa Depan

Sejajar dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak dan membangun, Astro tidak mahu melupakan golongan kanak-kanak yang turut memberi sumbangan besar ke arah itu. Sehubungan dengan itu, Astro dengan berbesar hati memperkenalkan sebuah program realiti nyanyian yang disasarkan khusus untuk kanak-kanak bagi mencari pelapis penyanyi sedia ada berjudul Kamilah Bintang yang akan memulakan penjelajahan untuk sesi uji bakat tidak lama lagi.

Program Kamilah Bintang bakal menyaksikan gandingan Mohd Hairey Azhar Bin Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Zoey dan Norsyarmilla Jirin atau Mila yang buat pertama kali digandingkan di atas pentas bagi menggalas tanggungjawab sebagai pengacara. Program ini juga bakal disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula 21 November 2010 kelak.

Program Kamilah Bintang merupakan pertandingan nyanyian berbentuk realiti yang pertama ditayangkan di Astro Ceria. Paling membanggakan, ini merupakan satu-satunya program realiti di Malaysia yang tidak akan menyingkirkan pesertanya. Juara hanya ditentukan menerusi markah terkumpul sepanjang enam konsert mingguan termasuk konsert akhir bersiaran. Selain itu, Kamilah Bintang juga turut menampilkan barisan artis terkemuka di Malaysia untuk membimbing para peserta.

Program Kamilah Bintang bakal menjanjikan kelainan yang segar berbanding program-program sedia ada lain yang pernah diterbitkan. Menariknya program ini ialah para peserta bukan saja akan dibimbing oleh lima orang artis profesional yang mempunyai nama besar dalam industri seni Malaysia, malah mereka berpeluang untuk berguru dengan seorang selebriti popular yang mempunyai pengaruh dan bakat yang hebat. Berbeza dengan program nyanyian sedia ada, Kamilah Bintang ingin mencungkil bakat baru sebagai pelapis bagi meneruskan kesinambungan penyanyi-penyanyi hebat tanahair yang sedia ada seperti Dato’ Siti Nurhaliza, KRU, Anuar Zain dan ramai lagi.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program Kamilah Bintang yang buat pertama kali diperkenalkan di Astro Ceria anda dijemput hadir ke sesi uji bakat seperti berikut;

2 & 3 Oktober - Hotel Vistana, Kuantan
9 & 10 Oktober - Hotel Grand BlueWave, Johor Bahru
16 & 17 Oktober - Hotel Quality, Shah Alam

Sesi uji bakat ini terbuka kepada kanak - kanak warganegara Malaysia yang berumur di antara 10 hingga 14 tahun. Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar terkini berukuran 4R termasuk gambar profil dan paras pinggang. Peserta yang hadir juga perlu memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu sesi uji bakat ini nanti.

Kaunter pendaftaran bagi sesi ujibakat akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Program Kamilah Bintang ini akan mula bersiaran di Astro Ceria (saluran 611) pada 21 November 2010. Butiran lanjut mengenai program ini akan diumumkan kelak.


Tuesday, September 28, 2010

Won Lip Ice Contest ~ Weekly Winner!

Mood mendung pagi tadi beralih ke mood happy di petang hari. Benarlah kata orang, kalau kita beri sedikit... lebih banyak kita dapat, insya'allah... Alhamdulillah khabar gembiranya hari ini aku menang hadiah mingguan anjuran Lip Ice! Minggu lepas aku pulun bagai nak rak dapatkan mata tertinggi. Jumlah tertinggi dapat aku score 71'000. Mata keseluruhan: aku di tempat ke 34. Okeylah tu, alhamdulillah... Dengan jumlah sebanyak itu, aku dapat tempat pertama dalam minggu ke-7. Hadiah yang bakal dimenangi oleh pemenang mingguan ialah RM100 cash. Happy!

Contest ini masih berlangsung. Jomlah sertainya. Aku dah ajak kawan-kawan join. Siap ramai yang bertanyakan tips nak score tinggi. Apa yang kutahu aku share, biar sama-sama merasa menang. Selamat Berjaya kepada bakal pemenang!

Lipice online contest

Baru-baru ni kegilaan baru aku join contest game online ni. Dah lama sungguh aku tak sentuh game komputer ni. Pertama sebab fokus sangat pada kerja dan lebihkan blogging dari menghadap game pc. Kalau dulu segala jenis game interactive aku sanggup download. Kalau gamenya menarik aku beli kat kedai game untuk main full version.
Antara game kegemaran aku siri Dinner Dash, Siri Harry Potter, Siri The Sims 2 dan lain-lain lagi. Sejak aku ditukarkan dengan komputer baru sebab mengikut kontrak, dan komputer baru ni sungguh la lemahnya dari segi grafik kadnya, nak tak nak tak dapatlah install The Sims 2 dalam komputer ni. bagus jugak. Kalau dah menghadap game langsung tak jalan kerja-kerja aku nanti hohoho.... Aku lebih suka game The Sims 2 dari The Sims 3 sebab senang nak kontrol haha...Korang dah main game online Lipice ni? aku dah jemput beberapa rakan sertainya sekali. Memang best! Sekarang secara purata aku dalam kedudukan ke 40. Tapi nak kalahkan markah sendiri asyik tak lepas je. Payah jugak nak naikkan markah lagi. Nak-nak kalau terkantoi beberapa step.
Tips nak dapatkan markah tinggi untuk game ini:

1) Pastikan korang tukar dan klik icon tongkat baik dan tongkat nakal pada icon bubble baik @ nakal yang tepat.
2) Kalau terperasan icon tanda seru atas kepala keluarga Amber, cepat-cepat klik habis icon nakal.

3) Pastikan stage pertama korang klik penuh semua icon tanpa miss satu pun. Ini kira markah bonus sebab stage ni lebih mudah dan perlahan.

4) Dapatkan sebanyak mungkin icon lipice. Kalau boleh jangan miss satu pun. Sebab markah icon lipice 1000. Membantu tambah markah keseluruhan.

5) Pastikan klik habis icon nakal walaupun banyak icon-icon baik lain terpapar dalam skrin. Kalau lambat klik icon nakal nanti keluarga Amber perasan korang berangan hahaha...

