Nuffnang

Followers

Tuesday, August 31, 2010

Happy Belated Birthday adik-adikku

Bulan 8 penuh dengan tarikh-tarikh penting bagi keluargaku. Anak-anak saudara punya tarikh lahir, adik-adik punya beirthday. Yang paling penting tarikh hari lahir abah. Dalam keluarga, kami dah dibiasakan dengan sambutan pada hari lahir. Tak sambut besar-besaran, buat doa selamat dan makan-makan di rumah pun jadilah.

Disebabkan tu kalau ada tarikh yang terlepas pandang, dan lupa nak ucapakan selamat mulalah rasa serba salah. Macam kes adik-adikku tahun ni. Mujurlah hari lahir abah senang nak inagt sebab selepas tarikh hari lahir adik aku yang sorang lagi. Selalunya tarikh hari lahir Arin la jadi penyelamat, kiranya macam jam penentu nak telifon abah dan ucapkan selamat.

Hari lahir adik aku Arin pun nyaris aku lupa. Aku ingat pun sebab terbaca entry pasal ulang tahun ke -22 dia. Kalau adik aku tak buat entry tu kakak ini pasti lupa. Bukan buat-buat lupa okey. Lupa betul. Selamat bahagian Arin, sorang lagi adik yang lahirnya di hujung bulan 8. Ely. Semalam hari lahir dia. Aku lupa nak wish. Nak-nak semalam kami keluar sampai tengah malam temankan hb ke Kompleks Sukan Bukit Jalil. Aku berulang kali sebut huruh 30 hb tapi asyik lupa pasal tarikh hari lahir adik bongsu aku ni. Agaknya berkecik hati dia sebab aku tak telifon macam tahun-tahun lepas. Sudahlah ini tahun pertama dia berjauhan dari keluarga sebab belajar di Kuantan Pahang. Kesian adik aku sorang tu, huhu.... Nantilah ko datang KL aku belanja hek Ely. Arin dah dapat hadiah dia dah hahahahhaa... jangan dituntut lagi masak kepala aku nanti! kui3...
Sebenarnya aku ak menulis panjang pasal adik-adikku ni. Tapi rasa malas nak mengarang petang begini. Nantilah bila senang. Apa pun kesempatan ni aku nak ucapkan dengan penuh kemeriahan: SELAMAT HARI JADI ABAH, ARIN DAN ELLY!

Tarikh hari lahir waris lelaki dalam keluargaku:

Arin: 23. 8. 1988
Abah: 24. 8. 1950
Elly: 30.8.1992

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53

Bendera di GooGle

Alhamdulillah telah 53 tahun kita merdeka. Seperti tahun-tahun terdahulu, rakyat Malaysia tak jemu-jemu laungkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! pada tanggal 31 Ogos. Semoga semangat patriotik ini berkekalan sesama kita sampai bila-bila.

Semalam buat pertama kalinya kami bawa Damia masuk ke dalam stadium Kompleks sukan Bukit Jalil. tapi disebabkan masuk pun di hujung rehearsal cuma tengok babak akhir je la. Damia dah beria nak berjalan-jalan di celah-celah kerusi macam stadium tu ayah dia punya hahahaaa.... Sekejap je kami ikut bersurai sekitar jam 11 malam lebih.

Hari ini rancangnya berjalan dekat-dekat rumah saja sebab malas nak ke pusat bandar. Faham dah kalau cuti awam begini mesti jalan sesak. Nak-nak ramai yang kalut cari barang raya di Jalan TAR. Semalam jengah laluan ke Jalan TAR pun penuh sesak dengan kenderaan. Fenomena biasa kalau dah dekat-dekat nak raya. Nak-nak bila para pekerja semua dah terima gaji. Mungkin petang nanti kami ke NSK je beli barang dapur. Mulai rabu ni sampai hujung minggu tinggallah aku dengan Damia kat rumah. Rutin aku ke tempat kerja macam yang lepaslah, naik bas lagi. Harap-harap aku sihat dan tak demam lagi. Tak larat aku nak redah perpeluhan manusia berhimpit dalam bas. Pening hakak....

Owh, bagi yang belum tahu. Umur aku pada 19 Disember 2010 nanti genaplah 28 tahun. Ramai yang tanya kenapa aku suka taruk perkataan hakak sebagai ganti diri. Owh... tak salah kot. Ramai je muda mudi yang berblog sekarang. Ada yang tahu aku ni muda lagi kohkohkoh... Aku tak cakap, orang yang kata. Tapi aku tak kisah kalau ada yang tersalah anggap aku lebih tua uhuk huk...

Ada yang tak kisah pun bila aku tak berkakak-kakak dengan mereka yang berpangkat kakak. Kita boleh lebih mesra begitu. Ada yang kisah tentang status. Jadi gelarlah mereka dengan panggilan yang sebaiknya. Rakyat Malaysia kaya dengan budi bahasa. Banyak pilihan bahasa dan ayat dapat dibina. Tepuk dada tanya selera.

Semoga nilai budi bahasa tidak luput dalam diri kita
Tak kita bahasa, bangsa, agama mahupun negeri.

Monday, August 30, 2010

Gigih kerja itu

Aku masuk kerja jugak walaupun aku masih rasa tak sihat. Rasa sejuk di hujung jari kaki tangan dan naik ke muka. Kalau tak berbedak tentu muka aku nampak pucat je. Badan masih lenguh-lenguh. Aku rasa demam urat. Tapi kakak aku boleh gelakkan pulak. "Ada ke demam urat" tanyanya. Aku pun tak tahu. Tapi memang aku perlu berurut. Nak tarik nafas, batuk dan bersin rasa seksa sekali.
Inilah saatnya bila kita rasa dekat dengan Allah. Waktu inilah kita lebihkan doa kepadaNYA moga diberikan kesihatan yang baik. Ya Allah... kudratku lemah. KAU berikanlah aku kekuatan agar dapat aku laksanakan kerjaku dengan mudah dan lancar. Banyak urusan yang nak diselesaikan hari ini. Semoga kerja-kerjaku dapat dilakukan sebaik-baiknya.
Rancangnya nak mulakan design baru. Sambil-sambil kerjakan urusan di pejabat ni mana yang dicicirkan sementara harus dijalankan juga. Maaflah hari ni gaya penulisan aku macam makcik-makcik borak santai je. Tiada cerita menarik nak dikongsikan sebab aku malas berfikir berat-berat. Karang aku stress tak jadi kerja lain aku terbongkang tidur dalam surau pulak! hahaha... Sempat buat lawak bodo.
Kepala aku kian mereng ni. Serius pening. Aku tak suka tengok sessi mengumpat. Rasa nak marah. Rasa nak jerkah je geng pengumpat ni. Hilang sabar aku. Kalau sekali dua dalam sehari aku boleh terima akal lagi. Ini selang minit ke minit mengumpat. sokseksoksek.... Tension aku tengok okey! Tak rasa bersalah ke mengumpat orang ni ha? Tak pikirkan reputasi dan maruah orang ke? Kenangkan sedang berpuasa je aku sabarkan diri ni. Benarlah kata orang. Waktu sakit emosi kita lebih sensitif. Banyakkan sabar duhai hati.... Nak pahala puasa kan... Sabar okey... sabar.....

Sunday, August 29, 2010

Giliran aku pulak DEMAM

Inilah kisahnya kenapa aku sepi dari berblog. Tak larat betul. Rancangnya harini nak melawat kawan yang baru lepas bersalin kat Hospital Selayang.Dekat sangat dekat rumah, sayanglah tak pergi jengah kan. Tapi baik aku atau Damia, masing-masing demam. Kalau aku demam sorang aku gigih kot nak pergi. Tapi nak bawa Damia yang kurang sihat tu ke hospital, kena fikir banyak kali. Takpelah, lain kali saja lawat kawan tu.

Tak larat betul. Sempat masak nasi, sup Damia, ayam goreng dan kari ayam je untuk hidangan berbuka harini. Nak masak yang lain-lain dah takde nafsu memasak. Rasa nak landing je. Penat dan badan sakit-sakit.

Friday, August 27, 2010

Header baruku sempena Bulan Kemerdekaan

Salam menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53. Tema tahun ini ialah 1 Malaysia menjana Transformasi.

Baru-baru ini negara kita banyak kali diuji dengan pelbagai insiden berkait rapat dengan jiran negara kita. Tanpa semangat perpaduan, negara kita boleh jatuh. Kita boleh hidup tertekan dengan pelbagai masalah tanpa bantuan sesama kita. Marilah bersama-sama seluruh rakyat Malaysia kita bersatu padu. Jauhkan sikap perkauman mahupun kenegerian. Kita bina negara maju dengan penuh kecemerlangan.

Header baru ni diciptakan khas sempena menyambut bulan Kemerdekaan. Semoga semangat patriotik dalam diri kita kian utuh tanpa digugat oleh sebarang anasir perpecahan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53 tahun.
"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
(laungkanlah dengan rasa bangga)

Thursday, August 26, 2010

Won Her World Mag contest ~ Avon Promotion

Alhamdulillah... rezeki masuk lagi di bulan puasa. Gembira hati bukan kepalang. Semalam aku korek-korek peti surat nampak sebuah sampul. Lain sampul aku tunggu lain sampul yang masuk kali ni. Kali ini aku menang contest dari majalah Her World Keluaran Julai 2010. Hadiah yang bakal dimenangi hamper Avon bernilai RM250. Syukur rezeki...