6) Kalau boleh jangan terkantoi sekalipun dalam semua stage, membantu xtra markah dengan extra masa. Kalau kena marah rugi masa untuk seluruh game ni.

Nak cuba game ni? klik kat sini: http://www.lipice.com.my/fbapps/?s=contest

Bagi yang dah dijemput oleh aku, jemputlah main game ni. Memang best! Untuk lepaskan tekanan klik-klik. Jangan ketagih sudahlah ye hehe... Selamat Berjaya!

Mattel warehouse

Sabtu lepas sempat kami ke warehouse Mattel sebelum gerak ke Kuantan, Pahang. Tu pun hb dah marah-marah sebab aku tergedik nak pergi jugak. Tapi sesampai je kat warehouse tu dia yang terlebih borong kereta mini dari aku ni ha... untuk aku.... takde! Beli untuk Damia je patung barbie berwatak Troy dari High School Musical movie (RM15) dan Kelly Barbie (RM10). Memang kecewa jugaklah sebab kami tak berkesempatan rembat set barbie macam orang lain. Set pelbagai bilik dan rumah barbie semuanya murah-murah. Ada yang serendah RM35 sahaja! Memang berbaloi-baloi kalau dapat beli.
Memang ramai yang bertandang hari tu. Ada tu yang duduk sebalik tiang dengan timbunan mainan berkotak-kotak. Aku ingatkan memang sengaja penganjur letak balik tiang rupanya dah jadi hak milik wanita tu. Siap famili yang lain pusing lagi tapak warehouse cari mainan lain. Wa... agaknya nak jual balik kot. Tapi kadang-kadang aku rasa cam tak best la camtu. Orang lain yang nak beli pun tak sempat nak merasa. Dapat pun set mainan entah apa-apa sebab yang best-best baru masuk tengahari selamat dibawa pulang orang lain. Tapi fikir-fikir masa ni la nak bukak bisnez kan. Borong banyak-banyak kendian jual semula dengan harga yang hampir sama atau murah beberapa peratus.

Patung Troy dan Kelly tu pun kami dapat kat kaunter pembayaran. Ada kot pelanggan yang cancel ambilnya, dah jadi rezeki damia, dapat jugak dia main dengan patung barbie. Masuk kereta langsung tak nak lepas mamat Troy tu. Gigih nak sikatkan rambut Troy yang semulajadi penyet macam pakai minyak kelepet ke kulit kepala hahahha....

Kesimpulannya macam aku bagitahu dulu, nak pergi warehouse mattel ni pergi la awal-awal. Kalau boleh sebelum pukul 10 pagi terncongoklah depan pintu. Kalau masuk tengahari tinggallah saki baki mainan boring. Tahun lepas banyak koleksi patung Barbie, tahun ni koleksi Barbie sold out! Mungkin sebab koleksi kali ni memang best, sebab tu laku macam pisang goreng panas!

Monday, September 27, 2010

Letihnya.... baru habis mesyuarat yang panjang lebar ni. Saya nak kembang urat pinggang ni duduk lama. Kalau duduk depan komputer takpelah jugak boleh online. Duduk saja-saja dengar orang bercakap yang fedap tu. Pelbagai jenis nada menguap aku dengar harini termasuk dari mulut sendiri hahaha...

Nak cerita banyak perkara tapi malaslah pulak. Nantilah aku cerita pelan-pelan. Nak rehat kejap.

Saturday, September 25, 2010

Dutch Lady "Sebarkan Kebaikan Susu" Result Contest

Siapa yang join contest ni mesti tertunggu-tunggu keputusannya. Aku sendiri kalau secara tak sengaja masuk laman web Dutch Lady memang tak tahu pun keputusannya dah diumumkan. Walaupun aku cuma hantar dua keping borang je, aku nak ambil tahu jugak siapakah gerangan pemenang bertuahnya. Mungkin terselit mana-mana kenalan aku. Al maklum ketika contest ni berlangsung masing-masing bersemangat waja kumpul borang banyak-banyak.

Aku yakin betul tak mampu menang untuk contest ni. Pertama sebab tips nak menang contest sebegini kena hantar borang banyak-banyak beserta barkod produk Dutch Lady. Anakanda aku memang tak minum susu, jadi aku malas nak membazir beli produk yang tak memberi hasil kepada keluarga. Nak perabihkan susu 6 kotak tu pun aku dah sebal tekak hahaha... Walaupun aku suka susu tak boleh nak perabih dalam satu-satu masa. Cepat muak.

Tahniah kepada pemenang. Keputusannya boleh rujuk di bawah. Keputusan penuhnya aku tak pasti, rujuklah laman web Ducth Lady. Aku semak senarai pemenang utama je. Siapa yang menang banglow tu ye? Best betul kalau aku yang dapat.... wa..... Tak salah berangan hehe...

Friday, September 24, 2010

Won Gempakstarz contest!

Dah lama tak menang hadiah dari Gempakstarz. Aku pun dah slow sikit baca majalah kegemaran aku ni. Jujurnya aku kesuntukan masa nak baca majalah-majalah yang aku beli. Kadang tu lepas isi borang contest, hantar dan menang, isi bukunya pun belum tentu habis aku baca. Aku selak-selak je mana kisah menarik, lain-lain aku rancang baca kemudian...

Majalah keluaran Gempakstarz aku baca sejak isu pertama ia dikeluarkan dengan Mat Gempak sebagai ikon majalahnya. Memang superb! Aku sampai sekarang sukakan karektor lukisan Apoh dan Kutu kartunis awal team Gempak....

Bila bertangguh tu ada yang makan bulan. Masa nak susun buku ke rak buku lama... baru terhegeh-hegeh baca entry lama hehe... Tapi sekarang aku sedaya mungkin baca hampir seluruh isi kandungan majalah tiap kali beli. Supaya aku tak ketinggalan maklumat terkini. Dek kerana itu masa nak baca komik pun kian terhad. Agak lama jugak aku tak membeli majalah Gempak ni. Tau-tau bila aku periksa tong surat tadi, aku terima sampul surat dari Gempakstarz dengan dua pas wayang percuma! Rezeki betul... Alhamdulillah... Ada sapa-sapa nak dating dengan aku? muahahhaaaa....

Trimas pada warga Gempakstarz yang masih ingat kat aku. Sayang korang hingga ke sekian kalinya. Dan untuk pengetahuan kalian, perkataan trimas aku petik dari kata-kata kenalan warga Gempakstarz. Merekalah yang ciptakan perkataan ini (aku rasa) Dan perkataan ini terus popular hingga kini. Trimas bermaksud terima kasih...

Terima kasih Gempakstarz!

Mattel Warehouse Clearance


Wa... Dah lama aku tunggu warehouse Mattel ni. Seingat aku kali terakhir aku pergi tahun lepas. Tu pun aku beli ala kadar je sebab kenangkan Damia masih kecik dan tak pandai main barbie lagi. Akhirnya bermula esok Mattel sekali lagi akan menganjurkan jualan murah produknya! Sayangnya esok kami nak ke Kuantan, Pahang. Tak berkesempatan jugak nak jengah warehouse ni.

Kalau kalian berminat nak belikan mainan murah2 untuk anak kunjungilah warehouse ni memang tak rugi. Kalau nak produk best2 macam Fisher Price dengan harga murah giler, baik pergi pagi-pagi. Lewat sikit produknya habis dirembat macam pisang goreng panas! Tapi kalau beli produk dengan harga lebih gila-gila murah, pergilah waktu petang hari akhir. Waktu tu memang murah betul.

25 to 26 September 2010

Brands Offered:
Barbie, Hot Wheels, Fisher-Price, Matchbox, Mattel, Sesame Street, Barney

Time:
10am – 6pm

Location:
The Atria Shopping Centre, 2nd Floor Block A, Jalan SS22/23, Damansara Jaya47400 Petaling Jaya


Haih... teringin benar nak pergi....

CELCOM


Maaf hari ini aku tak jengah mana-mana blog lagi. Ketika menulis ni barulah ada masa jengah beberapa blog yang sudi singgah beri komen dalam blogku. Kunjungan datang perlu dibalas. Kalaupun tak sempat beri ucapan selamat singgah jadi silent reader pun jadilah kan. Pada yang masih belum kujengah lagi, mohon maaf yep. Hari ini sibuk sekali. Banyak sangat nak diselesaikan.

Ada isu yang sedang aku berang ni. Semalam aku topup RM10 dalam henfon. Semak baki kredit RM1.75 sen sahaja. Mana baki RM10 yang aku baru reload tadi? Korang pernah kena macam aku tak? Inilah pertama kali aku terkena dengan topup gores dan salin code CELCOM ni. Sebelum ni kawan aku pernah mengadu terkena. Dan baru ni hb pun komplen yang sama. Apa ni? kad topup tu bukan dah digunakan, masih dalam keadaan belum tergores secalit pun. Macam mana code kad tu dah digunakan pulak? Rugi aku RM10. Nak tuntut ganti rugi kat kedai yang aku beli tu takde maknanya. Kawan aku pernah jugak komplen, sudahnya jurujual tu tuduh kawan aku tu menipu dia pulak. Logik akallah jugak. Macam kes aku la. Aku suka beli dulu baru gores kat tempat lain. Dah jadi kes macam ni memang haru la, mesti jurujual tu tak ngaku sampai sudah nombor code tu dah digunakan kan....

Aku memang dari dulu tak pernah pakai talian terus telifon sebab aku lebih suka jenis kredit. Lebih menjimatkan. Lagipun aku bukan jenis suka bergayut. Dalam sebulan aku topup aku boleh kekal RM10 tak berusik kalau aku malas nak kol atau sms orang. Rapi sekian kalinya belum pernah terjadilah. Aku ada hb kan nak dihubungi kehkehkeh...

Bukan isu ni saja aku bengang dengan CELCOM. Sekarang ni kalau kol orang lain walaupun untuk nombor sesama CELCOM cepat benar habis kredit. Kalau dulu ada panggilan murah untuk 8 kenalan. Sekarang nombor-nombor tu semua dah sama mahal dengan panggilan biasa. Macam tertipu dah aku rasa.

Tak cukup dengan tu aku bengang sangat dengan sms segala sms yang berbaur lucah dan iklan arak yang melata-lata. Apa kes ni? Tak tengok dulu ke nama pemilik nombor tu? Tak pentingkan nilai sensitiviti kaum dan agama ke? Aku tak tahulah berapa ramai yang alert tentang perkara ni. Tapi aku rasa kalau semuanya ambil tindakan diamkan diri macam aku memang sampai bila-bila la perkara ni berleluasa.

Aku berura-ura nak tukar nombor telifon yang lain. Tapi rasa sayang sangat dengan nombor ni sebab nombor ni aku sendiri yang pilih. Beza satu nombor je dibelakang nombor dengan hb. Zaman bertunang dulu belinya. Lagi satu sayang sebab nombor ni semua kenalan tau, lagi pun aku kan ehem ehem... penggiat contest. Kalau ada panggilan ehem ehemmmm menang kohokohkoh... dan aku dah ebralih nombor, kan sayang.

Sudahnya terpaksalah aku butakan mata tengok sms2 tak best dan merungut sorang-sorang bila kredit cepat habis. Mungkin patut aku hubungi perkhidmatan CELCOM gamaknya, perjelaskan isu yang aku tak puas hati ni, hurm....
Ps: serius aku bz hari ni. Tengaok jam... alamak! cepatnya masa berlalu! Giler semput aku rasa...

Thursday, September 23, 2010

Won double mag contest

Alhamdulillah berkat bulan Syawal ini aku menerima dua sampul surat rezeki serentak semalam. Seronoknya! Kali ni menang dua hamper bernilai RM 354 seluruhnya. Syukur... rezeki kali ini set penjagaan wajah dari Clarins dan Vichy. Keduanya dari penganjur yang berbeza.

Trimas pada majalah In trend. Hadiah yang bakal kumenangi hamper Clarins bernilai RM200. Ini hadiah ketiga untukku dari majalah In Trend.
Trimas juga kepada Majalah Her World kerana sudi memilihku sebagai antara pemenang contest Vichy Promotion. Aku bakal menerima hamper Vichy bernilai RM154.