Ini kali pertama aku menangi hadiah anjuran Majalah Her World. Trimas Her World, semoga majalah anda kekal sukses! Trimas pada penganjurnya, AVON. Aku memang sukakan produk Avon, paling suka harumannya yang pelbagai. Contohnya haruman kegemaran aku, Musk Avon. Dari aku belajar di sekolah sampai sekarang aku suka hidu bauan lembutnya. Rasa nyaman bila pakainya.

Untuk pengetahuan kalian, Avon sedang menganjurkan contest Avon Contest 2010 – Avon Mega Impact New York. Antara butiran lanjut berkenaan contest ini ialah:


" Two grand prizes up for grab with Avon Contest – 6 days 4 nights trip for 2 persons to New York worh RM8,000 per person. The Avon Contest 2010 starts from 1 until 31 August 2010. "


Jemput bertandang ke butik-butik berdekatan dengan anda untuk ketahui maklumat contest ini dengan lebih lanjut. Aku tak join sebab terlupa tarikh tutupnya. Hari ini baru teringat. huhu....

Aku kena tuntut hadiahnya di pejabat Blu Inc Media. Tapi sebabkan banyak urusan nak disetelkan di pejabat, terpaksa tangguh dulu. Mungkin minggu depan baru pergi tuntut.

Won Tote Boutique Giveaway!

Alhamdulillah... Hari ini tiga khabar gembira buatku. Pertama jualan kuih putu mak aku laris. Aku dan Geng Mama buat jualan langsung di bilik mesyuarat pejabat atas keizinan big boss. Untuk sessi dua jam, kadar jualan itu memang sangat berbaloi-baloi. Tinggal beberapa bekas lagi yang belum dibeli. Kedua terima surat pengumuman hadiah. Dan ketiga menang giveaway anjuran Cik As dari blog shoppe beliau Tote Boutique.
Bagi yang pernah menjengah blog popular milik Cik As ini, pasti tahu tahap kualiti jahitan Cik As memang tak perlu diragui. Pilihan rekabentuknya menarik dan sesuai mengikut warna dan konsep. Aku sukakan setiap hasil rekabentuk dompet dan tote beg jahitan tangan Cik As. Ia kemas, cantik dan paling best, harganya berbaloi-baloi!

Terima kasih pada Cik As kerana memilihku antara pemenang hadiah misteri. Antara senarai pemenang lain adalah seperti berikut:

Hadiah utama:
cik Awoks

Hadiah misteri:

HAND PHONE WRISTLET UTK FIRST ENTRY

Tahniah untuk semua pemenang dan diriku jua. Antara pemenang yang kukenal, Cik bunga. Tahniah Bunga! Inilah entry yang aku paparkan tentang entry giveaway anjuran Cik As ni. Sangat skema judul begnya, hehe...


Sekali lagi, Trimas Tote Boutique!

Semoga blogshoppe Cik As kekal maju jaya, amin...

Tupai-Tupai Restaurant & Cafe @ Jalan Bukit Petaling Kuala Lumpur

Semalam dalam sejarah makan kat Tupai-tupai. Kali ni hb belanja berbuka puasa kat situ. Hidangannya secara bufet. Satu kepala RM46 sahaja. Lagi mahal dari harga header aku. hahaha... Pada aku mahal la sebab perut kecik tak dapat nak kaut makanan banyak-banyak.

gOOgle
Menariknya nak jadi rezeki sedang elok je ada tapak letak kereta kosong di kawasan dalam. Itu pun selepas penjaga parking tu tengok kitorang bawak Damia. Agaknya sesiapa takde baby ni dikurangkan kepentingan parking di dalam hehe... Masuk saja ke dalam ruang legar, kitorang disambut oleh sekor ke dua ekor tupai yang hyper aktif. Pastu ada sekor iguana yang pemalas. Nak gerak pun macam tengah sembelit je... Bestnya, macam-macam jenis lauk pauk disediakan. Sedap jugak. Tapi rugi bawa Damia, dia cuma makan nasi kosong dan ayam goreng, tapi tak habis. Nasip baik tak kena extra charges RM10. Pastu dia meratah kerepek ubi dan rambutan. Kalau bawak yang jenis kaki lantak ni memang tepat sekali. Berbaloilah dengan harga kan. Tapi baik tong aku dan tong perut hb cuma larat sekali hidangan je. Masuk lauk tambah kedua mula rasa nak muntah tu. Kesimpulannya makanan disini memang sedap.
gOOgle
Semalam memang ramai pelanggan atau memang lazimnya macam tu tak tahulah pulak aku. Satu lagi yang menarik, sempat kitorang tengok dari jauh artis Malaysia, pun ikut berbuka di Tupai-tupai ni. Antaranya Lisa Surihani, Intan Ladyana dan David teoh. Kalau ada lagi yang lain aku tak perasan dan tak kenal hehe.. Tak kenal sangat artis-artis baru ni. Aku ni kalau tengok orang bermekap tebal aku percaya dorang ni artis le kui3... Siap aku hantar sms kat kawan aku maklumkan Lisa datang ke Tupai-tupai harini. Tapi dia awal-awal dah tahu dari facebook Lisa. Wah.. memang peminat tegar Lisa betul ko ni! Malangnya aku takde kamera. Kalau ada pun aku tak minat nak bergambar dengan artis. Rasa segan pulak nak mintak bergambar.


gOOgle

Alamat Tupai-tupai:
551A Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur 50460, Malaysia
+603 2143 2525

Wednesday, August 25, 2010

Header baruku

Dalam kelibut kabut kepala ni sempat lagi aku bikin header sendiri hehe... Patutnya awal Ramadhan lalu aku dah buat header ni, tapi asyik bertangguh je sampai lupa.

Hari ini sambil-sambil tunggu save artwork bikin sekali header ni. Cantik tak cantik gasaklah. Asal masuk konsep bulan Ramadhan ni. Masih awal nak buat header sempena raya. Dah dekat-dekat nak cuti nanti, kalau rajin aku bikinlah baru hehe... Takde kerja buat kerja.

Hari ini aku sibuk

Hari ini kena uruskan banyak kerja sekaligus. Aku cuba ikut jadual yang aku susun, tapi kalau tak termampu mungkin kena tinggalkan beberapa kerja. Aghhh... Jangan stress... Jangan stress...


Paling boring kena masuk mesyuarat nanti, memang tersasarlah jadual kerja hari ini. Masih belum buat tutorial yang dicadangkan kawan, aku tak sempat nak belek-belek kerja tempahan pun. Ada dua tiga kerja sedang dalam pembinaan. Kekusutan sangat buat aku cuak. Okeylah sambung kerja. Banyak nak setelkan hari ini juga.

Tuesday, August 24, 2010

Kadar setem terkini

Tahukah korang setem sudah naik harga? Yaaaa... bagi penggemar-penggemar contest majalah, yang perlu kirimkan borang dan sebagainya mesti mengeluh sebab naiknya sekali ganda dari harga asal. Jika dulu dengan senang hati aku beli 100 keping setem sekaligus tanpa rasa ragu, sekarang dah rasa berpeluh-peluh. 100 keping setem bernilai rm0.60 bersamaan dengan harga rm60.00. Uh uh.... sedihnya.... mahalnya....

Kalau dulu hantar kiriman dengan setem rm.0.30 sahaja. Sekarang paling kurang kena tempek rm0.60 atas sampul. Aku tanya pada dua orang kakitangan berlainan pejabat pos untuk kepastian. Mengikut kadar terkini, harga setem yang diluluskan adalah seperti berikut berkuatkuasa pada 1 julai 2010:
Poskad: RM0.30
Kad raya: RM0.50
Kiriman biasa: RM0.60

Tiada lagi gunanya setem burung berangka rm0.30. Andai terbeli juga kena tempek dua ekor burung sekaligus. Huhu... Sekarang setem rm0.60 bercorak bunga kertas pink dan merah. Kalau pun warnanya ceria dan aku sukaaaaaa pink kaler, ia tetap tak menceriakan hatiku kerana kena laburkan duit banyak untuk kirim barang saja, haih...

Won Cosmopolitan contest ~ Thierry Mugler

Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan. Kali ini menang contest Cosmopolitan. Produk yang bakal kuterima haruman jenama Thierry Mugler. Ada dua jenis haruman, tapi tak ingatlah pulak aku bakal terima jenis yang mana. Apa-apa pun aku tetap bersyukur. Bolehlah berbauan harum di pagi raya nanti, ewah!


Kisahnya voucher Club 21 dah aku redeem sabtu lepas. Aku tukarkan dengan handbag Armani Exchange. Harga asal RM1330. Aku tambah RM130 je sebab sayang nak bazirkan voucher RM300 tu. Nak cari produk lain malaslah pulak. Cadangnya nak bagi pada hb je, bolehlah beliau tukarkan dengan produk kegemaran dia pulak.

Menariknya tukarbeli voucher di Garden, Midvalley tu, kitorang terima pulak voucher Rm20 Cold Storage dari kaunter HSBC di Garden. Kalau nak redeem kena beli produk dari sebarang kedai yang terlibat dengan harga RM300 ke atas. Dapatlah RM20 voucher. Aku punya dapat satu je la sebab dalam satu resit. Kalaulah aku redeem satu persatu voucher tempohari sah-sah RM80 dalam tangan dah hehe... Tapi takpe, benda free. Takdelah ralat sangat.