Sungguh teruja sebab inilah pertama kali aku dapat mencuba dua produk berbeza dari dua penganjur berbeza!

Tetap sayang pembunuh anak

Bacalah My Metro harini. Tapi sediakan mental dulu sebab aku tak siap sedia mental baca artikel ini. Tiba-tiba naik rasa marah aku tak semena-mena. Tapi bila dah tenang balik aku fikir dalam-dalam....

Aku tak tahu perincian cerita. Tak dapat selami hati perempuan yang bergelar ibu itu. Entah apa dalam fikirannya. Entah berapa dalam perasaan beliau pada kekasih hati. Dan berapa banyak kasihnya pada arwah anak yang dikandung dan dilahirkannya sendiri hasil dari perkahwinan sah bersama suami. Disebabkan aku jarang-jarang ikuti kes ini, aku tak nak beri komen yang berlebih-lebih. Bimbang nanti aku menulis ikut emosi. Pada yang memang ikuti kes ini mereka mungkin lebih arif dan faham.
Tapi sebagai seorang wanita bergelar ibu. Aku rasa perasaan beliau tidak wajar. Sudi maafkan kekasih hati yang membunuh anaknya sendiri. Bunuh pun bukan dengan cara tidak kejam. Dideranya anak itu dulu. Dipijak, ditendang, dihantuk kepala dan sebagainya. Kenangkan nasip kanak-kanak yang hampir sebaya dengan Damia buat aku rasa tersentuh sekali. Kesian sangat-sangat. Dan lebih baik si anak jadi bidadari syurga dari hidup bergelumang dengan penderaan berterusan. Kalau rajin, bacalah artikel penuhnya di sini:


SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati. “Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan. “Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,”

katanya.Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.

Wednesday, September 22, 2010

Gambar Raya

Aku malas nak update picca raya dalam blog. Lambat nak upload satu2. Aku malas nak resize, malas nak taruk watermark. Main upload je terus dari folder. Makanya inilah satu-satunya gambar raya yang sudi kukongsikan dalam blog. Nak tengok lebih lanjut jemput singgah my FB.

Tahun ni takde picca kami sekeluarga, ada-ada je halangan nak ambil gambar kami bersama sudahnya ada satu je gambar kami bertiga tu pun posisi belakang tak nampak muka! huhu... Jangan sedih-sedihkan hati ini. Okes sampai sini je... Selamat Hari Raya... jom la kongsikan gambar raya anda juga!

Luahan hati ~ Sebalan hati designer ini

Hari ni mesti pekak telinga kawan-kawan meja sebelah dengarkan bunyi-bunyian merdu dari printer lama aku. Biarkan... Tapi yang lebih perlu tahan telinga aku la. Bising betul printer Epson C59 ni. Printer dah lama aku pakai. Siap dah pernah rosak, dibaiki, ink tersumbat, diupgrade kepada ink tambahan yang lebih jimat dan kurang cun kualiti kalernya. Dan macam-macam lagi. Kalau tengokkan rupanya tak payah bayangkanlah.... Selebet sana sini penuh kesan dakwat. Nampak sangat tuan malas nak jaga hehe...

Aku terkejut badak bila dapat tahu deadline artwork aku jumaat ini. Makkkkk ai... terbarai otak aku rasa. Itulah kerja jangan ditangguh-tangguh. Terus siapkan bila dapat arahan. Jadi macam hakak ni mula la kelam kelibut. Nasihat hakak pada adik-adik yang masih menuntut di pusat pengajian rendah dan tinggi ya... Jangan amalkan sikap macam hakak. Nanti cikgu-gikgu korang marah, sapa malu? Korangggg jugak. Untuk kes aku, siaplah nak kena tempelak dengan bos nanti huhuhu....

Aku sebenarnya paksarela je bila dolly design aku akan digunakan untuk kerja jabatan. Aku tak nak kongsikan dolly aku sebab rasa macam dah hilang separuh privasi aku nanti. Sedih wooo... Rasa macam nak lepaskan anak dara aku pergi kahwin je. Tah kenapa la sensitif bagai ni.

Perempuan ini...
Terpaksa mak lepaskan kamu pada orang nak huhuhuu.....

Bila aku kata aku sibuk, sempat lagi aku nyelitkan entry dalam blog dan tulis mesej dalam facebook. Kelakar dan kecewa jugaklah ada jugak yang perli-perli... Haih, kata sibuk tapi sempat lagi nak blogging. Alah... bukan aku hadap blog dan FB ni 24 jam... Pandai-pandailah nak adjuz masa nak menulis dan mendesign. Kadang-kadang sengaja aku bukak blog dan FB. Sengaja online. Tapi dalam masa yang sama sebenarnya aku buat kerja design aku. Dah kerja pun memang menghadap komputer, bolehlah buat 4 in 1 kalau ada masa.... 4 in 1 maksud aku kerja merangkumi bidang berikut:

1) Kerja pejabat (ini perkara yang diutamakan)
2) Kerja Tempahan ( buat bila free time, lazimnya pada waktu rehat)
3) Blogging dan FB (online sentiasa tapi belum tentu aku jengah blog FB ketika tu ~ sambil2 buat kerja)
4) Isi form contest (giat bila dah capai deadline contest hahahhaa)

Adakah entry ini menjawap pertanyaan anda bagaimana tatacara hidup aku seharian? Tak perlulah lebih detail. Bila masa aku makan, pergi toilet, surau, lepak ke meja kawan dan sebagainya. Dah macam CCTV la pulak blog aku ni nanti. Hilang habis privasi aku kakaka... Yang pasti aku tak tidur kat opis. Kalau tertidur tu bila sakit atau penat sangat seharian dengan kerja. Waktu rehat pun kalau aku penat aku cegilkan mata cepet ini luas-luas tengok komputer. Sebab tu aku selalu pening kepala. Kan tengok screen TV dan komputer lama-lama tak elok untuk mata. Kadang-kadang boleh jadi pening migrain wooo...

Standart la kalau ada yang kata aku takde kerja. Bukan dorang hadap duduk sebelah kerusi aku tengok apa aku buat seharian kan. Pandai mengata je. Part itu aku tak kuasa nak pikir. Bergasaklah. Janji aku happy. Pekakkan telinga butakan mata dengarkan dan lihatkan perkara-perkara negatif macam tu. Tapi kalau kata aku takde kat meja, siap! Nampak sangat cari nahas nak kena gigit dengan gigi kapak aku. Kadang tu sampai kena perli... "Nanti bontot besar, nanti gemok..." dan lain-lain lagi. Iye ke? Dah kalau malas bersenam dapatlah bontot besar. Dan kalau besar pun bontot aku.... bukan bontot dorang. Tak efek pun segala aktiviti aku ini dengan orang lain. Lainlah kalau aku tak siap kerja pejabat. Itu memang memberi kesan.

Sebab tu aku selalu mintak tempoh kat pelanggan-pelanggan aku. Berilah tempoh yang lama untuk aku siapkan kerja design. Aku kesuntukkan masa sangat. Kalau ada yang dah tak berminat menunggu dan nak tempah dengan designer lain, aku sikitpun tak ambil hati. Itu kehendak dan hak mereka. Tapi kalau boleh maklumkanlah pada aku dulu ye. Karang aku tak tahu korang nak cancel design, aku design jugak untuk korang. Boleh jadi masalah jugak nanti. Masa untuk design untuk pelanggan yang lain lebih dilanjutkan. Aku risau pelanggan lain marah-marah je. Kalau pun tak marah mesti bengang jugakkan. Aku jadi dorang pun aku bengang. Hu... sebaut pasal bengang aku masih berhutang dua dolly pemenang. Mak ai... kenapa aku ni... cuai betul! Gigih nak siapkan sesegera mungkin.

Aku faham kelemahan aku tentang ketepatan masa. Memang masa design aku makan masa nak siap. Aku peruntukkan masa yang lama nak fikirkan konsep dan mendesign keseluruhannya. Kalau ada pelanggan yang nakkan perubahan dalam design pun boleh jadi faktor kenapa proses-proses design untuk orang lain bertangguh. Tapi aku tak salahkan mereka, itu hak pelanggan. Dan aku dengan berbesar hati terima idea dari pelanggan. Aku boleh belajar minat dan idea individu yang berlainan. Citarasa setiap orang kan memang tak sama.

Ah... rasa lega sikit luahkan hati macam ni. Rasa terkumpul segala beban kat kepala tadi. Lain kali ada masalah baik sembangkan kat sini. Hey, bukan masalah peribadilah. Kang jadi isu bualan hangat sampai masuk surat khabar nahas hidupku nanti hahahhaa.... Dan aku pun memang jenis berahsia. Sorrylah nak share cerita-cerita peribadi sangat kekeke....

Kembali bertugas

Aku sudah kembali bekerja. Perlu gigih gigih gigih bekerja sebab banyakkkkkk kerja tertunggak ni huhuhu.... Orang lain kembung-kembungkan perut minum sirap dan oren sempena rumah terbuka, aku kena kembang-kembangkan otak perah kepala hahhaahaha...
Baiklah aku pun tak tahu dah nak tulis apa dengan sarat benda alah nak fikir sekarang. Petang-petang sikitlah aku menulis dan membebel. Banyak cerita nak share ni...

Tuesday, September 21, 2010

KL Urbanite First Giveaway Contest

Jom join contest best anjuran KL Urbanite. Hadiah lumayan menanti anda. Jadilah refferer tertinggi untuk mendapat tempat sebagai pemenang. Hadiah yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

Tempat Pertama : Wang tunai RM100
Tempat Kedua : Wang tunai RM30
Tempat Ketiga : Wang tunai RM20

Jom join. Jemput klik sini.
Jangan lupa add Wansteddy sebagai refferer anda!

Demam Selsema

Aku demam. Tiba-tiba je petang tadi. Hingus cair meleleh-leleh tak heti ni. Bagi sesiapa yang sedang makan cendol jangan ambil hati. Aku tak tahu pun ada orang baca blog sambil makan cendol hahaha...

Esok rancang nak masuk kerja. Banyak giler kerja aku yang tertangguh. Adoi... Tapi selsema ni tak surut-surut. Makin lancar perjalanan turunnya. Dah minum air masak banyak-banyak pun tak jalan jugak. Selalunya aku minum air masak barang dua bekas air dah cukup atasi masalah demam selsema ni. Sekarang selsema ni dah melarat pada sakit kepala dan demam nipis. Ada pulak demam nipis? Demam tak demam gitulah...

Doakan aku kembali sihat. Nak kerja ni. Rasa malassssss nak iron baju kerja malam-malam buta gini. Haih...

Sunday, September 19, 2010

Digital IXUS 130

GooGle

Inilah harta terkiniku. Aset penting untuk ambil gambar seluruh keluarga. Paling penting kegunaannya untuk isi borang contest! Kakakaka... Niat je macam dah tak senonoh sekali.

Hakikatnya kegunaan kamera ini bagai menghidupkan kembali mood nak berjalan aku. Dan mood nak join contest bergambar.

Bayangkan hari-hari bawa anak bersiar-siar tanpa kamera. Bila tengok telatah anak berjoget sakan takde kamera nak rakam adegan tu memang menyentuh hati. Nak harapkan kamera henset aku yang 2mb tu je? Tak payah la... Kegunaan kamera henset tu untuk kes-kes kecemasan je atau kes-kes terdesak di kala takde kamera. Kalau saja-saja aku malas nak guna kamera henset tu. Gambar pecah, gelap, hasil tak best. Bukan guna blackberry pun huhu...

Lebih sadis aku ni suka ambil gambar spontan. Gambar aci seksi tanam pokok pun aku ambil. Bukan untuk tujuan pronografi okey. Aci tua dah pun. Tapi nilai estetika ekspresinya tu yang mahal sekali. Kalau aku suruh sesiapa berlakon tanam pokok mana natural dah aksinya. Lagipun takde nilai artistik. Kakaka... gitu sekali. Tah apa-apa tah jenis gambar aku ambil ni.