Syukur pada Allah... terasa ramadhan ni banyak keberkatannya... amin...

Terkenang zaman dahulu


Hari ini secara tak sengaja aku ternampak wajah terkini kawan lama. Serius bikin gelak. Tak sangka kawan yang dulunya superb inesen dah jadi macam tu. Alahai... masa remaja kian meninggalkan kita. Bila umur beranjak ke angka 30 memang tak dapat lagi nak perasan diri ini muda remaja. Ye, perasan muda tu masih ada. hehe...

Pagi tadi kisah yang dikupas oleh a.m kru Hot FM tentang kisah main mercun. Terkenang kisah lalu sekitar tahun 90-an. Masa tu aku masih bersekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Ketika tu kami menetap di kuarters Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Kuarters dulu-dulu bukan macam sekarang, ala-ala apartment cantiknya. Kuarters hospital dulu-dulu kecik, punya 1 bilik je. Kalau nak besarkan ruang, kena tambah sendiri dinding guna playwood. Sedih sekali.

Rumah-rumah disusun sebelah menyebelah. Rapat betul sampai kita boleh dengar jiran sebelah menyebelah bergosip sakan hahaha... Yang bestnya rumah jenis ni, kita boleh main-main kat belakang rumah jiran. Kutip pinggan mangkuk terbuang bikin alat masak memasak hahaha... Al maklum zaman dulu-dulu nak beli alat mainan, mahal. Nak-nak ada pulak kawan jenis kreatif. Masak beras jadi nasi pastu tambah ramuan tambahan rumput dan bunga liar. Sudahnya nasi tu dah macam nasi kerabu dah cantiknya. Ada pulak tu sudi merasa, aku tak tahulah kesan jangka pendek mahupun kesan jangka panjang pada yang sudi merasa tu. Gasaklah sapa suruh nak cuba-cuba kan hehe...

Tapi ada insiden terjadi ketika bulan ramadhan waktu tu. Hal ni berkisar dengan tajuk Hot fm hari ini. Kisahnya, mak aku tolong jaga sepupu aku yang waktu tu masih belum bersekolah. Aku rasa umurnya sekitar 5 ke 6 tahun kot. Tapi budak ni spesis budak nakal senyap-senyap. Muka inesen je tapi dalam diam tu... jaga-jagalah. Ada-ada je dia bikin bagi orang bengang kat dia.

Satu haritu aku balik ke rumah dari sekolah. Dari jauh dah nampak asap berkepul kat kawasan kuarters aku. Tiba-tiba datang kawan sepermainan aku jeritkan "Oi, Epa! Rumah ko terbakar!" Aku sangkakan dia buat lawak sebab budak ni jenis suka mengusik. Tapi aku yang tak sedap hati ni bergegas lari ke rumah. Sampai saja, tengok-tengok separuh bahagian depan rumah yang ditambah tu terbakar teruk. Merebak ke sebelah rumah aci. Siap TV 'mahal' dia pun terbakar sekali. Sekali fikir aku rasa nak padankan muka je kat aci tu sebab eksyen sangat. Suka pasang suara TV kuat-kuat tak kira waktu azan ke magrib ke tengah malam ke. Aci tu siap bising-bising dalam bahasa tamil mintak ganti rugi. Tapi anak aci tu cool je. Dia pun tak kisah sebab dia tahu kebakaran tu bukan disengajakan pun.

Sedihnya aku teringat sampai sekarang muka sayu mak aku. Rupanya insiden ni bermula dengan sepupu aku tu la. Ada ka patut dia main bunga api dalam rumah? Dia main-main tu betul-betul kat almari baju jadi faham-fahamlah macam mana kebakaran tu bermula. Nak jadi bestnya mak aku kata, dia cari sepupu kitorang tak jumpa. Nasip baik kebakaran tu dapat dikawal. Tak de pulak kelibat sepupu aku tu kat mana-mana. Lepas tu kitorang kena buat sessi mencari sepupu aku pulak.
Rupanya dia menyorok dalam gulungan tikar dalam bilik yang satu lagi! Owh, bodohnya budak ni! Kalaulah rumah terbakar hangus sedang elok je kau kena panggang dalam tikar tu jadi kebab. Dan sekali lagi muka inesennya menyelamatkan diri. Takdelah kena marah dengan keluarga aku. Kena rembat dengan keluarga dia ada la kot. Pengajaran untuk budak nakal macam beliau.

Nasip baiklah tak berlaku kemalangan jiwa. Berita baiknya lepas kejadian tu sekolah kakak hadiahkan macam-macam sumbangan dari pihak sekolahnya. Kebetulan pulak sehari sebelum kejadian ada majlis sambutan apa tah diraikan kat sekolah kakak. Pihak sekolah dengan bermurah hati beri sumbangan yang pelbagai kat keluarga kami. Syukur alhamdulillah... Ada juga yang prihatin.

Itulah antara kenangan berpuasa yang tak dapat dilupakan. Lepas ni kena perhatikan anak-anak. Mana tahu ada yang sembunyi-sembunyi main mercun dan bunga api dalam rumah. Bahaya tu. Selidiklah beg sekolah anak-anak supaya barang bahaya macam bahan api tak terkandung di dalamnya. Kejadian tak diingini boleh berlaku di mana saja.

Monday, August 23, 2010

WAREHOUSE ~ pengalamanku

Bagi penggemar warehouse tentu banyak pengalaman beli belah barangan harga gudang ni. Aku pun penggemar warehouse. Tapi aku jadi pembali ikut musim. Bila datang musim baju kian kusam, barangan rumah kian lapuk, masa tu aku menyibukkan diri cari jualan warehouse. Tempat paling aku suka lepak tentunya ShoppingnSales. Sentiasa mengemaskini jualan-jualan gudang terkini. Tapi aku lebih suka susunan blognya yang dulu sebab disertakan dengan label. Bolehlah kita cari produk ikut kategori. Sekarang ni kena bergantung pada recent post atau buat kerja susah sikit semak pages-pages lepas.

Hari ini aku nak berkongsi pengalaman aku menceburkan diri dengan jualan gudang ni. Harus dimaklumkan. Aku tidaklah terlalu taksub dengan warehouse. Tidak semua jenis warehouse aku kunjungi. Lazimnya aku cuma pergi warehouse produk baby je. Antara warehouse yang pernah aku pergi, produk My Dear, Hytex (world of Cartoon, disney dll), Anakku, Pureen, Poney, Kiko dan lain-lain.

Sepanjang membeli belah di warehouse-warehouse berikut aku punya pengalaman berbeza mengikut jenama dan lokasi. Ada yang bagus, okey-okey je dan hampeh sungguh. Selalunya sebelum pergi ke tapak warehouse ni aku baca dulu komen para pembeli kat ruangan komen Shoppingnsales. Kalau komen-komen agak membina, aku pergilah dengan jiwa lapang. Tapi kalau kebanyakkan komen-komen diberi kategori kena tahap muntah darah, aku pergilah dengan was-was.

Walaupun warehouse tu dikriktik hebat, aku suka jengah dulu tapak warehouse tu. Tengok dengan mata kepala sendiri tahap hampehnya warehouse tersebut. Tak nak terima bulat-bulat kritikan pahit. Selalunya memang kalau pergi ke tapak warehouse yang dikutuk hebat ni aku akan berhadapan dengan situasi yang tidak diinginilah. Antaranya, produk yang tak berkualiti dan layanan hampeh.

Harus aku maklumkan. Kita tak boleh harap produk-produk baru dalam warehouse. Perkara biasa kalau baju atau produk baby ni nampak lama, tercela sana sini dan sebagainya. Lumrahlah tu. Tapi kalau harganya murah dan masih boleh dipakai tak kisahlah. Murah pada aku, RM5 ke bawah. Kalau Baju usang harga RM8 ke atas aku humban je balik dalam rak bajunya hehe... Bukan nak guna untuk berjalan pun. Tapi kalau produk tu dah dalam keadaan teruk, tapi harga sama dengan je dengan harga dalam pasaran, baik lupakan sajalah. Dan tolong tinggalkan tapak warehouse tu serta merta. Kalau tidak pasti korang membeli dengan separuh hati. Sampai rumah kutuk produk tu bagai nak rak. Sudahlah perabih duit minyak, duit tol jalan jauh sampai sesat lagi nak cari tapak pameran tu huhu...

Berdasarkan pengalaman aku, inilah komen yang aku rumuskan tentang warehouse-warhouse ini:
Pureen:
Inilah warehouse pertama dalam sejarah aku pergi. Pertama kali pergi (tahun 2007) ketika mengandung Damia 4bulan. Rileks sangat sebab kawasan lapang dan produk disusun rapi mengikut kategori. Layanan staf boleh tahan. Cuma cuaca agak berbahang baik dikawasan produk bayi mahupun bahagian pakaian. Harga pakaian baby murah-murah dan pelbagai. Memang rasa seronok berborong masa tu. Perabih jugaklah beratus-ratus untuk warehouse pureen semata-mata huhu... Tahun berikutnya aku pergi (2008), harga pakaian naik harga. Produk baby masih murah terutamanya pampers Pureen. Antara produk baby yang ditawarkan jenama Pureen, Disney dan lain-lain.