Tapi masa nak bayar-bayar tu hati aku masih merenung sayu pada DSLR Nikon idaman hati.... Dah lama kepingin nak beli. Siap aku ambil gambar mek Damia bergaya sakan dengan kamera DSLR tu. Tapi kenangkan saiznya yang besar dabak aku tak jadi beli. Aku beli mana yang perlu dulu. Betul pun. Kalau ikutkan kepuasan aku memang nak DSLR. Tapi aklau ikutkan kemudahan kamera digital lebih baik. Is kecil, lagipun IXUS 130 ni dipelbagaikan dengan kemudahan dan fungsi yang menarik. Dibandingkan dengan IXUS 300, aku rasa IXUS 130 ni lebih berguna. Lebih kecil dan fungsi yang lebih bagus. Kelebihan IXUS 300, semi touch screen. Tapi tak semua icon oleh disentuh muka secara bebas. PAda aku kalau seatkat nak bentuk dan warna cantik tapi fungsinya kurang memberangsangkan tak payah kot. Harga pun lebih kurang je. Lebih baik beli yang serbaguna. Pendapat aku...

http://www.blugga.com/wp-content/uploads/2010/03/Canon-IXUS-130-3.jpg
http://www.blugga.com/wp-content/uploads/2010/03/Canon-IXUS-130-2.jpg

Ia lebih nipis dan ringan. Aku sisipkan kat poket pun tak rasa tebal sangat macam kamera canon aku yang terdahulu. Dan untuk pengetahuan kalian, setianya aku dengan jenama Canon ni, ini dah masuk kamera digital Canon yang ketiga aku beli. Kamera pertama masih dalam simpanan pusat baik pulih Canon, aku malas nak ambil sebab kos baikpulihnya sama dengan je kalau aku beli kamera digital sama siri yang lain. Kamera kedua dah selamat simpan dalam almari sebab kong secara mutlaknya masuk dek air. Pastikan kamera anda kalis air hahhahaa....

Nak tahu lebih lanjut tentang fungsi Canon IXUS 130 ini? Sila klik link yang di sebelah. Bolehlah tengok sendiri keistimewaan kamera digital ni. Aku malas nak cerita lebih lanjut. Tapi keistimewaan yang ketara fungsi lensa miniature dan fish eye memang best!

ps: Kamera aku kaler pink seperti yang di atas. Ia seksi. Ia comel. Gasaklah laki aku tak suka pun muahahahaa....

Belum bermood nak mendesign

Lama sungguh rasanya tak berblog. Terlalu banyak aku nak ceritakan sampai lupa segalanya yang berkarang di kepala ni. Pelan-pelanlah ingatkan semula. Masih dalam mode bercuti. Aku belum mulakan kerja-kerja design yang terbengkalai. Masuk kerja nanti aku perlu kembali bertapalah menghadap segala timbunan kerja tu. Termasuk kerja pejabat yang deadlinenya dah dekat sangat ni. Adu duuu... Kalau pikir-pikir naik krem kepala baik aku tenang-tenangkan hati dulu. Nak menulis ni pun payah sekali. Damia dah naik atas meja komputer. Main tarik-tarik rambut aku pulak adei... Kacau daun betul minah cilik ni. kekeke....

Tuesday, September 14, 2010

Takde mood langsung nak berblog. Nak buka FB pun malas sangat. Rasa tak gembira. Mood raya pun dah lama hilang. Nak cerita pun takde hati.

Wednesday, September 8, 2010

E Card Raya dari kawan-kawan

Shima aka Cindai

Anje aka Mama Balqis

Aida

Mummy Ayu

Alin aka MommaMia

Sebenarnya dah dijemput ambil ecard raya dari ramai lagi blogger. Tapi sebabkan server kat rumah ni sangat slow tak dapat nak upload kesemuanya. Maaf sangat-sangat yep. Bukan aku tak nak tepek. Serba salah ni sebab tak penuhkan semuanya dalam entry ini. Nak upload apa yang ada ni pun makan masa jugak huhu...
Trimas pada semua rakan-rakan blog yang sudi jemput aku tepek kad raya peribadi kalian dalam blogku. Maaf pada yang kadnya tak sempat dimasukkan. Andai ada kesempatan aku akan updatekan semuanya dalam entry ini yep.
Sekali lagi trimas kawan-kawanku. Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua pembaca blog ini. Maaf Zahir & Batin...

Jom BALIK KAMPUNG

Semalam lepas kerja aku berjalan ke SOGO. Hb jemput adik dan Damia kat rumah. Terpaksalah hakak sorang ni jalan kaki ke SOGO. Dah la aku hangkut kuih raya berbalang-balang dalam paperbag. Berat wo... Abang dengan hb pulak time aku nak melintas tu la sibuk kontek-kontek aku. Nasip baiklah tak berlaku kejadian tak diingini. Kalau tak ada yang kemik dengan bungkusan kuih raya kat tangan wuwu... sadis nak membayangkannya.


Berbuka di Manhattan Seafood. Beli makanan yang boleh share 4 orang. Kami berenam tak mampu nak habiskan. Damia dan Adik Azra, anak dara bang memang tak melantak seafood ni. Tengok tray yang masih berbaki... sayang je rasa. Tapi nak habiskan tak cukup tong perut. Lepas tu kami hantar abang nak KTM kat KL Sentral. Waktu perjalanan delay setengah jam. Anak-anak dah puas bermain dekat ruang menunggu. Kitorang dari berdiri, duduk bersila atas lantai. Penat betul menunggu lama. Akhirnya jam 10.45 malam barulah kereta api bergerak hala ke utara. Bye bye abang's family... nanti kita jumpa kat kampung semula. Hadiah hari jadi Azra lupa nak serahkan sebab tertinggal kat rumah. Apakah... baru-baru asyik serabut kepala kejadian lupa-lupa ni kerapkali terjadi haih...


Isnin lepas aku dah redeem hamper AVON kat syarikat Blu Inc. Dekat je tapi hala nak pergi dan balik jalan sesak teruk. Sudahnya kereta kami hampir bertemu kereta depan. Nasip baiklah tak jadi apa-apa. Kalau tidak terbang fulus nak bayar ganti rugi huhu... Hamper Avon terdiri dari 5batang gincu Smooth Minerals Avon dan dua set minyak wangi WindScape for Her & Him. Alhamdulillah... jimat duit raya dari beli perfume untuk hb hahaha... Gincu ni bolehlah bahagi kat keluarga mana yang berminat. Kalau nenek aku kepingin pun aku bagi jugak. Yang kaler merah menyala kalau ada hahaha.... Tak pasal-pasal sembahyang sunat Aidilfitri nenek aku bersolek sakan bergincu bagai. Bayangkan saja dah buat aku tersedak nak gelak besar hohoho...