Anakku:
Pertama kali pergi ketika aku sarat mengandung (awal 2008). Aku tak sediakan persiapan mental sebab aku sangka warehouse ni macam kat Pureen. Sudahlah jauh dari rumah, sesat, pastu nak kena redah lautan manusia luar dan dalam. Memang patutlah ramai manusia ke warehouse ni, harga produk dan pakaiannya murah-murah belaka. Tapi kebanyakkannya dah nampak lama. Sebabkan masa ni dah tahu jantina anak, aku rembat banyak baju basahan untuk Damia. Ada lagi yang Damia pakai sampai sekarang sebab aku rembat jugak yang untuk budak 2 tahun hahaha....

My dear:
Harus singgah kalau nak hadiahkan Damia mainan baru. Setakat ni aku dah belikan walker, pagar (tak pernah pasang, rasa nak jual balik je) dan basikal tiga roda untuk Damia. Kalau nak beli mainan kecil-kecil pun berbaloi dengan harganya. Yang bestnya siap ada jual lampin pakai buang Mamypoko. Tapi takdelah murah mana. Biasa je dengan harga pasaran. Layanan staf okey-okey belaka. Takde lagilah kes pahit sepanjang aku join warehouse My Dear ni.
Hytex:
Antara warehous ewajib pergi. Sebab dekat dengan rumah. Dan aku suka produk Disney. Baju-baju t shirt jatuh ke harga RM5 ke Rm8 dan seterusnya. Okeylah. Aku pergi Giant sales T shirt design yang sama kat warehouse harga tawaran RM5, harga kat Giant ~ Rm15. Memang sepatutnya rembat kat warehouse je. Pertama kali pergi tahun 2008 T shirt berharga RM5 tu dorang jual Rm3 je. Sekarang makin naik harga. Kalau nak dapatkan gaun kena pergi awal sebab kalau lewat banyak baju cantik-cantik habis dirembat orang. Aku suka warehouse ni sebab tapaknya bahagikan produk ikut kategori. Baby, kanak-kanak dan dewasa. Senang nak buat pilihan. Layanan staf pun okey-okey je.

Poney:
Pertama kali pergi kat Shah Alam. Aku lupa tempatnya tapi memang best hasil jualan kat situ. Aku banyak rembat gaun-gaun Poney yang turun harga hingga 50% ke 70%. Okeylah tu. Kalau beli kat mall lazimnya turun harga 50% je. Pastu selalunya dorang sorok design best-best. Bila ditanya dorang kata stok dah habis blablabla... Tapi bila sales dah tamat ada pulak stok tu. Jelas sorok produk, cis! Tapi aku pergi ke warehouse tu memang berbaloi. Baju-baju pun masih dalam keadaan baik dan cantik. Masih elok dipakai Damia sampai sekarang. Tapi ada jugak tempat lain yang kononnya tawarkan harga gudang Poney, konon-konon turun ke 70%, pergi je hampa. Baju mahal-mahal, yang murah pun produk macam stoking, jaket tah hapa-hapa dan lain-lain. Cari gaun takde, T shirt takde. Pendek kata tak berbaloi pergi. Kesimpulannya tak semua warehouse Poney bagus untuk beli belah.

Kiko:
Sebelum pergi aku dah siapkan mental dengan panorama tak best sebab dalam SNS banyak komen negatif aku baca. Masuk pintu saja kena daftar nama dan bilangan pengunjung bersama aku. Masa ni tengok je gayanya dah rasa tak best. Masuk ke tapak warehouse memanglah pakaiannya disusun ikut kategori tapi semuanya pakaian kanak-kanak. Takde langsung baju baby. Padahal dalam iklan promo tulis jugak (Age 1 – 14) from RM5 onwards! Harga dari RM5 dalam iklannya sekadar iklan je. Takde pulak produk berharga Rm5 aku tengok. Kalau ada pun mungkin aku terlepas pandang. Kalau harga spender budak dia tawarkan RM5 memang tak berbaloilah. Rasa tertipu. Satu sebab lagi aku tengok harganya pun tak berbaloi dibeli. Lebih baik belikat Sogo je seperti disarankan oleh kawan-kawanku. Sebenarnya aku suka produk Baby Kiko nak-nak kasutnya. Kebanyakkan kasut Damia dari jenama Kiko sebab selesa dan cantik. Tapi pergi ke warehouse ni memang menghampakan. Aku tanya kat staf pasal produk baby pun dia jawab sambil lewa macam nak marah kat aku pulak. Sudahnya aku balik dengan tangan kosong. Dan membebel panjang sebab tak puas hati itu ini.


______________________________


Kesimpulannya, nak pergi warehouse ni baiklah buat kajian dulu. Semak komen-komen pengunjung sebelumnya atau yang dah pergi. Kalau baca komen-komen ala-ala tension je, baiklah jangan menyusahkan diri pergi. Nak ke tapak warehouse tu sah-sah nak redah jalan yang jauh. Nak-nak jenis kena masuk gudangnya. Layanan super hampehnya. Perabih duit minyak duit tol. Kita balik pulak dengan tangan kosong dan hati yang bengkek, huhu... Tapi dapat warehouse yang bagus, baik borong banyak-banyak. Boleh pakai lama dan tak pusing kepala nak belikan baju anak bila usia dorang kian meningkat.

Saturday, August 21, 2010

Nak amik hadiah

Hari ini kalau sempat nak ke Midvalley join pameran Parent Thot. Betul dak aku sebut? Tapi haluan sebenar berjalan harini nak ke Puchong amik hadiah, yeay!

Kalau sempat singgah sekejap warehouse Kiko. Baca kat dalam Shopping n sales blog komen, ramai yang komplen warehouse ni kurang best macam Hytex dan Anakku. Tapi belum pergi sendiri tak tahu kan. Kalau jadi pergi aku pulak akan review kisahnya dalam blog, insya'allah...

Friday, August 20, 2010

Tips mendapatkan gambar baby yang BEST!

Lanjutan dari komen seorang kawan. Aku terbuka hati nak share pandangan aku tentang cara nak ambil gambar baby. Jemput baca dan berikan pendapat anda juga. Sharing itu bagus kan. Mana tahu dengan tips-tips ini boleh buka peluang memenangi contest bergambar pula. Insya'allah... Tak cuba kita tak tahu.

Kredit to Wira ~ photographer untuk foto ini


Mukadimah:

Baby merupakan subjek gambar yang paling best untuk diambil. Baby punya aura kecomelan tersendiri. Biar pun apa bangsa dan warna kulit, andai kamu masih berstatus baby, automatik kamu adalah si comel! Hehe... Nak ambil gambar baby perlukan kesabaran yang tinggi. Kalau mood dorang okey, kerja nak ambil gambar mudah dilakukan. Tapi kalau mood mengantuk, lapar dan meragam, kerja-kerja nak ambil gambar mereka pun boleh jadi tak lancar.

Bagi yang punya kamera canggih seperti DSLR, mereka punya kelebihan untuk dapatkan gambar menarik dengan latar belakang yang blur untuk fokus pada baby. Gambar lebih menarik dan nampak ekslusif! Kalau takde kamera canggih, tapi nak juga gambar yang berkualiti.... memang bermasalah. Jangan risau, tetap ada kaedahnya. Teruskan baca, aku share tips ambil gambar ikut pengamatan aku.

Tips Ambil gambar baby:

1) Fokus pada bahagian mata: Cuba dapatkan sinar cahaya pada mata baby anda. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Pandangan baby adalah paling menakjubkan dapat kita saksikan dalam hidup ini. Mata hitam baby lazimnya besar dan bersinar. Tarikan utama pada baby adalah pandagan matanya. Tak semestinya baby berbulu mata lentik dan panjang saja nampak comel tau. Yang kurang berbulu mata pun kalau kena dengan gayanya boleh mengalahkan super model! Pastikan anda elak terambil gambar mata merah. Tapi kalau terambil juga, cubalah edit sedikit gambar tersebut melalui perisian komputer.

2) Cuba kurangkan item pada latar belakang gambar baby. Sebagai contoh andai kata ada kerusi meja, alat permainan, bantalpeluk segala yang nampak menyemakkan, cuba kalih untuk lebih fokus pada wajah baby anda.

3) Jangan terlalu fokus pada pakaian baby. Pakaian yang terlalu menyerlah akan menenggelamkan wajah baby anda. Kecuali anda nak sertai contest pakaian baby. Memang seharusnyalah fokus pada baju dan wajah anak anda. Walau bagaimanapun, wajah anak anda perlu lebih diutamakan. Pakaian terbaik untuk sessi bergambar ialah, pakaian berwarna cerah dan lembut.

4) Kurangkan permainan warna dalam gambar. Terlalu ceria boleh mengalihkan pandangan mata pada latar belakang. Bagaimanapun latar belakang menarik juga dapat membantu untuk dapatkan kredit kecantikan gambar. Pastikan anda cuba dapatkan latar belakang menarik untuk anak anda.

5) Sentiasa bersedia dengan kamera. Setiap saat mungkin adalah saatnya. Andai kata anda terlihat anak anda sedang ketawa mungkin situasi tersebut dapat memberi impak pada gambar. Pastikan anda sentiasa bersedia dengan kamera.