Rancangnya nak balik kampung hari ini. Doakan keselamatan kami sekeluarga supaya selamat tiba ke destinasi yep. Kepada semua warga blogger pengunjung blog ini khususnya... Dengan rendah diri dan penuh ikhlasnya aku mohon ampun maaf andai sepanjang bebelanku di blog pernah mengundang rasa marah, terasa hati atau sedih di hati kalian. Mungkin bait kataku secara tidak sengaja mengusik hati dan perasaan kalian. Mohon maaf setulus hati.

Semoga Syawal nanti dapatlah kita raikan dengan penuh kegembiraan demi meraikan kemenangan sebulan berpuasa. (Aku cuti 8 hari). Keseronokan berpuasa dah tiba ke penghujungnya. Harap-harap kita dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan... Insya'allah...

Tuesday, September 7, 2010

Hadiah untuk MAK & INAK

Hari ni puas berborak dengan rakan lama kat facebook. Memang sayu hati aku kenang-kenang kisah lalu. Alhamdulillah hubungan terputus dulu kembali terjalin. Besarnya rahmat bila kita mohon maaf dengan penuh keihklasan. Sesungguhnya nikmat perasaan gembira yang Allah kurniakan pada Ramadhan ini benar-benar buat aku rasa terharu.
Contoh je aku lukis

Raya tahun ini tema pakaian kami berwarna ungu. Kalihkan perhatian sekejap soal baju. Aku nak ceritakan hadiah raya untuk mak dan inak (panggilan mak untuk ibu hb). Tahun ini terkabul niat aku belikan hadiah handbag untuk kedua-duanya sekali. Pada asalnya aku rancang nak tukar voucher Club 21 dengan handbag untuk aku, mak dan inak. Kalau dapat untuk kakak dan item-item lain lagilah aku suka. Al maklum pada aku duit sebanyak RM 1500.00 boleh beli pelbagai benda. Tapi.... untuk sebuah handbag berjenama sahaja cecah ke angka Rm1000 ke atas. Kalau pun ada yang murah dalam RM500 ke atas jugak. Rugilah kalau aku beli handbag berharga RM500 tapi corak dan bentuknya... tak cantik. Dan mungkin tak sesuai dengan selera orang tuaku.

Selepas aku dapatkan handbag untuk diri sendiri, aku pasang angan-angan belikan handbag untuk mak dan inak pulak. Tolak angan-angan hadiahkan untuk kakak. Kopak aku nanti. Sudahnya 2 minggu lepas ketika mak datang beli kain pasang untuk majlis Khatam Quran kat kampung, aku ambil ksempatan belikan handbag untuk mak. Sudah semestinya makan masa nak pilih. Mak ni selera matanya fokus tang mahal-mahal je. Bila dah tengok senarai harga dia tak sudi nak terima pulak. Sudahnya aku ambil tindakan drastik, sorok tanda harga, pejam mata, hulurkan kat dia handbag. Tanya mak suka ke tidak. Kalau tak, aku cari lagi yang lain sampai jumpa. Hari itu terlaksana impian belikan handbag baru untuk mak. Jenama POLO dengan harga RM300++. Jumlah tepatnya tak perlulah diberitahu, tapi lepas sales hampir-hampir ke RM200 jugak le hehe...

Seterusnya minggu lepas barulah aku berkesempatan belikan handbag untuk inak pulak. Kali ni aku cari jenama Carlo Rino berharga RM200++. Selepas sales dapatlah dengan kadar RM100++. Alhamdulillah harga yang berpatutan. Aku harap inak suka dengan handbag pilihan aku tu. Kalau inak boleh pilih sendiri lagi bagus. Tapi aku jamin inak mesti buat sama kes dengan mak. Tak nak terima pemberian handbag aku sebab harganya mahal-mahal belaka.

Handbag Inak sudah dikirm semalam. Harap-harap sempatlah inak memakainya ketika raya. Harapan aku inak tak berikan pada anak-anak yang lain hehe... manalah tahu kot ada yang berkenan, pastu mak aku pulak tak sampai hati diberinya juga. Oh, janganlah... Itu hadiah untuk inak... Semoga Inak suka dengan pilihan yang diberi.

Mahal atau murah tolak tepi. Target aku... mak dan inak suka dengan handbag yang dipilih. Dan paling utama aku nak mak dan inak merasa pakai handbag berjenama. Selama ni aku tengok dorang kenakan beg tangan yang entah apa-apa je. Yang terompong pun ada. Mak aku siap bawa beg UMNO masuk majlis. Sedih je bila tengok geng-geng perempuan yang bergaya sakan, bila tengok mak sendiri macam terabai je. Inak pulak pernah pakai handbag tercabut tali. Ke mana-mana beg itulah yang dia angkut. Masa tu nak belikan dia handbag baru terus dia tolak. Tak nak membazir katanya. Dalam hati aku sedih kenangkan mak dan inak. Lebihkan anak-anak dari diri sendiri.

Aku ceritakan kat sini bukan sebab aku nak riak. Aku beli beg mahal untuk mak dan mak mertua aku bukan untuk tunjuk lagak. Tidak sesekali ada niat nak berlagak. Cuma aku nak berkongsi rasa dengan pembaca. Selagi ada masa dan peluang, hargailah ibu bapa kita. Gembirakanlah hati mereka. Walaupun ia mungkin.... menuntut wang dan masa serta tenaga anda, tanggungjawab tetap perlu diutamakan.

Bayangkan perasaan bila tengok mak kita gembira dengan hadiah yang diterima. Dalam hati tentu dorang rasa bersyukur dan doakan yang baik-baik untuk kita. Nikmat yang kita dapat? Kepuasan melihat kegembiraan orang tua kita. Insya'allah... doa ibu adalah doa yang paling mustajab untuk seorang anak. Berbaktilah pada mereka selagi ada waktu.

Buat mak dan Inak... Selamat Hari raya Bonda tercinta... Ampunkan salah silapku serta keluargaku pada kalian dari hujung rambut hingga hujung kaki. Dari aku meneguk udara hingga ke akhir nyawa. Doakan kebaikan buat anak-anakmu. Moga kita bahagia selalu. Amin...

ps: Hadiah untuk abah, mesti ada juga....

Myself Portrait

Pic 1

Harini dengan buang tabiatnya aku tempek gambar profil dalam blog. Fresh lagi muka ni. Muka seawal jam 8.30 pagi pada hari ini. Gigih ambil gambar pagi-pagi sebab muka belum tercemar dengan anasir mengantuk lagi. Sebenarnya hakak malu nak paparkan muka sendiri. Tapi alang-alang nak bercerita tentang kisah hari ni kupendam rasa malu itu hohoho....

Pic 2

Jangan pelik tengok wajah aku yang jelas masih tembam tu. Haih.... Mungkin aku akan gunakan salah satu dari gambar ni. Tapi tak tahu nak pilih yang mana lagi okey. Kalau korang boleh bagi pendapat, share la komen korang eks. Tolong aku pilih gambar yang sesuai.

Sebenarnya dari semalam lagi aku dah berkobar-kobar nak ambil gambar profil ni. Konon-konon macam amik gambar IC tu. Tapi disebabkan kamera aku dah terover flash2 tak kemampuan nak ambil gambar dah, terpaksalah mintak ehsan kawan-kawan ambil gambarku. Bersemangat aku nak ambil gambar profil ni sebab..... 30hb September 2010 ni kad kerja aku nanti dah capai tarikh lupus. Bukan bermakna aku bakal pencen ek. Sekadar jangka hayat kad kerja tu je la. Sah sehingga sekian-sekian hari.

Aku nak ubah gambar profil kat kad ni dah lama. Bayangkan hampir 6tahun aku bekerja. Aku dah punya dua kad dengan tarikh luput berbeza. Tapi gambar profilnya tetap sama. Dah naik menyampah aku tengok sendiri dalam kad kerja tu. Gambar tu diambil ketika mula-mula aku nak masuk kerja. Pergi kedai gambar kat Pekan Gerik. Kat Pekan Gerik adalah beberapa kedai gambar popular. Aku tak kisahlah mana-mana kedai janji cepat siap. Buat kelakarnya hari ambil gambar tu aku pergi sendiri. Jurugambarnya suruh aku pakai kot besar dabak kat dalam kedai tu sebab aku cakap gambar ni untuk pas kerja. Giler labuh sampai jelas nampak bahu aku jatuh. Kahkahkah.... Memang sedih aku tengok gambar tu. bila dah diedit nampaklah sikit kemas. Itupun aku ni macam punya badan besar berkepala kecik. Sadis betul.

Aku tak tahulah nak serahkan gambar ni bila kat pihak yang uruskan bahagian pas kad ni. Mungkin lepas raya kot sebab waktu ni masing-masing dah berjoget kat meja masing-masing nak balik kampung. Atau meja-meja kosong je. Jadinya aku kena bersabar dulu sebelum hantar gambar ni.

Tapi kisahnya aku rasa tak best sebenarnya nak letak gambar ni sebab aku bad mood masa nak ambil gambar tadi. Pagi-pagi dalam kereta punyalah aku tergedik-gedik nak ambik gambar. Tup tup kawan-kawan aku pulak asyik komplen nak cepat... nak cepat... Sudahnya mood aku terjun ke laut. Nak ambil gambar pun dah tak ikhlas dah muka aku. Ada la dua gambar je aku rasa okey tu pun kena touch up. Tak sedar ada kesan lipstik kat gigi. Gigi depan pulak tu, ciz!

Pape pun trimas la kat kawan-kawan aku yang sudi luangkan masa penuhi permintaan aku. Walaupun selangi jugak dengan bebelan masing-masing. Sorryla ambik masa korang. Esok-esok nak ambil gambar lagi nak kena buat temujanji. Kalau nak suka-suka macam harini takde maknanya la kan. Al maklum masing-masing sibukkkk. ahahaa...

Monday, September 6, 2010

Won MOBS.MY & My Dressing Barn Lucky Draw Contest

Alhamdulillah kegembiran berganda buatku hari ini. Pertama aku bersembang balik dengan kawan rapat aku dulu. Dah lama kami tak berhubungan. Kerana facebook kami dapat mulakan semula hubungan yang suram dulu. Rindu sekali kat dia. Dia ni adik muda sehari dari aku. Aku lahir pada 19hb dia lahir 20hb Disember 1982. Memang kami akrab sangat macam kembar dulu. Tapi personaliti kitorang terang-terang berbeza. Sorang ceria, sorang gloomy giler. Aku la tu! ahahhaa... Tapi tetap wujud keserasian waktu kami berkawan dulu.


Perkara kedua, aku terima hadiah teddy bear comel dari Cute Mum. Hadiah ni diterima sempena sertai giveaway anjuran beliau. Trimas Cute Mum. Comel sekali teddy bear yang cik berikan. Aku sangat teruja. Siap sediakan pakaging teddy bear lagi. Trimas yep. Sayang sekali aku takde kamera nak rakamkan teddy bear comel tu. Semoga Cute Mum segera sembuh dari demamnya. Dah nak raya ni. Selamat Hari Raya Cute Mum.


Perkara ketiga, baru saja dilihat. Keputusan Lucky Draw anjuran bersama Malaysian Online baby Shops dan My Dressing Barn telah diumumkan. Berita gembira buatku. My Dressing Barn telah menyediakan 2 hadiah tambahan untuk pemenang bertuah. Salah seorangnya adalah aku. Trimas MOBS & My Dressing Barn! Semoga perniagaan kalian terus sukses.



Keputusan lucky draw adalah seperti berikut;


ONLINE SELLER WINNERS



ONLINE BUYER WINNERS




Tahniah kepada semua pemenang dan aku juga. Hari ini memang banyak berikan khabar gembira buatku.