Gambar yang kreatif:

1) Cuba fokus hanya pada sesuatu bahagian wajah dan tubuh anak anda. Sebagai contoh, fokus pada tangan anak dan latar belakangnya wajah anak anda. Kalau kamera digital anda punya icon digital macro, latar belakang boleh jadi blur. Ini akan timbulkan impak fokus yang sangat dramatik pada gambar.

2) Cuba dapatkan posisi pelik anak anda. Contohnya sewaktu anak anda sedang tidur dalam keadaan meniarap. Fokus pada arah kepala atau wajah atau tangannya. Malahan kaki pun okey!

3) Cuba dapatkan reaksi kelakar pada wajah anak anda. Mana tahu boleh join contest wajah lucu! Menarik jugak kalau dibuat foto frame ekspresi wajah anak anda.

4) Jadikan cermin sebagai teraju utama yang paparkan wajah anak anda. Jadikan badannya sebagai latar belakang. Baby anda mungkin menganggap anda sedang bermain dengannya. Menarik jugak posisi tersebut.

5) Dapatkan pelbagai posisi semasa ambil gambar anak anda. Depan, belakang, atas dan bawah. Sekali sekala bereksperimen dengan gambar apa salahnya!

Teknik fotografer pakar:

1) Dapatkan gambar bersudut fokus. Jari kaki, tangan, rambut malah punggung si anak pun boleh mendapatkan hasil foto yang menakjubkan.

2) Cuba fokus pada tekstur pakaian anak anda, jadikan wajahnya blur. Nampak berskill juga foto anda kan.

3) Dapatkan wajah comot anak anda yang sedang makan coklat atau wajah berpeluh. Setiap butiran pelik ini kelihatan unik secara semula jadi.

4) Cuba dapatkan ekspresi wajah anak anda yang pelbagai. Marah, sedih, ketawa, menangis, mencebik. Dengan hanya sehelai T-shirt putih berlatarkan putih. Jadikan ekspresi wajah anak anda sebagai subjeknya.

Kesimpulan:

Emosi baby bukan mudah untuk diambil dalam masa sekelip mata. Mereka belum pandai mengikut arahan. Jadi sabarlah menunggu reaksi yang pelbagai tu. Atau lebih baik anda jadi kreatif dengan mengusik anak anda!

Sekali lagi harus aku ingatkan. Fokus terpenting ketika mengambil gambar baby ialah pada wajahnya. Lebih penting lagi bahagian mata galaknya. Teruskan bereksperimentasi. Mana tahu gambar itu kelak boleh jadi gambar rezeki peluang memenangi contest baby!

Ps: Aku bukan pro fotografi. Aku cuma seorang graphic designer. Info ini aku dapat melalui pengalaman sendiri, pengalaman rakan-rakan yang ceburkan diri dalam bidang fotografi dan pengamatan aku pada gambar-gambar di majalah dan saluran internet. Sekadar sebuah tips.


Selamat mencuba!

Hadiah dah dapat ~ Trimas Cosmopolitan & Tanaka!

Alhamdulillah... masuk sudah rezeki yang aku menang tempoh hari. Contest Cosmopolitan hadiahnya ditaja oleh Tanaka ~ Bio Essence. Trimas kalian! Kalau tak kerana hadiah ini, mustahillah aku boleh cuba produk sebegini mahal. hehe... Mana tahu serasi dengan kulit bolehlah amalkan terus memakainya kan.



Memang best! Sekali dapat 1 set penjagaan muka. Antara produk yang diberikan termasuklah:

1) Bio-Essence Tanaka WHITE REJUVENATING WHITENING DAY CREAM.
2) Bio-Essence Tanaka White Ultimate Whitening & All Spots.
3) Bio- Essence gentle cleansing foam

Mode aku: Sedang menjakunkan diri belek-belek produk ni haahaahaa...

Aku disangkanya budak!

Sekali tu tengah aku membelek-belek baju. Datang sorang promoter pangkat kakak la dengan aku. Sembang punya sembang sebab niat nak mintak kurangkan harga. Aku pun terlebih beramah mesra la kan. Bodek kena baikkkk hahaha... Bodek begini diharuskan. Demi tujuan saving money! kukuku.... Pastu kakak tu tanya....

kakak promoter: Datang sorang je ke?

aku: Dengan suami dan anak.

kakak promoter: Eh.... dah ada anak ke? Nampak macam belum kawin je.

Situasi tu buat aku terkedu. Aku ni dah pangkat makcik-makcik dah pun. Kalau tak kawin lagi geng surau abah aku boleh je labelkan aku andartu! kehkehkeh.... Sudahnya aku happy dua kali ganda. Baju dapat turun harga. Dan happy kembang idong perasan syok sendiri disangka muda! kukuku....

Kalau tengok aku sekali imbas boleh kot kata belum kawin. Nak-nak aku ni jenis perempuan suka pakai baju T dan jeans je. Aku malas nak sarung baju kurung, kebarung mahupun kebaya. Aku malas nak jadi perempuan terlalu berfesyen. Aku tak pakai gelang dan rantai berjurai untuk tampil anggun. Dan aku malu nak kenakan pakaian unik yang berwarna-warni segala. hehe... Kesimpulannya cara aku berpakaian.... macam perempuan biasa. Plain. Boring. Dan pasti takde yang sudi mengorat hatta aku duduk sorang-sorang tanpa Damia dan ayahnya hahahaha....

Itu dari segi berpakaian. Dari segi berbual lagilah... Kadang-kadang kalau aku angkat panggilan di rumah orang sangka aku ni adik-adik aku. Lebih sedih siap ada cakap gini kat aku...


"Dik, tolong panggilkan nenek, nenek ye..."

Adakah patut dia sangka aku ni cucu mak aku? Apa? Suara aku ni ala la Doraemon ke? Aku rasa idok le pulak. Pernah terjadi kisahnya masa menginap kat hotel di Kota Kinabalu. Aku terima panggilan dari bahagian penyambut tetamu... Yang buat aku terkejut tu boleh kakak ni cakap kat aku gini....


" Dik, panggilkan mamak (mama) kamu ya... Saya mahu bercakap dengan mamak kamu... "

"Er... Sayalah tu." Aku jawab dengan blur2... al maklum aku pn confuse bila masa mak aku ikut aku kan ahahaha...

"Ha...? Oh, maaf... saya sangka kamu si anak... Maaf ya"

Keh keh keh... Aku tak tahulah nak bersangka apa. Nak tergelak pun ada, malu pun ada ko. Ha... nampak sangat suara aku ada iras-iras budak kecik. Bah... Kalau korang pernah sembang dengan aku tahulah tone suara aku macam mana. Bukan merdu pun. hehe...

Rahsianya masa kecik dulu pernah aku bercita-cita nak kerja sebagai jurualih bahasa. Ala macam dalam TV tu. Kartun-kartun dan anime Jepun ke bahasa Melayu. Masa tu aku sukaaaa amat tengok anime Daddy's long leg. Itulah timbul angan-angan tak sudah tu.

Kalau kat negara Jepun para seiyu (jurualih bahasa) ni popular mengalahkan artis tahu! Siap ada fan club masing-masing. Kalau pegang watak anime atau filem, mesti pegang watak paling best. Kadang-kadang watak lelaki atau hero hensom pun dipegang oleh perempuan. Ha.... jangan sangka seiyu ni kerja mudah. Calang-calang orang je mampu bawa watak dengan baik. Tapi yang kureng bestnya bayaran untuk seiyu ni kurang lumayan. Kecuali anda memang tahap Pro Seiyu. Celah jari je duit masuk. hehe...

Dah lama nak story pasal seiyu ni tapi asyik bertangguh je. Ni aku membebel untuk kurangkan stress je. Lagi aku semak senarai kerja agi aku serabut. Jadi, rilekskan dirimu dan diriku jua. Membebel itu best! Boleh atasi stress. Wah dah boleh jadi slogan ni. kukuku....


Satu lagi nak bebel, In Trend baru dah keluar. Part paling aku jengah majalah ni kat kolum Gaya Hidup Klik & Blog. Boleh kenal blog baru! Hey, hey... Mrs. K pun pernah masuk kolum ni tau. Glamer cik hakak sorang tu. Baby Intan pula pernah masuk majalah Pa & Ma. Best3... Pastu akan datang lebih ramai lagi kisah kenalan blogger akan dimuatkan dalam majalah tempatan. Biasa kita baca kisah mereka dalam blog je kan. Kali ni kita baca kisah mereka yang diriview oleh wartawan pulak dalam majalah. Memang best. Kadang-kadang aku selalu lupa. Bila berblog ni kita macam sejengkal je rapatnya dengan orang lain. Kita macam kenal lama dah. padahal belum sua muka bertentang empat mata. Tapi berkongsi emosi dengan kenalan blog memang best. Macam sembang rakan baik pulak.

Trimas kepada yang sudi jengah blog aku ni. Trimas pada yang sudi titipkan komen-komen. yang sudi berikan kata perangasang bila aku down. Yang selalu terbitkan kata-kata lucu bila aku bersedih. Dan yang sudi mengajak aku join contest dan giveaway walaupun dorang tahu aku ni join C & GA ikut musim. Mai musim sindrom malas berhutang piung aku dengan segala tag award dan contest. Nak menjawabnya berdikit-dikit. Tapi ada pulak tu masa nak membebel mcam ni kan? hehehe....
Aku kan suka membebel... Itulah ubat tension aku pun hehe...

Megahasz Giveaway #3/2010

Contest ini dianjurkan oleh AishahMegahasz. Jom beramai-ramai kita memeriahkan giveaway ini. Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar hadiah dari penganjur.

Tarikh tutup penyertaan pada 31 ogos 2010


CONTEST SAYA DAN BABY oleh Cik Awynn

Trimas pada Alin Momma Mia kerana sudi tag aku sertai contest ini. Alin ni suka tag aku contest bergambar hehe.... Contest ini dianjurkan oleh Cik Awynn dari blog Bila mata dan hati mula berbicara oleh Cik Awynn. Jom join contest menarik ini. Ikuti syarat mudah dan walla... siap!

Gambar diambil semasa ikuti en.hb bekerja di Kuala Terengganu. Rasa kebas bontut duduk 8 jam KL ke KT! huhuhu.... Aku dengan rasa bestnya nak tag K.Yantz dan Chugie. Sebab dorang pun punya anak dara comel lagi menggeramkan!



Tarikh tutup penyertaan pada 9 september 2010

CONTEST!! MOBS.MY & My Dressing Barn - LUCKY DRAW CONTEST

Giveaway ini dianjurkan oleh oleh Malaysian Online Baby Shops (MOBS) dan My Dressing Barn. Jom Join lucky draw best ni.

Untuk pengetahuan kalian, MOBS dah beralin alamat blog kepada "MOBS.MY". Tingkat satu lagi prestasi MOBS! Tahniah! Moga terus kekal cemerlang.


MOBS can now be accessed via http://www.mobs.my/
Tarikh tutup penyertaan pada 31 ogos 2010

Giveaway Raya

Giveaway ini dianjurkan oleh Mrs Nor dari blog berhias indah dengan deco-deco englishnya: Hobi dan Kehidupan. Jemputlah singgah dan menyertai giveaway anjuran Mrs. Nor ini. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang bertuah!

Sambil-sambil singgah sertai giveaway mrs. Nor ni, sempat aku jelajah blog beliau. Wa... Kagum betul aku dengan pelbagai koleksi english deco dan antik yang dimiliki beliau. Ada tu set pinggan mangkuk yang cantik lagi antik yang tak pernah dilihat pun tersimpan elok. Ada juga entry tentag duit Yassin. Sungguh buat aku teruja! Kalau tak kerana giveaway ini sampai sekarang aku tak tahu wujudnya syiling Yassin ini. Menarik sekali. Jemput kalian singgah ke blog Mrs. Nor. Pasti ikut teruja sama macam aku tengok koleksi-koleksi Mrs. Nor yang pelbagai dan cantik-cantik belaka.


Tarikh tutup penyertaan pada 23 ogos 2010

Thursday, August 19, 2010

Hari-hari merah

Patutlah aku mudah stress baru-baru ini. Rupanya senasip dengan baju yang aku pakai ke pejabat hari ini... Hari-hari berikutnya diisikan dengan warna merah. Ces! Agak terkilan sebab tinggal berapa jam je lagi nak masuk waktu berbuka barulah aku tahu aku dah masuk fasa boleh makan curi-curi dalam pejabat! Alangkah ruginya..... Kebetulan pulak aku tak bersahur hari ni, tambah lapar.. uhuhu... Takpelah. Sabarlah lagi beberapa jam. Anggap saja ini testimoni untuk berdiet kehkehkeh...

Ramai yang berminat dengan contest Johnson's baby. Hadiahnya sangat lumayan. Bertuah badan siapa yang terpilih sebagai pemenang utama. Berkongsi tips pun ada baiknya. Insya'allah dari semasa ke semasa aku akan cuba kongsikan tips apa yang aku tahu dan apa yang aku praktikkan dalam menceburi bidang contest luar ni.

Untuk tips gambar baby pilihan juri ~ Jujurnya aku pun tak tahu tips gambar yg boleh tambat hati juri. Sebab aku pun selalu tengok contest-contest bergambar baby ni. Memang payah nak buat pilihan. Baby tu terlalu subjektif untuk ditafsirkan. Semuanya nampak comel-comel belaka tak kira jantina dan warna kulit. Semuanya menggeramkan.

Kadang kala kita jengah blog-blog yang anjurkan contest baby-baby ni pandai-pandai pulak kita nak nilaikan sendiri. Ini comel, ini lagi comel, itu lebih lagi comel! Lazimnya aku tak join contest baby dalam blog. Malas. Yakin mudah kalah. Hahahaha.... Kawan aku kalau dengar aku cakap. "Aku yakin betul kalah." Dia kerut muka pelik-pelik tengok aku, siap marah sebab aku tak nak mencuba.

Tapi selaku penonton contest orang, kadang-kala gambar yang aku rasakan bagus pun tak menang. Jadinya aku yakin betul, pemenang untuk contest baby ni bukan setakat bergantung pada rupa paras semata-mata. Tapi bergantung pada konsep contest dan nasip jugak.

Aku takde tips gambar baby yang boleh pikat hati juri. Tapi aku boleh bagi tips ambil gambar baby. Korang boleh praktikkan gaya tersebut semasa shoot gambar anak nanti. Mana tahu boleh tambat hati juri. Tapi harus aku maklumkan, aku bukan pakar fotografi. Aku cuma beri pendapat dari kaca mata seorang designer saja.

Ada masa nanti aku tulis dalam entry baru tentang teknik ambil gambar baby.

JOHNSON'S® Baby 'Baby of the Year'


Jom join contest JOHNSON'S® Baby 'Baby of the Year'. Seronok nak share info contest ni. Tapi aku awal-awal bagitahu, mungkin tak join. Sebab syarat untuk menang melalui sistem vote. Dan aku kurang berminat nak join contest yang bersyarat macam ni. Susah sikit nak lekat menang. hehe... Tapi jemput kalian join. Sambil-sambil beli produk Johnson's Baby tu agak rugilah kalau tak join kan. Alang-alangkan je. Mana tahu rezeki kalian pulak tahun ini.


Hadiah pertama RM15,000 cash! Hamper bernilai RM1500 dan jadi cover majalah. Anak popular ayah dan emak gembira!
Biar aku kongsikan sedikit tips nak menang. Sikit je la sebab aku pun bukan pro compers. Memang aku pengiat contest yang pelbagai. Banyak kali juga menang contest. Tapi jarang sekali menang hadiah utama hehe... Jadinya aku nak share mana yang aku tahu sahaja. Lebih baik berkongsi daripada simpan sorang-sorang.

Setahu aku cara pengadilan akhir nanti, juri akan lihat pada tahap kesihatan dan keceriaan anak anda. Tapi jujurnya aku rasa syarat paling penting anak anda mestilah nampak ceria. Sebab dulu Damia pernah menang contest Bayi Fotogenik, dan menang tempat kedua. Bagi yang sedia maklum, Damia kan ada eczema, memang nampak kat kulit ruam-ruam merahnya. Tapi mungkin kerana anak daraku itu sangat teruja dengan permainan yang banyak, dia tak kisah langsung pada orang ramai. Buat hal sendiri je. Siap tak nak turun pentas lagi.

Owh! satu lagi tips. Anak anda mestilah seorang yang kurang pemalu hehe... Macam Damia, dia ni jenis suka naik pentas. Naik sorang-sorang dia pun boleh jalan. Itu yang bikin aku confuse hehe... Kecik-kecik dah suka nampak glamer, haih...


Nak join? jemput semak websitenya kat sini:

Nikon Raya Photography Festival

Teringin nak rembat kamera baru? Jom join Raya Photography Festival. Aku dah lama kepingin nak beli kamera baru. Terfikir jugak nak ambil DSLR. Tapi disebabkan aku tak suka gadget besar gedabak. Menyusahkan nak angkut kulu kilir, aku kena fikir sampai rentung nak rembat atau tidak produk Nikon ni. Tapi kalau nak rembat DSLR memang patut rembat jenama Nikon. Terbukti paling bagus!

16 August to 15 September 2010


Nikon Raya Photography Festival

Products Offered


D700
D300
D90
D5000
D3000
P100
S8000
S6000
and more


Check out these models at your nearest Nikon dealer
www.nikon.com/dealers.php

KIKO Warehouse Sale


Wah! Akukah yang terlambat atau masih sempat nak mengwar-warkan hebahan best ini. Kiko sedang mengadakan jualan gudang sekarang! Jangan lepaskan peluang keemasan beli baju raya untuk anak anda. Aku teringin nak pergi sebab nak beli baju salin Damia di rumah. Kebanyakan baju Damia sekarang dah senteng dan sendat (tang perut! hehe). Memang tak boleh lepaskan peluang begini. Jom join!


From RM4

Products Offered
Kidswear (Age 1 – 14)

Location:

(Tel: 603 8068 8888)

KIKO Garments Sdn Bhd
No. 1 Jalan Industri PBP13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
47100 Puchong
Selangor Daru Ehsan
Malaysia

Wednesday, August 18, 2010

Bergelut pelbagai emosi

Semalam hb dan Damia jemput aku dari pejabat. HB masih bercuti sebab menjaga Damia yang baru nak baik demam. Dalam kereta sempat lagi bagi dua kata nak pergi SOGO atau KLCC je. Aku kalau boleh nak pergi yang dekat2 je sebab kalau dapat yang dekat boleh lebih masa berehat. Tapi nak ke KLCC pun bukan jauh sangat. Tidaklah nak kena redah jem teruk macam selalu.

Jadi destinasi kami ke KLCC. Sambil-sambil tu aku rancang nak tukar voucher Club 21 tu kat mana-mana butik berkaitan. Sampai saja kat parking park, cari-cari rupanya voucher tertinggal kat rumah. Aduh la... Takde rezeki lagi nak tukar hand bagak baru!

Berbuka semalam ala la je. Damia buat perangai masa tengah makan tu. Pertama sebab dia memang lapar. Keduanya sebab malu ditegur couple yang duduk sebelah meja kami. Damia ni kalau dia tengah makan atau bad mood janganlah ditegur. Dia punya malu, sanggup tinggalkan makanan. Sudahnya buat perangai. Aku pun tak lalu nak makan.

Sempat beli cupcake Chocolate Dementia dari Bijoux KLCC. Aku tak suka makanan manis tapi teringin punya pasal makanlah jugak malam semalam. Lapar sebenarnya. Bangun pagi tadi dah pukul 5.40 pagi! Duhai.... punah harapan nak bersahur harini. Punyalah gigih aku masak nasi malam tadi rancang nak panaskan balik je pagi tadi. Haih... Takde rezeki.

Kalau kawan-kawan lain asyik kata masa ni lambat sangat berjalan sebab bulan puasa tak kemana-mana. Tak keluar makan dan lepak kat luar. Aku pulak asyik rasa masa ni macam terlalu cepat berlalu. Masa aku di pejabat hampir 100% duduk atas kerusi tak bergerak-gerak. Banyak yang nak diuruskan semuanya libatkan komputer. Kadang-kadang server internet slow. Nak-nak bulan puasa ni ramai kaum kerabat pejabat tak ke mana-mana anjurkan pameran. Jadinya kaki download dan kaki facebook ni online hampir sepanjang masa. Sudahnya kena sharing line. Memang perkara biasalah kalau kadang-kadang line kita kena curi orang lain. Masa tu kelam kabut jugak bila internet tak dapat pasang.

Kalau pun aku berehat selalunya sebelum atau selepas waktu solat. Masa tu la aku ambil masa buang masa lepak-lepak kat meja kawan-kawan. Borak dua tiga topik, balik semula ke meja. Selalunya topik kegemaran nak dibincangkan soal contest dan kemenangan contest. Bab-bab keluarga ni sembanglah jugak. kadang-kadang bertukar-tukar borang contest. Sekarang ni je sessi bertkar-tukar borang ni kian suram. Aku pun tak tahulah kenapa. Mungkin masing-masing nak berjimat. Beli barang keperluan hehe...



Situasi aku sekarang:

Lapar ~ Tapi aku abaikan sebab niat berpuasa.

Penat ~ Sebab tak cukup rehat. Semalam tidur lambat. Tapi hb pun tido lambat jugak temankan Damia.

Tertekan ~ Sebab banyak urusan kerja yang masih terbengkalai. Terlalu banyak benda nak dibuat sampaikan jadual aku padat.

Resah ~ Ada beberapa kerja yang nak disiapkan segera. Ada juga tempahan yang masih dalam pembikinan.

Geram ~ Sebab tak dapat nak join banyak contest. Bila aku sentuh je bab-bab contest ni timbul rasa bersalah sebab masih belum siapkan design tempahan. huhu...

Sudahnya setiap hariaku bergelut dengan pelbagai rasa ini. Haih....

Tuesday, August 17, 2010

Mamypoko


Damia sejak lahir hingga sekarang tak pernah bertukar lampin pakai buang. Sekali sekala je kalau keadaan terdesak aku akan pakaikan lampin pakai buang jenama lain. Antaranya huggies, pampers, drypers atau lain-lain. Aku lupa. Selalunya kalau beli tak pernah habis. Kalau habis pun makan masa berbulan-bulan itu pun kalau stok mamypoko dah habis.

Damia memang jenis kulit sensitif. Tak boleh pakai lampin pakai buang sebarang. Aku tak pernah berani nak bagi Damia cuba cloth dryper walaupun berkali-kali kawan aku mengiklankan betapa bagusnya fungsi CD ni selain menjimatkan. Aku cuma rasa kalau lepas cuba tu terpaksa tanggung tengok kulit anak melecet atau naik ruam-ruam, lebih baik aku menahan hati je dari mencuba. Tunggulah Damia besar-besar sikit esok, barulah aku nak cuba jugak. Guna CD ni yang bagusnya menjimatkan. Tak perlu laburkan duit banyak untuk beli lampin pakai buang. Dan semestinya kurangkan pencemaran alam sekitar.

Sekarang Damia pakai Mamypoko saiz L atau Xl. Saiz L ni pun dah nampak kecik untuk Damia. Aku lebih suka Damia pakai saiz L lebih banyak stok hehe... Tapi keselesaan anak patut diutamakan. Biarlah laburkan duit pun yang penting anak selesa.


Muka depan
Muka belakang


Mamypoko sedang menganjurkan contest Kenangan Indah keluarga bersama Mamypoko dan Pa&Ma. Contest ni berlangsung dari 1 Ogos 2010 hingga 30 September 2010. Hadiahnya percutian 1hari 2 malam di Bukit Merah Laketown Resort dengan wang saku sebanyak RM500. Lebih menarik 3 bulan langganan majalan Pa & Ma.

Yang penting kita cuma perlu sediakan barkod dan resit pembelian sebarang stok mamypoko. Boleh join contest ni. Tak perlu gambar segala. Contest Memorable Moments with MamyPoko dah ada senarai pemenang. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Won "Cute Teddy Bears Giveaway"


Alhamdulillah dapat khabar gembira hari ini. Berkat bulan Ramadhan murah rezeki. Kali ni aku menang "Cute Teddy Bears Giveaway" anjuran Cute Mum. Trimas pada Cute Mum dan keluarga. Moga murah rezeki kalian sekeluarga, amin...

Entry yang aku join di sini

Tahniah juga buat pemenang lain
Yan, Sweet Mama & Nini Cokelat Celup.

Trimas kepada Kawan-kawan yang sudi maklumkan kepada aku tentang entry senarai pemenang ni. Dan trimas juga wish tahniah buatku. Semoga MamaLyna, MommaMia, Kak Sari dan rakan-rakan lain turut dimurahkan rezeki dan diberkatiNYA, amin...

Monday, August 16, 2010

Damia demam

Hari ini aku tak pergi kerja. Ambil cuti kecemasan sebab Damia demam tiba-tiba. Kerja-kerja pun terpaksa ditangguhkan. Aku takde hari nak buka komputer sepanjang kat rumah ni. Susah hati anak tak sihat. Sebenarnya aku pun tak sihat ni. Dari semalam sampai sekarang aku asyik pening kepala je. Rasa berat betul mata ni. Kalau boleh nak baring je...

Tadi bawa Damia ke Hospital Selayang, tengokkan suhunya rendah jugak tapi demam Damia ni jenis tak boleh jangka. Kadang-kadang boleh naik tinggi tiba-tiba2... Nantilah aku ceritakan lebih lanjut. Nak membalas komen dan email pun tak sempat hari ni. Aku takde mood.

Esok-esoklah, insya'allah...

Friday, August 13, 2010

Won Cosmopolitan Promotion ~ TANAKA

Khabar gembira petang semalam, terima satu lagi sms dari Cosmopolitan. Kali ini aku menang promosi TANAKA. Mula-mula blur jugak sebab tak ingat TANAKA ni produk apa. Cuba hubungi pejabatnya semalam talian asyik sibuk. Harini aku minta tolong hb yang hubungi pejabatnya rupanya aku bakal dapat produk Bio Essence. Alhamdulillah rezeki di bulan puasa.

gOOgle

Trimas Cosmo! Kali ni murah rezeki aku dengan majalah glamer ni. Sebelum ni susah jugak nak lekat menang. Mungkin sudah sampai giliran aku pulak, syukur...

Berita baiknya, tadi en.hb dah ambil voucher Manhanttan Seafood. Voucher ni sempena join contest anjuran Cosmopolitan jugak. Trimas sekali lagi Cosmo! Hidangan untuk dua orang. Seronoknya! Rancangnya hari ini nak ke 1Utama sebab nak redeem sekali voucher GAP dan Club 21. Sekali hangkut je. Tapi 1 Utama tak tersenarai pulak dalam voucher ni. Haih... Tapi aku macam dapat rasa tak dapat pergi mana-mana harini. Semuanya gara-gara en.hb tiba-tiba dapat job urgent kena kendali pameran esok. Malam ni nak kena pasang bahan-bahan pameran. Itulah puncanya mood mendung aku tadi. Punyalah aku merancang macam-macam malam ni. Pertama kali nak berbuka di luar dengan keluarga, tiba-tiba tak jadi pulak. Sedih woo...

Berita baik berikutnya semalam aku terima voucher Crocs sempena join contest Cop! dan 1st Top Commentor dari blog AcuRose! Wa... seronok sangat! Trimas Acu. Aku masih belum beritahu Acu. Hari ni banyak sangat nak setelkan. Sekali lagi, trimas Acu! Moga murah rezeki Acu dan keluarga ramadhan dan menjelang syawal ini, amin...

Layanan macam hampeh!


Aku tak tahulah nak ketegorikan perasaan ni sebagai apa. Pelik ada, kelakar ada, bengang pun ada. Tapi iye pun aku tafsirkan aku bingung je la. Bukan bangang punya perasaan tau hahaha...

Aku dah lama perasan akan situasi ini (owh, skema!) tapi aku ignore je sebab aku rasa kalau benda kecik-kecik tak perlu nak diremehkan. Tapi bila kejadian berlaku di kala mood aku tengah bergelora dan aku pulak sangat sibuk dengan pelbagai kerja harini. Mulalah aku terpanggil nak menulis pasalnya. Nak-nak takde topik lain aku nak bangkitkan hari ini.

Aku pelik dengan sikap sesetengah staf dari bahagian lain. Kalau berurusan dengan staf lelaki bahagian aku ni... baik-baik saja. Cakap pun meriah dengan pelbagai cerita. Aku yang duduk di selang meja dari staf lelaki tu pun kadang-kadang naik berbulu telinga. Cukup-cukuplah... pergi balik meja ko balik sambung buat kerja. Memekak je kat tempat orang lain. Rimas tahu! Kita dengan tugasan berlambak lagi ni mulalah rasa tension dengan suara gegak gempita tu.

Ada juga spesis kalau bercakap dengan lelaki... suara lemah gemalai. Ayat-ayat puitis yang manis-manis. Ketawa pun ala-ala ketawa soprano. Pendek kata ciri-ciri wanita sejatilah. Tapi bila kala berurusan dengan staf perempuan pulak sikap dorang berubah hampir 100%. Takde nada lembut, takde ayat-ayat sopan dan lain-lain lagi. Kalau tidak pun aku rasa terlalu sopan atau terlalu skema. Takde kemesraan macam yang ditunjukkan untuk staf lelaki.

Pernah tak korang berhadapan dengan spesis macam ni kat pejabat? Kalau kena kat aku selalunya dari bahagian lainlah. Bahagian aku, aku tak kisah sangat. Sebab dah kenal hati budi dorang. Kerja dah 6 tahun kan, mustahil tak kenal peel masing-masing. Tapi yang sekali sekala datang ni, yang tak dikenali ni... pilih bulu jantan je. hahahha...

Ops! keterlaluan sudah. Bulan puasa ni, tengah puasa lagi. Bawa bertenang... hehe... Ok ok, aku nak kembali pada rutin kerja. Maaflah tak dapat blogwalking banyak tempat. Terlalu sibuk. Panggilan telifon pun aku tolak ke busy dan kirim sms aku tengah sibuk. Lebih baik macam tu. Kalau aku layan sangat dunia blog ni tak terbuat kerja aku nanti huhu....

Takpelah, dah menulis banyak ni pun dah rasa puas hati. Keluar rasa terbuku kat hati ni hehe...

"Aku"
spesis gian menulis,
sebab kurang bercakap
tapi gemar membebel.

Thursday, August 12, 2010

Damia

Dah lama rasanya aku tak paparkan gambar terkini Damia kan. Inilah boleh dikatakan terbaru. Sebab masih belum beli kamera, jadinya tak dapat ambil gambar sesuka hati macam dulu. kalau dulu pantang lepak-lepak saja aku snap-snap gambar anak aku tu. Tapi sekarang... wuwuw...... Sedih mengenangkan kameraku. Kalaulah menang contest berupa kamera alangkah indahnya hariku.
Damia menikmati teh bunga dengan penuh kusyuk.... Kamera ini ehsan dari my big boss. Beliau beri hb pinjam sebab hb nak buat liputan gambar bahan-bahan publisiti sekitar utara. Berjoget aku ambil gambar Damia dengan kamera semi auto ni.
Lokasi: RNR Sungai Buluh. Dalam perjalanan ke arah Utara. Kami singgah banyak destinasi sebab liputan bergambar ni meliputi bahan-bahan publisiti dan beberapa suasana atau kegiatan ekonomi sekitar bahagian Utara. Bahan-bahan ni boleh dimuatkan dalam rekabentuk kerja pejabat nanti.

Sambil menyelam minum air. Kami berhenti singgah di Taiping. Hb ambil gambar permandangan di sini. Lepas makan tengahari kami lepak-lepak kejap bawa Damia tengok laut. Ada juga keluarga yang mandi-manda di sini. Aku tak galakkan la nak mandi, sebab air lautnya berkeladak. Apa nama tempat ni? Aku pun tak ingat. Maaf la.

Layan bayu laut. Bestnya kat sini makan udang besar-besar dan segar-segar. Aku tak berani nak tibai banyak-banyak. Risau alergik. Lepas ni destinasi kami ke kampung aku kat Gerik. Masa tu la aku cuti panjang kat kampung baru-baru ni.


GIVEAWAY UNTUK RAYA SAKAN

Giveaway ini dianjurkan oleh Cik Asz dari blog TOTE BOUTIQUE . Jemput singgah ke blog beliau, macam-macam jenis tote bag dihasilkan. Cute, elegan, feminin semua gaya tercipta semestinya mengikut kehendak anda! Jom beramai-ramai kita memeriahkan giveaway anjuran Cik Asz ini.


Berikan nama yang sesuai untuk bag ini:
Saya cadangkan nama Sweet & Sassy Tote.


Sebab nama ini dipilih:
Merujuk pada rekabentuk tote bag yang punya gaya elegan (hitam) dan feminin (pink). Warna hitam dan pink memberi gambaran kontras dan ceria. Justeru rekabentuk elegannya sesuai sekali dilabelkan dengan nama Sweet manakala perkataan Sassy digambarkan melalui elemen bunga berwarna ceria pink. Sassy bermaksud ceria dan bersemangat.


Berikut merupakan maksud tersirat disebalik warna:
Hitam ~ Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.

Merah Jambu ~ Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang disekelilingnya. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan.


Tarikh tutup pada 25/8/2010

Lagu Raya :Giveaway & Contest

Contest & Giveaway ini dianjurkan oleh Nurul dari blog Tecik, Tenit, Tomel. Jom beramai-ramai kita memeriahkan contest sempena Hari Raya ni. Memang kreatif dan menarik sekali kategorinya.





Ada sebuah lagu raya yang setiap kali menjelang Ramadhan dan Syawal mesti buat aku terkenang-kenang dari dulu sampai sekarang. Judulnya Di Hari Kemenangan ini nyanyian M Daud Kilau.

Ketika muda: hensom sekali

Kalau kita dengar rentak lagu dan lirik lagunya memang menangkap betul. Kita ikut terbuai nak dendangkannya sekali. Tolong lupakan video klipnya. Memang jelas bikin ketawa. Aku memang tak faham kenapa kalau video-video klik M Daud Kilau je mesti ada penari pakai baju beropol-ropol, seksi, dan berwarna terang-terang. Tarian pun hampir sama je untuk semua jenis lagu. hahahaa.... Memang bikin kelakar. Tapi itulah trademark beliau. Kalau dah takde gaya tu kita pun rasa macam kureng je persembahan beliau kan.

Berbalik pada konsep contest: Kenapa aku suka lagu tersebut?


Lepas habis belajar di UiTM dulu, aku bercuti dalam tempoh setahun lamanya. Tapi dalam tempoh tu aku bekerja pindah randah buat sementara nak tunggu tawaran kerja tetap ni. Kebetulan ketika tu mak aku tolong mengasuh anak sepupunya yang baru meninggal dunia. Anak saudara mak ni dua orang. Aku lupa umur sebenar dorang tapi sekitar 11 tahun dan sorang lagi 12 tahun.

Lepas balik kerja sambilan tu elok je aku nak berehat budak dua orang ni ada-ada je yang dorang buat sampai aku rasa geram betul. Aku pun tak tahulah kenapa. Ikutkan dorang ni baik-baik saja. Tapi agaknya sebab nakkan perhatian atau masih segan dengan keluarga kami. Sebab tu dorang menakal sikit. Tapi kelakarnya ada suatu insiden tu, ketika tu aku mintak tolong budak berdua cuci tingkap sekali dengan aku. Dorang buat kerja pun sambil lewa. Elok aku nak marah, dorang nyanyi rangkap lagu ni.


"Oo... oooo... Selamat Hari Raya!
Selamat Hari Raya.....!
bersyukur pada yang esa...
di hari kemenangan ini...
kita masih dapat bersama"


Haih... yang menggelegak nak marah tengok dorang buat kerja main-main jadi sejuk. Terbahak aku gelak dengan peel dorang ni.

Tak lama lepas tu dorang dijaga pulak oleh pakcik aku. Masa tu rasa kesian jugak kat dorang, takde mak. Bapak pulak lari tinggalkan dorang. Yang buat aku bertambah sayu, baru beberapa tahun lepas salah seorang dari dua beradik ni meninggal dunia sebab kemalangan. Yang si abang yang meninggal. Si adik memang nampak kehilangan sebab dorang rapat sangat macam kembar. Sekarang khabarnya si adik dah tinggal dengan keluarga sepupu mak aku. Aku harap hidup Tarmimi lebih baik di situ.

Lagu M Daud Kilau ni membangkitkan nostalgia. Kenangan pada budak berdua tu. Kalaulah aku jaga dorang lebih baik tentu aku kurang rasa ralat begini. Semoga roh arwah Mizi dan ibunya dicucuri rahmat, amin...


Contest berlangsung hingga 15 september 2010